∆Chapter 18∆
Sebaik sahaja habis waktu persekolahan,kembar BoBoiBoy dan kawan-kawan mereka cepat² melarikan diri untuk lindungi Solar daripada terserempak dengan perempuan gedik kuku harimau tu.
"Fiuh...Nasib baik dapat lepas..Terima kasihlah korang sebab tolong aku." kata Solar. Sekarang,mereka berada di bandar untuk makan dekat Burgeria.
"Haha! Tak ada hal lah Solar! Lagipun kau kan kawan kitaorang?Kitaorang pun kesian tengok kau asyik kena tangkap je dengan si gedik tu." balas Gopal sambil menepuk-nepuk bahu Solar.
"Yalor, perempuan tu tak tahu malu betul!"kata Ying pula.
Mereka teruskan berjalan sampailah Thorn tiba² berhenti.
"Alamak! Buku kerja sekolah Sains Thorn tertinggal bawah meja!" adu Thorn membuatkan semua memandang Thorn.
"Kerja sekolah yang nak kena hantar esok tu ke?" tanya Blaze. Thorn mengangguk laju dan terus berpusing.
"Korang jalanlah dulu! Nanti Thorn datang balik!"jerit Thorn.
"Thorn,tunggu!"panggil Halilintar tapi Thorn dan jauh berlari semula ke sekolah.
"Haih..Tak boleh nak buat apa. Apa kata kita tunggu saja Thorn dekat Burgeria?"ujar Fang. Yang lain berfikir sebelum mengangguk. Jadi,mereka meneruskan perjalanan mereka ke Burgeria.
Berbalik kepada Thorn,selepas dia minta kebenaran daripada pengawal,dia masuk semula ke kelas untuk mengambil buku latihan dia.
"Mana ni...aha!Dah jumpa!" Thorn tersenyum lebar mengambil buku latihan dia dan letakkannya didalam beg sekolah dia.
Sebaik sahaja Thorn keluar dari kelas,ada satu tangan yang menariknya keluar koridor ditangga.
"Aduh! Hey!Kenapa main tarik² ni!?"marah Thorn sambik menggosok perlahan bahu dia yang rasa pijar sebab kena tolak ke dinding tadi.
Thorn mengetap bibirnya kuat bila dia berhadapan dengan budak² hot yang hampir nak bergaduh dengan Gempa tadi.
"K-Korang nak apa..?"tanya Thorn.
Rizqy menarik kolar baju sekolah Thorn sampai kaki dia tak terjejak tanah.
"Sebab abang kau yang tak guna tu,aku kena panggil dengan cikgu displin tahu tak?!Kawan kau yang tudung pink tu pergi bahitau cikgu! jerkah Rizqy sambil menghentak Thorn beberapa kali kedinding.
"O-Ow...B-Bukannya salah abang Gempa!Korang tu yang paksa Solar duduk situ!Memanglah Gempa tolong Solar!"balas Thorn membuatkan Rizqy makin kuat hentak dia ke dinding.
"Heh,kau ni memang tak padan kecik kan budak?"Hilman tersenyum sinis.
∆*************∆
Sudah hampir satu jam,kembar BoBoiBoy dan kawan-kawan mereka menunggu Thorn kembali daripada sekolah tapi sampai sekarang masih tak nampak si comel hijau tu.
"Haduh..Mana Thorn ni? Kita dah habis makan pun tak kanlah still tak jumpa buku dia tu?"gumam Solar. Yang lain pun hanya menunjukkan reaksi yang sama.
Gempa pun pelik.Jadi,dia cuba untuk kesan Thorn dekat mana masa dia pergi ketandas tadi.
Dari scanner dia,dia dapat kesan jejak pin Thorn sudah pun berada dirumah,membuatkan dia tertanya-tanya kenapa.
"Thorn ada dekat rumah sekarang."kata Gempa selepas pergi ketandas. Mereka melihat Gempa terkejut.
"Macam mana kau tahu Gempa?"tanya Fang.
"Err..Ochobot telefon tadi. Dia kata Thorn sakit perut,tu yang dia balik rumah."jawab Gempa.Yang lain hanya mengangguk faham.
"Kalau macam tu,jomlah jalan.Makanan Thorn pun aku dah mintak bungkus."kata Solar. Yang lain bersetuju dan mereka pun berjalan pulang kerumah masing-masing.
Sebaik sahaja sampai dirumah Tok Aba,Gempa terus melempar begnya ke sofa dan lari naik atas kebilik mereka.
Dia nampak Thorn tengah baring dekat atas katil dia,bertentangan dengan pintu.
"Thorn?"panggil Gempa perlahan. Badan Thorn tersentak bila terdengar namanya dipanggil.
"Y-Ya abang Gempa..?"sahut Thorn perlahan.
Processor Gempa kembali bertenang apabila Thorn membalas sahutan dia. Tapi dia masih pelik kenapa Thorn balik awal sangat dan tak jumpa dengan mereka dekat Burgeria.Perlahan,dia duduk dikatil Thorn.
"Thorn okay?Degupan jantung Thorn meningkat.."tanya Gempa perlahan.Thorn masih tidak berganjak.
"Thorn..?Kenapa ni?"tekan Gempa lagi. Dia memegang bahu Thorn.
"Thorn okay jelah! Jangan kacau Thorn!Thorn nak tidur!"bentakan Thorn membuatkan Gempa tersentak. Terus,main processor dia suruh jauhkan diri daripada Thorn.
"Maaf,Thorn. A-Aku pergi sekarang.."Gempa terus bangun dan keluar dari bilik tersebut.Dia terus masuk dalam makmal Ochobot.
Thorn yang ada dekat dalam bilik hanya mengetap bibirnya kuat,menangis perlahan.
'Thorn mintak maaf abang...'
∆**************∆
Keesokan harinya disekolah,Gempa lebih senyap daripada yang biasa. Thorn pun tak nayak cakap. Dia kena soal macam-macam pun,dia masih senyap.
"Thornie?Kenapa ni?Kau sakit ke?"tanya Solar semasa mereka ada di kantin masa rehat. Semua kembar BoBoiBoy ada kecuali Gempa yang dipanggil oleh cikgu Matematik tadi.
Thorn hanya makan bekalannya dengan senyap.
"Tak ada apa-apalah. Thorn okay je."balas Thorn sekilas. Halilintar memandang Thorn.
"Betul ni? Habis tu kenapa Gempa berlari keluar dari bilik lepas tengok kau?"tanya Halilintar membuatkan Thorn tersentak.
"Apa?Kau fikir aku tak perasan hal semalam?Gempa tak tidur dekat bilik dia pun. Dia tidur dekat dalam lab. Lepas kita balik petang tu,dia langsung tak keluar dari lab sampailah pagi ni. Cikgu Matematik pun panggil dia sebab dia senyap tak cakap apa-apa even dia tanya soalan. So,kenapa?" tanya Halilintar panjang lebar. Thorn menghentak tangannya ke meja.
"Habis tu abang Hali nak salahkan Thornlah ni?"bentak Thorn membuatkan kembar BoBoiBoy yang lain tersentak. Thorn tak pernah macam ni.
"Thorn,jaga nada kau. Kau tengah cakap dengan Hali ni." tegur Taufan perlahan. Dia tak nak jadi apa-apa. Lagi satu,Halilintar ni pantang dilawan.
Thorn mengetap bibirnya kuat sebelum melangkah keluar.
"T-Thorn?Kau nak pergi mana?"tanya Solar sambil menahan tangan Thorn tapi dia merentap tangannya kuat dari pegangan Solar.
"Tak payah sibuklah. Thorn nak pergi jumpa kawan." kata Thorn dingin sebelum berlari pergi dari kantin tersebut.
Kelakuan aneh Thorn membuatkan kembar BoBoiBoy pelik.Halilintar menarik nafas untuk tenangkan diri dia.
"Kau okay Hali?"tanya Taufan sambil mengusap perlahan belakang Halilintar.
"Aku okay..Tapi kenapa dengan Thorn tu? Dia tak pernah-pernah buat perangai macam ni.."kata Halilintar risau.
"Entah.Semalam bila aku dengan Taufan masuk bilik,dia okay je buat kerja sekolah?"kata Blaze. Taufan mengangguk.
"Macam mana dengan Gempa semalam Ice?"tanya Solar.
"Gempa semalam dalam mood rebooting. Aku pun tak tahu kenapa. Jarang dia reboot macam tu."balas Ice sambil senyap-senyap keluarkan tablet dia yang ada status Gempa.
"Tak ada apa-apa benda yang rosak pun dekat dia."kata Ice lagi.
"Perangai Thorn yang lain dan Gempa berkelakuan pelik...Mesti ada sesuatu yang jadi ni.."kata Solar perlahan.Dia kenal abang dia yang satu tu. Dia tak kan buat sesuatu yang pelik-pelik macam ni.
"Tak apalah. Kita tengok dulu keadaan nanti macam mana. Kalau Thorn ada masalah dan dia dah ready nak bagitau kita,baru kita tanya. Mungkin sekarang ni dia ada masalah dan nak selesaikan sendiri." kata Halilintar. Kembar BoBoiBoy yang lain mengangguk.
Harap-haraplah tak ada apa yang jadi.
∆**********∆
Pada petang itu di Kedai Tok Aba,harini tugas Halilintar untuk jaga kedai sementara Tok Aba dan Ochobot ke luar bandar untuk mendapatkan stok koko.
Hanya Ice dan Solar sahaja yang menemani dia. Blaze dan Taufan tengah dalam misi pencarian untuk menjejak Thorn. Lepas balik rumah tadi,Thorn terus tukar baju dan keluar semula,dengan alasan yang kawan dia ajak tengok wayang.
Gempa pulak? Sebaik sahaja sampai rumah,dia terus masuk dalam lab dan kunci dari luar,tanda dia tak nak sesiapa masuk. Ice dah buat suara comel suruh bagi masuk pun dia masih tak bagi. Tu yang Ice tengah merajuk dekat pondok tu hah.
"Weh,Hali? Kau dah jumpa dengan Cikgu Mimi tadi? Dia ada tanya pasal kerja Matematik kau." tanya Solar sambil menghirup Hot Chocolate. Dia tengah buat kerja sekolah dia.
"Ha'ah,aku ada jumpa. Aku rasa dia ingat aku ni meniru kut dalam kelas dia sebab aku selalu dapat 100% dalam semua test dia bagi. Yaya dengan Ying pun macam dah pandang slek dekat aku."balas Halilintar. Dia masih boleh rasa tenungan menyeramkan daripada Duo Y&Y tu .
"Oh,macam mana dengan Gempa, Ice?Ada apa-apa perubahan?" tanya Halilintar. Dia dan Solar menghadap Ice yang masih dengan tabletnya.
"Haih,dia masih tak nak bercakap. Dia kunci terus voice cord dia. Even aku bagi arahan pun,dia tak nak balas."rungut Ice.
"Apa sebab dia jadi macam tu sebenarnya? Sebab Thorn ke?"teka Halilintar.
"Sebab Thorn? Seriuslah kau ni? Thornie yang kecik,innocent tu? Apa je dia boleh buat sampai Gempa tutup voice cord dia?" ragu Solar.Halilintar mengangkat bahu.
"Entahlah. Tapi apa-apa pun,haraplah benda ni tak berterusan lama. Kalau Thorn ataupun Gempa dah sedia nak cerita,baru kita dengar." kata Halilintar membuatkan Solar dan Ice mengangguk.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~
Okay okay,last update-
Cliffhanger-- *gelak jahat*
Selamat malam~~
Stay safe!💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top