∆Chapter 28∆
Pada malam itu selepas satu petang mereka habiskan masa dekat pulau persendirian Amato,yang dia baru beli tu,kembar BoBoiBoy tidur awal sebab penat. Amato dan Mechabot keluar sebab ada hal tertentu dan Gempa masih lagi terjaga.
Dia menulis sesuatu pada journal dia.Journal tu sekarang dah nipis sebab Gempa tulis semuanya yang berlaku dalam journal tu.
Ia buat Gempa gembira.
Gempa tersenyum sebelum menyimpan journalnya. Amato masih belum balik. Jadi dia akan berjaga sampailah Amato balik.
Dia memainkan semua memori lama yang dia ada.I mean,sebelum dia jumpa dengan Jason.
Masa dia pertama kali buka mata dan bercakap dengan tuan dia,masa dia jumpa dengan kembar BoBoiBoy,masa dia mula berjalan dan sebagainya.
Ah,memori yang indah.
Gempa tersedar dari nostalgia lama dia apabila pintu biliknya dibuka perlahan dan Thorn ada dimuka pintu dengan membawa anak patung kucing.Gempa dapat kesan yang Thorn tengah sedih dia terus bangun.
"Thorn,kenapa ni?Thorn nak apa-apa ke?"tanya Gempa.Thorn menggeleng kepala perlahan. Gempa boleh nampak yang mata Thorn berair.
"B-Boleh tak T-Thorn tidur dengan abang malam ni?"tanya Thorn perlahan. Gempa tersenyum kecil sebelum menepuk katilnya,mengajak Thorn untuk baring dekat sebelah dia.Thorn terus berbaring atas katil Gempa dan memeluk kuat anak patung kucing dia.
"Kenapa Thorn?Thorn mimpi buruk ke?"tanya Gempa perlahan sambil mengusap rambut Thorn perlahan-lahan.
Thorn mengangguk.
"Mimpi pasal mereka lagi ke?"tanya Gempa lagi.
Sekali lagi Thorn mengangguk.
Gempa senyum lagi sebelum menarik Thorn rapat padanya.
"Abang Gempa ada bunyi pelik..."
"Hm?Bunyi pelik apa Thorn?"
"Bunyi macam...wrengggg..iinggg...bzzzzzt."
Gempa tergelak dengan cubaan Thorn cuba nak buat balik bunyi yang dia dengar tu.Gempa perasan yang Thorn tengah cakap pasal yellow core yang ada dalam badan dia.
"Thorn,itu bunyi yellow core lah."terang Gempa.
"Ouh..bola kecik yang Ocho bagi tu ke?"tanya Thorn dengan polosnya. Gempa mengangguk. Thorn main mendekatkan diri dengan Gempa.
"Bunyi dia slow...macam degupan jantung...Thorn rasa selesa pulak..."kata Thorn perlahan. Gempa tersenyum lagi sebelum memeluk Thorn.
"Kalau Gempa peluk macam ni,Thorn boleh tidur?"tanya Gempa.Thorn mengangguk gembira sebelum membalas pelukan Gempa.
"Hm!"
Thorn terus menutup matanya dan biarkan bunyi mesin kecil yang datang dari Gempa menenangkannnya.
Gempa menunggu sampai Thorn tertidur disebelahnya.Tangannya masih kuat menggenggam baju tidur Gempa.
Thorn nampak lagi tenang sekarang.
Gempa tersenyum kecil sebelum menutup matanya. Masa rehat.
∆**********∆
Jauh disebuah tempat,Amato dan Mechabot mendarat dengan selamat. Dah lama mereka terbang untuk cari si Jason tak guna tu.
" Weh Amato,betul ke ni tempat dia?Macam dah kena tinggal je?"tanya Mechabot. Amato melihat semula tabletnya.
"Ini lokasi terakhir Jason dilihat.Ejen aku dah pastikan."balas Amato ringkas. Rumah agam yang kelihatan megah satu ketika sahulu dah nampak macam rumah tinggal berhantu.
"Dia tak kan lepas kali ni Mechabot.Aku tak kan biarkan benda yang sama berlaku lagi."kata Amato dingin.
"Apa yang kau dapat?"tanya Mechabot.
"Rumah ni ada tempat tersembunyi,aku tahu tu. Aku nak kau scan sekeliling dan ambil mana² maklumat yang berguna."
"Lepas tu kita boleh serbu dia?"
"Kau boleh jadikan dia sebagai sasaran kau nanti."
"Ha,itu aku nak dengar! Jom!"
∆**********∆
Pagi itu,hari cuti persekolahan.
Gempa masih lagi terjaga dikatilnya bersama Thorn yang masih lagi tidur.
Amato dengan Mechabot masih belum balik.
'Ayah ni okay ke tidak..? Kenapa tak ada hubungi pun?'
Gempa cuba untuk tak berfikiran negatif.
Tuan-Ayah dia ada Mechabot. Mechabot boleh lindungi dia.
"Haih...Aku tak patut risau sangat.."keluh Gempa. Matanya dikerling pada jam diatas mejanya.
Pukul 8.30 pagi.
"Hm..baik aku buat sarapan untuk mereka."
Dengan berhati-hati dia bangun dari katil tanpa mengejutkan Thorn dan terus turun keruang tamu.
Gempa tergelak kecil apabila ternampak Solar dan Halilintar tertidur dekat sofa dengan televisyen yang masih terbuka dan sekarang tengah siarkan berita pagi.
"Heh,mesti tertidur masa tengok bola senyap² semalam."kata Gempa sambil menggeleng kepala perlahan sebelum pergi kedapur dan mula untuk sediakan sarapan.
Dalam setengah jalan siapkan sarapan,dia boleh dengar ada seseorang yang memasuki dapur itu.
"Hoam....Selamat pagi Gempa..."
Taufan muncul dengan muka yang mengantuk,masih berpijama dengan rambut serabai yang bertutup dengan topi senget dia tu.
Gempa tergelak lagi sebelum pergi kepada Taufan dan betulkan topi dia.
"Selamat pagi Taufan. Macam mana tidur kau?"tanya Gempa lagi.
"Thorn takde dalam bilik...Blaze mengigau pasal ayam..."kata Taufan lagi membuatkan Gempa tergelak lagi.
"Thorn ada dalam bilik aku. Kau lapar tak?"tanya Gempa. Taufan mengangguk.
"Dah, pergi depan dulu. Dah nak siap dah ni. Pergi kejut yang lain jugak."kata Gempa. Taufan mengangguk dengan mata tertutup dan Gempa arahkan dia keluar supaya tak terlanggar dinding sebelum kembali menyiapkan sarapan.
Beberapa minit kemudian,kembar BoBoiBoy pun kedapur lepas bangun dari tidur dan Gempa sudah pun selesai masak dan hidangkan semuanya.
Semua orang masih mengantuk.
"Haha,ni dah basuh muka ke belum semua ni?"tanya Gempa.
Kembar BoBoiBoy mengangguk serentak.
"Heh,ha makanlah dulu. Aku nak pergi sidai baju jap. Ada banyak baju tak berjemur tu."kata Gempa sebelum mengantung apron pada penyangkut dan membiarkan kembar BoBoiBoy untuk nikmati sarapan mereka.
Uhuk,the real suami mee tali-
Anyway,back to story.
Gempa membawa dua bakul baju yang dah dibasuh dan mula menyidai.
Sekali pandang dah nampak macam suami saia- eh tiber-
Semasa menyidai baju itu,dia dapat panggilan daripada Amato.
"Eh,kenapa ayah call guna line personal aku?"
Gempa terus mengangkat panggilan tersebut.
"Hello ayah?"
"Gempa,datang sini sekarang."
Suara Amato yang tergesa-gesa itu mengejutkan Gempa.
"Ayah,kenapa ni? Ayah kena tangkap ke?!"
"Kamu datang je! Ikut lokasi yang ayah dah bagi dan jangan bawak mana² adik kamu."
"Baik ayah."
Talian itu ditamatkan.
Gempa memeriksa lokasi yang diberikan oleh Amato. Lokasi dimana Tuan Jason terakhir dilihat.
"Kali ni...kali ni aku akan tamatkan kau terus,Jason. Aku tak kan maafkan apa yang kau dah buat pada tuan aku." Gempa mengenggam tangannya kuat. Dia memandang kembar BoBoiBoy yang masih lagi menikmati sarapan melalui tingkap.
"Aku akan balas dendam demi korang."
Dengan itu,Gempa berlari meninggalkan rumah itu dan terus ke koordinat yang diberikan oleh Amato.
∆**********∆
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~
Hello? Hai my beloved potatoes~
Sorry for this short chapter,ehek.
Harap korang semua suka~
Do vote and comment,okay?
Stay safe!💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top