∆Chapter 6∆
~*********~
BEBERAPA HARI KEMUDIAN~
Time skip kepada beberapa hari kemudian,hari ni adalah hari pertama kembar BoBoiBoy kesekolah menengah.
Tangan Gempa rasa basah sebab dia rasa nervous.
Ataupun mungkin sebab dia baru basuh tangan.
'Ah!Ni cuma overheating system jer!'
Gempa dah siap berpakaian sekolah kemeja putih lengan panjang dan vest-hoodie warna hitam coklat.
Dia boleh dengar yang kembar BoBoiBoy masih lagi kelam kabut bersiap.
"Dah siap Gempa?"tanya Tok Aba.Gempa tersenyum lalu mengangguk.
"Dah atok.Sebab Gempa dah siapkan awal² semalam."kata Gempa.Tok Aba duduk disebelah Gempa nak menggosok kepalanya.
"Ada sesuatu atok nak bagi kau."kata Tok Aba.Gempa duduk menghadap Tok Aba.
"Bagi apa?"
Tok Aba tak membalas tapi mengeluarkan satu topi berwarna hitam dengan corak berwarna kuning coklat.Pada belakang topi itu terdapat satu logo.
"Semua kembar BoBoiBoy ada topi and logo diaorang masing².So,atok rasa ni sesuai untuk kau."kata Tok Aba sebelum memakaikan topi tersebut kepada Gempa.Gempa bangun untuk tengok cermin.
Dia hanya nampak seorang remaja lelaki yang normal.Bukan lagi robot.
"Gempa suka sangat atok!Terima kasih!"kata Gempa sebelum memeluk Tok Aba.Tok Aba membalas pelukannya.
"Ah!Aku dah kata jangan mandi lama² kan?"
"Blaze habiskan semua air panas!"
"Kan hari first school?Kenalah nampak bergaya!"
Macam² yang dia dengar bila kembar BoBoiBoy turun.
Mereka semua memakai vest-hoodie yang sama,cuma berbeza warna dan corak.Trio Troublemaker memakai baju sekolah lengan pendek,Ice sama macam Gempa manakala Halilintar dan Solar melipat lengan baju kesiku.
"Dah siap dah semua?"tanya Tok Aba.
Kembar BoBoiBoy mengangguk.
"First day ni biar atok hantar.Balik korang pandai² lah jalan kaki."kata Tok Aba.
Mereka semua bersorak sebelum pergi ke kereta.
First day school,here we come!!
~*********~
Sebaik sahaja mereka masuk kesekolah,masa tu sekolah dah bermula.Sebab diaorang kena jumoa dengan pengetua baru dapat masuk kelas.Lagipun,dalam kelas tu perlu preparekan tempat untuk diaorang.
"Tak sabarnya aku!!Harap² kita dapat banyak kawan!"kata Taufan.Dia ni memang peramah sikit orangnya.
"Aku tak nak apa² interaction dengan manusia."kata Halilintar dengan suara yang malas.
Kembar BoBoiBoy tergelak.Tak lama kemudian,mereka sampai ke kelas yang tertulis '2 JUJUR'.
"Ha!Dah sampai dah kelas kita."Halilintar mengetuk pintu,menarik perhatian cikgu tersebut.
"Ha,inilah dia kawan² baru kamu!Silakan masuk."kata cikgu tersebut.Kembar BoBoiBoy masuk seorang demi seorang dan kemudian berdiri dihadapan kelas.
"Kenalkan diri kamu masing²."kata cikgu itu.Disebabkan Halilintar yang masuk dulu,jadi dia yang first.
"Hai.Nama aku BoBoiBoy Halilintar."
"Hai!Nama saya BoBoiBoy Taufan!"
"Wazzup!Nama aku BoBoiBoy Blaze!And aku suka ayam!!
"Hai.BoBoiBoy Ice."
"Hai semua!Nama saya BoBoiBoy Thorn!"
"Dan aku BoBoiBoy Solar."
Kebanyakkan pelajar perempuan dari kelas itu awestruck tengok jejaka² hensem depan diaorang.
"Eh,yang lagi sorang tu?"kembar BoBoiBoy memandang kebelakang.Gempa menyorok dibelakang Solar dengan penjuru dinding.
"A-Aku.."dia pandang kembar BoBoiBoy.Mereka semua memberikan dia senyuman.Halilintar menarik tangan Gempa supaya dia berada dihadapan.
"Kau boleh."kata Halilintar.Gempa menarik nafas sebelum menghembuskannya.
"H-Hai.Nama aku BoBoiBoy Gempa.Dan aku abang sulung kembar BoBoiBoy."
Welp,much for attention.Kelas itu mula bising.
"Kawaaiiii!!!"
"OMG!Yang abangnya kenapa comel sangat!"
"Nasib baik aku belum ada boyfriend!"
"Kepopularan aku akan tergugat."
"Aku single!"
"Be my BoyFriends!!"
Kembar BoBoiBoy tergelak kecil.Gempa tersenyum.
Well,jadi manusia tak adalah susah sangat......kan?
"Baiklah,kamu semua boleh duduk disitu.Kelas,buka balik tajuk yang kita berhenti semalam.Hari ni kita akan belajar...."dan pembelajaran pun diteruskan.
~*********~
Pada waktu rehat,kembar BBB pergi kekantin dengan hampir semua pelajar yang berselisih dengan mereka tengok diaorang dua tiga kali.Ada yang sampai terlanggar tong sampah sudah.
Gempa berjalan ditengah,dikiri dan kanannya ada Blaze dan Ice.Walaupun dia diiring macam tu,dia tetap rasa tak selesa dengan pandangan manusia lain.
"A-Aku rasa tak selesalah korang...Semua manusia dekat sini tengok kita semacam...Ni normal ke?"tanya Gempa sambil memeluk tubuhnya.
Sebagai duo adik beradik yang Best Match! Blaze dan Ice meletakkan tangan mereka pada bahu Gempa.
"Jangan risau Gempa!Kitaorang akan lindungi kau!"kata Blaze.
"Sesiapa yang berani sentuh kau akan jadi tempat latihan memanah aku."kata Ice dengan creepynya.Creepy,tapi caring and comel bagi Gempa.
"Terima kasih lah.Aku tak tau apa yang aku akan buat tanpa ko-"tiba² Gempa berhenti.Dia terdengar suara orang meminta tolong.
Dia boleh mendengar sesuatu dari jarak yang jauh.Salah satu antara kelebihan dia.
"Kenapa abang Gempa?"tanya Thorn.Gempa tidak membalas tetapi terus berlari kearah hasil bunyi yang dia dengar.
"K-Kenapa dengan Gempa?"tanya Solar risau.Halilintar memandang kearah tempat yang Gempa lari.
"Ikut dia!"kata Halilintar sebelum berlari kearah yang sama diikuti oleh kembar BoBoiBoy yang lain.
Gempa berlari melalui selok belok sekolah itu hinggalah dia sampai dibahagian sekolah yang sunyi.Disitu,dia lihat seorang remaja lelaki dipukul dan ditendang oleh sekumpulan pelajar yang lain.
"Woi!"mendengar jeritan Gempa membuatkan mereka semua berhenti.Setelah melihat Gempa,mereka semua ketawa.
"Hahahahahah!!Kau sesat ke budak?!"
"Tak padan kecik!"
"Kau sape nak halang kitaorang?"
Gempa tak berkata apa² malah terus maju kedepan.Dia berhadapan dengan 'ketua' gangster kumpulan tersebut.
"Hak'alah!Nak tunjuk terer pulak!Geng!Ape lagi?"
Kumpulan itu pun mula acah² regangkan badan.Ketua kumpulan itu memulakan tumbukan pertama,tapi senang dihalang oleh tangan Gempa.
"The heck!?"dia cuba nak tarik kembali tangannya tapi tak boleh.Gempa menolak balik tangannya,menyebabkan ketua itu tertumbuk muka sendiri.
"Woi!"
Ada salah seorang cuba sentuh Gempa,tapi Gempa tarik tangan dia dan tolak dia kearah yang lain,membuatkan yang lain terjatuh sebab nak sambut dia.
"Aku nampak korang buli budak lagi memang siap aku kerjakan korang."kata Gempa dengan suara yang agak seram.Membuatkan pembuli-pembuli tersebut lari ketakutan.Gempa tersenyum pada diri sendiri.
Dia berpusing melihat remaja dibuli tadi.Badannya agak besar dan memakai pengikat kepala.
"Hai,kau okay?Nama aku Gempa."kata Gempa sambil menghulurkan tangannya kepada remaja itu,dimana dia sambut.
"Aku Gopal.Terima kasih tolong aku!!Kaulah kawan baik baru aku!"Gempa tiba² kaget bila Gopal memeluk dia sambil menangis,yang dia tak tau menangis betul ataupun tipu.
"Err...Hehe..Sama².Tak silap kau satu kelas dengan aku,betul tak?Penolong ketua tingkatan kan?"tanya Gempa.Gopal mengangguk.
"Tak sangka aku tengah bercakap dengan budak baru popular sekolah!"kata Gopal lagi sambil mula membebel something yang dia malas nak ambik tahu.
Tapi dia tersenyum melihat gelagat kelakar Gopal.Dia boleh jadi kawan yang baik untuk kembar BBB.
"Gempa!!!"Gempa memandang kembar BBB yang muncul dengan keadaan termengah-mengah.Halilintar cepat² tarik Gempa masuk dalam Protective Group Hug diaorang.
"Kau okay?!"
"Kenapa kau lari?!"
"Siapa dia?"
Gopal terkebil-kebil bila dia rasa ada aura membunuh dari kembar BBB yang lain.
"Guys,ini Gopal.Aku tolong dia daripada pembuli tadi."balas Gempa,masih lagi tersepit dalam group hug kembar BBB.
"Ohhh...Hai Gopal!"sapa Trio Huru Hara.Gopal melambai semula.
"Kau ada sekali dalam kelas kitaorang kan?"tanya Ice.Gopal mengangguk.
"Boleh kita jadi kawan dia?"tanya Gempa.Kembar BoBoiBoy memandang Gempa dengan pandangan yang tak percaya.
"Dia baik.Aku tahu dia baik.Lagipun,kalau kita kawan dia,pembuli tu tak kan kacau dia lagi.Boleh tak?"tanya Gempa lagi.Halilintar mengelengkan kepalanya beberapa kali sambil tergelak kecil.
"Naif betullah kau ni Gempa.Kau kenalah tanya tuan punya badan dulu kalau nak kawan.Kitaorang tak kisah."kata Halilintar.Kembar BoBoiBoy yang lain mengangguk.
"So,Gopal macam mana?Nak jadi kawan kitaorang?"
"Kawan korang? Mestilah nak!" jawab Gopal teruja.
Kembar BoBoiBoy tergelak.
'Kawan pertama disekolah manusia...Boleh masuk dalam journal ni..'
<°°°°°°°°°°°°°°>
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~
Okay,a little question.
What do you think about a strong,powerful, unstoppable, crazy psychopath Gempa? :v
Just satu soalan :3
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top