∆Chapter 29∆

∆**********∆

Gempa akhirnya sampai di koordinat yang diberikan Amato.

"Dekat sini rupanya mereka berada selama ni..."

Melihatkan pintu hadapan yang terbuka,Gempa perlahan-lahan masuk. Tangan Tanah dia dah bersedia dan dia scan kawasan rumah itu.

"Memang dia betul² lari ni..."

Gempa terdengar sesuatu dari tingkat bawah.

"Heh,makmal rahsia? Amatur." kata Gempa sambil tersenyum sinis.

Dia mengangkat tangannya dan hentak pada lantai yang dia tengah berdiri sekarang menyebabkan lantai itu pecah dan sekarang dia berada di tingkat bawah tanah.

Mendengarkan bunyi senjata yang sedang dicas untuk ditembak,Gempa terus menghadap kearah bunyi tersebut.

"Lah,kau ke Gempa? Nasib baik aku tak tertembak kau."

Mendengarkan suara robotik familiar itu membuatkan Gempa terus turunkan tangan dia.

Mechabot berada dihadapan Amato dengan Blaster yang dah siap dicharge untuk tembak mana-mana penceroboh.

"Kus semangat. Kenapa kamu pergi tumbuk lantai atas,Gempa?"tanya Amato sambil mengusap perlahan dada dia.

Nasib baik tak ada sakit jantung.

Gempa menyimpan semula Tangan Tanah dia dan berjalan mendekati Amato.

"Lagi senang."jawabnya polos membuatkan Amato menggeleng kepalanya perlahan.

"Kenapa ayah panggil saya kesini? Saya ingatkan ayah dalam bahaya."tanya Gempa.

"Ayah? Dalam bahaya? Tak adalah."kata Amato sebelum dicepuk oleh Mechabot.

"Kau tak payah risaulah Gempa. Selagi aku ada aku boleh jaga budak tua tak sedar umur ni."kata Mechabot membuatkan Gempa tergelak.

Amato tak menghiraukan Mechabot dan dia terus sambung buat kerja dia tadi.

"Ni,ayah panggil kamu datang sini sebab nak tanya."

Amato membuka satu hologram yang menunjukkan satu diagram rangka robotik.

"Apa yang-"

"Kamu pernah nampak tak Jason buat ni masa kamu...bekerja dekat rumah dia?"tanya Amato.

Gempa merenung hologram itu dan mula mengimbasnya.

Rangka ni...

"Ini bukan ke rangka robotik saya,ayah? Hampir 98% sama."tanya Gempa. Amato melihat balik rangka robotik tersebut.

"Apa yang dia cuba buat ni..?"

Amato teruskan membuka fail² yang ada dalam komputer itu sementara Mechabot dan Gempa memeriksa semua fail yang ada pada komputer yang lain.

Gempa dapat akses semua maklumat yang ada dalam komputer tersebut.

Jason tengah rancang sesuatu.

Rangka robotik aku...

"Ha! Dah dapat!"

Amato terus menoleh kearah Gempa.

"Kenapa Gempa?"tanya Amato.

Gempa pergi kepada komputer yang Amato handle nak menekan beberapa code kedalamnya.

Sesuatu yang dia ada nampak masa bersama dengan Jason dulu.

"Saya dah ingat,dia cuba untuk cipta saya lagi."

"Maksudnya dia cuba klon kau?"tanya Mechabot. Gempa mengangguk. Dia kemudian memasukkan data kedalam komputer tersebut.

Dua hologram muncul dihadapan mereka. Satu rangka hologram kepunyaan Jason dan satu lagi daripada Gempa.

Dengan berhati-hati,Gempa menggabungkan kedua-dua hologram itu dan tekaannya tepat.

Memang sama.

"Jadi,tujuan dia bawa kamu lari adalah untuk klon kamu....Dia nak cipta satu angkatan tentera robot ke apa?"kata Amato.

"Mungkin boleh jadi,ayah...Dia dulu kan rakan sekerja ayah? Ayah tak ada syak apa² ke?"tanya Gempa membuatkan Amato mengeluh perlahan.

"Kamu tau,kamu ni ciptaan rahsia? Hanya ayah dan mak saja yang tahu. Tapi entah macam mana Jason dapat tahu tentang hal ni dan demand untuk turut serta. Dia cakap dia pun terlibat dalam Projek AI ni.."terang Amato.

"Tapi dia.."

"Tak,dia langsung tak ada kena mengena. Disebabkan itulah kami bergaduh. Ayah cuba untuk pertahankan kamu daripada dia. Dia nampak cara kamu bercakap dan kelakuan kamu sama macam manusia sebenar. Sebab itulah dia demand untuk cip AI kamu bila ayah kata dia tak boleh turut serta."

Tangan Gempa terus mengusap kepalanya sendiri,tempat dimana cip AI-nya berada.

Cip AI ni yang paling penting untuk dia....

"Andai kata dia dapat cip ni,dia mungkin boleh bina satu angkatan tentera yang diprogram untuk dengar cakap dia....Dia boleh musnahkan semuanya!"kata Gempa. Amato mengangguk.

"Ya Gempa. Sebab itulah cip kamu penting. Bukan sebab itu saja. Cip itulah yang menjadi kamu, BoBoiBoy Gempa sekarang."kata Amato sambil meletakkan tangannya pada bahu Gempa.

Gempa mengeluh perlahan dan menggenggam tangannya kuat.

Macam mana dia nak hentikan Jason sekarang?

"Tapi kan Amato? Aku hairanlah."sampuk Mechabot tiba² membuatkan Gempa dan Amato memandangnya serentak.

"Apa yang hairan Mechabot?"tanya Amato.

"Okay,andai katalah memang betul si Jason tu memang tengah cipta angkatan tentera robot,macam mana dia nak hidupkan robot tu? Maksud aku,yelah kau tengok perbezaan rekaan robot dia dengan Gempa."terang Mechabot.

Gempa mendekatkan hologram itu pada kawasan yang ditunjuk oleh Mechabot.

Walaupun kelihatan sama,ada sesuatu yang robot Jason tak ada.

Tempat tenaga.

Pada Gempa,dia ada tempat bulat didada kirinya, tempat yellow core yang jadi punca tenaga hidup dia sekarang.

Tapi rekaan robot Jason tak ada.

"Mungkin itu apa yang dia nak dari kamu,Gempa. Dia nak yellow core tu."kata Amato tapi Gempa menggeleng kepala perlahan.

"Tapi ayah,saya dapat yellow core ni dari Ocho. Masa saya mula² jumpa dengan diaorang. Mustahil Jason memang nak yellow core tu. Dia tak tahu pun!"balas Gempa.

Amato dan Gempa mengeluh lagi. Buntu.

Tiba²,telefon Amato berdering dan dia terus angkat.

"Hello?"

"Dah puas geledah rumah tinggal aku, Amato?"

∆**********∆

Di rumah Tok Aba,selepas kembar BoBoiBoy habis sarapan dan membersihkan diri,mereka semua melepak dekat depan TV.

"Lamanya si Gempa tu pergi sidai baju?"komen Ice secara tiba² membuatkan semua memandang si Polar Bear tu.

"Dua bakul kut. Memanglah lama."balas Blaze.

"Biar Thorn pergi tengok!"kata Thorn sebelum melompat dari sofa dan terus kebelakang. Solar dekat sebelah dia tengah baca buku hanya menggeleng perlahan dan sambung pembacaan dia.

Halilintar pula tengok telefon dia.

Mesej yang dia hantar pada ayah dia dari semalam tak berbalas.

'Ada apa² jadi ke..?'

Baru saja dia buka mulut nak tanya Taufan,Thorn berlari masuk dalam rumah.

"Abang! Gempa tak ada dekat luar!"

Hah,tuh kan. Habis semua dalam alert mood. Ice terus keluarkan tablet dia untuk chek status Gempa.

"Dia okay. Tapi tracker dia tak dapat dijejaki."kata Ice perlahan.

Halilintar bangun dan pergi pada Thorn.

"Betul tak ada? Kau dah cuba panggil?"tanya Halilintar perlahan,cuba tenangkan diri.

Kang kalau tak kawal nanti habis si Thornie kena.

"D-Dah,Thorn dah panggil. Tapi Gempa langsung tak balas! Bakul baju penuh lagi..."kata Thorn. Halilintar mengetap bibirnya perlahan.

Dia tak nak fikir negatif. Tapi dalam keadaan sekarang,memang patut pun.

"Okay,jom pergi cari dia. Semua berpecah kepada dua². Dengan cara tu,kita semua akan ada pelindung masing²."arah Halilintar.

Kembar BoBoiBoy yang lain mengangguk dan terus naik atas dan bersiap sedia.

Halilintar merenung telefonnya, desperate nak telefon ayah dia.

"Tch- Gempa...Kau dekat mana?"

∆**********∆

Gempa dan Mechabot terus dalam mood pertahanan disekeliling Amato.

"Tch- Jason...Apa yang kau buat hah?"tanya Amato,mengetap bibirnya perlahan.

Dalam masa yang sama,Gempa cuba untuk jejak lokasi Jason melalui panggilan telefon itu.

"Oh,tak ada tanya khabar pun? Ah, tak mengapalah. Sekurangnya kau tahu apa yang aku nak."Jason tergelak sinis.

"Apa pun yang kau rancang tak akan menjadi Jason. Aku dah cukup bukti untuk humban kau dalam penjara atas apa yang berlaku 13 tahun lalu."gertak Amato.

Jason masih lagi tergelak jahat.

"Yakinnya kau Amato. Hahaha."

Gelakan Jason agak dingin.

"Aku malas nak layan kau Amato. Aku hanya perlukan Crystal."

"Langkah mayat aku dulu sebelum kau cuba nak sentuh Gempa."kata Amato. Dingin dan tegas.

Dia dah tak main² kali ni.

Jason tergelak sinis sebelum memandang Gempa.

"Crystal,aku nak kau datang ke alamat yang ada dekat dalam komputer tu. Tak ada alasan."kata Jason selamba.

"Kau fikir aku akan buat? Kau gila? Jangan harap. Kau bunuh tuan aku dan anak dia. Aku tak kan maafkan kau,tak guna."Gempa mengenggam tangannya kuat.

"Ouh,dan kau nak aku bunuh enam lagi pilihan yang ada baru kau nak dengar cakap aku?"

Serentak dengan itu semua komputer didalam makmal bawah tanah itu menyala nak menunjukkan rakaman CCTV kembar BoBoiBoy yang berpecah secara berpasangan dan dalam misi untuk mencari.

Amato dan Gempa tak dapat nak berkata apa.

"Aku akan bagi kau 1 jam untuk kesini,atau mereka semua akan pergi ikut jejak langkah mak dan abang mereka."

∆**********∆
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~

Hello?Hai my potatoes~

Sorry lambat update buku nih. Dua sebab actually.

First,Ez takde idea untuk buku ni.

Second,Ez tengah sibuk dera BoBoiBoy dalam buku IRIS.

Hehe,anyway,harap korang suka chapter ni~

Do vote and comment~

Stay safe!💜

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top