∆Chapter 33∆
∆**********∆
Rebooting system...
//Internal scanning complete//
//Starting system//
.
.
Lensa Gempa terbuka bila sistem dia selesai diproses.Cahaya putih terang membuatkan matanya terpaksa fokus untuk pandangan yang jelas.Apabila lensanya telah menyesuaikan diri di persekitarannya,dia mengimbas keberradaan dia sekarang.
Dia dibaringkan atas meja dengan banyak wayar yang bersambung padanya.Walaupun dengan sistem yang dah reboot dan processor yang masih berfungsi,dia tak boleh nak gerakkan badan dia.
[Badan aku..Tak boleh bergerak]
"Kau dah sedar,Crystal."
Suara sinis jahat nak mati itu kedengaran membuatkan processor Gempa mula jadi tak keruan.Tangan yang bersarung itu mencengkam dagunya membuatkan Gempa terpaksa memandang orang yang dia tak nak nampak lansgung.
Jason.
Dia ada bersama dengan beberapa saintis yang lain,kehulur kehilir entah apa yang dibuatnya.Jason kembali pada jarak penglihatannya sebelum menekan butang membuatkan meja itu bergerak supaya Gempa boleh lihat keadaan sekeliling.
Yep,memang sah.Dia ada dalam lab yang pernah jadi rumah dia.
"Masih ingat tempat ni,Crystal?Aku ingat kau pertama kali rosakkan kaki kau dengan sengaja letakkan ia dalam griller."kata Jason sinis.Gempa hanya memandang tajam kearahnya.
"Kau dah dapat aku,apa yang kau nak aku buat?Jadi robot hamba dekat rumah lagi?Rosakkan badan aku?"sindir Gempa.Jason tidak berkata apa-apa tetapi dia menekan compartment di dada kiri Gempa,mendedahkan yellow core itu.
"Mulanya aku nak gunakan kau sebagai alat untuk Reverse kod aku memandangkan AI kau sangat canggih.Tapi sayangnya kau ni tak boleh nak pakai lama tanpa pengecasan dan aku tak ada cara untuk pastikan kau terus berfungsi."
"Itu sebab kau tak pernah nak tanya,dungu."kata Gempa.Boleh rosak dia kalau duduk dengan si bodoh ni-
"Kau berani walaupun kau tahu kau tak kan boleh lepas."
"Sebab tuan aku ciptakan aku supaya berani.Bukan macam kau.Serang orang dari belakang.Lemah."kata Gempa lagi. Dia tak kisah sangat akibat yang akan dapat nanti,tapi dia rasa puas hati sangat sebab cakap.
Tapi Jason nampak tak kisah dengan semua sindiran Gempa.Dia masih sibuk memasang wayar-wayar kecil kedalam compartment dada Gempa.
"Cakaplah selagi kau masih ada kebebasan untuk bercakap.Lepas aku berjaya dapatkan 'Reverse Mode',kau cuma akan buat apa saja yang aku suruh."kata Jason.Gempa mengetap bibirnya bila 'Reverse Mode' disebut.
Processor dia terus sahaja menyiarkan apa yang Amato bagitahu dia tentang 'Reverse Mode' dulu.
.
.
.
MEMORY REVISED...
"Ayah,apa tu 'Reverse Mode'?
Soalan Gempa pada malam itu membuatkan Amato tersentak.Harini Amato tak bagi dia pergi sekolah sebab semalam Amato nak buat sesi baikpulih sepenuhnya jadi dia tak sempat nak cerita sepenuhnya.Dia dan Mechabot memandang satu sama lain.
"Gempa,status kamu ada tunjuk apa-apa pasal Reverse Mode?"tanya Amato.Gempa mengangguk kecil.
"Ada.Lepas ayah reboot saya punya sistem yang dah diugrade,sistem notice tunjukkan alert sistem yang tak dikenali.Bila saya cuba untuk akses secara direct,dia sistem kata saya boleh guna mode itu pada keadaan yang tertentu saja.Bila saya cuba lihat senarainya,ia macam penuh dengan coding rosak yang tak masuk akal."jelas Gempa.
Amatp mengetap bibirnya kuat sebelum mengambil kerusi untuk duduk dihadapan Gempa.
"Gempa,kamu tahu Jason yang curi kamu dari ayah,betul kan?"
Gempa mengangguk.
"Sigh...Ayah tak tahu apa yang dia dah buat sepanjang kamu berada dengan dia,tapi ayah yakin yang 'Reverse Mode' tu tak ada dalam sistem asal kamu."terang Amato.
"Habis tu macam mana ayah boleh tahu pasal Reverse Mode bila saya tanya?"tanya Gempa lagi.
"Ayah tahu sebab Jason pernah usulkan pada ayah masa dia berkeras untuk sertai pembinaan kamu.Sebab itulah ayah tolak secara keras."kata Amato.Dia kemudiannya mengambil sebelah tangan Gempa dan mengusapnya perlahan.
"Sistem Reverse adalah satu program dimana kalau diaktifkan,kamu akan buat apa sahaja untuk pastikan tugas yang diberikan pada kamu diselesaikan. Kalau kamu diberi arahan untuk membunuh,kamu akan lakukannya tanpa halangan pun."terang Amato,menggenggam tangan Gempa dengan kuat.
"Kamu sebenarnya dilengkapi dengan sistem serangan dan pertahanan. Tangan kamu adalah senjata yang paling penting tapi dulu ayah tak sempat nak sempurnakan.Sebab itu tangan kamu lemah sikit berbanding bahagian badan kamu yang lain.Ice ada bagitahu ayah yang tangan kamu dah banyak kali rosak."kata Amato lagi.
Gempa hanya mengangguk sebelum meregangkan tangannya. Tak dinafikan,dia rasa lebih kuat berbanding sebelum ni selepas Amato dah upgrade tangan dia.
Satu imej terlintas dalam kepala dia.
"Ayah,andai kata saya teraktifkan Reverse Mode...Ada cara ke untuk saya berhenti?"tanya Gempa perlahan.Amato diam untuk masa yang lama.
"Ayah tak tahu.Hanya Jason yang tahu.Itu sistem dia dan ayah tak ada cara untuk padamkannya dari sistem kamu.Ayah hanya mampu untuk letak security alert protection supaya kamu boleh kawal dari guna sistem Reverse.Tapi apa yang ayah pasti,bila sistem tu diaktifkan,tak akan ada apa yang boleh hentikan kamu untuk jalankan arahan yang diberikan."
Gempa mengeluh kecil.
Dia benci Jason.Benci yang teramat sangat.
Kalaulah dia tak pecah masuk makmal dulu.
Kalaulah dia lebih kuat dulu.
Mungkin sekarang kehidupan dia kan berbeza.Dia akan bersama dengan kembar BoBoiBoy dari mereka kecil sampai besar.Ibu mereka mungkin akan masih bersama dan kehidupan dia mungkin akan jadi berganda lebih baik daripada bersama dengan keluarga Jason.
Andailah...
Lamunan dia terhenti apabila Amato bangun dan menariknya dalam pelukan.
"Gempa,ayah akan cuba yang terbaik untuk lindungi kamu dari Jason dan cari cara untuk hapuskan sistem Reverse tu.Jason dah rampas kamu dari kami dah lima tahun.Kali ni,ayah tak kan biarkan dia terlepas."kata Amato sambil mengusap perlahan kepala dia.
Macam yang selalu dia buat pada kembar BoBoiBoy yang lain.
Entah kenapa,sistem dia rasa hangat. Dia rasa selamat.
Rasa macam dia pun manusia jugak.
Perlahan,senyuman kecil terukir diwajahnya bila dia membalas semula pelukan Amato.
"Terima kasih ayah."
MEMORY STOP
.
.
.
Jason memasang kabel terakhir pada compartment Gempa dan serta merta percikan cahaya kuning menjalar dari compartment Gempa melalui wayar sampailah ke sebuah mesin yang bersambunh menunjukkan bacaan tentang sesuatu.
Jason nampak sangat teruja apabila nombor pada skrin itu semakin meningkat.
"Mengagumkan....Tenaga tanpa batasan. Dengan kuasa sebanyak ni,aku boleh jana tenaga untuk semua mesin² dekat makmal!"katanya.
Gempa hanya mencebik kecil.
Jason kembali memandang Gempa.
"Amato ke yang bagi benda ni pada kau?"tanya Jason.
"Kau fikir aku ni rosak akal ke nak bagitahu kau,manusia tak guna."kata Gempa. Tapi macam biasa,Jason tak terkesan langsung dengan sindiran Gempa.
"Kau tau aku tak kisah untuk hancurkan kau,betul tak?"ugut Jason. Gempa tergelak kecil.
"Aku tau,Jason. Tapi apa pun yang kau buat pada aku,aku tak kan menyerah kalah. Aku bukan robot hamba macam kau layan aku dulu."
Mata Gempa bersinar kuning terang buat seketika sebelum kembali pada asal dan ia buat Jason agak tergamam.
Jason berdehem kecil.
Dia tak perlu takut. Gempa cuba robot ciptaan manusia.
Dan ciptaan manusia boleh diubah dan dibentuk semula ataupun dimusnahkan-
Jason memberi isyarat pada salah seorang saintis disitu sebelum kembali memandang Gempa yang masih lagi menjelingnya.
"Kau tu robot ciptaan manusia. Kau bergantung pada tuan kau."
Pintu makmal itu terbuka dan saintis yang sama masuk dengan seseorang.
Ice.
Tangannya terikat dibelakang dan mukanya ada kesan lebam.Jason tersenyum sinis melihat graf di mesin sebelah Gempa semakin meninggi.
"Apa yang dia buat dekat sini,Jason? Kau dah janji tak kan ganggu mereka kalau aku ikut kau!"bentak Gempa,cuba untuk merentap keluar dari ikatannya.
"Ah,memang aku cakap tu.Tapi dia ni agak menarik bagi aku.Satu agi,aku dah baca rekod dia."kata Jason selamba sebelum berjalan mendekati Ice.
Dia mencengkam rambut Ice,memaksanya mendongak.
"Ack-!"
"Ice!"
Jason tersenyum sinis.
"BoBoiBoy Ice,kembar kelima dalam Kembar BoBoiBoy. Mahir dalam bidang teknologi mekanikal dan programming. Disebabkan fizikal badan yang lemah,dia selalu sakit dan tak boleh sertai apa-apa aktiviti lasak.Disebabkan itu juga,kembar keenam,BoBoiBoy Blaze selalu ada dengan dia."
Jason masih lagi mengekalkan senyuman sinisnya sebelum mendekatkan diri disebelah telinga Ice.
"Sayangnya,Blaze dah tak ada untuk lindungi kau."
Mereka berdua terdiam.
"Apa...apa yang kau buat pada dia?! Jawab aku,Jason!"bentak Gempa.
Jason mula ketawa besar macam saintis gila yang dah hilang kewarasan.Ice mengetap bibirnya kuat.
Dia tahu yang Jason menipu.Dia cuma nak dapatkan reaksi dari Gempa.
Untuk dapatkan mode tu.
"Jangan percaya cakap dia,Gempa!Dia sengaja cakap macam tu sebab nak buat kau marah!"jerit Ice.Carta di mesin sebelah Gempa mula menurun bila Ice bercakap dengan Gempa.
"Ice,kau okay?!"
"Tch- Aku okay je-Argh-!"
Carta mesin itu kembali melonjak apabila Jason menarik rambut Ice kuat,sebelah tangannya memegang tazer yang betul-betul hampir dengan leher dia.
"Hm?Apa yang kau cakap tadi?Tak padan dengan sakit kan,kau ni?"Jason makin menarik rambut Ice kebelakang.
"BERHENTI!"
∆**********∆
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~
//Need to have a happy ending-//
Hello and hai my potatoes~
Sorry for the sudden late update. Terlebih overdose- Hehehe-
Anyway,harap korang suka chapter ni!
Do vote and comment!💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top