∆Chapter 12∆
°**********°
Sebelum waktu rehat habis,kembar BoBoiBoy pergi ketandas.Gempa dan Solar menukar pakaian mereka.Sebaik sahaja keluar,kembar mereka yang lain hanya tersengih.
"Nasib baik muka kita semua serupa kan?"kata Solar sambil membetulkan rambutnya.Gempa melihat pantulan dirinya pada cermin.Dia baru pakai baju dan jaket sekolah Solar.
"Sini Gem,aku pakaikan topi aku."kata Solar.Gempa berdiri dihadapan Solar.Solar memakaikan topinya pada Gempa dan menyarungkan kaca mata emasnya pada mata Gempa.
"Tada~!Dah siap!Kan dah nampak swag macam aku dah tu~" eceh!Sempat si Solar ni puji diri.
"Nice lah Gempa!Kau dah nampak macam Solar!"kata Taufan.Gempa melihat pantulannya pada cermin.
Iyep,memang macam Solar.
Solar memakai topi Gempa secara terbalik.
"Ok,cuba cakap macam aku."suruh Solar.Gempa diam sebentar sambil main command nya mengimbas cara Solar bercakap dalam data_base nya.
"Hai guys!Aku BoBoiBoy Solar!Jejaka paling kacak,popular dan pintar dalam Pulau Rintis ni~Halilintar jangan jealous~" ajuk Gempa dengan gaya Solar yang 100% sama.
"Awesome!"
"Hey².Tak de maknanya aku nak jealous."
"Solar 2.0!"
Gempa tersenyum bila mendengar reaksi positif dari kembarnya.
"Ok jom masuk kelas,Solar~" kata Solar dengan gaya Gempa.Kembar BoBoiBoy tergelak sebelum keluar dari tandas lelaki itu.
Sampai di kelas,hampir semua orang dah masuk.Kawan² mereka ada di meja masing² dan Evelyn dah duduk dekat tempat dia dengan gaya acah manja duk pintal² rambut dia alahai pikir lawa ke babun?
Gempa menarik nafas panjang sebelum duduk di tempat Solar.
"You!You pergi mana?Puas I cari tau!Nak rehat dengan you..Kesian I cari you merata tempat."kata Evelyn dengan nada merajuk mintak balingan timun dari TBM.
"Sorrylah aku rehat dengan kembar² aku."balas Gempa dengan gaya percakapan Solar.Kembar BoBoiBoy yang lain dah tersengih-sengih tengok dia.
"Alah,buat apa rehat dengan kembar you?Kan dah tiap² hari tengok diaorang dekat rumah?Baik rehat dengan I!" kata Evelyn lagi.
"Buat apa aku nak rehat dengan orang yang aku tak kenal?"balas Gempa sinis membuatkan Evelyn terdiam.
'Hambik kau mengada lagi kan dengan adik aku!Rasakan!'
Belum sempat Evelyn nak membalas,Cikgu Kebenaran masuk.
'Selamat!'
°**********°
Habis sahaja hari persekolahan pada hari tu...
Gempa yang menyamar sebagai Solar kena stayback sekejap sebab cikgu kimia diaorang nak cakap dengan Solar a.k.a dia sekarang sebab nak bincang prestasi dia yang sangat² memberangsangkan dalam kimia.
Dalam diam,Gempa bangga dengan Solar.
Lepas tu,dia tolong sorang makcik cleaner ni keluarkan anak kucing dari tempat bakar.Kesian anak kucing tu tersangkut kat situ.
Bila dia nak jalan ke pagar keluar,tangannya ditarik.
"Huh?"
"Hi Baby Solar~"ugh...Evelyn rupanya.Dahlah si 'Solar' ni tengah kotor² sebab abu pembakaran tadi.
"Kau nak apa?"tanya Gempa.
"Ala you ni..Tak pernah nak cakap baik² dengan I..Eiiiuu!Kenapa you kotor² ni?" jerit Evelyn dengan gaya memyampah.Gempa terkesat tangannya yang ada abu dekat muka sambil melihat bajunya.
"Aku tolong makcik cleaner tadi.Apasal?"kata Gempa.Lepas tu,tiba² si Evelyn ni tengok muka dia.
"Kenapa kau-"
"Shush!Diam!"
Aiii...Nak kena perempuan ni.Kang ada yang aku pakai machine gun bunuh dia ni karang.
Gempa tak sedar yang Evelyn tu dah tanggalkan cermin mata pada wajahnya.
"You...Muka you kan,macam muka maid robot boy I dulu lah."
Gempa terus terkaku.
'T-Tak...Tak kanlah dia...t-ak..Tak mungkin dia kenal aku!'
Gempa panik.
"K-Kenapa?Apa yang kau merepek ni?"tanya Gempa cuba nak lari dari situasi ni.
"Dulu I ada robot boy.Dia tu robot suruhan.Muka macam manusia.Tapi dia tak boleh bercakap sebab Papa I rosakkan dia.Dia comot sebab tu I tak kisah tengok muka dia.Tapi bila tengok muka you I teringat dekat dia.Huh,dah lah tak kenang budi!Lari macam tu je!Ni I datang Pulau Rintis ni sebab ikut Papa I cari dia lah tu!Robot tu Papa I kata oenting untuk syarikat or something I don't know." terang Evelyn panjang lebar.
Gempa dah auto panik sangat² sekarang.
Tuan Jason ada dekat aini.
Dia tengah cari aku.
Macam mana?
Banyak sangat data yang tengah bercelaru dalam processor dia sekarang.
"You?You ok tak ni?"tanya Evelyn.Gempa menggeleng kepalanya laju.Dia merentap cermin mata Solar yang ada pada tangan Evelyn dan terus lari dari situ.
°**********°
Kembar BoBoiBoy masih kagi menunggu kepulangam Gempa di kedai Tok Aba.Pada mulanya diaorang nak tunggu dekat sekolah tapi Gempa kata tak perlu sebab dia boleh balik sendiri so Gempa suruh diaorang balik dulu.
Tapi dah lama sangat membuatkan mereka jadi risau.
"Mana Gempa ni?Tak kan lah lama sangat macam ni?"tanya Halilintar risau.Ice sedang melihat dalam I-Pad mengenai status Gempa.
"Ha'ah.Aku dah risau dah ni.."sambung Taufan pulak.
"Kita cari dia jom?Aku tak sedap hati."ajak Blaze.Thorn mengangguk.
"Err...Korang?"panggil Ice.Mereka semua pergi kearah Ice.
"Kenapa Ice?"tanya Thorn.Ice menunjukkan I-Pad itu pada mereka.
I-Pad itu menunjukkan yang Gempa tak ada disekolah tapi berada di lorong kosong jauh dari sekolah.
°**********°
Gempa lari selajunya.Jauh dari sekolah.Jauh dari Evelyn.
Jauh dari segalanya.
Memorinya bersama dengan tuan lamanya kembali terlayar macam data yang rosak.
'Kau kemaskan tempat ni sekaramg!'
'Oi!Cepatlah sikit kakak aku lapar tu!'
'Robot tak guna!'
Disebabkan tak nampak mana dia berlari,Gempa terpijak botol kosong membuatkan dia terjatuh kuat pada jalan bersimen itu.
Kulit sintetiknya calar dan hampir² terbuka.Bahu mekanikalnya terasa sakit dan satu lengan kiri bioniknya terasa sakit.
Gempa tak bangun dan terus sahaja terbaring dekat situ.Dia masih dalam mood auto panik.
'Kenapa....Kenapa aku...?'
'Kenapa dia cari aku?'
'Kenapa dia ada dekat sini?'
'Kalau aku ni cuma robot sampah tak berguna kenapa dia sibukkan diri dia cari aku?'
'Aku.....aku tak nak balik sana...'
'Aku tak nak....'
Gempa tak sedar yang dia berada dekat sebuah rumah yang asing.Diatas sofa yang agak mewah.
'Aku black out?'
Gempa bangun perlahan-lahan dan lihat tangannya.Bahagian yang tercalar tadi dibalut dengan kain pembalut.
Tapi ni bukan tempat tinggal dia.
"Oh,Solar!Kau dah bangun?"
Suara yang familiar bagi Gempa membuatkan dia rasa tenang.Setelah mengimbas suara dan persekitaran sekelilingnya,Gempa tahu yang sekarang ni dia berada di rumah agam Fang.
"Hai Fang.."kata Gempa.Fang meletakkan segelas air dengan paracetamol dihadapannya sebelum duduk di sofa sebelahnya.
"Kau ok Solar?Abang aku cakap dia terjumpa kau pengsan dekat tengah jalan."kata Fang.Gempa yang masih memproses terus teringat yang dia masih menyamar jadi Solar.
"Sebenarnya aku ni Gempa lah."kata Gempa menterbalikkan topi Solar pada kedudukan yang dia biasa pakai.
"Aku dengan Solar tukar tempat masa rehat tadi.Dia tak nak duduk dengan minah gedik tu."jelas Gempa.Fang mengangguk.
"Ha,yang kau dah kenapa pengsan tengah jalan?Terkejut timun aku abang aku bawak balik kau ke rumah.Tangan kau pun luka sikit tu.Kau kena serang ke?"tanya Fang bertubi-tubi.Gempa terus cari satu alasan bohong sunat.
"Rasanya tadi aku lari sebab nak balik cepat,tak perasan ada botol.Mungkin aku terjatuh and terhentak atas jalan sebab tu aku pengsan."jelas Gempa.Fang mengangguk dan mengeluarkan telefonnya.
"Kau rehatlah dulu.Aku call Halilintar jap bagitau kau ada dekat sini."kata Fang sebelum bergerak pergi untuk biarkan Gempa berehat.
Gempa sambung berbaring pada sofa yang empuk itu sambil menutup matanya.Cuba untuk tenangkan diri daripada hal tadi.
Rehatkan diri sekejap rasanya tak ada masalah kut.
°**********°
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~
Here,here because I love you guys so much- OwO
Stay safe!💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top