∆Chapter 30∆
∆**********∆
Bersama dengan Halilintar dan Taufan,mereka berdua mencari Gempa berdekatan dengan tempat sekolah.
Halilintar melihat tracker yang diberikan Ice dalam telefonnya manakala Taufan terbaring dekat pondok bas sebab penat.
"Hah...Hah..Hali..Cop kejap...Aku mengah.."adu Taufan. Halilintar menggeleng kepalanya.
"Taufan,ini serius tau tak? Keadaan kita semua ni tak selamat selagi si Jason biskut Jacobs tu tak masuk penjara."balas Halilintar. Dia menarik Taufan bangun.
"Kau dah cuba call ayah?"
"Dah,tapi tak berbalas."
Taufan mengeluh sebelum bersandar pada tiang lampu dan mengeluarkan telefon dia.
Halilintar mundar-mandir sambil cuba untuk hubungi ayah dia. Dah berkali-kali tapi tak dapat.
Haish,ni ngisau ni.
"Tch...Ayah...angkatlah telefon...Taufan,kau dapat-"
Bila Halilintar pusing,Taufan tak ada ditempat dia bersandar tadi. Telefon Taufan saja yang ada.
Darah Halilintar terus jadi sejuk. Dia segera mengambil telefon Taufan dan memandang sekeliling.
Diselekoh,dia boleh nampak ada orang yang tengah menutup mulut dan mengheret Taufan yang meronta.
Masa tu Halilintar dah tak fikir panjang.
Dia terus lari dan flying kick lelaki tersebut.
"Apa yang kau cuba buat hah,tak guna?!"jerkah Halilintar. Taufan cepat² bangun dan berdiri dibelakang Halilintar.
Habis pucat muka dia ketakutan hampir² kena culik.
Lelaki yang kena flying kick Halilintar tadi bangun dan mengelap hidungnya yang berdarah penangan flying kick Abe Hali.
Halilintar dan Taufan terkaku apabila lelaki itu mengeluarkan pisau hutan dari poketnya. Halilintar terus menolak Taufan kebelakangnya.
"Tak payah nak menyusahkan aku. Aku hanya perlukan salah satu dari korang."kata lelaki itu. Halilintar menoleh kearah Taufan sebelum fokus memandang kedepan semula.
"Biar aku teka,kau orang Jason,betul kan?"kata Halilintar. Lelaki itu hanya tersenyum sinis.
Tanpa sebarang kata,lelaki itu melibas pisau itu kearah Halilintar secara tiba².
Serangan mengejut itu membuatkan Halilintar reflex menolak Taufan ketepi dan bergolek kearah lain. Perhatian lelaki itu kini fokus pada Halilintar.
"Hali-"
"Lari Taufan! Cari diaorang! Berpecah!"arah Halilintar. Mereka berdua memandang sesama sendiri sebelum mengangguk dan berlari pada dua arah bertentangan.
Lelaki yang ditinggalkan itu tersenyum sinis sebelum mengangkat walkie-talkie dia.
"Aku dah pisahkan batch pertama. Giliran korang."
∆*********∆
Blaze dan Ice mencari Gempa berdekatan dengan taman permainan. Blaze jadi pemerhati dan Ice cuba untuk jejak tracker Gempa.
"Gempa!! Mana kau? Jawablah weh!"laung Blaze. Ice menggaru kepalanya kasar.
Tak ada apa² tanda Gempa dimana-mana.
"Tch....Isk...Aku ni memang tak berguna..."lirih Ice. Dia berhenti dari berjalan dan cangkung,tabletnya jatuh atas tempat pejalan kaki itu dan tangannya ditekap rapat pada mata,cuba untuk tahan tangisan dia.
Dia rasa tak berguna.
Dia rasa gagal.
Blaze yang dah jalan beberapa langkah ketepi terdengar tangisan Ice terus patah balik kebelakang,melutut disebelah Ice.
"Ice! Kenapa ni?"tanya Blaze risau. Ife mengelap airmata dia.
"Aku ni lembap...Aku tak dapat nak cari Gempa dekat mana..A-Aku dah belajar tracking dari kecik b-benda macam ni pun-"
"Apa benda kau merepek ni Ice? Kau tak lembap okay! Janganlah cakap macam tu!"
Blaze menggoncang bahu Ice.
"Kau tu bijak faham tak? Bijak kau setanding Solar dalam bab teknologi macam ni. Mungkin kau tak dapat nak jejak Gempa sebab dia sendiri yang cover tracker dia..atau..yeah maybe dia kena tangkap dengan Jason tapi hey! Aku yakin yang kau boleh cari dia. Dan aku akan tolong kau!"
Blaze memberikan semangat pada Ice dengan senyuman yang lebar. Ice mengelap airmatanya lagi.
"Sniff....Hm..Terima kasih Blaze...Aku...tak seoptimis kau.."kata Ice. Blaze tergelak.
"Alah takpe! Memang itu pun apa yang kembar buat. Kau buat semua pasal yang guna otak tu dan aku akan belasah semuanya!"kata Blaze sambil menumbuk tangannya,bersemangat.
Setiap kembar ada kekuatan dan kelemahan mereka sendiri.
Dan yang paling penting mereka melengkapi satu sama lain.
Blaze bangun dan menghulurkan tangannya pada Ice,nak tolong dia bangun.
"Jom Polar Bear! Kita ada abang yang perlu diselamatkan."kata Blaze dengan senyuman lebar.
Ice tersenyum kecil. Tangannya menyambut tangan Blaze sebelum dia ternampak ada sepasang kaki dibelakang Blaze.
"BLAZE TUNDUK!"
Serta merta Blaze tunduk,mengelak sebatang kayu yang dihayunkan hampir² mengenai kepala dia. Ice mengambik tablet dia dan bangun dari duduknya manakala Blaze berundur untuk melihat penyerangnya.
"Cis,sikit lagi."
Ada seorang lelaki bertopeng menghayunkan batang kayu ditangannya.
"Siapa kau hah?!"jerkah Blaze. Ice berdiri dibelakangnya.
Lelaki itu tergelak besar sebelum menghayun kayu tersebut kearah Blaze dan Ice.
Blaze terus menumbuk dan mengelak daripada hayunan kayu tersebut.
Blaze boleh lawan fizikal,Ice tak boleh.
"Ice! Lari! Aku akan tahan dia!"
"Kau gila?! Nanti-"
"Cari yang lain! Aku janji aku ikut kau nanti!"
Ice mengetap bibirnya kuat,hanya mampu lihat saja Blaze mencekik lelaki tadi guna kayu tu.
"Pergi Ice!"
Dengan berat hati,Ice membuka langkah,melarikan diri jauh dari situ.
Melihatkan Ice dah hilang dari pandangan,Blaze lompat dan lari kearah yang bertentangan.
"Cubalah kejar aku tak guna!!"Blaze mengejek lelaki tersebut dengan harapan lelaki itu akan kejar dia melainkan Ice.
And yes,he did.
Sekarang ni Blaze kena fokus untuk lari selamatkan diri pulak.
∆*********∆
Solar tersandar dekat pokok sebab mengah. Thorn lari laju betul.
And nama dia tak setanding dengan larian dia.
"Abang Gempa!! Abang dekat mana!??"laung Thorn di kawasan perumahan terbiar tu. Dia berpusing dan kembali pada Solar.
"Solar, cepatlah!"Thorn menarik Solar untuk lari bersamanya. Solar mengeluh perlahan.
"Thorn,kejap. Aku mengah. Kau lupa ke aku ni tak selaju nama aku?"kata Solar tercungap-cungap. Thorn menepuk perlahan belakang Solar.
"Solar okay? Nak Thorn dukung tak?"tanya Thorn,sepolos-polos dia,dia masih abang kepada Solar.
"Haha...Tak apa Thorn aku okay."balas Solar. Dia menutup matanya dan menarik nafas yang dalam.
"Tempat ni nampak sunyi je kan..?"komen Thorn tiba². Solar memerhatikan sekeliling mereka.
Memang tempat itu sunyi.
Tiba²,Solar rasa meremang. Tempat ni sunyi sangat.
"Thorn...aku rasa kita kena pergi dari sini..."kata Solar sambil memegang tangan Thorn,bersiap sedia untuk lari.
Tapi yeah,orang kata benda nak jadi, jadilah.
Mereka berdua terlanggar sesuatu dibelakang dan terus mereka berdua diangkat macam tak ada apa².
"W-Weh! Lepaskan kitaorang!"
"Ayah!! Tolong!!!"
Lelaki besar dibelakang mereka hanya tergelak besar.
"Senangnya nak tangkap korang ni."lelaki itu tergelak.
Solar cuba sedaya upaya untuk bebaskan mereka berdua dari genggaman lelaki itu tapi tak berhasil.
"Eish-! Lepaskan Solar! Hiargh!"
Thorn menyiku lelaki itu kuat and to everyone surprise,lelaki itu terlepas pegangan dari Thorn dan Solar.
Thorn terus tarik Solar ketepi dan mula buka kekuda.
Oh,baru teringat yang Thorn ni mewarisi bakat ayah diaorang dalam bersilat. Solar tak join sangat sebab dia lagi suka duduk dalam makmal.
"M-Macam mana kau buat tu..?"tanya Solar. Thorn hanya tersengih jelir lidah dan buat tanda peace.
"Rahsia~"
Perhatian mereka kembali fokus pada lelaki tersebut.
"Heh,boleh tahan."
Thorn dan Solar terkaku apabila lelaki itu mengeluarkan parang.
"Oookayy...ayah tak ajar Thorn pakai senjata lagi kita kena lari Solar.."kata Thorn. Solar mengangguk.
Jadi,tanpa membuang masa mereka berdua lari arah bertentangan tapi masih lagi bersama.
"Ceh,tak terpisah pulak yang ni. Apa-apa jelah."
Lelaki itu mengeluarkan walkie-talkie dia.
"Aku dah selesai,mereka pasti akan berkumpul kejap nanti."
Rancangan mereka untuk menangkap dan takutkan kembar BoBoiBoy berjalan sangat lancar.
∆**********∆
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~
Hello? Hai my potatoes~
Macam mana part yang ni? Okay tak? Sorrylah kalau ada silap sikit Ez tak edit lagi sebenarnya hehe...
Anyway,harap korang suka!
Do vote and comment~
Stay safe!💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top