ULTRAMAN ZERO: Reunited

Ayeee. Cerita pertama yang ditulis dalam Bahasa Melayu! (Shoot selepas Ultraman Geed Series)

Abuse/Mental problem Warning ⚠️

Sejak saya meminjam badan Leito, saya berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Manusia yang periang, berfikiran positif, manusia yang selalu berfikiran negatif, manusia yang tak mempunyai keluarga atau seseorang untuk berpaut. Saya pernah rasa semua perkara itu..

"Awak ni makhluk Ultra dari mana? Warna awak berbeza dengan kami!"

"Tiada tempat tinggal untuk sesiapa yang mempertahankan rasaksa! Pergi dari sini!"

"Penjenayah!"

(Chuckle) Tak sangka dah 1050 tahun perkara macam itu berlaku. Leito ialah seorang manusia biasa, tapi dia dan Isterinya, Lumina, dah ajar saya banyak benda termasuklah membesarkan seorang anak. Mayu, walaupun saya bukan manusia dan hanya meminjam badan ayahnya, dia sanggup terima saya sebagai keluarga.

Mak..

Ayah..

Keluarga..

Saya pernah ke ada semua tu sebelum ni?

--

Zero mendarat dengan selamat di pangkalan IGDF (Inter Galactic Defense Force) dan matanya terus tertumpu pada Ultraman Zoffy, seolah Kapten IGDF itu sedang menunggunya pulang.

Zoffy: Kamu habiskan misi kamu lebih cepat berbanding biasa. Macam mana dengan Belial?

Zoffy bertanya sambil menerima alat intel laporan Zero. Laporan yang cukup lengkap untuk seorang pejuang cahaya muda.

Zero: Saya ada bantuan. Geed dah tolong saya uruskan orang tua tu. Saya pasti dia takkan muncul lagi dalam masa terdekat. Saya harap..

Zoffy: Geed?

Zero: Oh- Geed ialah anak lelaki Belial.

"Belial ada anak lelaki?"

Zero dan Zoffy memandang kearah sumber suara. Ultrawoman Mari atau lebih dikenali sebagai Ibu Ultra berjalan kearah mereka dengan penuh tanda soal tentang  pernyataan Zero tadi.

Zero: Y-Ya.. Nama dia Geed dan dia tinggal dengan satu makhluk asing yang saya tak pernah jumpa sebelum ni. Di bumi, dia lebih dikenali dengan nama Asakura Riku. Nak dibandingkan dengan Ultra biasa.. dia macam.. beribu tahun lagi muda dari Ultra muda di Planet cahaya.

Mari mengangguk. Zero menunduk dan meminta izin untuk pulang berehat. Menggunakan Ultimate Aegis memang menggunakan semua tenaganya untuk pulang ke tanah cahaya. Zoffy dan Ken memandang Zero yang semakin menjauh dari mereka.

Mari: Dia dah membesar dengan baik sebagai pejuang Ultra.

Zoffy: Ya.. laporan yang dihantar ditulis dengan terperinci. Dia masih remaja, masih muda. Kadang kala saya terfikir perlu ke kita beritahu perkara sebenar tentang-

Mari: Dia akan tahu dengan sendiri. Biarkan dia kenal diri dia dengan cara sendiri, Zoffy. Lagipun, Itu tugas Seven untuk memberitahu anaknya sendiri.

Zoffy: Seperti Mebius?

"Nii-san panggil saya?"

Zoffy hampir menyerang Ultra muda yang tiba tiba menyapanya dari belakang. Zoffy mengeluh sebelum meletakkan tangan diatas Ultra muda itu terus, mengusap perlahan.

Zoffy: Kamu boleh tercedera jika saya tak sengaja menyerang kamu, Mebius. Ianya merbahaya.

Mebius: Maaf. Tapi, Nii-san sedang bercakap dengan siapa?

Zoffy: .. Tiada sesiapa.. Macam mana dengan latihan kamu? 'Komander selalu menghilangkan diri secara tiba tiba..'

Mebius hanya tersenyum tetapi dia tahu yang Zoffy sedang menyembunyikan sesuatu.

.

.

.

.

"Seven, tuan ada didalam?"

Zero menjenguk didalam rumahnya. Walaupun hampir berbulan dia berpindah dan tinggal bersama ayahnya, Ultraseven, Zero masih lagi tak dapat membiasakan diri untuk memanggil Seven dengan gelaran 'Ayah'. Zero mengeluh sudah agak yang Ultraseven sedang menjalankan misi dan akan pulang lewat malam.

Zero: Tsk- tak guna.

Zero menggelangkan kepalanya keras. Sakit kepalanya sudah datang kembali mungkin dia memang perlu berehat selepas menggunakan Ultimate Aegis.

Sebelum dia berjalan kearah bilik tidurnya, secara tiba-tiba dia dapat merasakan satu kejutan elektrik yang kuat menusuk lehernya. Dia menjerit kesakitan sebelum rebah kelantai. Matanya cuba dibuka untuk melihat siapa dalangnya. Matanya terbeliak melihat sosok merah yang sedang tersenyum sinis kearahnya sebelum matanya tertutup rapat diselubungi kegelapan.

Zero: Ultra... seven. Kenapa..? Ugh..

--

Senyap..

Gelap..

Sejuk..

"AHHH!! SAKIT!"

"Kamu tak layak digelar pahlawan cahaya!! Kamu penjenayah!"

Zero menjerit kesakitan di belasah (dilibas) berkali-kali oleh Ultraseven dengan Eye Sluggernya. Zero tak tahu mengapa dia tak boleh melawan. Dia tak tahu kenapa dia berasa sangat lemah. Dia takut. Setelah beratus tahun lamanya ketakutannya kembali lagi.

Disisihkan..

Dibenci..

Diseksa tanpa sebab..

Zero terbaring lemah. Colour timernya bertukar menjadi warna merah dan berkelip dengan sangat laju.

"GHH.."

Cairan kilauan emas mengalir dari setiap tubuhnya. Dia tidak berdaya lagi. Dia pasrah jika itu merupakan hari terakhirnya untuk hidup. Malang sekali dia telah berjanji pada Mayu yang dia akan kembali ke bumi untuk memyambut hari jadinya tahun hadapan.

--

"H-Hentikan..Hh.. Sakit.."

"Dia masih tak sedarkan diri lagi?"

"Belum"

Seven bertanya pada Ultrawoman Mari atau lebih dikenali dengan Ibu Ultra. Seven yang sangat lega disebabkan dapat pulang awal daripada misi menyiasat planet bersama Andro Melos dari GRF (Galaxy Rescue Force)  amat terkejut selepas melihat Zero terbaring tidak sedarkan diri dirumahnya. Badannya semakin lemah dan dia kerap menangis dan menjerit kesakitan. Ini telah masuk hari ketiga dan Zero masih lagi tidak sedarkan diri.

Mari: Maaf Seven, Ibu dah buat yang Ibu mampu. Sekarang, kita hanya perlu biarkan Zero mencari jalan pulangnya sendiri.

Seven mengangguk dan menatap Ultra Mari yang berjalan keluar dari bilik rawatan Zero. Seven menghela nafas kasar. Zero ialah seorang Ultra yang kuat, tapi macam mana boleh jadi macam ni?

"Zero kuat.. awak perlu berada disampingnya.. Berjanji pada saya, tolong jangan tinggalkan dia bersendirian Seven.."

Kata-Kata terakhir isterinya yang telah tewas dalam pertempuran beribu tahun yang lalu masih lagi terngiang-ngiang di telinganya seolah dia baru saja mendengar ayat itu semalam.

Zero sangat mencerminkan sifat isterinya berbanding dirinya sendiri. Zero ada warna tubuh mereka, matanya yang tajam, sifat keras kepalanya dan Colour timernya. Tapi malangnya, Seven telah membuang hadiah terakhir Isterinya dan memutuskan segala hubungannya dengan Zero.

.

.

Ultraman Hikari dan Mebius memasuki bilik rawatan Zero dan mendapati Ultraseven sedang termenung jauh sambil memegang tangan Zero yang kelihatan masih lagi belum mempunyai tanda tanda untuk menyedarkan diri dalam masa terdekat. Hikari mengeluh dan meletakkan bekas kaca berbentuk silinder yang bewarna biru berkilauan  diatas meja bersebelahan kerusi yang diduduki Seven membuatkan perjuang Ultra yang semakin berusia itu tersedar dari lamunannya.

Seven: Ah- Hikari. Apa yang kamu jumpa?

Hikari: Tekaan saya betul. Ada makhluk lain yang pecah masuk rumah dan meyerang Zero.

Mebius: Sesiapa pun dia, dia mesti seorang yang licik dan handal dalam menyelinap. Zero bukan seorang yang mudah hilang fokus dengan persekitaran.

Hikari: Mungkin ya.

Seven: Maksud kamu?

Hikari: Ultimate Aegis menggunakan kuasa pengguna untuk berfungsi. Berkemungkinan besar yang dia tak peka dengan persekitarannya kerana terlalu letih.

Mebius: Tambahan lagi dia baru balik dari Bumi. Jaraknya pun jauh mungkin Zero menggunakan Ultimate Aegis untuk cepat sampai kesini. Nii-san tak apa-apa? Seven-Nii nampak sangat letih..

Seven: Tiada apa-apa yang perlu dirisaukan Mebius. Hikari, terima kasih atas maklumat.

Hikari mengangguk sebelum meninggalkan bilik itu bersama Mebius.  Mebius memandang sekilas pada Seven yang masih lagi tak bergerak dari tempat duduknya.

--

Zero memeluk dirinya sendiri cuba mencari kehangatan namun hampa. Dia tak tahu bila dia menjadi begitu tak berdaya untuk bangkit. Tiba-tiba dia terdengar bunyi tapak kaki yang menuju kearahnya dan rupanya, bunyi tapak kaki tadi dimilik oleh satu makhluk yang tak diketahui sedang secara tiba-tiba muncul berdiri dihadapannya.

"Ultraman Zero, oh, tengok lah awak, pewira Ultra yang dibangkitkan dari kegagalan."

Zero: Siapa awak?! Apa yang awak nak dari saya?!

"Ini ke cara awak bertanyakan soalan kepada seseorang yang mahu menyelamatkan awak?"

Zero: Selamatkan saya..? Saya-

"Tak perlu diselamatkan? Zero, awak tak sedar lagi ke, yang Ayah awak dah tak anggap awak sebagai anaknya lagi? Bukan ke awak dianggap penjenayah walaupun awak dah merantau untuk memastikan keamanan alam semesta tetapi, pengakhirannya, Ultra Brothers yang disanjung tinggi oleh mereka!"

Zero terdiam. Ada benar katanya tadi. Zero memandang makhluk tadi. Matanya yang tajam dan bersinar seperti kristal, badannya bewarna biru dan mempunyai colour timer bewarna biru.

Zero: Awak adalah Ultra.. macam saya..

"Beritahu saya, Zero. Pernah ke Ayah awak berkata jujur setiap kali awak mempersoalkan tentang mak awak?"

DEG!

Ah, Zero menunduk. Setiap kali dia bertanya tentang ibunya, Ultraseven akan menghiraukannya dan dia akan diberi misi. Zero merasakan badannya dipeluk, makhluk tadi seolah berkongsi kehangatan kepadanya. Akhirnya Zero kalah, dia menangis sepuasnya, berkongsi rasa sakit bersama makhluk yang dia tak pernah kenal.

"Apa kata kamu berehat.. Ia hari yang panjang, Ultraman Zero. Ah, satu satunya anak lelaki Mak yang paling mak sayang. Jaga diri kamu ya?"

Zero: Mak..?

Akhirnya, penglihatan Zero gelap.

"Dia dah curi Plasma Spark tu!"

"Tangkap dia!"

"Dia sepatutnya dibuang dari planet Cahaya! Kenapa pihak atasan mahu biarkan dia bebas disini?!"

"Jangan gelarkan saya Ayah. Saya tidak ada anak yang melakukan jenayah berat disebabkan hal yang tidak munasabah!"

"Selamat tinggal, Ultraman Zero"

.

.

.

.

.

"Taro, panggil Ibu, CEPAT!"

Suara panik Ace menyuruh Taro memanggil Ibu Ultra membuatkan yang lain turut cemas. Zero yang tiba-tiba seolah terkena panic attack membuatkan Ultra Brothers termasuklah Mebius terkejut. Zero seolah tidak mampu bernafas dan colour timernya berkelip dengan lebih laju daripada Ultra yang sedang nazak.

Ibu Ultra dengan segera masuk meminta semua Ultra Brothers yang berada didalam bilik itu keluar. Mebius memandang pintu yang ditutup oleh Ibu Ultra dengan pendangan yang sukar ditafsirkan. Taro hanya menepuk bahu Mebius cuba menenagkan Ultra muda yang masih kelihatan terkejut dan masih lagi tidak memahami apa yang terjadi.

Taro: Apa yang kita perlu cakap pada Seven nanti?

Mebius: Seven-Nii? Awalnya balik?

Taro terkejut hampir terpeluk Ultraman yang berada disebelahnya kerana Ultraseven yang tiba-tiba muncul dibelakang Mebius.

Seven: Perlu cakap apa?

Sebelum sesiapa memulakan perbualan. Mereka semua dikejutkan dengan jeritan dari dalam bilik rawatan Zero. Jeritan yang agak menakutkan membuatkan Mebius yang pernah melawan musuh yang paling menyeramkan juga tak kalah takutnya. Kebetulan X dan Victory yang sedang lalu disitu berlari kearah mereka.

X: Apa benda tu?!

Seven: ..Zero-

Zoffy tanpa melengahkan masa terus  membuka pintu bilik rawatan itu dan alangkah terkejutnya mendapati yang Ibu Ultra sedang cuba mendekati Zero yang terduduk dilantai. Badannya menggigil dan tangisan klilauan emas mengalir dari matanya. Ultraseven yang melihat keadaan anaknya itu, cuba mendekati Zero tetapi Zero semakin mengundur, cuba menjauhi semua orang didalam bilik itu.

Mebius: Zero..

Taro: Ibu tak apa-apa?

Mari: Ibu tak apa-apa. Zero, kamu selamat disini. Tiada sesiapa akan cederakan kamu.

Seven: Zero, Ayah-

Zero: Jangan gelarkan diri awak Ayah depan saya! AWAK PENIPU. SEVEN- SAN.. PENIPU. KELUARGA SAYA DAH LAMA TAK ADA. AYAH SAYA SENDIRI BUANG SAYA DAN ANGGAP SAYA PENJENAYAH!! SEMUA ULTRA DISINI CUBA HAPUSKAN SAYA!!

Zero menjerit melepaskan kemarahannya pada Seven. Seven tiba tiba saja kaku dan tidak mampu berkata apa-apa. Benar, dia dah abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Ayah. Dia mengabaikan janji Isterinya 5000 tahun yang lalu.

Ace: Zero.. Itu perkara yang dah lepas. Biarkan ia pergi.

Zero menggelengkan kepalanya sambil menutup telinganya. Tangisannya semakin kuat. Victory dan X memandang sesama sendiri sebelum Victory bertukar menjadi Victory Knight dan X menggunakan X purify untuk menenangkan Zero yang kelihatan semakin tidak terkawal. Akhirnya Zero jatuh tidak sedarkan diri namun disambut oleh Jack.

Mari: (Sigh) Tiada pilihan lain. Mebius tolong panggilkan Hikari kesini. Ada perkara yang Ibu perlu beritahu dia. Semua tolong keluar dari bilik ini. Seven.. Ibu dan Ayah ada perkara yang perlu dibincangkan bersama kamu.

Seven menangguk. Itu perkara terakhir yang dia lihat, Wajah anak lelakinya yang terbaring lemah didalam dakapan Jack sebelum membiarkan dirinya jatuh kedalam kegelapan.

"SEVEN!!!!"

.

.

"Ugh.."

"Seven..? Kamu dah sedar?"

Suara Ayah Ultra memasuki deria pendengaran Ultraseven. Penglihatan Seven semakin pulih dan dia mendapati dia berada didalam bilik tidur nya. Adik-beradiknya tiada bersama berkemungkinan menyambung menjalankan tugas. Hanya Ayah dan Ibu Ultra saja berada didalam bilik.

Seven: Apa yang terjadi? Zero-!

Mari: Seven baik-baik saja, Seven. Keadaannya sudah stabil. Sekarang dia sedang tidur. Jangan risau, Mirror Knight dari Ultimate Force Zero ada bersamanya.

Seven meangguk faham. Ken dan Mari memandang sesama sendiri. Ken menghela nafas lalu duduk disisi Seven diatas katilnya.

Ken: Dengar sini, Seven. Zero telah meningkat dewasa. Dia perlu tahu tentang kebenarannya. Dia ada hak untuk tahu siapa Ibunya dan apa yang telah jadi padanya.

Mari: Seven.. Walaupun Ibu tahu yang kamu masih lagi belum bersedia, dengan keadaan Zero sekarang, ia tugas kamu untuk beritahunya perkara sebenar.

Seven tidak membalas. Dia hanya mengangguk.

"Dia perlu tahu perkara yang sebenar tentang Zephyria"

.

.

.

.

"Awak.. langsung tak ingat apa-apa?"

"..."

Hikari menggelengkan kepala. Dia bertanya soalan pada Zero jika dia mengingati apa yang terjadi sebelum dia  tidak sedarkan diri namun hampa. Zero menggelengkan kepala kepada semua soalan yang diberi dan pada masa yang sama cuba melarikan diri daripada bilik rawatan. Hikari tertanya, kenapa pihak atasan menghantar ahli SSTB (Space Science Technology Bureau) untuk mengkaji pesakit. Itu sepatutnya tugas SMWF (Space Medical Wings Forces)

Hikari memandang kearah Mebius yang kelihatan hampa. Hikari mencadangkan untuk membawa Mebius kerana dia tahu yang Zero tidak mempunyai ramai kawan diplanet cahaya selain Mebius, rakan berlatihnya.

Mebius: Saya.. dah tiada idea lagi untuk tolong. Maaf Hikari. Tapi saya rasa kita dah ada benda yang kita perlukan setakat ni..

Mebius menjeling pada silinder kaca yang berada diatas meja bersebelahan katil. Salah satu bahan kajian SSTB untuk mengkaji DNA ultra dan makhluk lain. Hikari mengeluh dengan kasar. Untuk usianya yang telah mencecah 6,800 tahun dan bekerja sebagai Ketua SSTB, dia tiada masa untuk menguruskan hal sebegini jika mahu dibandingkan dengan Mebius yang baru mencecah 6,200 tahun.

"Hikari..?"

Dia melihat skrin data Zero, tiada apa-apa yang aneh terhadap dirinya tetapi hanya campuran darah yang berlainan warna. Apa yang dia kaji, Darah Ultra bewarna Emas, Darah rasaksa bewarna ungu gelap-kemerahan dan darah manusia bewarna merah. Darah Zero yang dia kaji bewarna emas-keperakan.

"Hikari-san?"

Dahulu, dia pernah mengkaji bersama seorang Ultra yang mengajarnya tentang spesies Ultra yang digelar Ultra-Lyre. Ultra-Lyre yang wujud didimensi yang tidak pernah dinamakan. Apa yang bermain didalam fikiran Hikari ialah Ultra-Lyre mempunyai darah bewarna perak-keputihan. Bagaimana Zero mempunyai darah Ultra-Lyre didalam DNA-nya? Agak mustahil yang Isteri Ultraseven ialah-

"Ultraman Hikari!!!"

Bruukk-!!

Filis seorang Ultra muda yang berada didalam penjagaannya sedang memandangnya dengan tatapan tajam. Mebius dan seorang Ultrawoman yang berada disebelahnya seokah cuba menahan ketawa. Hikari yang sedang cuba berdiri akibat jatuh terkejut menyebabkan Zero yang bersembunyi disebelah katil turut cuba menahan ketawa.

Hikari: Apa yang kamu nak Filis? Sora?

Sora: Kami ada masalah di makmal kajian. Kajian fasal..

Sora tak mampu meneruskan kata-katanya. Hikari yang memahami isyarat Sora hanya mengangguk faham lalu meninggalkan bilik rawatan tanpa sebarang bunyi diikuti Sora, Filis dan Mebius.

.

.

"Zero?"

"Jangan dekat dengan saya.."

Seven menghembuskan nafas hampa. Dia cuba mendekati Zero tetapi anak lelakinya semakin menjauh dan cuba mengelakkan diri dari disentuh. Dia tidak memarahkan sesiapa. Hanya kata-kata Hikari yang terngiang-ngiang didalam kepalanya.

°°°

Hikari: Saya tak ada kesimpulan lain kecuali yang Zero mengalami trauma.

Seven memandang Ultra bewarna biru dihadapannya.

Hikari: Saya dah minta pasukan Keselamatan dari IGDF untuk memeriksa jika ada sesuatu yang pihak kami terlepas pandang dan mereka jumpa ini..

Skrin menunjukkan satu batu kristal berbentuk pedang bewarna putih dan gambar Alien yang Seven tak pernah lihat sepanjang hidupnya.

Hikari: Ini ialah Alien Zhin, kami dapat kenal pasti pedang itu dengan DNA nya. Kami dapat kenal pasti kristal yang ada dalam pedang ini mempunyai satu kuasa yang membolehkan mangsa mengingati masa lalu. Dalam kes Zero, masa lalunya agak tidak..

Seven: Saya faham.. tak perlu teruskan. Terima kasih, Hikari.

°°°

Seven: Dengar sini, Zero. Ayah nak minta maaf atas apa yang berlaku pada kamu sebelum ini.. Ayah faham jika kamu masih lagi tak terima Ayah sebagaj seorang bapa yang baik. Ayah faham jika kamu bencikan Ayah lagi..

Zero: Huh..?

Seven: Ayah tak sanggup nak jaga kamu sebab-

Zero: Saya tahu.. Sebab saya penjenayah. Tuan tak perlu minta maaf tentang tu, saya dah membiasakan diri.

Zero meraskan badannya dipeluk erat. Jantungnya mula berdengup kencang dan dimula rasa takut. Dia cuba melepaskan diri dari pelukan seven namun Seven tidak berganjak. Pelukannya pada badan Zero semakin erat. Zero menangis. Dia tidak tahu mengapa, apa yang dia tahu, dia takut. Takut di benci dan dibuang oleh keluarganya lagi.

Seven: Shh.. kali ni, Ayah berjanji. Takkan tinggallkan kamu lagi. Jadi kamu tak perlu takut lagi..

Seven meletakkan kepala Zero diatas dadanya cuba menenangkan anaknya yang masih menggigil. Zero dengan perlahan membalas pelukan Seven dan pada masa yang sama menenangkan diri.

Tiba-tiba, Seven merasakan badannya berasa berat. Dia memandang kebawah mendapati Zero telah tidur dengan nyenyak tanpa rasa takut diwajahnya. Seven tersenyum, mengusap kepala anaknya yang berslugger perak. Dia telah kehilangan 5,900 tahun untuk melihat anaknya membesar.

"Ayah betul-betul minta maaf, Zero"

.

.

.

"KAMU TAK DAPAT TANGKAP DIA LAGI?"

"Maaf Tuanku! Kami nak cuba tetapi Ayahnya pulang lebih awal dari biasa! Tapi kami dah berjaya pastikan dia tak mampu untuk bertarung."

"MENGHAMPAKAN! (sigh) Apapun, syabas atas tugas kamu. Ultra yang mempunyai darah Ultra-Lyre amat berguna untuk perperangan kita tidak lama lagi."

Sosok berbadan emas berjalan kearah sangkar gergasi yang mempunyai satu makhluk yang bewarna putih. Colour-timernya yang bewarna biru semakin malap disebabkan kekurangan tenaga cahaya.

"(Chuckle) Saya pasti anak nya mempunyai kuasa cahaya yang lebih kuat daripada makhluk yang lain. Betul tidak..

..Zephyria?"

Sosok putih itu cuba melepaskan diri. Malangnya gari yang dipasang pada kaki dan tangannya menyukarkan dia untuk bergerak. Dijari manisnya pula mempunyai satu cincin yang emas kemerahan yang mampu mengawal pergerakannya.

Sosok emas itu ketawa dengan kuat diikuti dengan pengikutnya. Zephyria yang memandang sosok emas itu hanya mampu berharap yang mereka tidak akan apa-apakan penduduk planet Cahaya.

"Anak saya.."

---

Seminggu telah berlalu dan keadaan Zero semakin pulih. Walaupun kuasanya masih belum boleh digunakan lagi, Zero masih lagi boleh terbang dengan bebas. Ultra brothers hanya memandang Zero dari jauh. Kelihatan Ultra merah-biru itu sedang rancak berbual bersama kawan-kawannya dari UFZ. Kelihatan Jean-Bot dan Glenfire seperti swdang bergaduh. Mungkin disebabkan nama panggilan Jean-Bot yang diberi oleh Glenfire. 'Ayam Panggang' (Yakitori).

Seven memandang wajah anaknya dari jauh. Senyuman Zero sama seperti Isterinya. Tidak seperti kali pertama mereka bertemu. Wajah yang menahan perit. Diseksa dari mental dan mungkin fizikal. Mata Zero yang menyala dengan penuh kebencian yang membara.

"Seven-Nii?"

"Ah- Mebius. Ada apa?"

Mebius memandang Ultraseven yang kelihatan termenung jauh.

Mebius: Komander tertinggi mahu berjumpa. Ada hal penting.

Seven memandang Mebius. Mebius hanya akan memanggil Ayah mereka dengan panggilan "Komander Tertinggi" jika ada urusan rasmi yang penting. Seven mengangguk sebelum terbang ke menara IGDF. Mebius menghela nafas. Dia dapat merasakan yang akan ada sesuatu yang buruk akan berlaku.

.

.

.

"Kamu lewat, Seven"

"Maafkan saya, Komander.."

Ayah Ultra mengangguk, memaafkan Ultra berslugger itu. Kesemua ahli Ultra brothers- termasuklah Mebius, memandang sesama sendiri menyangka bahawa yang Seven masih belum tahu tentang laporan terkini. Hikari mengangguk sebelum projektor hologram muncul di atas meja mesyuarat. Satu video telah menunjukkan perlawanan yang sangat sengit.

Hikari: Ini adalah laporan dari Astra dalam kes penyerangan di Planet I-17, 5 hari yang lalu. Apa yang saya dapat kaji tentang makhluk yang menyerang Planet itu ialah dia mempunyai kuasa cahaya yang setanding dengan kita.

Mebius: Dia?

Ace: Saya dan 80 ada cuba menolong tetapi kuasa yang dia ada memang sangat kuat. Zoffy dan Astra cedera teruk disebabkan pertarungan tu.

Ultraman: Jikalau Zoffy tak mampu mengalahkan musuh baru, kita perlu hantar pewira barisan hadapan.

Ace: Saya dan hantar "pegawai keselamatan galaksi" untuk turut membantu malang sekali mereka terlalu kuat.

Ken: Hikari, teruskan..

Hikari: Perkara yang unik saya jumpa ialah, kuasa makhluk cahaya itu, mempunyai gelombang cahaya yang setanding seperti Shining Zero. Ia sangat merbahaya jika dibiarkan.

Seven masih lagi memproses kata-kata Hikari. Apa yang dia tau, kuasa Shining Zero sangat kuat jika dibandingkan dengan Ultra peringkat tertinggi.

Jack: Apa lagi yang kamu dapat?

Hikari: Kesimpulan untuk makhluk cahaya itu adalah. Dia adalah makhluk Ultra spesies Ultra-Lyre.

Semua Ultra didalam bilik mesyuarat terkejut. Apa yang mereka tahu Ultra-Lyre adalah spesies yang sangat jarang dijumpai malah tempat asal mereka juga tidak pernah diketahui. Dipendekkan cerita Ultra-Lyre ialah salah satu makhluk Ultra yang boleh dikatakan sudah pupus.

Taro: Apa yang kita tahu, satu Ultra-Lyre pernah menjadi ahli Space Garrison suatu masa dahulu.

Semua ultra memandang Seven dengan pandangan simpati kecuali Mebius. Seven yang perasan akan pandangan itu segera bangun dan terus keluar dari bilik mesyuarat itu tanpa bersuara. Jack mahu mengejar saudaranya itu tetapi dihalang oleh Zoffy.

Zoffy: Biarkan Jack... dia perlukan masa untuk perkara ni..

Ayah Ultra tidak bersuara. Dia tahu apa yang telah terjadi pada rumah tangga Seven yang menyebabkan ultra-berslugger itu kehilangan isteri dan bertindak untuk membuang Zero dari hidupnya. Ah, ia seperti baru sahaja berlaku 100 tahun yang lalu. Hari yang dimana mereka menerima khabar yang Seven kehilangan isterinya yang tersayang dan menyalahkan Zero tanpa alasan.

---

"Oya~ Zero-Chan~ bila awak dapat terbang dengan elok ni?"

"Ia bukan perkara mudah, Glen. Ia perlukan masa.."

Mirror Knight menegur Glenfire yang  kelihatan cuba membakar sesuatu. Malang sekali hampir semua bahan di Planet Cahaya ialah kalis api. Jean-Bot dan Jean-Nine telah pulang ke Planet Asmeranda untuk hal diraja. Zero masih lagi berada didalam pengawasan hospital agar dia tidak bertindak untuk melarikan diri daripada pengawal hospital. (Untuk kali ke-130 😅)

Zero tidak memperdulikan kata kata Glenfire malah dia telah masuk kedalam dunianya.

Semua berjalan dengan lancar tetapi mereka tidak tahu akan ada berlaku satu serangan besar yang akan menimpa mereka. Satu mahkluk bermata putih memerhatikan Zero dari jauh. Namun, mata putih berkilau seperti kristal telah bertukar menjadi warna merah diikuti dengan satu gelakan jahat.

"(Chuckle) Ara~ kita akan bertemu semula Zero. Dan kali ini, saya akan pastikan yang cahaya awak akan manjadi milik saya.."

.

.

.

•─────✧─────• •─────✧─────•

Bersambung...?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top