∆Chapter 38∆

∆**********∆

"Tuan,kami dapat kesan dua orang yang tidak dikenali sedang membawa Crystal ke tempat lain."

Jason yang sedang melihat proses pemasangan kerangka besi kedalam tubuh Solar hanya menoleh.

Dalam CCTV itu terlihat jelas dua orang individu yang tidak dikenali sedang membawa 'Crystal' bertentangan dari makmal yang sepatutnya. Dari situ,Jason dah dapat agak.

"Heh,tak bapak,tak anak. Semuanya licik." Jason tersenyum sinis sebelum kembali menghadap Solar.

Walaupun dalam keadaan yang tidak boleh bergerak disebabkan ubat bius,Solar masih rasa sakit apabila saintis-saintis Jason memasang kerangka robotik itu dibelakangnya.

Ia kerangka robotik yang sama macam Gempa punya,tetapi ia ditusuk masuk kedalam badan Solar. Dari lengan,pinggang dan kaki. Habis berdarah meja hanya kerana proses dilakukan dengan segera tanpa sebarang prosedur dan sebagainya.

Solar sendiri tak mampu nak lawan Jason. Mata dia basah dengan air mata akibat kesakitan yang terlampau. Jason hanya tersenyum sinis,sebelum mengaktifkan kerangka besi tersebut.

"ARGHH!"

Serta merta,kerangka itu bergerak,mengawal badan Solar dari belakang.

Macam puppet.

"Hm,ia berfungsi dengan cukup baik. Crystal mungkin tak teragak untuk hancurkan mesin yang lain. Tapi mesti dia akan berhenti bila nampak kau pun dah jadi macam dia kan?" Jason ketawa sinis.

Tepat pada masa,pintu makmal itu terbuka.

∆**********∆

Sistem Gempa menjadi bercelaru. Antara processor dia yang cuba untuk dapatkan satu solusi untuk masalah ni,dan juga sistem security dia yang cuba untuk nyahaktifkan program:Reverse.

"Apa yang kau dah buat dengan Solar hah?!" Bentak Gempa.

Jason hanya ketawa sinis.

"Cuba kau guna AI canggih kau tu untuk bezakan dia dan teknologi." Kata Jason dengan senyuman sinis yang meminta untuk dipijak.

Gempa hanya mengetap bibirnya kuat sebelum menggunakan scannernya pada Solar.

Scanner dan processornya menjadi glitch ketika cuba proses maklumat dia dapat.

Dia tak boleh bezakan Solar dengan kerangka robot itu.

Processor jadi bercelaru,kejap-kejap menunjukkan yang Solar ni manusia,tapi kemudian ia glitch dan menunjukkan yang Solar ni robot.

"Apa yang kau dah buat pada dia..?" Soal Gempa. Tangannya digenggam kuat.

Jason hanya tersenyum sinis sebelum meletakkan dua tangannya pada bahu Solar.

"Aku cuma pasang kerangka bionik dalam badan dia. Kau tak kan serang dia walaupun processor kau tunjuk yang dia ni bukan manusia,kan?" Jason tergelak kecil.

"Kau ni memang dah melampau!" Bentak Halilintar.

Jason hanya tersenyum sinis sebelum beranjak ke tepi dan membiarkan Solar berjalan sendiri. Sebelah tangannya mempunyai pisau.

"S-Solar!" Taufan cuba untuk kedepan tetapi dihalang oleh Gempa.

"P-Pergi! Aku tak boleh kawal badan aku!" Jerit Solar.

Kembar BoBoiBoy mengelak dari serangan pisau Solar. Gempa sedaya upaya cari cara untuk pisahkan kerangka bionik itu daripada Solar.

Tapi processor dia sendiri tak boleh nak bezakan Solar dan juga kerangka bionik tu.

"Tch.." Gempa mengetap bibir,buntu.

Error.

"Aku tak boleh bezakan dia..." kata Gempa,sambil cuba untuk halang serangan Solar.

"Tapi kitaorang boleh!" Kata Blaze.

Pandangan Gempa terus beralih pada Blaze. Tak sempat dia nak halang,Taufan,Blaze dan Thorn terus menerpa kearah Solar dan menghalang dia dari terus menyerang.

"Arghhh!" jerit Solar kesakitan.

"Sorry! Tahan sikit!" kata Blaze.

"Weh! Apa korang buat?!" jerit Gempa.

Jason dan beberapa orang saintisnya hanya melihat sahaja.

"Menarik. Teruskan,aku rasa terhibur." Jason tergelak sinis.

"Heh, gelaklah selagi kau boleh gelak." Kata Halilintar.

Melihat senyuman sinis Halilintar,yang langsung tak takut dengan situasi yang sedang berlaku buat Jason tiba-tiba terkaku.

Dengan senyuman sinis,Halilintar mengeluarkan satu drive dari poketnya.

"Semua yang kitaorang perlukan untuk hapuskan kau,semua ada dalam ni." Dengan bangganya,Halilintar menayangkan pendrive itu pada Jason.

"Habislah kau." Sambung Ice.

Tanpa menunggu reaksi Jason,Gempa terus menarik Trio Troublemaker + Solar dan mengangkat mereka tanpa masalah sebelum mereka semua berlari keluar.

Terpaku,Jason terus menjerit pada intercom.

"Apa yang korang buat?! Pergi kejar diaorang dan dapatkan pendrive tak guna tu!" Macam nak terkeluar anak tekak dia menjerit macam tu.

Satu makmal dia mula mengeluarkan penggera untuk memaklumkan yang Kembar BoBoiBoy dah terlepas.

"Sakit! Sakit!" Solar tak berhenti dari menjerit kesakitan. Dari kerangka bionik yang dipasang terus pada badan dia,dihimpit dengan Trio Troublemaker supaya kerangka bionik itu tak boleh bergerak.

"Maaf Solar. Tahan sikit!" Kata Thorn.

Dia pun tak sampai hati nak biar Solar kesakitan lebih lama.

"Pergi kiri!" Arah Ice.

Mereka semua berlari mengelakkan dinding² yang mula menutup untuk memerangkap mereka.

Tetapi sebaik sahaja mereka tiba di jalan yang sepatutnya jadi jalan keluar mereka,ia tertutup dengan pintu besi dan sekarang mereka terperangkap.

"Alamak,macam mana ni?! -Taufan-

"Ice?" Panggil Halilintar.

"T-Tak ada...Aku tak boleh override!" Kata Ice,panik.

Dengan suasana yang bingit dengan bunyi bising penggera,dengan keadaan Solar lagi,hampir buat Gempa jadi hyperdrive.

"Tepi sikit!" Arah Gempa.

Dia meletakkan Trio Troublemaker dan Solar secara perlahan diatas lantai sebelum dia menumbuk dinding disebelahnya sehinga lubang besar terhasil dari tumbukannya.

Tapi malangnya apa yang dia nampak bukan jalan keluar.

Gempa terpaku sekejap,sebelum menoleh kearah Ice.

"Ice,agak² kau dan yang lain boleh lari laju tanpa aku?" Tanya Gempa.

"Apa maksud kau? Kau jangan nak buat kerja gila eh?!" Balas Halilintar tapi Gempa tak layan.

Dia boleh nampak yang orang² Jason sudah makin menghampiri mereka.
Processor dia mula mencipta satu rancangan untuk Kembar BoBoiBoy melepaskan diri.

"Seberang. Mereka ada tangga kecemasan yang bersambung dari bawah tanah terus ke permukaan. Kita cuma kena lari terus." Kata Gempa.

"Macam mana? Dinding ni dah perangkap kita kut?" Bidas Taufan.

Gempa hanya mengangkat Tangan Tanahnya dan ia mengeluarkan asap,tanda ia siap untuk digunakan.

"Thorn,kau dukung Solar dekat belakang kau. Semua,duduk belakang aku. Aku tak kan berhenti tumbuk semua yang ada didepan aku,sampailah kita tiba di tangga kecemasan." Terang Gempa.

"Halilintar,aku percayakan kau untuk duduk dibelakang untuk lindungi yang lain." Kata Gempa sambil memandang kearah Halilintar.

Tanpa banyak songeh, Halilintar mengangguk.

Gempa juga mengangguk. Matanya dikerlinh pada lubang yang dia dah buat sebentar tadi,dah sesuatu dalam bilik itu buat dia rasa tak sedap hati.
Thorn sudah sedia mendukung Solar dibelakangnya.

"Sedia? Hiargh!" Dengan satu hayunan Tangan Tanah Gempa,ia menghasilkan lubang pada dinding besi kebal itu. Kebetulan orang² Jason tiba pada masa yang sama pintu itu meletup,habis terkena tempias sekali.

"LARI!"

Dengan arahan Gempa,mereka semua mula berlari tanpa menghiraukan apa² yang cuba menghalang mereka sebab Gempa yang clearkan jalan.

Gempa tidak berhenti menghancurkan dinding² besi kebal tersebut. Dan mana² orang Jason yang menghalang laluan memang alamatnya kena tumbuk sekali lah gayanya.

Sampailah dia nampak pintu tangga kecemasan tersebut,barulah dia berhenti dan membiarkan Tangan Tanahnya sejuk sebentar. Gempa menendang pintu kecemasan tersebut,dan menghela nafas lega bila tiada orang disana.

"Okay,korang lari terus keatas dan jauh dari tempat ni. Aku akan-"

Bila Gempa toleh kebelakang,baru dia perasan.

Ada seorang yang tak ada.

"Hali?"

∆**********∆
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~

Habuk banyak tau buku ni- *mengtabah*

Hello potatoes~!

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top