∆Chapter 21∆

Dah nak habis waktu persekolahan,Rizqy dan Hilman bermain dekat belakang kelas walaupun dah dilarang oleh cikgu.

Mereka anak orang kaya,so cikgu tak kisah sangat nak tegur lebih-lebih.

Girlfriend masing² pun buat hal bergosip kuat² menganggu yang lain tengah belajar.

Sebab tu ramai dalam kelas tu nak belajar elok² biar nanti naik kelas depan.

Semasa tengah dalam suasana bising tu,tiba-tiba pintu kelas mereka ditendang kuat.

"Wowowo! Gaduh!"teriak Rizqy sebelum tergelak besar diiringi oleh Hilmi.

"S-Solar? Kenapa ni?"

Terkejut cikgu yang ajar Matematik tu bila salah satu pelajar cemerlang yang selalu jadi bualan gosip cikgu² dekat sekolah tendang pintu macam gangster.

Solar menghiraukan mata-mata yang memandang dia sekarang. Matanya hanya tepat pada malaun-malaun tak guna yang menjadi salah satu punca kenapa Thorn jadi macam tu.

Tanpa membuang masa,Solar terus menuju kearah Rizqy dan menumbuknya kuat sehingga dia terjatuh dari kerusi.

Bila Hilman pun cuba nak tumbuk dia,Solar elak dan tumbuk muka Hilman sampai giginya patah.

"Solar! Apa yang kamu buat ni?!"tanya cikgu Matematik itu panik.

Solar teruskan memukul Rizqy tanpa berhenti.

"INI SEMUA SALAH KAU TAK GUNA!"

Hilman dapat menarik Solar dan dia tolak Solar sehingga terlanggar bucu meja salah seorang pelajar.

"Kau dah kenapa gila?! Datang tak bagi salam tiba² tumbuk orang?!"jerit Hilman sambil membantu Rizqy bangun.

"Kau gila! Aku saman kau,orang miskin!"ugut Rizqy.

Eleh,dia dah gabra dah tu dengan Solar.

Mendengarkan itu,Solar tergelak besar seperti L dalam cerita Death Note.

"Hahahaha!! Saman aku?? Dalam mimpi kau sajalah!"

Ice tiba dikelas tersebut selepas nampak Solar berlari dari bilik displin. Solar dah angkat kerusi nak belasah malaun-malaun tu dan tak ada siapa yang halang dia.

Takut woo..

"Solar,hentikan!" jerit Ice. Dia terus pergi pada Solar dan menarik dia jauh pada dua orang yang dah ada atas lantai tu.

Ceh,acah victim.

"Lepaskan aku Ice! Biar aku habiskan sampah masyarakat ni!" ronta Solar. Ice menarik kerusi itu lepas dari tangan Solar dan mengenggam kedua-dua bahu Solar kuat dan menggoncangnya.

"SOLAR! Bawa mengucap! Ini sekolah! Kau tak boleh belasah orang sesuka hti! Kau boleh dibuang !"kata Ice cuba untuk sedarkan Solar.

"Ha...Hahahaha! Buang sekolah? Sebab aku pukul balik orang yang dah buat Thorn macam-macam? Dia boleh saman aku berjuta pun aku tak takutlah!"

"Kejap,kejap..Diaorang dua ni pukul Thorn?"tanya Ice.

Semua yang ada dekat dalam kelas tu dah rasa something lain akan jadi.

"Dua sampah nilah yang jadi punca kenapa Thorn asingkan diri dia! Kau tak tengok lagi apa yang dia paksa Thorn buat pada Gempa!"

Mendengarkan kata-kata Solar....

"Okay,aku join kau."

Bila Ice dan Solar angkat balik kerusi,Blaze dan Taufan terjah masuk kelas itu dan menarik kembar mereka jauh.

"Maaf ganggu! Ice,cukup tu!"kata Taufan sambil menarik Ice.

"Solar,sudah!!"

"Korang berdua,ikut kitaorang. Ada hal yang nak kena bincang. Bawak sekali girlfriend rempit korang tu." kata Taufan pada dua orang malaun itu sambil memberikan pandangan maut.

Rizqy dan Hilman bangun perlahan-lahan. Diiringi oleh cikgu,mereka kena pergi ke bilik rawatan terlebih dahulu.

∆**********∆

Setibanya dibilik displin,kembar BoBoiBoy merempuh masuk.

"Thornie!" Blaze dan Taufan terus memeluk Thorn. Mata dia sembab sebab menangis banyak sangat.

"Gempa..." Ice kehilangan kata-kata bila nampak keadaan Gempa sekarang.

Macam mana cikgu boleh tak tegur apa-apa?!

Gempa hanya senyum dan melambai.

"Gempa tak boleh cakap sebab Thorn suruh dia senyap."terang Solar. Dia duduk dekat satu keruai untuk tenangkan diri dia.

Ice pergi pada Gempa dan periksa keadaan dia.

Pengetua dan cikgu displin tak ada sebab mereka keluar untuk berbincang.

"Gempa,sistem kau lock suara ke?" Tanya Ice. Gempa mengangguk.

Ice mengeluh perlahan. Kenapalah dia tak tanya ni awal² dekat Gempa?


"Gempa,Override Command Thorn. Passcode: Element Leaf."


Bila Ice bagi arahan macam tu,baru Gempa boleh bercakap macam biasa.

"Akhirnya...terima kasih Ice."kata Gempa. Thorn lepaskan pelukan Trio Troublemaker dan memeluk Gempa.

"Abang Gempa! Thorn minta maaf!!"nangis Thorn. Gempa memeluk Thorn dengan sebelah tangan dia yang masih elok.

"Tak apa Thorn..Kau pun tak tahu dengan cakap macam tu boleh set aku untuk tak bersuara."pujuk Gempa. Thorn masih tersedu-sedu dan Taufan dan Blaze ikut peluk sekali.

Trio Troublemaker hug cures everything.

"Ice,apa maksud Gempa tadi?"tanya Halilintar.

"Thorn tak sengaja set command supaya Gempa tak bercakap. Cip AI dia kan memang diprogramkan untuk ikut arahan? Jadi bila Thorn cakap macam tu,vokal Gempa disekat dan perlu guna passcode untuk batalkan command tu." terang Ice panjang lebar.

Halilintar hanya mengangguk sebelum mengalihkan perhatiannya pada adik bongsu dia yang hanya mendiamkan diri di sudut bilik.

Ice kemudian alihkan pandangan dia kepada Gempa.

Kuat macam mana Thorn sampai tangan Gempa boleh terpulas kebelakang secara abnormal?

Mesti ada orang yang paksa Thorn buat macam tu.

"Gempa,nanti aku nak kau tunjukkan apa yang dah berlaku."pesan Ice.

"Kesemuanya?"

"SEMUA." tekan Ice. Gempa mengangguk perlahan dan cuba untuk tenangkan Thorn.

Ice memegang tangan Gempa yang nampak rosak teruk itu perlahan,tak nak ada apa² kerosakan lagi berlaku padanya.

Ice betulkan kedudukan tangan tersebut supaya nampak agak senang mata melihat.

"Kau boleh gerakkan tangan kau tak Gempa?"tanya Ice.

"Aku masih boleh gerakkan. Ia cuma terkeluar dari soket."balas Gempa membuatkan Ice menghela nafas lega.

Dia hanya perlu tampal semula kulit sintetik Gempa.

Tak lama kemudian,pintu bilik itu terbuka.

Pengetua dan guru displin bersama geng batak hot itu masuk kedalam.

Muka Rizqy nampak lebam dan sama seperti Hilman. Girlfriend rempit mereka pun masuk sekali.

Thorn terus menyembunyikan diri dibelakang Blaze dan Taufan.

"Kamu semua tahu kan,kenapa kamu semua disini?"keluh pengetua.

Tak ada seorang pun yang bercakap.

Budak batak hot itu hanya membuat muka menyakitkan hati.

Ice dan Gempa cuba halang Halilintar dan Solar dari bertindak melulu manakala Blaze dan Taufan masih cuba untuk tenangkan Thorn.

"Saya tak tahu apa² cikgu! Dia ni gila yang datang serang kitaorang masa belajar cikgu!" kata Rizqy dimana disambut oleh Hilman.

"Ha'ah cikgu! Nampak ni? Apa.saya nak jawab dengan mak ayah saya nanti cikgu?" kata Hilman cuba nak play victim.

"Kau boleh pergi mam-" Gempa menutup mulut Halilintar dengan tangannya yang masih elok.

"Mana perempuan tak guna tu? Evelyn. Dia punca semua ni."kata Solar. Batak hot hanya diam.

"Eh,bodoh. Aku tanya kaulah bebal!" jerit Solar lagi.

Malas lah nak cover mulut.

Mampus lah kena gantung ke apa.

"Heh,kau ada bukti ke kitaorang ada buat apa²? Setakat cerita dari abang kau,semua orang boleh buat cerita macam tu." kata Miska sinis.

"Lagi satu,kau fikir Evy akan buat semua ni dekat kesayangan dia? Huh,mimpi! Kau tu patutnya bersyukur orang kelas tinggi macam dia nak dekat kau yang papa kedana tu." kata Suzie.

That's the last straw.


"Okay,baiklah kalau macam tu. Sediakan semua lawyer korang. Aku akan panggil lawyer ayah kitaorang."

Taufan dengan selambanya mengeluarkan telefon dia dari dalam poket dia.

"Kamu tahu telefon tak dibenarkan dalam sekolah,kan Taufan?"kata guru displin. Dia dah tak larat nak hadap drama ni.

"Sama juga dengan pembulian,tapi cikgu nampak tak kisah pulak dengan tu sebab diaorang tu budak kaya."kata Taufan selamba sambil mencari nombor ayah dia.

Ouuuu....savage Taufan.

"Heh,mampu ke miskin macam kau ada lawyer? Dalam mimpi sajalah." ejek Rizqy.

Tapi Taufan hanya tersenyum sinis.

Semua orang boleh dengar deringan telefon tersebut.

Beberapa saat kemudian,deringan itu bersambut.

"Hello Taufan? Apahal call? Ayah kau tengah sibuk ni ha."

"SIAPA SURUH KAU HILANGKAN PROGRAM AKU-"

Semua orang kecuali kembar BoBoiBoy boleh dikatakan terperanjat.

"Err..Hai Mechabot. Kau dengan ayah sibuk ke?"

"Tak. Ayah kau cuti dan aku nak menyusahkan hidup dia."

"Bagi sini- Hello Taufan? Kenapa call ayah ni? Bukan kamu semua dekat sekolah ke?"

Akhirnya Amato dapat telefon itu dari Mechabot.

"Oh,hai ayah. Taufan nak minta tolong boleh?"

"Tolong apa? Kalau tak ada apa²,ayah boleh tolong."

Taufan fikir ayat nak cakap dekay ayah dia dengan cara yang baik,tapi Solar dah lepaskan diri dari pegangan Ice dan rampas telefon Taufan.

"Ada orang pukul Thorn."

Ya,itu dia. Senang,mudah,dan cepat.

"Mechabot,sediakan helikopter sekarang. Ayah akan datang secepat mungkin!"

"Wohoo! Masa untuk belasah orang!"

Panggilan itu terputus.

Solar kembali memandang budak² batak hot itu.

"Sediakan lawyer korang. Even aku rasa tak perlu pun sebab kami mesti menang kes ni."kata Solar sambil memeluk tubuh.

Tapi si Rizqy ni masih nak tunjuk perangai bongkak dia tu.

"Heh,aku mampu lah! Berapa je bapak korang yang miskin tu boleh bayar?" tanya Rizqy sinis dan disambut oleh gelak tawa kawan-kawan dia.

"Weh,aku nak tanyalah. Keluarga korang kerja apa sebenarnya sampai membongkak sangat berlagaknya?" tanya Blaze.

"Heh,ayah aku naib president untuk syarikat teknologi yang paling terkenal. Syarikat Element Galaxy." kata Rizqy dengan bongkaknya.

Mendengarkan itu, membuatkan kembar BoBoiBoy kecuali Gempa tergelak besar.

"HAHAHAHAHA!! SERIOUSLY?!"

"INGATKAN HEBAT SANGAT TADI WAHAHAHAH!!"

Pengetua dengan cikgu displin pun tak tau nak cakap apa dah.

Mari kita anggap mereka tidak wujud dalam ni-

"Kenapa korang gelak?! Pangkat bapak aku tinggi!"marah Rizqy.

Halilintar berjaya kawal ketawa dia dan keluar dari pegangan Gempa.

Dia berdiri dihadapan Rizqy dan kawan-kawan dia.

"Mungkin aku tak pernah bagitahu ni tapi untuk kesenangan korang,baik aku perkenalkan diri."kata Halilintar sinis.

Dia berdiri tegak secara professional sebelum mengeluarkan tangan dia.

"Salam perkenalan. BoBoiBoy Halilintar bin Amato,bakal peneraju Element Galaxy akan datang."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continue~

Hello my potatoes~

Author Ez coming in dengan update yang sekian kalinya~

Ehek- I think buku ni mesti habis paling awal heh.

Well,nampak gaya Amato akan memunculkan diri. Apalah yang akan jadi ek? And mana Evelyn? Muehehe-

Menunggulah kalian kalau Ez rasa nak cliffhanger- OwO

Idk why Ez dapat idea for another buku meh-

Anyway,harap korang suka chapter ni~
Do vote and comment okay?💜

Stay safe! 💜

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top