∆Chapter 3∆

~*********~

STESEN KERETA API PULAU RINTIS

Jam menunjukkan hampir pukul 7 pagi.Seorang lelaki tua berumur menunggu di stesen kereta api tersebut dengam ditemani dengan seorang remaja lelaki berumur 17 tahun.

"Haish,tak sabar pulak atok nak jumpa cucu² kembar atok ni!"katanya.Remaja disebelahnya hanya tersenyum.

"Yelah Tok Aba.Ocho pun tak sabar nak jumpa kembar BoBoiBoy tu."balasnya.

Tok Aba memandang Ocho,atau lebih dikenali sebagai Ochobot,aka cucu angkat dia.

"Pukul berapa kereta api sampai tadi?"tanya Tok Aba lagi.Nampak sangat tak sabarnya tu.

"Tu hah kereta apinya!"kata Ochobot sambil menunjuk kearah keretaapi yang sedang bergerak ke stesen kereta api tu.

Ambil masa beberapa minit barulah kereta api itu berhenti sepenuhya.Tak ramai orang yang keluar so senang mereka berdua nak cari budak² kembar tu.

"Tok Aba!!"suara keanak-anakan kedengaran.Tok Aba dan Ochobot memandang kearah sumber suara itu.

Trio Troublemaker berlari dan terus memeluk Tok Aba,dimana dia membalas pelukan tersebut.

"Haih,dah besar² dah cucu atok ni.Mana abang korang yang lain?"tanya Tok Aba sambil mengusap kepala Trio Troublemaker.

"Tu!Diaorang dekat sana!"kata Taufan sambil menunjuk kearah kembarnya yang lain.

"Haish,korang ni tak sabar²!"marah Halilintar.Dia kemudiannya bersalam dengan Tok Aba dan memeluknya.

"Assalamualaikum Tok.Lama tak jumpa."kata Halilintar.Tok Aba mengangguk.

"Waalaikumsalam.Ha'ah.Memang dah lama pun!Ni,korang ingat lagi tak dengan Ochobot nih?"tanya Tok Aba sambil menunjuk kearah Ochobot yang hanya melambai kearah kembar BoBoiBoy.

"Ocho!!"

"Offh-"

Hampir nak jatuh Ochobot dibuatnya bila semua kembar BoBoiBoy memeluknya.

"Ahahaha!Ya,ya!Aku pun rindu korang jugak.Jeez...Korang tak berubah sejak dulu lagi."komen Ochobot membalas pelukan kembar BoBoiBoy.

"Ha,jom balik.Korang semua mesti penat kan?"tanya Tok Aba.Kembar BoBoiBoy mengangguk.

"Cam tu,jomlah balik.Nanti korang tidur boleh atok dengan Ochobot pergi pasar kejap cari sarapan."kata Tok Aba.

"Kitaorang boleh minum Ice Blend Chocolate Tok Aba kan?"tanya Ice dengan mata yang bersinar.Dia suka air tu.Ice melompat kegembiraan bila Tok Aba mengangguk.

"To the car!"

Halilintar hanya tersenyum melihat keletah adik beradik kembarnya.Dia menggalas beg pakaiannya dan berjalan ke kereta Tok Aba sambil berbual-bual dengan Ochobot.

~*********~

Perjalanan kerumah mengambil masa satu jam.Kembar BoBoiBoy kecuali Halilintar dah tertidur sebab kepenatan.Halilintar masih lagi tak tidur sebab sepanjang perjalanan dalam kereta api dia dah tidur.

"Atok,apa nama sekolah yang kitaorang masuk nanti?"tanya Halilintar.

"SMK Pulau Rintis.Kenapa?"tanya Tok Aba balik.Halilintar cuma mengangkat bahu.

"Saja tanya."balasnya pendek.

Tok Aba memberhentikan kereta disebelah rumah kayu antik yang sederhana besar.

"Woah...Dah renovate eh?Nampak dua kali ganda sama dengan antik atok."kata Halilintar selamba.Tok Aba tergelak kecil sebelum membuka seatbelt.

"Ochobot,tolong bukak pintu rumah sekejap.Hali,pergi kejut adik kau tu.Atok nak ambik barang kejap."kata Tok Aba.Halilintar dan Ochobot mengangguk.Ochobot keluar dari kereta dan Halilintar menepuk-nepuk muka adik kembarnya sorang².

"Oi,oi!Bangun!Kita dah sampai!"kejut Halilintar dengan suaranya yang sekuat guruh tu.Terpisat-pisat kembar BoBoiBoy bangun.

"Aku nak tidur lagi.."rengek Solar.Disambut dengan rengekan kembar BoBoiBoy yang lain.Halilintar memusingkan matanya.

"Ambik barang,keluar kereta naik atas nanti kau tidur lah sampai pagi esok pun tak apa.Sekarang ni kita kena mas-"

"HALILINTAR!DATANG SINI CEPAT!"

Jeritan Ochobot membuat mereka semua terkejut.Dengan pantas Halilintar keluar dari kereta dan terus ke depan rumah.

Matanya membulat apabila melihat Ochobot sedang melutut sambil memegang seorang remaja lelaki yang tak sedarkan diri.

"Tolong bukakan pintu ni.Aku akan bawak dia masuk."arah Ochobot.Halilintar terus membuka pintu tersebut dan Ochobot terus mendukung badan remaja tersebut dan meletakkannya diatas sofa.

"Apa jadi Hali?"tanya Solar dengan keadaan masih terpisat².Dia dan kembar BoBoiBoy dah keluar dari kereta.Cemas bila Ochobot tiba² menjerit.

"Ada orang pengsan dekat depan rumah ni."balas Halilintar.

Ochobot cuba untuk mengejut remaja tersebut tetapi gagal.Dia langsung tak bergerak.Dan apa yang buat Ochoboy lebih panik...

Dia langsung tak bernafas.

"Ok,ok...Aku tak nak berada dalam mood panik sekarang ni tapi budak ni tak bernafas.TAK BERNAFAS.Dan badan dia sejuk.Sejuk macam mayat."
kata Ochobot.

Of course lah,itu buat kembar BoBoiBoy panik.

"Ha!?Dia dah mati?!"

"Call police!Ada mayat dekat sini!"

"Kau sure ke?!"

Ice,dalam keadaan mamai dia tu,ternampak Ochobot bangun dari duduknya membuatkan tangan remaja itu terjatuh dari sofa.Dan dia nampak something wrong pada dia.

Manusia tak ada besi mekanikal dekat dalam badan diaorang.

Membiarkan kembar BoBoiBoy dan Ochobot dalam keadaan panik,dia berjalan mendekati remaja tersebut dan lihat lebih teliti.

Dia bukan manusia...Dia....robot.

Badan robot itu banyak sangat kerosakan.Dan dari apa yang Ice tahu,ia pasti kehabisan tenaga.

"Guys,relax.Dia tak mati."balas Ice membuatkan mereka berhenti panik.

"Apa maksud Ice?"tanya Thorn.Pipi dia basah sebab dia menangis tadi.

Ice mengangkat robot tersebut.

"Ocho,boleh tak pergi lab underground kau?"tanya Ice membuatkan mereka semua jadi pelik.

(A/N:Memanglah pelik.Underground lab.Author Ez korang ni dah gila.)

Ochobot mengangguk sebelum membawa kembar BoBoiBoy masuk kedalam labnya.

"Ice,apa kau nak buat ni?"tanya Blaze.Ice suruh Blaze senyap membuatkan Blaze memuncungkan mulutnya.

Apabila sampai di lab Ochobot,ia sama macam lab² biasa macam korang tengok dalam movie² cliche.Ice meletakkan remaja tersebut diatas meja hologram.

"Dia memang mati. Tapi mati dia ni,boleh hidup balik.Sebab dia ni bukan manusia."terang Ice membuatkan kembar BoBoiBoy melopong.

"Dia hAnTu!?"Trio Troublemaker menjerit,membuatkan Solar mengetuk kepala diaorang pakai spana yang dia jumpa entah dari mana.

"No!Dia bukan hantu lah!Dia robot!Robot yang dicipta untuk kelihatan seperti manusia.Tapi aku tak pernah nampak robot perfect macam ni.."kata Ice.Dia mula menyambung wayar pada 'robot' tersebut.dan membuka compartment di dada kirinya.

"Fiuw,nampak sangat yang pereka dia ni seorang yang genius.Tenaga tanpa batasan.Tapi,kenapa kosong eh?"tanya Ice seorang diri sebelum memasukkan lebih banyak wayar pada compartment tersebut.

"Mungkin kena curi?"suggest Halilintar.Ice mengangguk kecil.

"Mungkin jugak.Berdasarkan dari hasil pembuatannya,dia ni bukan calang² robot!Eh,Hali!Tolong hidupkan bekalan kuasa dekat tepi tu."pinta Ice.

Waktu² macam nilah dia akan jadi genius.Sebab Ice pakar dalam teknologi dan robotik!Bukan tahu tidur jer.

Sebaik sahaja Halilintar membuka bekalan kuasa tersebut,percikan elektrik tinggi mula keluar dari wayar² tersebut membuatkan kembar BoBoiBoy dan Ochobot berlindung.

Percikan voltan itu agak lama sebelum ia berhenti.Pada skrin hologram diatasnya,sebelum tadi ia menunjukkan flat line,sekarang ia menunjukkan robot itu sudah hidup.

Bunyi gasp iala apa yang diaorang dengar dari robot.

Mereka terus mengelilingi robot tersebut.

~**********~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~

He he~ I can do this all day~ :v

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top