∆Chapter 24∆
∆**********∆
Kembar BoBoiBoy masih gigih mencari walaupun dalam hujan yang lebat. Mereka berpecah supaya dapat luaskan pencarian mereka.
Halilintar berlindung dekat bawah pondok usang sambil cuba mengambil nafas. Masih lagi tak ada kelibat Gempa dimana².
"Hah...hah...Gempa..Mana kau..?"
∆**********∆
Gempa terkaku ditempatnya. Suara tu...
"Kenapa, Crystal? Kau fikir aku tak kan jumpa kau dekat sini? Seronok larikan diri dari aku? Ouh,ke kau lebih suka aku panggil kau dengan nama budak² tu bagi kau? BoBoiBoy Gempa,hm?"
Tuan Jason tergelak sinis melihat raut wajah robot itu berubah.
Pencariannya selama ini tak sia-sia.
Gempa memeluk dirinya,cuba untuk lindung sebelah tangan yang tak ada tu dengan jaket dia.
"A-Apa maksud kau? Aku kenal kau ke?"alih Gempa.
Dia cuba cari jalan keluar dari sini.
"Heh,tak perlulah kau cuba nak berdalih dari aku, Crystal. Aku datang bersedia untuk dapatkan kau semula. Berani kau larikan diri dari tuan kau? Heh,kau tak kan dapat lepas dari aku." kata Jason. Dia terus mencengkam leher Gempa tanpa sempat dia nak lari.
"Ak- L-Lepaskan aku!"Gempa meronta minta dilepaskan.
"Hm...Kau nampak lebih sempurna daripada dulu. Mesti budak² tu dah baiki kau,betul tak?"kata Tuan Jason lagi tanpa menghiraukan rontaan Gempa.
"K-Kau bukan tuan aku! K-Kalau ya,kau tak kan rosakkan aku dan jadikan aku sebagai hamba!"balas Gempa membuatkan Jason tersenyum sinis dan terus menguatkan cengkamannya.
"Aku yang hidupkan kau. Kau kena ingat satu tu saja. Kau kena ikut arahan aku!" jerkah Tuan Jason. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket dia.
Electric Tazer.
Benda tu yang selalu dia guna kalau Gempa cuba untuk melawan.
Ia boleh buat dia shutdown sementara akibat renjatan elektrik tersebut.
Gempa terus menendang Jason kuat pegangan dilehernya terlepas. Dia terus lari kearah bertentangan.
"Mana kau nak lari Crystal?!"jerit Tuan Jason.
"Kumpulkan semua orang! Jangan bagi dia terlepas!"
Serentak dengan itu,Gempa boleh dengar deruman enjin kereta laju mengikutinya.
"Tch- Macam mana aku nak lepas- Wargh!"
Gempa mengelak bola yang dibaling kearahnya. Mereka ada dimana²!
Mereka cuba untuk menangkap Gempa tapi Gempa mengelak dan terus menumbuk setiap satu daripada mereka.
"Tahan,mereka tak sekuat kau."
Gempa terus sambung lari apabila dia berjaya kalahkan satu squad yang halang laluan dia tadi.
'Aku kena balik semula kerumah!'
Sampai dijalan raya,Gempa mengelak daripada kereta hitam yang mengejarnya tadi. Dia dah nak sampai dekat kawasan perumahan kembar BoBoiBoy.
'Lagi sikit!'
Dia hampir dapat lepaskan diri tetapi jaketnya ditarik dari belakang.
"Argh!"
"Kau tak kan terlepas!" orang suruhan Jason itu menarik tangan Gempa kebelakang dan menahannya ketanah.
"Ergh-! Lepas-"
Orang suruhan Jason memasang sesuatu pada leher Gempa. Macam kolar. Sebaik sahaja bunyi klik kedengaran,orang itu menjauhkan diri dari Gempa.
Gempa terburu-buru menjauhkan diri daripada orang tersebut dan terus menarik kolar dilehernya.
"Apa yang kau-"
Kolar itu mengeluarkan renjatan elektrik apabila dia cuba membukanya menyebabkan Gempa menjerit dan terus tumbang.
'A-Alat untuk hentikan aku..?Badan aku tak boleh bergerak!'
"Boss,aku dah dapat dia."
"Bagus,bawa dia ke base cepat sebelum ada sesiapa yang nampak kau."
Itu saja yang Gempa dengar sebelum tapak kaki orang suruhan Jason tersebut mendekatinya.
'Tak....Tak kanlah...A-Aku tak nak..Aku tak nak kembali kesana..'
Gempa dapat rasakan yang badan dia diangkat oleh orang tersebut.
Bayangan kembar BoBoiBoy terus termain pada lensa dia.
Aku tak sempat nak ucapkan terima kasih pun....
Tiba²,ada sesuatu yang menyerang orang yang mengangkatnya menyebabkan Gempa terjatuh semula ketanah.
Sepasang tangan mengangkat badannya perlahan dan mencabut kolar dilehernya.
Siapa...
"Mechabot! Dahlah tu! Kita kena balik sekarang!"
"Ceh,nasib baik Blaster aku tak kena dia tadi..."
Walaupun pandangannya kabur disebabkan hujan,tapi samar² Gempa boleh nampak lelaki berambut hitam putih itu dan sesuatu berwarna merah terapung dibelakangnya.
"Kita kena balik rumah sekarang. Orang² tu akan datang balik nanti."
"Aku akan telefon anak kau suruh balik sekarang."
∆**********∆
Malam menjelma dan kembar BoBoiBoy bersama Amato dan Mechabot berada di lab. Tok Aba dan Ocho yang baru balik dari rumah kawan Tok Aba pun ada.
Selepas mendapat notis daripada Mechabot,mereka semua balik kerumah dan nampak ayah mereka membawa Gempa dalam dukungan dia.
Amato suruh semua pergi mandi terlebih dahulu sebab takut demam.
Gempa sekarang dah boleh gerakkan badan dia dan dia duduk diatas meja hologram dikelilingi oleh semua penghuni rumah itu.
"Ayah,boleh ayah cerita semuanya sekarang? Dari mula sampai habis?"tanya Halilintar.
Amato masih lagi memeriksa keadaan Gempa. Dia masih kena jaga jarak sebab Gempa tak selesa dengan dia.
"Hm...Cry- Gempa,okay?"
Gempa hanya mengangguk perlahan. Amato tersenyum kecil.
"Boleh hulurkan tangan kamu?"tanya Amato. Gempa menurut seraya mengangkat tangannya dan Amato memegang tangan itu perlahan.
Amato menekan sesuatu tepat pada pergelangan tangan Gempa dan serta merta,kulit Gempa terbuka pada satu compartment.
"Ha...Jadi betullah..Kamu memang Crystal.."kata Amato membuatkan kembar BoBoiBoy lebih tertanya-tanya.
"Saya tak ingat nama tu."Gempa menarik semula tangannya.
"Amato,bagitau abah. Apa semua ni?"tanya Tok Aba pula.
Tangan Amato mengusap perlahan kepala Gempa.
"Kamu tak perlu risau. Kamu selamat."kata Amato perlahan pada Gempa sebelum menghadap yang lain.
"Ayah....Macam mana ayah boleh kenal dengan Gempa?"tanya Halilintar. Dia dah bosan asyik kena palau.
"Heh,mak kamu yang cipta dia dulu,tak kan lah ayah tak kenal?"
Itu dia. Amato dah sah kan.
"APA?!"
Amato mengeluh perlahan apabila dia diterpa oleh anak-anaknya.
"Macam mana?!"
"Mak yang cipta?!"
"Cerita! Cerita!"
"Hm... Sebenarnya,arwah mak kamu dulu memang suka reka cipta. Dialah yang tolong ayah usahakan syarikat kita. "cerita Amato dengan senyuman yang sedih.
"Kamu semua tahu tak,kamu ada seorang abang lagi sebelum Halilintar?"
Kata-kata itu membuatkan mereka semua terdiam.
"A-Apa maksud ayah...abang?"tanya Halilintar. Amato tergelak pahit. Gempa dapat kesan kesedihan dia.
"Crystal dicipta untuk jaga kamu semua. Macam,robot nanny macam tu. Sebab kan mak dengan ayah selalu sibuk?Mak kamu yang cipta program AI Crystal dan ayah pula reka badan dia. Tapi..."
Ayat tergantung Amato membuatkan semua tak sabar. Halilintar menarik baju ayah dia.
"Ayah! Janganlah tergantung! Bagitahu kitaorang! Apa jadi dengan abang kitaorang?! Apa jadi dekat mak?!"tanya Halilintar terdesak.
Amato hanya diam dan memandang kelantai. Mechabot melihat Amato yang membisu menyambung.
"Hari dimana Crystal dicuri adalah hari yang sama mak dan abang korang mati..."
Kata² Mechabot membuatkan kembar BoBoiBoy terdiam.
"Apa maksud kau... Mechabot?"tanya Solar perlahan.
"Aku dah hidup lama dalam makmal tu,Solar. Jadi aku nampak semua yang terjadi.Cuma aku masih tak ada badan lengkap saja dulu. Aku tengok dari mula Crystal direka sampailah akhirnya."terang Mechabot.
"Korang semua memang ada abang,tapi nama dia hanya BoBoiBoy. Mak kamu lebih banyak habiskan masa dengan BoBoiBoy sebab dia memang tak sihat sangat,tapi tak ada sakit yang serius. Tapi,hari tu..'
.
.
.
.
.
FLASHBACK~
.
.
.
.
"Ya sayang mama,kenapa ni? Meragam sangat harini?"
Seorang wanita bertudung biru berkot makmal mendukung anaknya yang sedang menangis.
Bayi berusia satu tahun itu hanya menangis dan mengenggam kuat kot makmal ibu dia.
Wanita itu hanya mampu mengeluh perlahan sambil mendodoikan anaknya dan berjalan disekitar makmalnya.
"Puan,nak saya dodoikan BoBoiBoy? Puan masih ada banyak kerja."
Wanita itu berpusing menghadap sebuah robot yang separuh siap yang masih bersambung pada wayar-wayar yang panjang menjalar itu. Wanita itu tersenyum lembut.
"Tak mengapa Crystal. Saya boleh dodoikan BoBoiBoy sendiri. Macam mana dengan tangan kamu?Dah ada perubahan?"tanya wanita itu. Robot itu menggeleng.
"Tuan Amato kata lepas dah muat turun sistem barulah tangan saya boleh diupgrade."
Sementara wanita itu menaip sesuatu pada komputernya,tiba-tiba bunyi letupan berlaku diluar makmalnya.
"Kenapa ni-"
Pintu makmalnya meletup dan wanita tersebut terpaksa berlindung dibalik meja sambil memeluk kuat bayinya yang sekarang menangis akibat letupan kuat tersebut.
"Puan!" Robot itu dapat mengesan bahaya yang datang. Dia terus mencabut semua wayar yang ada pada badan dia dan berdiri didepan tuan dia.
" Crystal! Tangan kamu masih-"
"Puan kena lari dari sini! Keselamatan puan dan BoBoiBoy adalah tanggungjawab saya!"
Kedua-dua belah tangan robot itu berubah menjadi senjata berupa penumbuk yang besar. Ada seseorang yang memasuki makmal tersebut.
"Oh?Jadi ini ke robot yang dikatakan hebat tu?"suara dalam seorang lelaki memenuhi ruang itu. Api makin merebak masuk kedalam makmal itu.
"Siapa kau?Apa yang kau buat dekat sini?"kata robot itu cuba untuk mengalihkan perhatiannya daripada tuan dia.
"Amato! Mana kau! Aku akan habiskan kau harini juga!"jerit lelaki itu. Wanita yang berada dibawah meja itu tersentak apabila nama suami dia disebut. Dia letakkan anak dia pada lantai dan terus bangun.
"Apa yang kau nak dengan Amato? Dia tak ada dekat sini!"
"Ah,isteri dia ada rupanya. Aku nak AI robot tu...Bagi sekarang!"minta lelaki itu. Robot itu bergerak kehadapan tuan dia.
"AI Crystal? Apa yang kau nak buat dengan AI tu? Bukannya sebarang kau boleh guna!"balas wanita tersebut.
"Ha,puan. Puan kena pergi.Asap tu akan bahaya puan dan juga BoBoiBoy-"
"Hah! Kau fikir kau akan terlepas dari sini?! MATILAH KAU!"
Lelaki itu membaling satu grenade pada robot dan wanita itu dan serta merta robot itu melindungi tuannya dengan perisai.
Letupan itu sangat kuat sehingga perisainya berkecai .
"Uhuk-!C-Crystal...Hah..Uhuk!Uhuk!" Wanita itu cuba untuk bernafas dalam kebakaran itu.
"Emergency s-s-system...E-Emergency flare..."
Sebelum semua sistem Crystal terpadam,dia menghantar flare kecemasan untuk hentikan kebakaran itu dan memanggil pihak berkuasa. Apabila Crystal sudah terpadam sepenuhnya,lelaki tersebut masuk semula.
"Heh,boleh tahan."
Crystal diambil oleh lelaki itu tetapi wanita tersebut memegang lemah kakinya.
"J-Jangan....Jangan ambil dia...Uhuk-!K-Kau tak tahu apa dia boleh b-buat- Argh!"
Lelaki itu menendang wanita itu kuat sehingga pegangan dikakinya terlepas.
"Kau patut setuju dengan apa yang aku katakan dulu."
Lelaki itu meninggalkan wanita tersebut didalam makmal yang masih lagi terbakar dan dipenuhi asap tebal itu.
Tanpa sedar dia telah mengakibat dua orang kehilangan nyawa pada malam itu..
∆**********∆
.
.
.
.
.
...
.
.
.
~To Be Continued~
Hai,hello~
Cuba teka siapa yang dah habis exam~~~
Ehek,so amacam part yang ni? Okay tak? Nasib baik Amato dapat jumpa Gempa dulu sebelum kena curi balik dengan Jason- Hehhhhhh yang cipta watak Jason ni pun menyampah dengan dia!!TwT
Anyway,jangan lupa vote dan komen~
Sayang korang~!
Stay safe!💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top