∆Chapter 2∆
~*********~
"Oi,robot!Cepatlah sikit!Terhegeh-hegeh!"
Ini kali yang entah keberapa dia rasa nak cabut microchip dia pakai spana berkarat.Anak² tuan dia ni melampau!Dia taulah yang dia ni robot,tapi tak perlulah semua benda nak harap dia buat!
Sepanjang 1 jam dia ikut mereka membeli barang,tak ada satu pun yang diaorang pegang.Semuanya dia yang pegang.Well,dia memang boleh angkat banyak barang,tapi dengan kerosakan dekat beberapa bahagian badannya dan tenaga yang semakin lama semakin merundum membuatkan dia menjadi perlahan.
"Woi!Pekak ke apa?Tangan aku dah lenguh pegang ni!"baru dia perasan yang anak kedua keluarga tuannya ini,Evelyn rasanya nama,memegang beg plastik berisi kasut tumit tinggi.
Dia hanya mengambil sahaja beg tersebut.Dia tak boleh bercakap.Sistem suaranya rosak bila satu hari tuannya mencekik dia sampailah vocal cordnya rosak.Jadi,dia cuma mendengar arahan.
Tambah lagi satu beban pada tangannya.Dia perasan ada yang beri pandangan simpati kepada dia kerana dilayan macam sampah,tapi dia cuma beri senyuman semula.
Dia masih mengikuti keluarga tuannya sampailah...
"Budak tak guna!Habis kotor baju aku!"dia mendengar suara isteri tuannya,Madeline,menjerit kemarahan.Dia lihat perkara yang terdapat dihadapannya.
Baju mahal Madeline habis basah dengan air minuman yang dibawa oleh seorang budak.Budak itu kelihatan tak lebih dari 10 tahun,bajunya agak kotor.Dia hanya memandang airnya yang tumpah itu.
"M-Mak cik tau tak betapa susahnya saya nak dapat air tu!?Saya kerja tau tak untuk dapatkan duit untuk beli air tu untuk adik saya!"jerit budak tu.
'Dia gelandangan.'
"Biadap!Berani kau ya dasar budak gelandangan!Kau siapa,aku siapa?!"Madeline masih lagi menunjal² kepala budak itu.Tuannya,En.Jason muncul.
"Aku akan pastikan budak gelandangan macam kau ni masuk penjara!"jerit En.Jason pulak.Ramai orang yang mengeleng kepala dan merakam kejadia itu.
"What!Kurang ajar!"Dia terkejut apabila budak itu berani mengambil bekas air diatas lantai dan membalingnya kepada En.Jason.
"Biarlah saya budak gelandangan sekalipun!Tak guna kaya kalau ada hati perasan macam setan!"jerit budak itu balik.
"Kau ni-!"En.Jason mengangkat tangannya untuk memukul budak itu.
'Jangan!'
Entah apa yang merasuk dia,ataupun mungkin kod binary dia dah rosak,tapi dia jatuhkan semua barang dia pegang dan berlari kearah En.Jason.
Tangannya menghalang tangan En.Jason yang hendak memukul budak itu.Tangannya memegang tangan En.Jason,menghalang perbuatannya.
"The hell?Kau ni dah kenapa?!Jangan nak halang aku!Ingat siapa tuan kau!"jerit En.Jason,tapi dia tak kisah,dia melepaskan tangan En.Jason,mengambil tangan budak tadi dan menghulurkan sejumlah duit padanya.Dia memberi isyarat.kepadanya untuk lari.Budak iti memahaminya dan terus berlari,sebelum itu dia memberikan pelukan pada dia.
Baru sahaja dia nak bangun,kaki En.Jason melayang kepadanya.Membuatkan kerosakan pada badannya makin besar.
"Dasar robot tak guna!Berani kau lawan aku!?"sekali lagi En.Jason menendang dia.Kemudian,En.Jason ditahan oleh beberapa orang pengunjung.
Dia bangun,tapi Madeline dah tarik dia untuk masuk dalam bonet kereta.
"Siaplah kau balik rumah ni."ugut Madeline.
'Tak...Aku dah tak tahan!Bukan jer korang kejam pada aku malah pada manusia biasa!Aku kena lari...'
Mendapat semangat baru,dia menolak Madeline masuk kedalam bonet dan terus berlari kearah bertentangan.
"Flash!Brian!Pergi tangkap dia!Jangan bagi dia lari!"dia dengar suara En.Jason memberi arahan kepada dua orang anak lelakinya.
Dia tetap berlari,melanggar apa sahaja yang ada didepannya sampailah dia tersekat pada laluan jalan raya yang sibuk.
"Hah!Dia dah tak dapat nak lari!"dia terdengar suara Brian bersorak.
'Aku kena fikir jalan lain!'
Kenderaan yang melintas agak laju,kemudian dia ternampak satu lori.
'Peluang!'
Belum sempat Brian ataupun Flash nak tarik dia,dia lompat dan berpaut pada lori tersebut dan masuk kedalam lori tersebut.
'Haha..Aku...Aku berjaya...Lepaskan diri..'
Tapi mana dia akan pergi lepas ni?
~*********~
Seminggu berlalu,dan pada hari ini kembar BoBoiBoy akan berangkat ke Pulau Rintis.
"Ingat!Jangan kawan dengan orang pelik² dekat sana!Solar!Jangan letupkan makmal sekolah!Thorn,minimakan sikit bercakap dengan pokok tu.Blaze,jangan asyik nak marah orang nanti.Ice!Jangan tidur dalam kelas!Walaupun kelas tu senang!Taufan,elok² kalau masuk kelab memasak nanti!And Halilintar,jaga elok² kembar kamu ni."pesan En.Amato berkali-kali.Kembar BoBoiBoy hanya tersenyum melihat gelagat panik ayahnya itu.
"Ayah,kitaorang dah 14 tahun,tahulah kitaorang jaga diri.Plus,ni kembar BoBoiBoylah!"
"Iyalah.Tau,tapi ingat tau ayah pesan apa!"balas Amato.
"Ya ayah."balas kembar BoBoiBoy serentak.
Perhatian,kereta api ke Pulau Rintis akan berlepas sebentar lagi.
"Oklah ayah,kereta api dah nak jalan dah tu.Kitaorang masuk dulu."kata Halilintar.Dia dan kembar BoBoiBoy memeluk En.Amato untuk kali terakhir.
"Jaga diri elok².Kirim salam kat Tok Aba.Jangan nakal² tau!"pesan En.Amato lagi.Kembar BoBoiBoy tergelak sebelum masuk kedalam kereta api.
"Baik.Bye ayah!Assalamualaikum!"kata kembar BoBoiBoy serentak sebelum pintu kereta api itu tertutup dan terus bergerak meninggalkan stesen kereta api tersebut.
"Waalaikumsalam...Haih...Harap abah dapatlah tengokkan budak² tu sementara aku selesaikan misi ni.."kata En.Amato sambil melihat pada telefonnya.
Missing AI Project
~**********~
"Adik?Hey adik.Bangun."suara yang tak dikenali membuatkan dia membuka perlahan mata cybernatiknya.Dihadapannya terdapat seorang lelaki tua berbaju hijau dan memakai topi nelayan.
'Apa yang....Oh,ya..Aku lari dari tu-manusia tu.'
Dia cuba pandang sekeliling,cuba nak tahu dia berada di mana.
"Adik sekarang ni ada dekat dalam lori pak cik.Kita sekarang ada dekat Pulau Rintis.Nama pak cik Pak Mat."seakan tahu apa yang bermain difikirannya,Pak Mat membalas.
'Pulau Rintis...Jauhnya aku dah lari!Boleh ke diaorang cari aku?Tak boleh ambil risiko,aku kena pergi lagi jauh!'
Dia cuba bangun tapi Pak Mat menghalang dia.
"Apa kata kau tunggu dulu sini dik.Pak cik risau ni kenapa kau tiba² ada dalam lori pak cik.Biar pakcik pergi ambil air."dengan itu,Pak Mat pun keluar.Dia mengambil peluang tersebut untuk lari.Lari sejauh mungkin dari tempat itu.
Bandar itu agak besar.Lebih ramai orang da lebih banyak kenderaan.Banyak kali dia hampir² nak kena langgar dengan kereta dan kenderaan lain tapi dia teruskan lagi sehinggalah dia sampai di satu lorong.
WARNING.LOW ENERGY.
'Ahh...Dammit aku lupa yang aku dah tak ada tenaga..'
Mana dia nak cari charger dekat tepi lorong sunyi sepi?!
Lagi memburukkan keadaan,apabila hari mula hujan.Habis satu badannya basah.
Satu lagi perkara yang istimewa tentangnya,air tak beri apa² kesan padanya.Litar dia tak akan rosak.
'A-Aku kena cari tempat berteduh.'
Perlahan lahan dia berjalan,cuba menjimatkan tenaga yang dia ada.Dia juga cuba untuk tak menghidupkan heater dalam badan dia.Tapi angka peratusan tenaga makin turun mendadak.
'Aku kena cari rumah yang tak ada orang duduk.'
Matanya melilau mencari mana² rumah yang kosong,tapi semuanya hampa.Sehinggalah dia tiba di hadapan sebuah rumah kayu sederhana besar dan kelihatan sedikit antik.
'Mungkin rumah ni boleh..'
Dia menolak masuk kedalam pagar rumah itu.Langkah dia makin perlahan.
'Lagi sikit.At keast untuk berlindung dari hujan ni.'
5
Dia cuba untuk mempercepatkan langkahnya kedepan pintu rumah itu.
4
Dia berjaya naik satu anak tangga.Dua lagi.
3
Dia berjaya naik anak tangga.
2
Dia duduk dihadapan pintu rumah tersebut,selamat dari hujan yang makin lebat,tapi masih lagi kesejukan.
1
Dia memeluk tubuh dan menutup matanya.
Auto shutting protocol activate.
~**********~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~
Hehe,hello again~
I've come prepared my potatoes!
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top