BAB 1
DAH masuk lima kali aku bertawaf dalam bangunan ni. Tak jumpa juga di mana member lain berkumpul. Keadaan tempat ni yang crowded dengan pengunjung, dan tempat ni pula tak mesra betul dengan crowded dari tempat letak kereta sampailah ke dalam bangunan. Aku aneh kenapa penganjur nak buat competition di sini, banyak lagi tempat yang best-best seperti tempat tahun lepas. Tak pasal-pasal macam ikan sardin sebab ramai yang datang bawa family sekali. Aku agak pengunjung yang datang lebih empat ribu orang. Ramai pula tu yang pakai seragam putih, ingat senang ke nak cari pasukan sendiri dalam ramai-ramai orang berseragam putih yang masing-masing terpinga-pinga menunggu progress acara termasuklah aku? Ceh. Memandai aje aku teka jumlah orang dalam ni.
"Dahlia!"
Bahu ditepuk.
Aku menoleh.
Mata bertembung dengan seorang lelaki yang aku tak kenal.
Okey, dia ni boleh tahan tinggi. Seragam putih macam aku juga, agaknya salah seorang peserta pertandingan. Pinggang dia pula terlilit tali pinggang hitam. Maknanya dia bukan datang 'kosong'. Dia ada skill. Dan dia adalah salah seorang yang bakal menjadi pesaing kumpulan kami.
Tunggu.
Selain dari muka dia yang good looking, kenapa aku rasa pernah nampak dia kat mana-mana eh? Siapa dia ni?
Aku agak dia silap panggil orang kot.
"Sorry, I ingatkan kawan I."
Hah, kan dah agak!
Tanpa mengendahkan lelaki bermata helang itu, aku segera melangkah meneruskan perjalanan. Telefon di tangan kugenggam menanti panggilan daripada mana-mana ahli pasukan yang lain. Jangan-jangan dia orang tak ingat kat aku!
Lama kelamaan aku berhenti melangkah dan bersandar pada dinding anak tangga. Melihat nama Sofia membuat panggilan, aku segera mengangkat panggilan itu.
"Laven! Kitorang kat sini! Pandang atas!"
Aku dongakkan kepala. Seronok aje tiga orang kawan-kawan aku yang lain melambai dengan sengihan lebar. Lah, kat sana rupanya. Padanlah aku tak jumpa mereka dari tadi. Laju aku bawa langkah kaki naik ke tingkat atas.
"Aku whatsapp seorang pun tak balas. Aku call lima kali tadi tau?" Sampai aje, terus aku tampar-tampar lengan masing-masing. Penat-penat aku mencari, rupanya dia orang sedap-sedap berkumpul bergosip kat sini. Sampai hati ignore aku, kan?
"Janganlah marah. Tak sengaja babe. Kita orang breakfast tadi. Kau dah breakfast ke belum? Kalau belum, mehlah breakfast. Tambah tenaga sikit sebelum kita karate musuh."
"Karate jangan sebut-sebut, marah coach kau nak convert." Aku menempelak.
"Alah... Marah lagi lah ni? Sorrylah wei, aku tak dengar bunyi handphone. Ramai sangat orang, bising!" Sofia tayang muka bersalah.
Aku menjuih bibir walau Sofia cuba sedaya upaya memujuk. Siap tarikkan kerusi untuk aku duduk lagi. Aku pula selamba berlagak seperti VIP. Aku tak tahu pula dekat atas ni ada tempat yang tersedia untuk peserta pertandingan. Ada kerusi dan meja bulat yang bersusun. Sebelah menyebelah pasukan lain sedang menunggu pertandingan bermula.
Tiba-tiba rasa tak confident pula tengok masing-masing nampak perkasa. Badan perempuan pun boleh tahan though dan tinggi-tinggi. Macam manalah nasib aku nanti?
"Kau fikir apa? Makanlah." Haris hulur tapau kepadaku.
Aku tersengih. "Thank you."
"Kau tak payah buat muka cuak ek. Kau cuak, kita orang semua cuak. Kau kan star kitorang!" Sofia tepuk bahu aku kuat, sampai nak tersembam muka aku ke atas meja sebab tolakan tangannya.
"Jangan tepuk-tepuk akulah. Kekuatan kau tu, simpan untuk pertandingan nanti." Aku membebel sambil mengusap bahu yang terasa perit.
Sofia terkekeh. "Nak simpan kekuatan untuk apa? Kita bukan lawan one by one. Kita ke sini nak buat persembahan pertandingan aje."
Ya tak ya juga...
Tapi tu lah. Walau setakat pertandingan, aku ni ada stage fright sikit. Kalau aku tersilap langkah, kan dah memalukan aku aje...
"Laven, nampak tak orang yang dekat tangga tu?" Soal Sofia separuh berbisik.
Aku menoleh. Oh, lelaki tu. Nampaklah takkan tak nampak pula. Tinggi lampai orangnya. Kecuali aku rabun tinggi baru logik tak nampak dia.
"Dia tu yang bertanding sampai peringkat kebangsaan. Dia buat apa kat sini? Takkan nak buat persembahan juga kot?"
Aku angkat bahu.
"Awek tepi dia tu lawa."
Aku panggung kepala mendengar pujian Sofia. Bungkusan tapau aku buka sambil mataku masih melekat pada orang yang dimaksudkan oleh Sofia.
Tu ke perempuan nama Dahlia?
"Muka dia nak dekat sama dengan aku kan?" Sengaja aku soal.
Sofia terteleng menatap wajahku. Dua tiga kali dia tilik muka aku sampai dahi Haris berkerut-kerut. Mesti dia pelik kenapa makwe dia macam itik baru nampak orang.
"Haahlah. Iras sikit kat mata. Tapi dia lawa lagi."
Aku menjulingkan mata. Sampai hati dia puji orang lain cantik berbanding best friend sendiri.
"Siapa nama dia eh?" Soalku ingin tahu. Patutlah aku macam pernah nampak lelaki tu kat mana-mana. Rupa-rupanya pernah bertanding peringkat kebangsaan. Mungkin juga aku pernah tengok salah satu tournament dia.
"Yafi, tak silap aku."
"Handsome juga."
"Yup. Putih melepak!" Tambah Sofia tanpa peduli kekasih hati sedang terjegil biji mata.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top