∆Chapter 22∆

Suasana dalam bilik pengetua itu menjadi haru-biru.

"HAH?!"

Yep,dah agak dah budak² bajet hot tu tak kenal siapa kembar BoBoiBoy yang sebenarnya.

"M-M-Mustahil! Tuan Amato mana ada anak!"jerit Rizqy. Muka dia dah pucat dah.

Halilintar masih lagi berdiri dengan senyuman sinis diwajahnya.

Ada kelebihan jugak ayah dia sorok kewujudan mereka selama ni.

"Lah,korang semua tak tahu ke?"tanya Blaze sinis dengan muka innocent dibuat-buat.

"Tuan Besar Amato bin Aba,CEO Element Galaxy. Seriuslah korang tak pernah tahu?" Sambung Taufan pula seraya berdiri disebelah Halilintar yang tengah silang tangan.

Rizqy dengan kawan-kawan dia dah lain dah kecut.

Matilah mereka.

"Ya, sudah tentulah. Tak kan aku nak tipu? Kau boleh tengok dalam fail sekolah kalau kau nak." kata Halilintar lagi.

Rizqy dan yang lain mula resah.

"A-Ah! Apa pun aku akan pastikan aku menang kes ni! Kau tunggu sajalah!"kata Rizqy.

Tak nak bertaubat lagi dia ni.

"Silakan. Telefon lah lawyer dan parents korang. Be my guest." kata Halilintar.

Rizqy,Hilman,Miska dan Suzie terus ke cikgu displin untuk menelefon ibubapa mereka manakala kembar BoBoiBoy hanya tersenyum sinis.

"Cikgu,boleh izinkan saya untuk bawa Gempa keluar untuk dirawat? Luka dia masih tak dirawat lagi ni." minta Ice.

"Silakan Ice." kata pengetua. Ice mengangguk tanda terima kasih sebelum menarik tangan Gempa.

"Kau boleh handle,kan Hali?"tanya Ice. Halilintar mengangguk sebelum mendekatkan diri pada Ice dan Gempa supaya geng budak batak hot tu tak dengar apa yang dia nak cakap.

"Jangan risau,aku boleh handle. Baik kau baiki keadaan Gempa dulu. Kau okay kan,Gempa?"tanya Halilintar.

"Ya,aku okay. Tangan aku cuma terkeluar soket,bukan rosak." kata Gempa selamba membuatkan Halilintar dan Ice wince.

"Masih sakit. Dah,pergilah. Biar aku handle semua." kata Halilintar.

"Baiklah bakal CEO Element Galaxy~" kata Ice dengan nada yang kuat membuatkan Rizqy dengan geng dia tersentak.

Ice dan Gempa keluar untuk mengambil beg mereka dikelas. Kelas mereka dah kosong menandakan semua pelajar sudah pun balik.

"Sini beg kau. Biar aku bawa."kata Ice sambil cuba untuk mengambil beg Gempa tetapi Gempa tetap pegang dengan tangannya yang elok.

"Tak apa aku masih boleh bawa."kata Gempa. Ice hanya mengangkat bahu sebelum menarik tangan Gempa yang masih elok keluar.

Mereka kena balik rumah untuk betulkan Gempa sebelum Amato sampai.

∆**********∆

Dalam 1 jam selepasnya,ibu bapa kepada semua budak² batak hot tu masuk selepas mendapat panggilan telefon daripada sekolah.

"Apa yang dah jadi ni cikgu? Kenapa anak saya lebam² ni?!"ibu kepada Rizqy tanya kepada pengetua sambil belek muka anak kesayangan dia.

"Hilman,kenapa dengan kamu ni?"tanya ayah Hilman pula. Hilman menjeling pada kembar BoBoiBoy.

"Dia pukul Hilman dengan Rizqy guna kerusi mummy! Masa tu kitaorang dalam kelas tengah belajar!" adu Hilman pada ibubapa dia.

Kembar BoBoiBoy masih lagi duduk ditempat masing². Jari Hilman tepat menunjukkan pada Solar yang tengah duduk berpeluk tubuh sambil silang kaki.

"Pfft- Lemah."

Ibu bapa yang ada dekat situ menoleh tajam kearah Solar.

"Kamu yang buat anak kami macam ni ya?!"tanya ayah Hilman kasar. Solar mengangguk.

"Diaorang tu yang bodoh buli abang saya,tak kan nak biar saja?" balas Solar sinis.

"Biadapnya kamu ni! Mana mak ayah kamu? Tak pandai nak didik anak ke?!" marah ibu Miska.

"Makcik,ayah kitaorang dah jaga kitaorang baik. Makcik tu yang tak reti jaga anak." sambung Blaze pulak.

Sejujurnya,dia agak triggered bila ada orang kaitkan dengan mak ayah dia.

"Heh,mana mak korang? Biar aku ajar sikit cara nak didik anak-"

"Mak kitaorang dah tak ada,makcik."

Ibu Suzie terdiam apabila suara perlahan Thorn memotong percakapannya.

Semua jadi awkward sebentar.

"K-Kalau makcik nak marah...boleh je m-marah saya...tapi tolonglah jangan libatkan arwah mak kami..."

Thorn berdiri dihadapan orang² dewasa itu dengan tangan dikepalkan dan bibirnya terkatup rapat.

Tapi dalam suasana awkward tu lah geng tak sayang nyawa tu tak nak berubah lagi.

"Patutlah perangai kau macam sampah!"

Jerkahan Rizqy pada Thorn membuatkan semua kembar BoBoiBoy itu tersentak.

Nak mati rupanya-

"Kau ni memang dah melampau-!" Halilintar menyising lengan baju dia,bersiap sedia untuk menumbuk Rizqy yang menyorok belakang ibubapa dia.

Taufan dan Thorn cuba sedaya upaya untuk halang Halilintar.

"A-Abang Hali! Sabar!"

"Cop! Cop Hali! Kau tak boleh pukul dia sekarang!"

"Sabar Blaze. Kita enjoy saja dulu."

"Bagi aku pukul dia!!"

Suasana riuh didalam bilik pengetua itu dikecohkan lagi apabila ada seseorang menendang pintu dari luar.

"AYAH DAH SAMPAI! SIAPA YANG AKAN MASUK PENJARA HARINI?!"

Yep,itu dia. Orang yang dipandang tinggi sebagai CEO kepada syarikat terkenal datang merempuh masuk macam askar.

"Ayah!"

Amato terus pergi pada anak² dia dan peluk semua sekali.

"Kamu semua okay?! Ada cedera? Thornie? Kenapa muka merah ni?!"tanya Amato bertubi-tubi.

Tangannya perlahan mengusap bekas airmata Thorn. Mata hijau si comel ini mula berair lagi.

"Ayah,Thorn mintak maaf...."kata Thorn perlahan. Amato terus memeluk Thorn.

"Minta maaf kenapa sayang? Thornie ada buat jahat ke? Bagitau ayah siapa buat Thornie dengan yang lain. Biar ayah campak diaorang dalam penjara." pujuk Amato sambil mengusap perlahan belakang si comel kita.

Yang lain dekat dalam bilik tu dah terketar-ketar takut.

Kembar BoBoiBoy tak menipu.

"Err...Tuan Amato?" panggil ayah Rizqy. Amato terus bangun dan berhadapan dengan mereka.

"Kejap,kamu ni assistant saya kan? Apa yang kamu semua buat dekat sini?"tanya Amato sambil menyilangkan tangannya supaya nampak intimidating.

"Err..K-kami dipanggil oleh pengetua sekolah sebab ada sesuatu berlaku pada anak kami. Dan mereka kata anak tuan yang....pukul mereka." terang ayah Rizqy selaku wakil mereka semua.

Ibu pada Rizqy dan Hilman tunjuk anak mereka yang lebam² tu.

"Tuan,apa yang anak tuan buat tak boleh dimaafkan! Tengok apa dah jadi dengan anak kami!" kata ibu Hilman.

"Ha? Anak saya yang buat? Diaorang nak bukak balang biskut pun masih minta tolong saya lagikan pulak nak pukul orang." balas Amato sebelum pusing kebelakang.

Kembar BoBoiBoy buat muka innocent bak peri dunia khayalan dunia impian-

"Ah,memang diaorang yang buat!"bentak Rizqy. Amato mengeluh nafas kecil.

"Hali,bagitahu ayah apa yang dah jadi. Ayah nak dengar dari pihak kamu semua pulak." tanya Amato lembut.

"Diaorang ni semua dah buli Thorn untuk buat benda² terlarang. Ni,ayah tengok telinga Thorn."

Halilintar menolak Thorn kehadapan dan Amato boleh nampak subang kecil berwarna hitam itu.

Oooooo ada orang memang akan masuk penjara harini.

Amato pusing semula pada ibubapa geng batak hot tu dan kalini,dengan jelingan tajam.

"Baik,mana orang yang suka² tindik telinga anak aku?" tanya Amato geram,dah tak ada nak baik².

Masa untuk jadi jahat.

Semua masih diam.

"Jawap cepat! Siapa yang buat!?" bentak Amato lagi membuatkan mereka tersentak.

"T-Tuan-"

"Kau diam,aku tak tanya kau."

Rizqy dan yang lain masih memandang sesama sendiri.

Melihatkan tak ada sesiapa yang nak membalas,Amato akhirnya mendengus kecil.

"Baiklah kalau kamu semua tak nak mengaku. Kebetulan ibubapa kamu semua kerja satu syarikat dengan pakcik. Heh,mulai harini,kamu semua akan diberhentikan."

Yahhhh itu dia saat yang ditunggu²!

"Tapi Tuan-!"

"Kalau tak ada sesiapa yang nak mengaku,itulah jalan yang terbaik. Saya kenal sangat dengan anak² saya. Mereka tak kan menipu." kata Amato tegas tanpa sebarang nada yang baik.

"Rizqy,bagitau mama sekarang! Betul ke kamu yang buat?!" tanya ibu Rizqy resah dan panik sambil mengoncang bahu anaknya.

Ibubapa yang lain pun buat benda yang sama.

"Pfft- Baru rasa nak terdesak." kata Solar sinis.

"Tuan tak ada bukti nak kata kami yang buat! Mereka boleh reka cerita!" kata Suzie dengan beraninya.

Tapi lembab.

"Haih...Korang ni memang tak nak mengalahkan?" keluh Solar. Solar kemudian berdiri dihadapan geng batak hot itu.

"Kau tau tak keadaan kau ni sekarang macam mana? Masa depan korang betul² hujung tanduk. Kitaorang boleh musnahkan korang dengan jentik jari saja. Memandangkan keluarga korang semua kerja bawah syarikat ayah aku....Tak ke rasa yang lepas semua ni berakhir..gelaran kau sebagai elit tu akan terhapus?"

Solar tersenyum sinis melihat muka pucat mereka.

"Kalau kau tak nak mengaku,mak ayah korang akan kehilangan kerja dan pendapatan. Korang pun tak kan dapat duit untuk berlagak. Imagine kalau benda ni sampai ke pengetahuan luar.....Tak ke jatuh reputasi dan nama keluarga korang?"

Suasana semakin tegang apabila Solar menghabiskan ayatnya.

Pandai betul dia main dengan situasi.

Solar akhirnya berdiri tepat dihadapan Rizqy.

"Jadi,kau nak mengaku sekarang?"tanya Solar sinis.

"A-Aku..."

"Evelyn yang buat!"

Pengakuan kuat Hilman mengejutkan semua yang ada dalam bilik tu.

"Aku mintak maaf Riz tapi aku tak nak merempat bodo! Kerja mak bapak aku dalam bahaya! Ya Tuan! Evelyn yang tindik telinga budak tu dengan pistol tindik! Dia suruh kitaorang pukul dia dan jadikan dia sebagai budak hamba untuk ambik semua stok rokok tu! Ini semua salah dia!!"

Hilman mengaku dengan kuat dan jelas. Jadi dah terbukti,mereka memang salah.

"You nak khianat Evy,Man? How dare you!" jerit Suzie.

"Kau diam! Aku tak nak hidup merempat! Kau tak sedar ke?! Dia ni boleh hancurkan hidup kita sekelip mata saja!"jerkah Hilman pula.

Solar menghela nafas lega apabila Hilman akhirnya mengaku. Dia kemudian berpusing menghadap pengetua.

"Cikgu dah dengar kan apa yang dia cakap? Jadi hukuman seterusnya bergantung pada cikgu." kata Solar sebelum duduk pada kerusi.

Penatlah seksa mental orang ni.

"Ouh,ayah tak pasti hukuman sekolah tu cukup Solar. Mechabot mesti suka kalau dapat saman diaorang sampai bankrup." sambung Amato membuatkan kembar BoBoiBoy tergelak.

"Thorn? Apa keputusan kau? Kau mangsa dalam kes ni?" tanya Halilintar perlahan. Thorn menoleh pada geng batak hot seketika.

"Um...Thorn memang tak suka diaorang...tapi...K-Kalau diaorang janji nak berubah,tak perlulah kut ayah masukkan diaorang dalam sekolah juvana." jawab Thorn.

Tiba²,guru displin yang dah dilupakan ramai itu bersuara.

"Sebenarnya,dengan semua bukti yang ada dan juga rekod displin yang tercatat,mereka memang patut ke sekolah juvana. Mereka semua ni dah banyak terlibat dengan aktiviti yang dilarang disekolah."kata guru displin.

"J-jadi,maksud cikgu.."

"Ya,anak kamu semua akan kesekolah juvana. Selebihnya akan ditentukan oleh Tuan Amato sendiri."kata guru displin.

Bunyi pergaduhan yang tak setuju saja kedengaran lepas tu tapi kembar BoBoiBoy tak menghiraukannya.

Mereka buat grup hug untuk tenangkan satu sama lain. Masalah ni dah selesai.

"Dah,sini aku cabut subang tu."kata Taufan. Thorn mengangguk dan Taufan perlahan-lahan mencabut subang hitam tersebut dan membuangnya dalam tong sampah. Telinga Thorn berlubang disebabkan itu,tapi lama² nanti hilanglah.

Okay,masa ni memanglah masalah mereka dah selesai. Tapi ada satu lagi masalah yang mereka kena selesaikan.

Masalah dengan Tuan Jason.

∆***********∆
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~


Hello potatoes kesayangan~
I'm here~

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top