∆Chapter 1∆
<***************>
"Ayah,dah berapa kali Hali cakap.Kitaorang nak pergi sekolah budak biasa!"
"Dan berapa kali pulak ayah dah cakap tak boleh?"
Seorang remaja lelaki merengus sambil berpeluk tubuh.Dia memakai seluar slack hitam dan hoodie hitam bercorak merah berwarna sama dengan topi yang menutup rambut coklat kehitamannya.
"Kitaorang dah bosan homeschool.Kitaorang tak pernah jumpa manusia lain selain dari pekerja rumah ni,dengan tetamu mewah dari luar!At least,untuk masa kitaorang sekolah menengah ni,bagilah kitaorang kebebasan!" terang remaja itu lagi.
Lelaki dihadapan hanya mengaup wajahnya.Penat melayan kerenah anak sulungnya yang degil.
"BoBoiBoy Halilintar.We have done this conversation before and my answer still no."
Remaja lelaki yang bernama Halilintar itu memeluk tubuhnya.Geram dengan sikap ayahnya itu.
"Fine!"
Dengan itu,dia keluar dari pejabat ayahnya dengan muka yang marah dan berpeluk tubuh.
"Macam mana Hali?"
Sebaik sahaja dia keluar,dia bertemu dengan lima lagi adik beradiknya.Welp,adik beradik kembar.
"Sama je.Baik tak payah pergi masuk tadi.Naikkan darah aku jer."gumam Halilintar.Dia memandang semua adik beradiknya yang kelihatan muram setelah mendengar nada suara kecewa Halilintar.
BoBoiBoy Halilintar merupakan kembar sulung dalam keluarga itu.Kemudian,BoBoiBoy Taufan,BoBoiBoy Blaze,BoBoiBoy Ice,BoBoiBoy Thorn dan akhir sekali ialah BoBoiBoy Solar.
Mereka berenam adalah anak lelaki kepada seorang multi-billionare yang terkenal.Ayah mereka ialah peneraju syarikat teknologi canggih yang dinamakan 'Element_Galaxy.' Mungkin dari situ mereka semua mendapat nama elemental mereka.
Sepanjang mereka membesar,mereka hanya dikelilingi oleh pekerja didalam rumah agam itu sahaja.Kalau orang luar pun,sama ada kawan sekerja ayah mereka ataupun tetamu majlis mewah yang mereka dijemput pergi.Tak ramai yang tahu kewujudan mereka,kerana ayah mereka memastikan mereka berenam under cover sehingga mereka 18 tahun,dimana Halilintar akan dinamakan sebagai peneraju baru Element_Galaxy.
"Tak apalah.Bila kita dah dewasa nanti kita boleh keluar."pujuk Solar sambil memegang bahu Halilintar.Walaupun yang paling muda,Solar merupakan kembar yang paling pandai dalam pelajaran sehinggakan dalam rumah agam ni terdapat satu makmal bawah tanah untuknya.
"Korang maybe boleh,sebab bukan korang yang nak kena handle syarikat ayah nanti."gumam Halilintar lagi.Kesemua kembarnya hanya memberikan pandang yang simpati.
Mereka tahu yang Halilintar tak nak jadi peneraju Element_Galaxy yang seterusnya.Tapi dia terpaksa memandangkan dia anak sulung.
"Humm...Dahlah.Aku ada kelas swordfigthing lepas ni. Korang pun ada kelas jugak kan?"kata Halilintar.
Dia dan kembarnya belajar dirumah,dimana mentor dari luar akan mengajar mereka basic sekolah.Lepas dah habis,mereka akan dipisahkan dan dikelaskan individu bersama pelajaran lain.
"Aku ada kelas memasak lepas ni."-Taufan-
"Kelas meditasi.Sebab ayah cakap aku panas baran."-Blaze-
"Computer hacking."-Ice-
"Kelas pembinaan!Thorn nak buat rumah pokok version 2.0!"-Thorn-
"Chemical engineering.Serius ni.Aku dah paham benda alah tu sejak aku 9 tahun!"-Solar-
"Ha,dahlah.Semua pergi kelas masing².Kena report karang,mampus kita."kata Halilintar.Mereka semua mengangguk sebelum beredar mencari mentor masing².
<**********>
Di satu tempat yang lain dalam masa yang sama...
"Weh!Cepatlah sikit tak guna! Kau tak nampak ke yang kitaorang ni panas?!"
Seorang remaja lelaki menengking pembantu rumahnya yang sedang mengipas mereka secara manual.
Pembantu rumah mereka tidak berkata apa-apa dan terus mengipas mereka dengan lebih laju.
'Manusia tak guna. Rumah besar kaya raya pun tak mampu nak beli kipas'
Mari kita buat sesi perkenalan sebentar. Pembantu rumah ini sebenarnya robot yang dah ditugaskan untuk melayan segala kehendak tuan dan puan muda dalam rumah agam yang besar ni.
Tuan dia,Tuan Jason yang telah membina dia untuk dijadikan 'hamba' dalam rumah ini. Hampir keseluruhan kerja rumah dalam rumah ini dia yang lakukan. Dan mereka masih lagi melayan dia dengan teruk.
Dia tak boleh bercakap,banyak bahagian dalam badan dia rosak dan pakaian yang dipakai olehnya hanyalah baju buruk. Satu-satunya sebab dia masih boleh berfungsi adalah daripada wayar telefon yang rosak.
Tuan Jason pulak,merupakan jutawan yang kaya-raya sebab dia bekerja di syarikat teknologi yang canggih. Isteri dia,Madeline pun dua kali lima perangainya. Gedik dan kejam. Dan juga tiga orang anak mereka. Brian,Dash dan Evelyn.
Apa-apa pun,dia terseksa tinggal dekat sini. Sampai dia rasa nak tamatkan terus dia dengan dengan cabut semua main command dia biar tak berfungsi daripada hidup dengan manusia macam ni.
"My babies~! Cepat² siap! Daddy nak bawak kita pergi shopping~!" robot itu berhenti mengipas apabila madam tuan rumah itu tiba² masuk. Inilah Madeline.
"Wahh! Ya ke mummy? Kejap ya? Evy pergi bersiap sekarang jugak!"kata Eveline dengan penuh kegedikan.
"Fuh,game baru let's go!" Kata Flash. Dia dan Brian terus naik keatas meninggalkan dia diruang tamu.
"Fiuh...nasib baik. Ada jugak masa untuk aku cas diri."
Dia melihat semula kadar peratusan tenaganya. Hampir 20%.
Tapi belum sempat dia nak pergi masuk stor untuk dia cas diri,Madeline dah menengking.
"Eh,robot! Mana kau nak pergi hah?! Pergi kilatkan kereta sana! Kau pun ikut jugak sebab nak bawak barang² berat tu nanti!" kata Madeline. Dia hanya menunduk tanda faham dan terus keluar untuk mengilap kereta Tuan Jason.
"Sampai bilalah aku boleh bertahan macam ni...Aku tak rasa sistem dalaman aku boleh tahan semua ni lagi..."
<°°°°°°°°>
Pada malam itu,di rumah agam Amato,kembar BoBoiBoy duduk di meja makan bersama dengan ayah mereka.
Amato lihat muka anak² dia semua suram. Halilintar lagilah,hanya kuis² saja makanan dia.
Haih,ni yang payah dia nak buat surprise ni.
"Ehem! Semua,dengar sini. Ayah ada sesuatu nak bagitahu." kata Amato membuatkan pandangan kembar BoBoiBoy kecuali Halilintar beralih kepadanya.
"Ayah nak bagi hadiah?"tanya Thorn dengan cahaya penuh pengharapan. Amato tergelak kecil sebelum memandang anak sulungnya yang mencebik itu.
"Hali,tolong ayah sekejap." pinta Amato,menahan ketawa bila nampak muka cemberut Halilintar.
"Ya ayah? Tolong apa?" tanya Halilintar. Masih lagi dengan mata malasnya.
Comel.
"Pergi dekat meja depan,ambil kotak warna jingga,bawak kesini." arah Amato sambil tersenyum.
Sebagai anak yang baik,Halilintar pun bangun dan buat apa yang disuruh oleh ayahnya. Dia kembali semula dengan kotak yang diminta dan dihulurkan kepada Amato.
Dia masih lagi tersenyum.
"Bukalah."
Halilintar mengangguk malas sebelum membuka kotak tersebut. Didalamnya ada surat.
"Eh?"
"Ada apa Hali? Bagitahu lah!" tanya Taufan teruja. Halilintar mengangkat kertas yang ada dalam kotak tersebut.
Pendaftaran ke Sekolah Menengah Pulau Rintis.
Tangan Halilintar masih menggigil sambil memandang ayahnya dengan muka tak percaya.
Amato dah bantai gelak dengan kamera ditangannya.
Taufan mengambil kertas itu daripada Halilintar.
"Wah! Maksudnya boleh lah kitaorang sekolah dekat Pulau Rintis eh ayah?" tanya Taufan teruja. Amato mengangguk.
Ah,anak² dia memang comel-comel.
Serentak dengan itu,dia diserang dengan pelukan sampai tergolek jatuh kelantai. Pembantu rumah yang ada pun tak tahulah nak cakap apa lagi.
"TERIMA KASIH AYAH!!"
Amato tergelak dan memeluk anak-anaknya. Halilintar pun sama,just dia sorokkan muka so that adik-beradik dia tak nampak muka blushing dia.
"T-Terima kasih ayah.."kata Halilintar perlahan membuatkan Amato tersenyum.
"Sama-sama. Dah,nanti pergi kemas barang-barang kamu semua,okay?" kata Amato. Kembar BoBoiBoy mengangguk gembira.
Yay! Akhirnya mereka boleh tinggal dengan Tok Aba!
<°°°°°°°>
.
.
.
.
.
.
.
~To Be Continued~
Haha,hello! Hai!
Kembali kita bersama buku yang baru. (Ehek)
So,in conjunction of kes makin tinggi and PKP berterusan,Ez buat keputusan just untuk update je buku baru ni. :3
My overthinking self sometimes get too violent- :P
Anyway,I hope you guys enjoy!
Author Kim_Ezra
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top