∆Chapter 20∆
Pengakuan Thorn yang kuat dan jelas itu mengejutkan semua yang ada dekat dalam bilik pengetua itu.Halilintar dapat rasakan badan Thorn menggigil kuat. Perlahan,dia membalas pelukan Thorn.
Tuan punya badan yang kena sebut tadi pun terkaku dekat tempat dia.
Untuk Solar?
Apa maksud Thorn dengan 'untuk Solar'?
Halilintar memandang Gempa yang menunduk dan kemudian pada Thorn yang masih lagi menangis dan menggigil. Lepas dah tarik nafas dalam dan cuba tenangkan diri dia,baru dia beranikan diri untuk bersuara.
"Thorn...cerita dekat abang..Apa yang dah jadi sebenarnya..?"tanya Halilintar. Kalini dengan nada yang paling lembut yang dia boleh buat sambil mengusap perlahan belakang kepala Thorn.
"S-Sebenarnya...."
.
.
FLASHBACK~
Kembali kepada hari kejadian dimana Thorn ditarik dan dikepung oleh budak-budak batak hot dikoridor sekolah.
"K-Kenapa pulak?Tak naklah!"bentak Thorn.Dia masih lagi tergantung disebabkan Rizqy mencengkam kolar baju dia.
"Apa lagi?Pukul lah geng."arah Evelyn sinis.
Dia yang rancang semua ni. Dia nampak buku sekolah Thorn dan sengaja sorok supaya Thorn datang balik untuk ambik.
Thorn dicampakkan terus kelantai dan terus dipukul oleh Rizqy dan Hilman tanpa sempat dia nak halang pun. Tak ada belas kasihan. Evelyn dan Miska hanya ketawa melihatnya.
Tapi mereka bijak,mereka tak pukul langsung bahagian muka Thorn sebab tulah tempat paling senang nak nampak kalau kena tumbuk,so senang kantoilah kan?
Lepas dah puas menendang Thorn,Evelyn memberhentikan mereka berdua dan tersenyum sinis melihat wajah Thorn yang basah dengan airmata cuba tahan sakit. Evelyn menarik rambut Thorn.
"Argh- S-Sakit.."tangis Thorn. Dia cuba longgarkan pegangan Evelyn tapi tak berjaya.
"Heh,macam nilah budak. Aku ada satu tawaran untuk kau."kata Evelyn sebelum melepaskan rambut Thorn membuatkan dia tersembam ke lantai. Thorn terhantuk dan habis,mulut dia berdarah sebab tergigit lidah.
"Uhuk-! T-Tawaran apa..?"tanya Thorn sambil cuba mengelap darah yang mengalir dari mulut dia. Evelyn bagi isyarat pada Rizqy dan Hilman untuk angkat Thorn,dimana mereka buat sampai kaki dia tak jejak tanah sekali lagi.
"Sinilah,kau sayang sangat dengan adik kau Solar tu kan?Kesayangan aku tu?"kata Evelyn.Thorn mengangguk lemah.
"Baik,aku tak kan ganggu dia lagi kalau kau buat apa yang kitaorang suruh,tanpa bantahan. Mcam mana?"kata Evelyn sinis sambil memintal rambutnya.Thorn memandang Evelyn dalam kesakitan.
"Buat apa yang korang suruh..."tanya Thorn lemah.
"Yeah,betul tu. And aku janji,aku tak kan kacau Solar lagi. Alah,come on lah Thorn?Sekali sekala kau jadi abang yang berguna untuk kebahagiaan adik kau? Selama ni asyik dia je nak kena berkorban untuk kau."hasut Evelyn lagi.
Dalam kesakitan itu,Thorn berfikir panjang sebelum menarik nafas dalam.
"B-Baiklah..Thorn setuju..Tapi janji! Jangan kacau Solar atau yang lain lagi!"bentak Thorn. Evelyn hanya layan endah tak endah sahaja sambil mencari sesuatu dari begnya.
"Ya,ya aku tahulah..Mana ni..Hah! Jumpa pun!"
Evelyn mengeluarkan pistol tindik dari begnya.
"K-Kau nak buat apa dengan benda tu..?"tanya Thorn.Dia dah mula meronta tapi Rizqy kuat pegang kepala dia.
"Sebagai peringatan. Jadi setiap kali kau nampak subang ni dekat telinga kau,kau ingat. Aku ni tuan kau sekarang dan kau buat demi kembar-kembar kau yang lain." Evelyn tergelak besar melihat Thorn meronta lebih kuat.
Evelyn menempatkan pistol tindik itu pada telinga Thorn dan secara perlahan dia tekan tombol pistol itu sehinggalah telinga Thorn ditindik sepenuhnya. Hilman menutup mulut Thorn dari menjerit kuat. Kemudian,Evelyn mengambil satu subang bulat hitam dan cucukkannya pada telinga Thorn.
"Ha,kan cantik tu? Baru nampak ada kelas sikit!"gelak Evelyn. Rizqy dan Hilman menjatuhkan Thorn serentak membuatkan dia terus terduduk atas lantai sambil memegang telinganya.
"Kerja kau bermula esok ya,hamba?Jangan langgar janji~"kata Evelyn sebelum beredar dengan gelakan besar. Pengikut-pengikutnya pun tergelak besar dan meninggalkan Thorn bersendirian di koridor sekolah itu.
Setelah beberapa minit terbaring menahan sakit,akhirnya Thorn kuatkan diri untuk bangun. Dia ambil topi dan beg sekolah yang kena campak tadi dan dengan langkah yang perlahan,dia berjalan pulang kerumah.
Dia tahu mungkin kembar dia yang lain da kawan-kawan dia akan risau,tapi buat masa sekarang dia tak kisah. Dia nak rawat luka dia sebelum yang lain perasan.
Or maybe lebih tepat,Gempa.
Di cermin bilir air,Thorn boleh nampak badan dia yang mula kebiruan dengan lebam-lebam. Kemudian,dia tengok telinga dia yang bertindik secara paksa tadi. Subang manik hitam itu menjadi tatapan dia.
"Apa yang Thorn dah buat ni...?"
Thorn menangis lagi dihadapan cermin tu. Telinga masih terasa pijar dan berdenyut. Evelyn memang tak ada belas kasihan.
"Ha...Ini semua demi Solar,Thorn...kalau Thorn buat apa yang dia suruh...Dia tak kan kacau Solar lagi...Solar kan adik Thorn?"monolog Thorn sendiri. Dia cuba untuk tenangkan hati dia.
Ini semua untuk Solar.
Lepas dah siap bersihkan diri dan membalut luka yang dia ada,Thorn terus masuk bilik dia dan berselubung dalam selimut. Dia nak bersendirian.
Tapi kemudian dia terdengar bunyi tapak kaki laju menuju ke bilik kongsi dia. Thorn terus tarik selimut sampai paras kepala.
"Thorn?" suara itu perlahan memanggil nama dia. Bila seseorang tu dah dekat baru cam itu adalah Gempa.
'Alamak..Abang Gempa..Matilah kalau dia dapat tahu..'
"Y-Ya abang Gempa..?" balas Thorn. Tangan Gempa betul² berada diatas kepalanya.
'Habislah! Abang Gempa akan tahu!'
"Thorn okay? Degupan jantung Thorn meningkat.." tanya Gempa lagi. Thorn menggenggam kuat selimutnya.
Sebab tak nak Gempa dapat tahu,Thorn menjerit.
"Thorn okay jelah! Jangan kacau Thorn!Thorn nak tidur!"
Dia dapat rasa yang Gempa menapak jauh dari dia. Thorn tahan airmata dia dari tumpah.
Dia tak sampai hati nak marah Gempa,tapi dia pun tak nak Gempa dapat tahu apa yang jadi dekat dia.
"Maaf Thorn. A-Aku pergi sekarang.."
Bila bunyi tapak kaki Gempa menjauhi bilik dia,baru Thorn menangis. Hati dia sakit...
"Thorn minta maaf abang Gempa.."
.
.
.
FLASHBACK OFF
"S-Sebab tulah....K-Kalau Thorn dekat rumah atau jumpa dengan a-abang..Thorn cabut subang ni...Tapi Thorn kena pakai balik b-bila jumpa dengan mereka.."
Suasana dalam bilik pengetua itu hening,hanya bunyi esakan Thorn saja yang kedengaran.
Halilintar terlalu terkejut. Dia tak tahu apa patut dia rasa sekarang. Marah? Semestinya. Geram sebab Thorn tak bagitahu lebih awal? Ya.
Perasaan nak membunuh? Heck yeah.
Halilintar memandang Gempa. Dia hanya menunduk.
"Gempa,kau tahu semua ni?"tanya Halilintar. Gempa mengangguk.
"Kenapa kau tak bercakap?"tanya Halilintar lagi. Thorn meleraikan sedikit pelukan dia dari Halilintar,tapi masih menggenggam kuat baju sekolah Halilintar.
"A-Abang Gempa tak boleh cakap...sebab Thorn suruh dia senyap..Sebab tu...dia tak boleh cakap.."kata Thorn perlahan. Halilintar memandang Gempa,dimana dia mengangguk.
Dia kena tanya Ice lepas ni.
"Maafkan Thorn abang Hali...T-Thorn buat semua ni untuk kebaikkan kita juga...Thorn tak sanggup nak tengok Solar terseksa lagi..."kata Thorn perlahan. Halilintar kembali memeluk Thorn.
"Abang minta maaf...sebab tampar Thorn tadi.. Tak apa..Ni bukan salah Thorn.."
Thorn tersedu-sedu menahan tangisan dan Halilintar memeluk dia kuat cuba untuk tenangkan adik dia tu.
Dia kena kawal perasaan dia lepas ni.
"Eh,Solar! Kamu nak kemana?!"
Panggilan cikgu displin membuatkan Halilintar dan Thorn menoleh kearah adik mereka yang paling hujung
Solar tengah memegang tombol pintu.
"Solar,kau nak keman-"
"Aku akan habiskan manusia tak guna tu!!"
Tak sempat nak halang,Solar dah melarikan diri.
Ada manusia yang dia perlu habiskan.
**********
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~
Hello~ I'm here untuk kutip kedatangan on siapa yang nak ikut untuk belasah Evelyn beramai-ramai~
So,macam mana part ni? Okay? No? Hehe- Kesian Thornie-
Dahlah kena paksa,kena tampar lagi tu dengan Hali- TwT
Ez tak pernah kejam macam ni dengan Thornie-
Anyway, harap korang suka chapter ni~
Jangan lupa vote dan comment~💜
Stay safe!
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top