∆Chapter 10∆
°**********°
Beberapa hari seterusnya disekolah,kawan² kembar BoBoiBoy yang Gempa tak banyak cakap sejak kebelakangan ni.
"Dey korang.Kenapa dengan abang korang tu?Dari haritu senyap je?"tanya Gopal.Kembar BoBoiBoy hanya mengangkat bahu.
"Dia....tak sihat sikit.Bila dia tak sihat dia memang pendiam."jawah Ice.
Oh,lupa nak cakap yang kawan² diaorang ni tak tau yang Gempa ni robot.
"Oh,ya ke?Ha!Makan biskut aku nak?Barulah cepat sihat!" kata Yaya sambil mengeluarkan paket biskut warna warni yang tah dari mana munculnya.
"Wah!Biskut!Nak³! kata " Taufan teruja.Dia memang suka biskut.
"Dey,jangan!" jerit Gopal.Kembar BoBoiBoy tengok Gopal,Ying dan Fang pelik sebab diaorang tiga ada dekat hujung kelas sambil pegang penyapu dan penyodok.
"Kenapa korang ni?Kenapa dengan biskut ni?"tanya Halilintar curiga.Gempa yang terdengar orang bising² pun menoleh.Dia pun mengambil satu biskut Yaya.
"Ha'ah.Kenapa dengan biskut ni?Nampak sedap!" kata Taufan lagi tapi Gopal,Ying dan Fang buat tanda jangan.
Gempa sementara diaorang tengah bising² kat belakang,dia tenung biskut tu untuk analisa apa kandungan dalam biskut tu sampai Fang buat tanda toreh kat leher dia tanda jangan makan.
Ingredients:
-Tepung
-Telur
-Susu
-Sayur sawi
-Daun ketumbar
-Bawang kisar
Dan beberapa bahan yang unknown.
'Manusia makan ni ke?' tanya Gempa sendiri.Dia terus bawak masuk dalam mulut.
"NOOOOO!!!!!"
Fang,Ying dan Gopal menjerit mengejutkan semua orang dalam kelas tu.
"Woi,ini anak!Keluarkan!Keluarkan!" Fang pergi belakang Gempa dan tepuk² belakang dia sambil bukak mulut dia suruh keluarkan.
Tapi Gempa dah telan.
"Dah telan." kata Gempa dengan polosnya.
"Macam mana Gempa?Okay dah?"tanya Yaya dengan berbunga-bunga.
"Aku bersimpati pada abang kau."kata Gopal sambil menepuk bahu Halilintar.
"Ok je?"
Mendengarkan jawapan Gempa membuatkan otak semua orang lompat keluar dari kepala masing² sebab nak pergi bercuti kat Panama.
Ada manusia makan biskut Yaya dan tak pengsan?
"Ha,nak lagi bagitau tau!"kata Yaya dengam gembira sebab ada orang makan biskut dia.
Fang pergi pegang pipi dia untuk cek mata dia.
"Mata ok.Suhu ok.Tak menunjukkan apa² simtom pelik terhadap bahan kimia biskut Yaya.Eh,betul ke yang abang korang ni manusia?Ke dia alien?" tanya Fang.
Kembar BoBoiBoy dah berpeluh-peluh dan memandang sesama sendiri.
"Er..Hahaha!Mana ada!Dia manusia sama macam kita lah!"kata Taufan sambil menepuk² bahu Halilintar.
'Heh,dia bukan alien tapi robot.Robot yang paling caring dalam dunia.'
°**********°
Habis sahaja sekolah,semua orang masih lagi membawang topik hangat pasal Gempa tak pengsan makan biskut Yaya.
Kembar BoBoiBoy dan kawan-kawan mereka bercadang nak melepak dekat bandar lepas habis kelas.
"Aku dengar dekat sebelah arcade tu ada kedai makan baru.Jom pergi sana?"ajak Gopal.Yang lain berfikir sebelum.mengangguk.
"Boleh jugak.Aku lapar ni."kata Taufan sambil memuncungkan mulutnya sambil menggosok perutnya.
"Bukan kau dah makan biskut aku ke tadi Taufan?"tanya Yaya curiga.Kembar BoBoiBoy dengan yang lain dah berpeluh.
.
.
.
.
.
FLASHBACK~
Masa rehat tadi,masa Yaya pergi bertugas,Gempa bagitau kembar BoBoiBoy semua sesuatu.
"Aku dah kenal pasti bahan unknown yang buat biskut tu 'memautkan' macam yang Fang kata tadi."kata Gempa.
"Apa dia Gempa?"tanya Taufan sambil memegang sepaket biskut Yaya yang masih belum dibuka.
"Ada kayu cengkih mentah dengan kertas pasir."
.
.
.
.
FLASHBACK OFF~
Jadi,sebab tulah Taufan pergi bagi biskut tu dekat kucing.
Semoga ia bersemadi dengan aman.
"Er..Hehehe!Aku memang kuat makan!Kan Hali kan?"kata Taufan sambil menyiku-yiku Halilintar.Halilintar pun beri senyuman paksa.
"Ha,baguslah macam tu!Nanti aku buat banyak² untuk kau ya?"kata Yaya sambil berbunga-bunga.Kembar BoBoiBoy dah berpeluh.
"E-Eh!Jomlah pergi makan kat sana?Kata lapar tadi kan?"kata Fang cuba mengalihkan perhatian mereka.
"J-Jom!"
Mereka semua masuk kedalam restaurant itu dan mengambil tempat.
"Selamat datang.Boleh saya ambil order?"datang seorang pelayan untuk ambil order mereka.
"Ok,adik macam mana?"setelah mendapat order semua orang,dia beralih pada Gempa yang diam sejak tadi.
"Er..Saya..."Gempa memandang Halilintar.
"Bagi dia yang serupa macam saya punya."kata Halilintar.Pelayan itu mengangguk sebelum berlalu pergi.
"Aku tengok kau macam tak selalu makan je Gempa?Kenapa?"tanya Gopal.
"Gempa tak makan banyak sangat.Tu memang perangai dia sejak kecik."sampuk Ice cuba nak selamatkan Gempa.Gempa mengangguk.
Tak lama lepas tu,pelayan sampai dengan makanan mereka.Gempa hanya menguis-guis makanan dalam pinggannya dan sekali-sekala makan bila kawan² dia pandang lain macam.Tak nak rahsia terbongkarlah katanya~
"Gempa~Thorn nak icecream?"tanya Thorn sambil melentokkan kepalanya pada Gempa dengan mata bulatnya.Gempa tengok dia dah habiskan makanan dia.
"Taufan nak jugak!"
"Blaze pun!"
"Ice nak juga."
"Beli semua jelah Gempa.Aku pun nak jugak ni."kata Solar.Halilintar menggangguk tanda setuju.Gempa bangun diikuti dengan Thorn untuk pergi beli icecream.
"Thorn ambiklah mana² Thorn nak.Pilihkan sekali untuk diaorang."kata Gempa.
"Abang GemGem tak nak?"tanya Thorn.
"Tak apa."kata Gempa sambil menggosok kepala Thorn perlahan.
Sementara Thorn tengah memilih icecream,Gempa yang tengah tengok telefon hadiah pemberian Taufan dilanggar oleh seseorang membuatkan telefonnya terjatuh.
"Hey!Buta ke apa?!Tak nampak I tengah jalan ke?!"Gempa yang menunduk untuk mengambil telefonnya terkaku apabila mendengar suara yang dia dah langsung tak nak dengar.
"Hey!Pekak ke apa?!Minta maaflah!"
Evelyn.
Gempa perlahan-lahan bangun tapi dia tak memandang wajah Evelyn.
"M-Maafkan saya.."kata Gempa perlahan.
Evelyn berpeluk tubuh dengan membuat gaya menyampah yang gedik.
"Heh,lain kali tengok sikit mana kau berdiri!Dasar orang bawahan."kata Evelyn lagi.Gempa masih menundukkan pandangannya.
"Hei!Jangan kacau abang Gempa lah!"badan Gempa terasa kaku bila Thorn tiba² berdiri dihadapannya sambil mendepakan tangan.
"Hey budak kecik!Kau jangan nak biadap dengan I okay?!Kau tau I sape?!"
"Tak tau!Tak bawak ke mati pun!"
Uishh...Pelanggan² yang ada dekat situ tabik dekat Thorn sebab bagi ayat sentap kat minah gedik tu.Tengah² kecoh tu,baru kembar BoBoiBoy perasan yang Gempa dan Thorn terlibat sekali.
"Hey budak kecik!Kau cakap elok² sikit ye?I ni Evelyn Jason,anak jutawan terkaya kat sini!I boleh saman kau sebab biadap dengan I!"Evelyn menunjal² kepala Thorn hampir membuatkan Gempa hampir² hilang kawalan diri.Gempa menarik Thorn kebelakang dia dan buat pertama kali dia beranikan diri untuk memandang Evelyn.
"Kau tak ada hak nak sentuh adik aku."kata Gempa dalam dan menyeramkan.Pelanggan yang dari tadi jadi penonton pun terkejut dengan suara dia.
"Hey!Macam tu ke kau layan anak jutawan?Tak ada kelas langsung!Kau yang langgar I dulu ya?Sedar sikit yang pangkat kau bawah kaki I jer!" kata Evelyn dengan bongkaknya.
(A/N:Ez dah rancang nak bunuh Evelyn.Sesape nak join?)
"Hey!Apa kecoh² ni!"Gempa dan Thorn berpusing dan lihat....
Kembar BoBoiBoy yang lain dan kawan² mereka ada dibelakang mereka.
°**********°
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~
Ah,this part. Ez rasa nak membunuh masa reka part Evelyn tu-
As always,borang nak join membunuh ada di sebelah,ya? Peralatan sendiri²!
Stay safe!💜
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top