∆Chapter 31∆
∆**********∆
Amato dan Gempa masih lagi kaku ditempat mereka.
Skrin menunjukkan dimana kembar BoBoiBoy semua lari dan berpecah kecuali Thorn dan Solar.
"Apa...apa yang kau cuba buat hah Jason?!"bentak Gempa.
Hologram Jason hanya tergelak.
"Cepatlah selamatkan mereka,Gempa. Atau kau nak gagal lagi? Heh,sia² sajalah tuan kau mati untuk kau bila ciptaan dia sendiri tak mampu nak laksanakan tugas dia."
Sistem Gempa mula jadi tak terkawal. Mechabot nampak tangannya menggigil.Dia menyiku Amato untuk tarik perhatian dia.
Amato alihkan perhatian dia pada Gempa.
"Gempa,kenapa ni?"tanya Amato cemas.Dia menarik bahu Gempa untuk bertentang dengannya.
Oh,dia harap sangat benda ni boleh dielakkan.
Lensa mata Gempa berubah-ubah kepada merah dan kuning secara tak terkawal.
Amato terus menggoncang bahu Gempa.
"Gempa,jangan aktifkan kod tu! Kamu tau apa akan jadi kalau kamu aktifkan sistemnya!!"
"T-Tapi..t-tuan muda dalam bahaya-"
Ah,sudah. Kodnya lari.
"Jangan. Ia lagi bahaya kalau kamu aktifkan mode tu. Sila berhenti. SEKARANG."
Amato terpaksa tegaskan arahan itu supaya Gempa tak akses mode bahaya tu.
Gempa mengeluh perlahan sebelum menyahaktifkan kod-nya secara paksa.
"Hm...Agak mengecewakan. Nampaknya kau memang betul² tak kisah dengan apa yang akan berlaku dengan 'tuan muda' kau,betul tak Gempa?"
"Kau diam pembunuh. Aku akan selamatkan mereka tanpa perlu tunjuk kau apa-apa!"
Gempa menghentak panel kawalan dengan sebelah tangannya membuatkan hologram Jason terpadam.
"Gempa,kawal diri." pesan Amato. Gempa hanya mengangguk kecil.
"Ayah,kita kena pergi cari diaorang sekarang."kata Gempa.
Amato dan Mechabot mengangguk. Tapi sebelum tu,mereka kena ada rancangan.
∆**********∆
Kembali bersama kembar BoBoiBoy,entah macam mana,mungkin instinct adik beradik kembar,mereka semua berjumpa semula disebuah taman.
"Korang! Apahal korang pun lari termengah-mengah ni?"tanya Taufan sambil cuba nak ambil nafas.
"Huuii... Kitaorang kena kejar dengan orang Jason!"balas Blaze.
"Weh,samalah! Kitaorang pun kena!"sambung Thorn.
Halilintar cuba bernafas secara normal sebelum mengeluarkan telefon dia. Masih lagi tak ada apa-apa panggilan dari ayah dia ataupun Gempa.
"Hali,apa patut kita buat sekarang?"tanya Ice risau. Halilintar hanya mengetap bibirnya dan berfikir panjang.
Apa yang dia patut buat dalam situasi sekarang?
"Ice,cuba periksa lagi koordinat Gempa."
"Tapi aku tak dapat!"
"Cuba lagi. Aku tahu kau boleh. Solar,tolong Ice. Yang lain,aku rasa lebih baik kita teruskan mencari dalam satu kumpulan. Sekurangnya kalau jadi apa-apa kita tak kan tertangkap."terang Halilintar.
"Tapi Hali,macam mana dengan Ice dan Solar? Aku rasa mereka mesti perlukan sesuatu dari lab untuk cari koordinat Gempa dengan lebih luas. Lagipun,kan Ice tak boleh nak berlari sangat?"kata Taufan risau. Dia tahu adik dia nombor lima tu jenis yang tak kuat nak berlari. Kalau ada apa-apa jadi,Ice kemungkinan boleh cedera atau dijadikan tebusan.
"Hm...Okay. Kalau macam tu Taufan,kau teman Ice dan Solar kembali kerumah. Aku akan bersama Blaze dan Thorn untuk sambung cari. Kau ada blackbelt taekwando kan?"kata Halilintar.
"Heh,blackbelt atas blackbelt!"kata Taufan bangga.
" Okay,settle. Ice,Solar. Balik lab untuk buat apa saja yang korang boleh untuk cari koordinat Gempa dengan lebih luas. Blaze,Thorn,ikut aku.
"Aye!"
"Bergerak sekarang!"
Dengan itu,kembar BoBoiBoy pun berpecah kepada dua kumpulan. Taufan,Ice dan Solar kembali ke rumah manakala Halilintar,Thorn dan Blaze teruskan dengan mencari Gempa.
∆**********∆
Bersama Halilintar, Thorn dan Blaze, mereka masih lagi memanggil nama Gempa disetiap jalan yang mereka pergi.
"Haih,ada jugak aku baling phone ni karang payah sangat nak angkat-" gumam Halilintar. Rasanya nak habis bil dia semata-mata nak hubungi Amato saja.
"Kredit kau habis kut?" komen Blaze membuatkan Halilintar mengetuk kepalanya perlahan.
"Aku baru bayar bil okay? Apapun,cuba telefon kau."kata Halilintar.
"Phone aku dekat rumah tengah cas."kata Blaze.
"Ha! Thorn ada!"kata Thorn sambil mengeluarkan telefonnya.
"Ha,cuba hubungi ayah. Mungkin betul kut Blaze kata kredit aku dah habis."kata Halilintar. Thorn mengangguk dan terus mendail nombor telefon ayahnya.
Berdering.
Tak lama kemudian,barulah panggilan itu berangkat.
" Hello Thorn?! Kamu dekat mana sekarang?"
Halilintar cepat-cepat mengambil telefon itu dari tangan Thorn.
"Ayah! Ayah dekat mana?! Hali call tadi kenapa tak angkat?!"tanya Halilintar pank.
"Ayah baru dapat semua miss-call kamu. Kalau kamu risau pasal Gempa,dia ada dengan ayah dan Mechabot.
Halilintar,Blaze dan Thorn menghela nafas lega.
"Sekarang ni,ayah nak kamu semua balik rumah. Tak selamat kamu semua ada dekat luar. Balik rumah secepat mungkin sekarang!"
"Baik ayah. Kami akan balik sekarang."
Talian itu dimatikan dan Halilintar serahkan telefon itu semula kepada Thorn.
"Korang dengar apa ayah cakap kan? Mari balik sekarang."
Thorn dan Blaze mengangguk dan trio itu mula berlari untuk sampai ke rumah cepat.
∆**********∆
Amato menghela nafas lega apabila mendengar suara Halilintar dan yang lain. Sekurangnya mereka masih selamat.
Amato menoleh semula kepada Mechabot dan Gempa.
"Mechabot,aku tahu yang sistem mechanise kau masih belum sempurna untuk mechanise dengan banyak benda. Tapi agaknya boleh tak kalau kau cuba mechanise supaya kita boleh bawa Gempa sekali? Aku tak nak tinggal dia balik sendiri." tanya Amato.
" Heh,kau ingat aku ni lembik macam kau? Mestilah aku boleh!"kata Mechabot. Amato memutarkan bola matanya sebelum mengambil sesuatu yang boleh dia Mechanise.
"Ayah."
Panggilan Gempa membuatkan Amato berhenti dari buat kerja dia.
"Ya,Gempa? Ada apa?"tanya Amato. Gempa tidak membalas tetapi dia memandang sekeliling.
Tick.....Tick...Tick..
Bom ledak.
Tanpa berfikir panjang,Gempa terus berdiri dihadapan Amato dan aktifkan Tangan Tanah dia.
"Tanah Pelindung!"
Tanah disekitar mereka bercahaya kuning seketika sebelum membentuk sebuah kubah melindungi Amato dan Mechabot.
Letupan demi letupan berlaku dan rumah tinggal ini mula runtuh. Gempa menghancurkan semua serpihan batu-batu besar daripada menghempap Tanah Pelindung. Upgrade baru tangannya memang kuat. Tak ada satu pun serpihan besar yang menghempap mereka.
Setelah beberapa minit tiada lagi ledakan,Gempa menghela nafas dan steam keluar dari rongga tangganya. Dia membuka semula tanah pelindung dan terus memeriksa keadaan Amato. Tiada kecederaan.
"Ayah okay?"tanya Gempa. Amato mengangguk. Dia kagum dengan tindakan pantas Gempa menggunakan kelebihannya dan upgrade yang baru itu.
"Kerja yang bagus Gempa. Mari,kita balik sekarang."kata Amato. Gempa mengangguk dan mereka bertiga mula meninggalkan kawasan itu.
Sekarang ni mereka semua bermain dengan masa. Dan Jason adalah musuh yang mengawalnya. Kalau mereka lambat,ia akan jadi.
GAME OVER.
∆*********∆
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~
I.... totally forgot about this book-
Anyway,sorry chapter yang ini sikit sangat-
Stay safe!💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top