∆Chapter 23∆

∆**********∆

Sementara yang lain masih sibuk di sekolah menyelesaikan kes dan dengar tangisan kekesalan tapi tak dihiraukan tu, Ice dan Gempa dah sampai rumah dan sekarang ni Ice tengah betulkan tangan Gempa.

"Hm...Aku pelik betul lah kenapa tangan kau selalu saja rosak."komen Ice masih lagi betulkan soket bahu Gempa.

"Oh, diaorang dua tadi pegang aku dan paksa Thorn untuk pukul bahu aku guna kayu hoki tu. Kesian dia. Tapi disebabkan dia dah lock aku daripada bercakap,aku cuma angguk untuk buat dia pukul aku." terang Gempa membuatkan Ice mengetap bibirnya perlahan.

"Gempa,aku masih tak jumpa apa masalah tangan kau...Dan kau boleh biar je mereka suruh Thorn buat macam tu?Silap haribulan aku dah tak boleh nak betulkan tangan kau." tegur Ice perlahan.

"Kalau Thorn tak buat, diaorang nak tindik lidah Thorn pulak,tak kan aku nak biar?" kata Gempa lagi membuatkan Ice tersentak.

Haish,memang manusia sampah tu kena masuk penjara-

"Oh,cakap pasal tu,korang tak cakap pun yang korang ada ayah?"tanya Gempa.

"Oh,ha'ah. Kitaorang memang ada ayah tapi ayah kitaorang kerja selalu sibuk. Kitaorang datang sini sebab nak sekolah dengan budak² biasa dan tinggal dengan atok."terang Ice. Tangan dia masih lagi sibuk membaiki tangan Gempa.

Dari luar tak nampak teruk sangat,dalam tu yang masalah. Soket bahu dia remuk membuatkan Ice tak dapat nak pasang balik macam biasa.

"Oh,jadi korang baru belajar ke?"tanya Gempa lagi. Ice menggeleng.

"Kitaorang belajar dekat rumah. Ayah kitaorang tak tunjuk kitaorang dekat luar untuk elakkan paparazi atau benda yang lain target kitaorang nanti." kata Ice lagi dan Gempa mengangguk perlahan.

"Umm...Macam mana kalau ayah kau nampak aku nanti? Tak ke dia pelik tiba² anak dia bertambah sorang?" tanya Gempa.

"Pfft- Alah,jangan risaulah. Ayah mesti suka jumpa robot canggih macam kau. Mungkin dia boleh tolong aku betulkan soket kau yang dah remuk teruk ni."

Ice mengeluh perlahan sebelum meletakkan alatannya.

Dah lama dia cuba masih tak dapat nak sambungkan tangan Gempa. Elok² tadi tergantung sekarang tak boleh nak sambung terus.

Gempa dapat kesan rasa kecewa Ice dan terus mengusap kepalanya perlahan.

"Ice,tak apalah. Nanti kau boleh cuba lagi."pujuk Gempa. Dia turun dari meja hologram dan memeluk Ice dengan sebelah tangan.

"Tengok,aku masih boleh peluk kau. Jadi jangan risaulah."kata Gempa lagi membuatkan Ice tergelak kecil sebelum membalas pelukan Gempa.

"Ya,baiklah. Nanti kita cuba lagi."kata Ice.

Tiba²,telefon Ice berdering membuatkan mereka berdua melepaskan pelukan masing².
Ice terus menjawab panggilan tersebut.

"Hello, assalamualaikum? Oh Blaze. Ada apa?

"Cuba teka siapa yang masuk penjara dan disaman?"

"Pfft- Tak nak teka. By the way,bila korang dengan ayah nak balik?"

"Kejap nanti. Ayah tengah upah orang untuk ambil balik helikopter dia. Sekarang kitaorang tengah naik kereta. Ayah bawak Mechabot sekali!"

"Wuish,boleh mechanizelah tu. Cantik. Apa²,jangan lupa beli makanan sikit. Aku lapar."

"Ceh,yelah. Pelukkan Gempa untuk aku! Bye~"

"Bye."

Panggilan diputuskan dan Ice menyimpan telefon sebelum memeluk Gempa.

"Dari Blaze. Dia mintak aku pelukan kau untuk dia."kata Ice sekilas membuatkan Gempa tergelak.

"Alah,comel."Gempa memeluk Ice semula.

"Jadi,kita kena tunggu mereka balik jelah kan?"tanya Gempa. Ice mengangguk dan melepaskan pelukan mereka.

"Jomlah tunggu dekat atas. Panaslah lama² dalam lab ni. Ocho tak betulkan lagi aircond dalam bilik ni."kata Ice sambil berjalan keluar diikuti oleh Gempa.

∆**********∆

Berbalik kepada kembar BoBoiBoy yang lain,mereka semua sampai kerumah selepas membeli makanan.

"Adoi...Dua mechanize dalam satu hari.."Mechabot meregangkan tangan besi dia dan Amato tergelak.

"Sorry Mechabot. Nanti kau pergi cas tenaga dekat rumah. Tak silap aku bawah rumah Aba ada lab untuk Ocho."kata Amato.

"Ceh,kira untung kita tak terbabas tadi. Kau tau kan aku tak boleh mechanize lebih dari satu benda dalam satu hari?" rungut Mechabot lagi.

"Alah,sorrylah. Nanti aku betulkan kau balik. Jomlah. Aku belum jumpa Ice lagi ni."kata Amato. Kembar BoBoiBoy dah pun masuk dulu untuk letak barang² yang mereka beli tadi.

"Ice~ Ayah dah- Offf-"

Belum habis melangkah masuk lagi Amato dah dipeluk oleh Ice macam baby beruang. Amato tunduk untuk balas pelukan Ice.

"Hai anak ayah...Kamu okay? Abang kamu kata kamu balik awal."tanya Amato lembut.

Ice mengangguk perlahan sebelum melepaskan pelukan dia.

"Ha,jomlah makan. Abang kamu rasanya tengah hidangkan tu. Nanti,kamu tolong ayah baiki Mechabot,nak?"ajak Amato. Ice mengangguk sebelum menarik tangan
Amato ke dapur.

Kembar BoBoiBoy dah siap sedia dekat kerusi masing². Ice duduk dekat tempat dia dan Amato duduk dekat satu keruai yang kosong.

"Eh,ayah. Itu tempat Gempa lah. Kejap,biar Taufan ambil kerusi untuk ayah."kata Taufan.

Amato tersentak apabila Taufan cakap 'Gempa'.

"Apa maksud kamu Taufan?"tanya Amato.

"Oh,lupa nak bagitahu ayah. Kitaorang jumpa robot canggih masa balik sini! Kitaorang namakan dia Gempa. Kejap,biar Blaze panggil dia turun!" kata Blaze teruja sebelum berlari naik kebilik.

Halilintar nampak riak wajah berubah.

"Ayah,kenapa ni?"tanya Halilintar.

Amato tak membalas. Dia terus bangun membuatkan kembar BoBoiBoy yang lain terbangun sekali.

"Cepatlah Gempa! Ayah mesti suka jumpa kau!"

"B-Blaze..aku seganlah.."

Blaze memegang tangan Gempa dan mengheretnya turun. Sampai di ruang  tamu,Amato dan kembar BoBoiBoy yang lain dah ada.

"Ayah! Ini dia Gempa~"

∆**********∆


Suasana didalam ruang tamu itu hening. Hanya bunyi kipas sahaja yang kedengaran.

Gempa memeriksa lelaki dihadapannya yang merangkap kepada ayah kembar BoBoiBoy.

Familiar...

Amato pula masih kaku ditempatnya.

'Mustahil...'

Sesuatu muncul pada lensa kamera Gempa. Memang wajah Amato ada dalam data dia.

Tapi dari fail yang dah corrupt...

Siapa dia ni...?

Perlahan-lahan Amato mendekati Gempa.

".....Crystal..?"

Mendengarkan nama itu membuatkan Gempa tersentak.

Crystal....
Crystal..!

.
.
.
.
.
.
Dari sistem kamera,dia boleh nampak dua orang lelaki sedang bergaduh dibalik cermin yang tebal.

Tiada bunyi yang jelas kedengaran....Tapi dia boleh nampak kelihat Jason dan juga seorang lelaki berambut hitam berjalur putih...

Rakaman seterusnya menjadi rosak.
.
.
.
.
.
.
"K-Kau...Kau dengan...J-Jason..."

Kembar BoBoiBoy hanya jadi pemerhati dalam keadaan sekarang.

"Ice,kenapa dengan Gempa?"tanya Halilintar risau. Ice mengeluarkan tablet dia dan mula memeriksa keadaan Gempa.

"Aku tak tau! Tab aku tak dapat nak baca processor dia!" balas Ice cemas.

"Crystal-"

"K-Kau tak kan bawa aku jumpa Jason semula tak guna!"

Jeritan Gempa membuatkan semua orang tersentak.

Apa maksud dia?

Kenapa ayah diaorang panggil Gempa, Crystal?

"T-Tunggu! Crystal,bawa bertenang!"kata Amato sambil cuba untuk mendekatkan diri dengan Gempa.

"AKU TAK KAN IKUT KAU!"

Dengan itu,Gempa berpusing arah bertentangan dan terus berlari keluar tanpa sempat dihalang.

"Gempa!!"

"Ayah! Apa yang berlaku? Kenapa ayah panggil dia Crystal?!"tanya Halilintar.

"Ayah akan cerita semuanya nanti! Sekarang ni kita semua kena cari dia!"
kata Amato.

Kembar BoBoiBoy mengangguk sebelum memakai kasut masing² dan terus berpecah untuk mencari Gempa.

∆***********∆

Gempa berlari sejauh yang dia boleh.

Dia tak nak kena tangkap.

Dia tak nak kembali semua ke sana.

Ayah kembar BoBoiBoy ada dalam corrupted data dia. Tak mustahil,dia kerja dengan Tuan Jason dulu.

'Dia nak bawa aku balik kesana...'

Cuaca petang yang mendung tadi berubah menjadi hujan yang lebat. Gempa tak tau mana dia dah lari,tapi yang pasti jauh dari rumah Tok Aba.

"Ha....Mana aku nak pergi..?Dia ayah kembar BoBoiBoy..."keluh Gempa perlahan.

Dia terfikir untuk pergi kerumah Fang atau Gopal untuk berteduh,tapi dia teringat yang sebelah tangannya tak ada dan masih rosak.

Tak ke rahsia dia akan terbongkar nanti?

Crystal...

"Argh! Kenapa..? K-kenapa dia kena ada hubungan dengan orang yang dah selamatkan aku...?"

Gempa teruskan berjalan didalam hujan itu dengan keadaan yang basah kuyup. Dia akhirnya berhenti disebuah tempat hentian bas.

"....Mungkin aku tak patut lari.....Mungkin aku patut dengar apa yang dia nak cakap tadi..."keluh Gempa perlahan.

Sekarang dia berseorangan,didalam hujan yang lebat,sebelah tangan yang hilang dan dalam kebingungan sama ada dia patut balik ataupun terus lari.

Gempa hanya mampu lihat corrupted_data yang dia ada. Dia tak boleh buka. Tapi dia boleh tengok bahagian yang dah rosak..

Dia kena ada dengan tuan asal dia..

"Hah...Tak ada pilihan...Aku kena cari tuan aku.."keluh Gempa lagi.

Apabila dia bangun untuk teruskan perjalanan dia,ada suara yang membuatkan dia terhenti.

"Mungkin aku boleh tolong kau....Crystal.."

***********∆
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~

Hello,selamat malam~

So,itu dia. Amato dah jumpa dengan Gempa and dia tak berapa nak peramah sangat. Hehe..

So,anyway. Esok Ez exam last so maybe cuti sem ni Ez update banyak sikit. Entahlah. Kalau korang nak lah.

Okay,tata~ Jangan lupa vote dan komen~

Sayang korang~💜

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top