∆Chapter 27∆
∆**********∆
Sebaik sahaja tamat waktu persekolahan,kembar BoBoiBoy terus pulang kerumah.
"Hm? Sunyi je rumah ni? Ayah keluar dengan Gempa ke?"komen Blaze lepas dah letak beg dekat atas sofa.
Ice membuka pintu untuk ke lab.
"Diaorang ada dekat bawah kut? Jomlah."ajak Ice. Kembar BoBoiBoy mengangguk dan terus turun ke lab.
"Ayah! Kitaorang dah balik!!"jerit Trio Troublemaker.
Sampai dibawah,mereka boleh nampak Amato dan Mechabot sedang menghadap skrin hologram.
"Ah,kamu semua dah balik? Macam mana sekolah harini?"tanya Amato sekaligus menerima pelukan daripada Trio Troublemaker.
"Okay je sekolah harini. Anak si Jason tu dah pindah sekolah. Mesti diaorang dah blah dari Pulau Rintis ni."balas Halilintar. Amato mengangguk perlahan.
"Owh,macam tu.. Tapi jangan leka sangat! Kita tak tahu betul² ke dia dah pergi."pesan Amato.
Dia kenal Jason macam mana.
Dia tak kan berhenti selagi belum dapat apa yang dia nak.
"Oh,mana Gempa ayah? Ayah dah siap baiki tangan dia?"tanya Ice.
Amato mengangguk sebelum tersenyum.
"Ni,ayah ada sesuatu nak tunjuk dekat kamu semua. Ayah dah upgrade Gempa! Semua kerangka dia yang dah rosak tu ayah dah betulkan jadi dia dah nampak macam baru."kata Amato.
"Wah,serius? Mana dia?"tanya Taufan excited.
"Keluarlah Gempa! Diaorang dah sampai dah ni!"panggil Amato.
"Tak nak!! Malulah!"jerit Gempa dari bilik air.
"Lah,buat apa nak malunya? Kamu nampak macam superhero tau! Marilah keluar!"pujuk Amato lagi membuatkan kembar BoBoiBoy tertanya-tanya.
"Ayah upgrade apa pada Gempa?"tanya Halilintar. Amato hanya tersengih.
"Tengok jelah." kata Amato.
Tak lama kemudian selepas dipujuk beberapa kali,akhirnya Gempa keluar dari tempat persembunyian dia.
Baju Gempa sekarang nampak lain dari apa yang mereka selalu pakai.
Seluar hitam dengan lining kuning yang unik bersama tali pinggang kelabu. T-shirt merah dengan jaket berwarna kuning hitam dengan lining unik yang sama dipadankan dengan topi dia.
"Fuyooo style gila! Macam superhero!"kata Blaze teruja. Gempa hanya menunduk.
"Aip,itu bukan semua lagi. Gempa,tunjuklah sekarang."kata Amato. Gempa muncungkan mulut tanda tak setuju tapi dia buat jugak.
"Tangan Tanah!"
Gempa menghentak kedua-dua belah tangannya dan terus tangannya berubah menjadi sarung tangan dengan gaya berbatu.
Kembar BoBoiBoy hanya melihat dengan teruja apabila sarung tangan batu itu terbentuk pada tangan Gempa.
"Fuyooo!! Gempaknya!!"kembar BoBoiBoy terus mengelilingi Gempa dengan teruja. Gempa tersenyum sebelum mengangkat mereka semua sekali gus.
"Hahaha! Wah! Kuatnya abang Gempa!!"jerit Thorn. Trio Troublemaker ada ditangan kanan Gempa manakala Trio Cool disebelah kiri. Sarung tangan tanah itu cukup besar dan boleh angkat mereka semua.
"Ha, terbaik kan? Macam superhero~"kata Amato sambil mengambil gambar.
"Macam mana ayah buat tangan dia boleh berubah macam ni?"tanya Solar.
"Hehe...Ayah pakai program lama dia. Dia memang dah ada tangan tu dah lama. Tapi itulah,mungkin rosak masa...korang tahulah."kata Amato. Dia malas nak mention kejadian tu lagi.
Gempa menurunkan Trio Cool tapi Trio Troublemaker masih lagi nak naik atas tangan Gempa jadi Gempa biarkan saja.
Bukannya lenguh pun.
"Apa lagi yang Gempa boleh buat ayah?"tanya Solar dengan mata yang bersinar. Dia dalam mood kagum dia.
Ayah dia memang yang paling terbaik.
"Dia sekarang ni berupaya untuk buat apa yang robot lain tak boleh buat.Lebih kurang macam Mechabot,tapi bentuk manusia. Kalau Mechabot,dia boleh bercantum dengan objek lain untuk jadi senjata,tapi Gempa ni dia lebih kepada pertahanan dan dia lebih kuat daripada Mechabot."terang Amato membuatkan mereka semua mengangguk dan Mechabot tepuk kepala Amato sebab nak kata dia lemah.
"Kau jangan sampai kau balik naik tren nanti Amato."ugut Mechabot.
Mereka semua tergelak dan Gempa menurunkan Trio Troublemaker dan hilangkan tangan tanah dia.
"Oh ayah.Ada lagi satu benda yang Ice nak tanya sebenarnya pasal Gempa."kata Ice tiba-tiba.
"Ya,Ice?"
"Cip AI Gempa...Mak yang buat kan?"tanya Ice.
Amato mengetap bibirnya perlahan sebelum tersenyum kecil dan mengusap kepala Ice perlahan.
"Ya,mak yang cipta cip AI Gempa. Dari programming method apa semua tu. Ayah cuma tolong dalam bagi cadangan dan betulkan sikit²."terang Amato.
"Ayah tahu macam mana mak boleh program AI Gempa untuk jadi macam manusia sebenar?Sebab kan dalam sistem compleks Gempa,Ice tak faham yang itu."tanya Ice.
Amato berfikir panjang sebab tak tahu nak jawab soalan Ice macam mana.
Sejujurnya,dia sendiri tak tahu apa yang arwah isteri dia program dalam Al Gempa sampai jadi sempurna macam tu.
"Ayah tak tahulah Ice.Ayah tak pernah campur dalam program AI dia.Mak kamu pulak tak ada simpan apa-apa data pasal tu."balas Amato membuatkan Ice memuncungkan mulut dia sedikit.Gempa menggosok perlahan kepala Ice untuk support dia.
"AI aku unik Ice,aku sendiri tak tahu nak terangkan macam mana.Tuan-Maksud aku mak korang memang cipta aku dengan baik."kata Gempa. Ice hanya mengangguk
"Mungkin sebab itu jugaklah si Jason curi kau.Dia nak AI kau tu."komen Solar tiba-tiba. Gempa hanya mengangkat bahu.
"Okaylah,siapa nak pergi tengok apa lagi yang Gempa boleh buat dekat luar?"ajak Amato.
"Nak!!"
"Eh,tapi dekat sini selamat ke nak tunjuk?Tak bahaya untuk Gempa?"tanya Thornie sepolos-polosnya.
"Eh,sape kata nak buat dekat sini?Ayah kau dah beli pulau terbiar dekat sebelah Pulau Rintis tu hah nak buat ujian selanjutnya."sampuk Mechabot.
Kembar BoBoiBoy tenganga manakala Amato hanya tersengih.
Bapak kaya,boleh beli pulau macam tu je.
"Ha,dah.Jom jalan. Bot tengah siap tu."kata Amato sebelum bergerak keluar dari lab itu diikuti oleh Mechabot dan Gempa.
"Haish..bapak,bapak. Jangan nanti dia pergi beli bulan sudah."kata Blaze.
"Apa yang buat kau fikir dia tak beli lagi?"sampuk Taufan membuatkan mereka semua tergelak.
"Ha,dahlah.Jom siap.Nanti kena tinggal."kata Halilintar. Mereka semua mengangguk dan terus naik bilik masing-masing untuk bersiap.
Nak jalan pergi pulau naik bot uuu.Gila tak nak?
∆**********∆
Disebuah tempat yang tak diketahui,a.k.a I know you guys kenal Biskut Jacob kan?So,yeah there he was dengan keluarga mintak kaki dia.
Mereka bersembunyi dirumah agam meah tak jauh dari tempat asal mereka sebab ada polis yang datang tanya mereka.
Mereka sempat larikan diri.
Evelyn tak puas hati kerana dia terpaksa berpisah dengan Baby Solar dia.
"Daddy! Kenapa kita kena lari macam penjahat ni?! Evy nak Solar!"rengek Evelyn.
"Evy,kamu tahu tak Solar tu,anak Tuan Amato. Musuh ketat ayah. Kamu masih nak dia?"tanya Tuan Jason.Evelyn menyilangkan tangannya.
"Evy tak kira!Dia anak musuh daddy,bukan Evy!Evy nak dia tak kira apa.Evy sanggup upah pembunuh upahan untuk hapuskan semua orang dan dapatkan dia.."
Okay,perempuan ni dah officially gila.
"Daddy tahu sayang.Tapi kamu kena ingat.Tuan Amato tu orang paling penting dalam sektor teknologi.Ciptaan dia boleh hapuskan kita juga."kata Tuan Jason membuatkan Evelyn merengus kuat.
"Ini semua salah robot tak guna tu!Patutnya daddy musnahkan aja dia masa ada peluang dulu!"bentak Evelyn lagi.
"Evy,ayah perlukan robot tu untuk lengkapkan rancangan ayah.Dia ada sesuatu yang daddy perlukan untuk lengkapkan rancangan daddy."kata Tuan Jason sambil tersenyum sinis.
"Apa dia daddy?"tanya Evelyn.
"Daddy perlukan yellow core dia yang sekarang...dan code Reverse dia."
∆**********∆
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~
Hello,hai my beloved potaoes~
Macam mana part yang ni,okay tak?
Sejujurnya Ez kehabisan idea actually hohoho-*kena lempang dengan Jin*
Anyway,Ez harap korang suka chapter ni~
Do vote and comment,okay?~
Stay safe!💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top