∆Chapter 35∆
∆**********∆
Kali kedua Gempa dihidupkan semula,dia tak tahu dah berapa hari dia ada dekat dalam makmal ni.
Processor dia jadi tak tentu arah untuk dapatkan memori yang lengkap untuk pastikan main command dia berfungsi.
Tak tahulah apa yang Jason dah buat pada processor dia.
Sekarang ni,dia masih berada di makmal yang sama,diikat pada kerusi dengan wayar-wayar yang bersambung pada sebuah mesin yang sama.
Jason masih belum jumpa cara untuk dapatkan Reverse Code dalam cip AI dia disebabkan Amato dah pasang beberapa sistem perlindungan supaya dia sendiri tak akan aktifkan Reverse Code tanpa sebab yang tertentu.
Sekarang ini,dia hanya menatap datar keluar cermin yang memisahkan tempat yang mengurungnya sekarang ini dengan makmal pemerhati, dimana Jason sedang memekak menjerit dekat saintis-saintis dia.
Nasib soundproof kalau tak habis rosak pendengaran dia.
Lepas dia dihidupkan semula pun,dia masih tak nampak kelibat Ice dimana-mana.Tapi melalui scanner dia,Gempa tahu yang mereka semua masih hidup.
Selamat ke tidak itu lain cerita.
[Sigh....Macam mana aku nak keluar dari situasi macam ni?]
Dia tak dapat rancang lagi jalan keluar dia.
Patut ke dia letupkan saja tempat ni..?
Eh,tak boleh.Adik-adik dia ada dekat sini...
[Serang balas?Nah...Aku masih tak tahu yang mereka okay ataupun tidak.Mereka boleh gunakan Kembar BoBoiBoy sebagai tebusan kalau aku aktifkan mood serangan.Huh,nasib baik saintis gila tu tak tahu pasal tangan aku.]
[Sigh...Aku kena teruskan ikut apa yang si gila ni nak baru aku boleh keluar]
Lamunan Gempa terhenti apabila pintu makmal itu terbuka dan Jason masuk kedalam makmal dengan muka yang merah macam syaitan kena bakar.
Melihatkan wajah dia membuatkan Gempa ketawa kecil.
"Apa yang kelakar sangat hah?!"bentak Jason.Gempa mengetap bibir dan menggeleng perlahan.
"Tak ada apa-apa.Tengok muka kau macam tu buat aku teringat sesuatu."balas Gempa.
Jason hanya merengus kasar sebelum perg kearah mesej yang bersambung dengan Gempa.
"Jadi,apa yang kau nak buat harini?Cabut setiap compartment aku?Aku lebih appreciate kalau kau buat tu masa aku tak aktif."sambung Gempa.Dia terasa nak jadi annoying harini.
Lagipun,kalau dia annoying,mungkin Jason akan buat sesuatu yang drastik yang boleh jadi jalan keluar dia dari sini.Biasalah,si gila ni bukannya tahan sabar sangat.
"Kenapa aku rasa yang kau lebih menjengkelkan harini?Budak tu dah rosakkan sistem kau ke apa?"rungut Jason.Gempa hanya buat muka seposen.
"Apa?Ini aku dah kira baik hati nak berkompromi dengan kau."balas Gempa lagi. Jason mengeluh kasar.
"Bagitahu aku macam mana aku tu wujud secara fizikal ataupun tidak."
"Kau-"
"Apa? Kau ingat tak penat ke jadi aku hah?Aku sendiri kadang-kadang confused aku ni robot ke manusia. Manalah aku tahu apa-apa dalam badan aku."bebel Gempa lagi membuatkan Jason hampir hentak kepala dengan mesin sebab geram.
"Aku akan panggil anak Amato tu masuk.Kalau kau cuba buat apa-apa-"
"Aku dah putus asa nak lari dah.Bukan aku boleh lepas pun kalau aku lari."
"Bawak masuk budak tu sekarang!"
Gempa tersenyum sinis meihat reaksi wajah Jason yang dah fed up dengan dia.
Hah,rasakan.
Pintu makmal itu terbuka dan muncullah salah seorang saintis Jason yang menolak Ice masuk dengan kasar manakala si Polar Bear tu langsung tak beri reaksi.
Dia mengantuk.
"Hoam....Ha,ada apa kau panggil aku pagi² buta ni? Kacau orang tido je..."rungut Ice sambil menggosok matanya.
Kalau mereka tak kena tangkap sekarang,pasti Gempa dah ambil beribu gambar Ice yang tengah mengantuk tu.
"Pagi buta apa?! Dah malam lah!"
"Manalah aku tau? Duduk dalam ni bukannya aku tahu pun cerah ke malam."balas Ice.
Alahai,comel-
"Kenapalah semua benda jadi menjengkelkan harini?"rungut Jason sambil mengurut dahinya geram.
"Sebab kau dah tua kut?"
"Pfft-"
Jason hanya menjeling saja.
"Aku nak kau cari mana bapak kau simpan cip AI robot ni. Kalau kau cuba buat benda yang bukan²,taulah apa yang aku akan buat pada abang kau yang lain."ugut Jason.
Mendengarkan ugutan Jason yang terarah pada kembar BoBoiBoy yang lain buat Gempa tersentak sikit tapi Ice masih lagi dengan wajah bosan dia.
"Aku tak tahu. Kau ingat aku tak cuba cari ke dekat mana cip AI tu? Aku dah buat analisa penuh,go through sistem dan design Gempa berdozen kali sebab aku nak tahu cip AI dia berfungsi macam mana tapi masih tak jumpa.Usaha kau bawa aku ke sini cuma sia-sia." keluh Ice.
Jason merengus kasar sebelum mendudukkan Ice disebelah katil Gempa.Si Polar Bear itu hanya melambai kearah Gempa dengan mata yang mengantuk.
"Tak boleh pakai. Apa yang susah sangat korang ni hah?Kau dengan mak bapak kau sama je menyusahkan!"
"Wei,mak bapak jangan main eh? Aku UNO reverse card dekat kau baru tau."
Jason merengus lagi dan Ice mengambil peluang dia terganggu itu dengan menyelitkan sesuatu diantara celah penahan Gempa.Gempa hanya mengangkat kening dan Ice hanya mengenyitkan sebelah matanya.
Step 1,siap!
Jason kembali memandang mereka dan mereka beriak biasa.
"Rancangan baru."katanya sebelum mendekati sebuah mesin dan menekan butang merah dan terus penahan Gempa terbuka.
"Eh?"
Gempa cepat-cepat menyimpan benda yang diberikan oleh Ice dalam compartmentnya.Disebabkan dah lama tak berdiri,kaki dia jadi tak terbiasa dan menggigil.Ice cepat-cepat memapah Gempa.
"Apa lagi idea gila kau ni,dasar biskut?"tanya Ice.
"Aku nak uji mekanisme dia. Kau boleh tengok kalau nak. Dan kau akan bagitahu aku apa yang patut."
Jason menarik kolar baju Ice membuatkan pegangan dia pada Gempa terlepas.
"Kau,bangun cepat."kata Jason dingin.
Gempa masih cuba untuk biasakan diri untuk bangun dan berjalan. Dia tak dapat rasa apa-apa pada kaki dia.
"Kau ada buat apa-apa ke pada rangka dia,Jason?"soal Ice dingin.
"Ah,ya ada.Tapi ia tak ada apa yang perlu kau risaukan."
Jason menekan sesuatu pada rantai dia dan serta merta Gempa boleh berdiri.
"A-Apa-"
"Kau kawal akses kepada kaki dia?"tanya Ice. Jason hanya tersenyum sinis.
"Ya.Sebab aku tak tahu apa yang dia sedang rancang dalam otak robot dia tu.Jadi dengan alat kawalan ni,aku boleh hentikan dia dari bergerak, bila-bila masa sahaja."
Melihat riak wajah Ice dan Gempa yang berubah buat Jason tersenyum kemenangan.
"Dah,apa lagi yang kau tunggu? Mari pergi."
∆**********∆
Di satu tempat yang lain,tak jauh dari situ,dalam sebuah markas,tiga orang remaja sedang memerhatikan sebuah skrin besar.
Dah tentu korang tau siapa kan? Macam mana? Ha, next chapter kita citer.
"Cis,kita perlukan rancangan baharu."
"Macam mana Hali?Ice dah bagi drive tu pada Gempa.Sempat ke Ice nak tukar balik plan yang ada dalam drive tu sebelum Gempa akses drive tu?"
"Aku tak rasa yang tukar balik isi drive tu akan jadi masalah. Masalahnya adalah laluan untuk kita larikan diri nanti.Kita kena plan balik dengan Ice bila dia kembali ke tempat selamat semula."
"Ah,betul jugak cakap kau.Apa-apa pun,standby sajalah.Ayah tengah uruskan semua dari atas."balas Halilintar.
"Aku akan siapkan semua alat prank aku."-Blaze-
"Nak tolong!"-Thorn-
Halilintar hanya mengangguk dan tersenyum kecil apabila Blaze dan Thorn berjalan keluar dari bilik utama markas kecil mereka tu.
Halilintar kembali melihat semua rancangan yang telah diatur atas meja perbincangan itu.
Sikap overthinking dia akhirnya membuahkan hasil. Penat dia dan yang lain perah otak untuk buat rancangan demi rancangan untuk pastikan tak akan ada lagi kesilapan yang akan menggagalkan mereka. Jason tak kan dapat lepaskan diri lagi.
Keadilan akan ditegakkan.
Dengan memory drive Gempa,mereka boleh buka semula kes mahkamah dan dakwa Jason dengan semua kesalahan dia.
"Kita cuma kena tunggu masa yang sesuai sahaja. Kau cuma kena bertahan sikit je lagi." katanya
Dia cuma mampu berharap yang Jason tak terlalu bijak untuk jumpa cip AI Gempa yang mak dia dah cipta.
Berdasarkan dari cerita Tok Aba dan ayah dia, Halilintar dapat teka dekat mana cip tu berada. Dan sekarang dia cuma mampu berharap yang Jason tak kan jumpa cip tu sampailah dia ditahan.
Tangannya tergerak untuk membuka satu fail hologram yang mempunyai banyak gambar. Satu gambar terpampang jelas atas meja hologram itu membuatkan Halilintar tersenyum kecil.
"Mak ni memang lemah lembut dan sentimental,kan?"
∆**********∆
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~
*Slowly slide the chapter in* So sorry for the late and short chapter-
Anyway,to that one certain person,thank you for motivasikan saya untuk menyambung buku yang dah berhabuk ni hohoho-😂💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top