Chapter 14

Walaupun berlari pada arah bertentangan,mereka semua sampai dirumah pada masa yang sama.Solar terus membawa Gempa ke lab untuk baiki kerosakan pada lengannya.

"Gem?Hey Gem.Bangun kejap?"pinta Solar.Gempa dengan malasnya membuka matanya.

"Apa kau nak?"

"Haish budak ni,aku dengan Ice nak baiki tangan kau lah!Ada yang nak kena babap ni.."rungut Solar membuatkan Gempa terteleng kepala sebab pelik.

Babap tu apa?

Gempa just mengangkat bahu dan membuka bajunya supaya Ice dan Solar boleh membaiki lengannya.

"Auch...Bahu kau terkoyak sikitlah Gempa.Mesti kuat sangat kau jatuh tadi."komen Ice sambil memakai google keselamatan dan mengambil alat pematerinya.Gempa just mengiyakan sahaja.

"Ok Gempa,memandang sekarang kau dah bangun,aku nak tanya kau.pasal tadi."kata Solar.

"Apa?"

"Apa yang sebenar-benarnya jadi dekat kau?"tanya Solar.Gempa mengeluh.

"Si Evelyn tu punya pasal lah.Dia triggered aku."balas Gempa pendek.

"Gempa,aku perasan setiap kali Evelyn ada,or setiap kali nama dia disebut,kau akan kaku ataupun kau akan pegang sesuatu yang berdekatan dengan kau.Kau pernah jumpa dengan si Evelyn tu ke?"tanya Ice dengan matanya masih fokus membaiki tangan Gempa.

Gempa senyap.Ice dan Solar memandang satu sama lain.

"Gempa-

"Korang please....A-Aku still tak sedia n-nak bagitau..."kata Gempa perlahan sambil menunduk.Tak mampu nak tengok mana² antara Ice dan Solar.

Ice dan Solar mengeluh kecil.Solar meletakkan tangannya pada kepala Gempa.

"Tak apa..Ambik masa kau.Bila kau dah sedia nanti,kau bagitau kitaorang,okay?"kata Solar.Gempa mengangguk.

Dia rasa bersalah sebab tak bagitau kembar BoBoiBoy.Tapi dia pun tak nak diaorang tau sejarah silam dia.

"Ok.Dah siap!Cuba gerakkan tangan kau."kata Ice sambil mengambil Ipadnya.Gempa mengerakkan sedikit lengan kirinya.

"Dah tak sakit."kata Gempa.Ice mengangguk.Gempa memakai semula bajunya.

"Terima kasih Ice,Solar."kata Gempa sebelum keluar dari lab tersebut.

Ice dan Solar yang tinggal dalam lab itu hanya berpandangan sesama sendiri dan mengeluh.

Gempa memang keras kepala.

"Sesiapa pun yang cipta dia memang betul² tekun nak jadikan dia seperti manusia biasa." komen Solar. Ice mengangguk.

"Weh,kau dah bagitahu ayah pasal Gempa?"tanya Ice pulak.

"Lah,bukan Hali dah bagitahu ke?"

"Entah."

Kedua pakar teknologi itu hanya mengangkat bahu.

Biarlah sajalah.

∆**********∆

Masuk hari ini,dah masuk seminggu si Evelyn tu pindah,dan seminggu jugaklah seksaan bagi Solar.

Si Evelyn tu tak habis² nak menggedik dengan Solar dan dia dah bagitau semua populasi manusia dalam sekolah tu yang Solar tu dia punya and diaorang tengah bercouple.Teruk jugaklah si Solar tu nak sorok muka dia sebab malu.

Solar hanya bertukar tempat dengan Gempa jarang² walaupun Gempa menawarkan diri selalu untuk menyamar sebagainya.Sebabnya dia kesian dekat Gempa and dia tak nak Gempa dekat dengan Evelyn.

Sekarang,kembar BoBoiBoy hanya mampu lihat keseksaan Solar melayan lintah laut dekat sebelah dia.

"You,you tau tak?I pergi mall haritu kan,I ada nampak baju couple ni!Sweet sangat!Nanti kita beli ea?"kata Evelyn sambil jarinya meleret pada lengan baju Solar.

"Tak nak."

"Alaaa~Kenapa?"muncung Evelyn.

"First,aku tak suka kau.Second,kita bukan couple.Third,eiuw,kau fikir baju couple tu layak ke untuk aku?Baju aku hanya yang swag dan trendy je and fourth,eh,kau tak pernah dengar pasal haram gap eh?!"kata Solar seraya menolak Evelyn menjauh darinya.

"Alah,you ni tak sweet lah!I kan girlfriend you?"kata Evelyn lagi.

Eh perempuan,tak tau malu eh?


"Eh,Evelyn.Aku nak kembar aku sekarang so please lepas tangan kau dari dia."kata Halilintar dingin sambil menarik sebelah tangan Solar.

"Alah,you ni kan bakal abang ipar I?Bagilah I dating dengan adik you ni!" kata Evelyn.Halilintar menepuk mukanya kuat.Halilintar pandang Solar dan dia nampak isyarat Solar minta tolong dari tadi.

"Itu tak kan terjadi kalau aku tak izinkan."sampuk Gempa pulak.Dia cuba kelihatan tegas.

"Aku abang sulung dia dan aku tak suka bila adik aku dipaksa buat benda yang dia tak nak so kalau kau nak at least ada peluang dengan dia baik kau lepaskan dia."kata Gempa.Evelyn memandang Halilintar dengan Gempa dengan pandangan yang meluat.

"Eish! Abang² you ni kan suka buat I sakit hati!You pun sama!"marah Evelyn langsung melepaskan tangan Solar dan menghentak kaki pergi dari mereka.Halilintar,Gempa dan Solar menarik nafas lega.Solar terus memeluk Halilintar dan Gempa.

"Thanks korang.Nasib baik korang ada kalau tak tak tau lah apa yang aku nak buat."kata Solar.Halilintar dan Gempa tersenyum.

"Alah, tak pe.Kan kitaorang dah kata yang kitaorang akan tolong kau jauhkan diri daripada perempuan tak tau malu tu?"kata Halilintar.Gempa mengangguk.

"Betul tu.Kau kan adik kitaorang so kitaorang kena protect!"kata Gempa.Solar tersenyum sekali lagi.Sangat comel insan pipi pau ini.

"Dahlah,kita kena balik sekarang.Diaorang semua dah ada dekat kokotiam."ajak Halilintar.Lalu mereka bertiga pun berjalan keluar dari sekolah itu.

Oh,note.Solar kena tangkap dengan Evelyn masa nak balik sekolah tadi sebab si Solar ni tolong cikgu kimia dia tanda kertas periksa.

°**********°

"Hish!Benci betul lah!!"Evelyn membentak kakinya dan melemparkan beg sekolahnya diatas sofa mahal itu.

"Evy sayang,kenapa ni?"tanya Tuan Jason melihat wajah cemberut intan payungnya.

"Abang² boyfriend Evy lah Daddy!Langsung tak bagi Evy bermanja dengan boyfriend Evy.Benci!"adu Evelyn.Tuan Jason duduk disisi anaknya.

"Bagitau daddy siapa budaknya.Nanti daddy tanya budak² yang tak reti nak bersyukur sebab Evy nak dating dengan adik diaorang."kata Tuan Jason.

"Tapi daddy!Abang² Solar ni cerewet!Itu tak boleh,ini tak boleh!Lagi² abang sulung dia tu!"kata Evelyn.

"Evy ada gambar dia?Meh daddy tengok sikit rupa budak yang Evy nak sangat tu."kata Tuan Jason.Evy mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan gambar selfienya yang diambil paksa dengan Solar.

"Nilah cinta hati Evy daddy!Yang pakai cermin mata ni.Belakang tu abang² dia."kata Evelyn.Tuan Jason swipe gambar itu satu persatu sehinggalah ada satu gambar menarik perhatiannya.

Gambar Solar yang ditarik oleh budak memakai topi hitam merah dari Evelyn.Tapi apa yang menarik perhatiannya adalah budak yang seorang lagi yang berada di belakang Solar dengan muka yang risau.

Dia kenal wajah itu.

Dan walaupun wajahnya serupa dengan budak bertopi merah tadi dia kenal sangat dengan budak itu.Perlahan,senyuman sinis terlakar diwajahnya.

"Evy sayang,daddy nak jumpa dengan diaorang ni semua."kata Tuan Jason membuatkan Evelyn pelik.

"Kenapa daddy?"

"Daddy rasa kita dah jumpa hak milik kita yang lari hari tu."

°**********°

Gempa rasa lain macam harini.Walaupun hari cuti dan tak perlu nak berjumpa Evelyn,entah kenapa dia rasa kod binary dia lain macam harini.Processor dia rasa sesak menyebabkan dia rasa resah.

'Ada sesuatu yang akan berlaku ke harini?'

'Kembar BoBoiBoy dalam bahaya ke?!"

Gempa pantas menoleh sekelilingnya.Kembar BoBoiBoy dalam keadaan yang baik.Halilintar tengah mengelap cawan,Trio Huru Hara sedang bermain,Ice sedang tidur disebelah Solar yang tengah baca buku.

'Jadi apa yang tak kena?'

"Kau ok tak Gem?"pertanyaan Halilintar membuatkan Gempa tersentak dari lamunannya.

"Hah?Aku ok je?Kenapa kau tanya?"

"Sebab kau selalu buat muka yang selalu kau buat kalau kau sorokkan sesuatu ataupun rasa tak kena."kata Halilintar.Dia berhenti mengelap cawan dan terus memandang Gempa.

"So,kenapa?"tanya Halilintar lagi.Gempa memandang sekeliling sebelum mendekatkan diri pada Halilintar.

"Jangan cakap dengan Ice dan Solar.Processor aku rasa lain macam harini.Aku rasa tak sedap hati."kata Gempa.Halilintar menaikkan sebelah keningnya.

"Kenapa?Apa jadi?"tanya Halilintar.
Gempa nak membalas tapi kemudian dia terpandang satu kereta yang menuju ke kokotiam.Dia segera scan orang didalam dan terus kaku.

Keluarga Tuan Jason.

Gempa terus melompat kedalam kokotiam dan menyorok didalam almari bawah membuatkan Halilintar kaget dengan tindakannya.

"K-Kenapa Gempa?"

"D-Diaorang ada dekat s-sini..H-Hali..Please tolong aku aku tak nak pergi please aku tak nak.Aku-aku-!"Gempa tak dapat nak tuturkan ayat dengan betul.Walaupun Halilintar bukan pakar teknologi macam Ice,dia tau yang sekarang Gempa tengah takut.Dia memeluk Gempa untuk membuatnya bertenang.

"Jangan risau kitaorang tak kan.Tapi kau kena janji.Bagitau kitaorang kisah kau nanti,ok?"kata Halilintar.Gempa kelihatan ragu² sebelum mengangguk.Dia membuat tanda senyap sebelum menutup pintu almari itu.

"Guys,kod merah.Ada orang akan datang dan orang² tu yang cari Gempa.So aku nak korang berlakon."kata Halilintar memberikan arahan.Kembar BoBoiBoy mengangguk faham.Kereta mewah mula memarkir didepan Kedai Tok Aba Kokotiam dan kembar BoBoiBoy hanya berlakon biasa.

Pintu kereta itu dibuka dan keluarlah manusia² tu.

Solar mengenggam kuat tangannya apabila nampak Evelyn keluar dengan pakaian tak cukup kainnya bersama dengan keluarganya.

"Ini ke tempatnya Evy?"tanya wanita tampak mahal,Madeline.

"Yes mummy.Evy dah upah orang dah nak cari.Hye baby Solar~"kata Evelyn terus pergi ke arah Solar.

Halilintar memasang senyuman datarnya apabila Tuan Jason dan keluarga mendekati dia.

"Selamat petang Tuan.Tuan nak order apa?"kata Halilintar dengan tak ikhlasnya.Madeline memandangnya atas dan bawah.

"Ada rupa macam ni punya handsome pun kerja kedai murah macam ni ke?Tak sesuai langsung!"kata Madeline.Halilintar memasang muka cool biasa.

"Ini kedai atok kami puan.Kedai nilah kedai paling popular dekat sini."kata Halilintar.Madeline just melihat sinis.

"Hey budak!Apa kau main tu?"tanya Brian pada Blaze yang tengah main game bersama Taufan dan Thorn.

"Main game lah.Apa lagi?"balas Blaze.Brian tengok dari atas dan terus mengambil telefon Blaze.

"Pinjam kejap.Macam best je game ni!"dengan tak malunya dia ambik dan main.

"Hey!"

Halilintar hanya mampu menahan geram melihat kembarnya itu.Trio Huru Hara yang sedih sebab phone dah kena rampas,Ice yang tengah tahan sabar sebab Flash ambil air dia sesuka hati dan Evelyn mengedik dengan dia.

"Hey budak waiter,kau dengar tak aku cakap apa ni?"Halilintar tersentak sebelum memandang Tuan Jason.

'Er..Ya Tuan?"

"Aku tanya mana abang sulung kau?"

Kembar BoBoiBoy terhenti dan mula memandang satu sama lain.

°**********°
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~


Hello,selamat malam~

Akhirnya Ez dah tahu apa problem Wattpad nih-*gigit Snicker*

Anyway,macam mana part yang ni?Okay? Sorrylah kalau ada error sikit.

Apa² pun,harap korang suka!

Stay safe!💜

Author Kim_Ezra

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top