Prolog
Riyaz membuka seragamnya bila dia tiba di bilik.Baju seragam biru gelap polis itu di sangkut,meninggalkan dia dalam baju putih kosong yang agak terlekat dengan tubuhnya.
Dia menghampiri katil lalu direbah tubuhnya di atas tilam.Merehatkan tubuh yang dah seharian bekerja.Lengannya diregang melegakan urat-urat yang tegang.
Juliana..
Riyaz sengih kecil.Dah 2 tahun buah hatinya itu meninggalkan dia di sini.Rindu tu memang tak tertanggung dah.Esok memang hari yang dia nantikan.Kepulangan si belahan hati.
Baru dia mahu bangun untuk mandi,handphone di dalam poketnya berbunyi.Riyaz mengeluarkan handphone dari poket.
Dia tersengih sekali lagi.Satu lagi buah hatinya,madu Tengku Juliana.
"Assalamualaikum Afya.." Riyaz bangun lalu berjalan mengambil tuala mandinya.
"Waalaikumucalam..papaa..papa buat apa tuu..?"
"Papa baru balik kerja.."
"Ouhh..." Afya mengangguk.Dia mengambil kismis yang tersedia di hadapannya lalu di masukkan di dalam mulut.
Sambil mengunyah dia berkata lagi " Papa dah makan??..nyum nyumm.."
"Dah..Afya makan apa tu? Tak ajak papa pun.."
"Afya makan aaaa...makan kicmic..ibu bagi..ibu kata makan kicmic cepat pandai..Afya nak pandai.." kata Afya petah sambil menyuapkan kismis ke mulutnya.
"Makan kismis sedapnya..simpan la kat papa sikit.Papa nak jugak" Riyaz duduk di birai katil.Tangannya mengurut leher.Boleh kata tiap-tiap hari Afya menelefonnya.Kalau tengok log telefon penuh nama Ayra je.
"Papa suruh la mama belikan.Babah beli ni untuk Afya je.."
Mama ya..
"Hurmm..mama tinggal papa..mama tak beli pun kismis dekat papa." Riyaz buat buat merajuk.Afya kebil-kebil mendengar bicara Riyaz.
"Tak baik mama.." Afya gumam.Mulutnya masih mengunyah kismis.Ayra yang tengah mengemas dapur itu tersenyum saja dengan teletah anaknya.Hari-hari dia akan menelefon ketiga-tiga teman lelakinya itu.Bermula dengan babahnya,Tengku Darius dan akhir sekali Riyaz.
"Assalamualaikum"
Mendengar suara Zahin,Afya terus berpusing belakang.
"Babah dah balik!!" Berkerut kening Riyaz mendengar jeritan anak dara itu.
"Bye papa!" Tut.
Riyaz tersentak.Dia melihat skrin telefonnya dan kemudian dia tergelak.Macam mana pun,babah dia la lagi penting untuk dia.
Riyaz meletak telefon lalu berlalu ke bilik air.Dia memusing badannya.Ahh..kalau ada isteri mesti best ni.
×××
Tengku Juliana berlari-lari kecil keluar dari balai ketibaan.Bibirnya tersenyum lebar.3 tahun di perantauan dan akhirnya dia pulang juga.Rumah dia rindu juga,tapi yang paling dia rindu..
"Afya!!" Tengku Juliana menjerit kecil lalu berlari mendapatkan Afya yang berada dalam dukungan Ayra.
"Mama!" Afya turut menjerit riang.Maka bertemulah dua orang diva ini.Afya lebih banyak mengikut Tengku Juliana.Dari bisingnya sehinggalah ke cara berpakaian.Sikit-sikit nak baju macam mama.Jenuh nak mencari.
Tengku Juliana mencium-cium pipi tembam Afya sesungguh hati.Kanak-kanak itu menggeliat riang.
"Rindu mama tak?"
"Rindu.." Bibir mungil Afya mencium pipi Tengku Juliana.Tengku Juliana tersengih.
"Mama.." Tengku Juliana mencium tangan ibunya.
"Sihat Ju?" Tengku Aisha mengusap kepala Tengku Juliana yang berbalut tudung.
"Sihat alhamdulillah." Jawabnya.Tengku Juliana menghampiri ayahnya,Tengku Fadhil lalu disalami tangan Tengku Fadhil.
"Papa.."
Tengku Juliana kemudiannya memeluk Ayra dengan Afya masih lagi didukungannya."Makin berseri ni Ayra.." komen Tengku Juliana.Ayra tersenyum-senyum.
"Ada orang tumpang perut dia.Tu berseri lebih.." Zahin memaut bahu Ayra.Tengku Juliana membulat mata.
"Wuu..lajuu.." Tengku Juliana bersiul nakal.
"Afya jadi kakak la ni.." Tengku Juliana mencium pipi Afya.
"Afya dah besharr..Afya dah ada satu adik.." Afya mengangkat jari telunjuknya.Mukanya teruja.
"Ye..nanti ada dua.." Tengku Juliana mengeluarkan lagi satu jari Afya menjadikannya dua.Satu lagi adik dia anak Tengku Darius yang baru berusia 7 bulan.Perempuan juga,hehehe..punah harapan Tengku Darius nak bermenantukan Afya.
Sambil bersembang dengan Ayra,Tengku Juliana terpaku melihat satu susuk tubuh yang menghampiri tempat mereka berdiri.Senyumnya tak dapat ditahan.
Lelaki ini yang paling dia rindu.
Tengku Juliana menyerahkan Afya kepada Ayra.Dia membetulka tudung dan bajunya.Dadanya tiba-tiba berdebar sakan.Sambil menghembus nafas,dia perlahan menghampiri Riyaz.
"Awak.." Tengku Juliana mengangkat tangan sedikit.Dia kemudian menggaru kepala.Arghh..janggal.
"Hai..makin cantik." Riyaz mengenyit mata laju sambil menghulurkan satu paket Cadburry.Wajah Tengku Juliana memerah.Coklat yang dihulur Riyaz diambil.
"Eh.." suaranya terkeluar bila Riyaz tak melepaskan coklat tersebut.Muka nakal Riyaz membuat Tengku Juliana tak tentu arah.Tak boleh jadi ni! Kenapa dia malu?!
Melihat Tengku Juliana yang macam nak menangis,Riyaz melepaskan coklat tersebut.Selalu call sebelum ni riang je,bila jumpa malu-malu kucing.
"Sorry tadi ada hal sikit.Tu datang lambat sikit." Riyaz memberitahu sambil matanya tak lepas memerhati Tengku Juliana.Kenapa makin cantik ni?
"Tak pe.." jawab Tengku Juliana perlahan.Mereka yang lain dah tergelak kecil melihat Tengku Juliana.
"Rindu la.."
Tengku Juliana mengangkat kepala melihat Riyaz yang asyik merenungnya.
"Tengok apa?.." Tengku Juliana mengetuk Cadburry ke dada Riyaz.Riyaz menggigit bibir bawah.
"Malu kenapa?" Riyaz mengangkat kening kepada Tengku Juliana.Janggal pula bila Tengku Juliana malu-malu macam ni.Acah gadis melayu pulak.
"Mana ada malu.." gumam Tengku Juliana sambil jarinya bermain dengan pembalut Cadburry tersebut.
Riyaz tergelak.
"Dah balik terus ni kan?"
Tengku Juliana mengangguk.
"Tak tinggal dah?"
"Tak.." Tengku Juliana menggeleng perlahan.
"Dah boleh kahwin dah ni?" Riyaz menunduk mengendap muka Tengku Juliana yang memerah.
Tengku Juliana menutup muka.Malunya tak tertahan.Mungkin sebab lama dah tak jumpa ataupun..Riyaz yang makin nakal?
"Sedih tau kena tinggal.Nasib baik madu awak hari-hari layan saya." Riyaz membuat muka sedih.Tengku Juliana mengerut kening.Matanya merenung agak tajam.
"Madu?"
"Tu.." Riyaz menunjuk ke belakang.Tengku Juliana menoleh.Afya yang berada di sebelah Zahin dipandang.Tengku Juliana tersengih.
"Mana boleh..awak saya punya je.." Tengku Juliana berkata perlahan.Riyaz sengih.
"Dengan Afya pun tak boleh?"
"Tak..Afya pun perempuan jugak" Tengku Juliana laju menjawab.Matanya menjeling.Riyaz menjuih.
"Tapi Afya comel.."
"Saya pun comel lahh.." Muka Tengku Juliana dah berkerut.
"Afya selalu call saya malam-malam.." Riyaz sengih-sengih.Dia mengangkat kening kepada Tengku Juliana.
"Ishh Riyaz!" Tengku Juliana memukul lengan Riyaz berkali.Benci la! Riyaz tergelak sambil tangannya menahan tangan Tengku Juliana yang memukul.
"Sakit lah..Afya pun tak pernah pukul saya." Lagi Riyaz menyakat.Tengku Juliana mendecit.Dia menjeling padu.
"Jom..saya nak jumpa mama papa awak jap." Riyaz berjalan ke hadapan.
"Ke nak jumpa Afya?" Tengku Juliana meneka.Riyaz menahan gelak.Amboi..dengan budak-budak pun jealous.
"Ada rezeki boleh dapat kiss" Riyaz gelak sambil berjalan di hadapan Tengku Juliana.Mana taknya,anak dara Zahin tu murah betul dengan ciuman.
"Benci!"
"Tengku.." Riyaz menyalami tangan Tengku Fadhil.Tengku Aisha di sebelah tersenyum melihat Riyaz.
"Riyaz sihat ke? Dah seminggu tak jumpa nih.." Tengku Aisha bertanya di sebelah.Tengku Juliana yang baru tiba berdiri si sebelah Tengku Fadhil.
Untung Riyaz,sekali jumpa saja kedua-dua orang tuanya dah tangkap cintan dengan peribadi Riyaz.
"Sihat je Tengku."
Agak dalam 15 minit mereka berbual,Riyaz sudah pun perlu balik ke balai.
"Tengku,saya minta diri dulu.Dah kena masuk balai ni."
"Ya..ok ok..ni pun dah nak balik ni.Kirim salam semua keluarga ya.."
Riyaz mengangguk.Dia menunduk menyalami Tengku Fadhil.
"Zahin.." Riyaz menyalami Zahin dan tersenyum kepada Ayra.Dia merendahkan tubuhnya lalu mencubit pipi Afya yang berdiri di sebelah Zahin.
"Bye sayang..cium papa sikit." Riyaz menunjuk pipinya.Afya menekap tangan dipipi Riyaz sebelum mencium sekilas bibir Riyaz.
"Emmuahh.." Riyaz mengerling Tengku Juliana.Sengaja nak tunjuk.Tengku Juliana menjeling.Benci Riyaz,humph!
Baru kaki Riyaz mahu melangkah,dia berpusing" Oh ni Tengku..esok saya nak bawa Juliana ke rumah saya boleh?" Riyaz bertanya.
"Yaaya..boleh je.." Tengku Fadhil tergelak.Tengku Juliana menjelir kepada Riyaz.Macam la nak ikut dia..werkk! Tanak ikut.
Riyaz tersengih sinis.Jelir yee..
"Ok..bukan apa..Ibu rindu dengan menantu dia sorang nih.Hari-hari sebut nama.."
Terus Tengku Juliana mengemam bibir.
Nak ikut!
3 Februari 2017
Sorry agak hambar pada permulaan..
Rindu betul dengan diorang nih..
Btw..mrs Aidan di skip esok malam..sebab sis melancong sikit tadi..hik hik hik
Lawa nak mati guys tempat ni!
Kena pi!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top