Bab 9
Tengku Juliana keluar dari bilik air sambil membetulkan masker yang terlekap di mukanya. Baju tidur satin yang dipakainya beralun cantik mengikut tubuh modelnya.
Tubuh dibaring perlahan ke atas katil. Telefon diambil sebentar, sekadar untuk melihat waktu kemudian dia letak dia bantal sebelahnya. Dua hirisan timun di dalam mangkuk kecil di meja night stand diambil dan diletakkan di atas mata.
1 jam sebelum tidur, Tengku Juliana akan memanjakan tubuhnya dengan mandi susu dan memakai masker. Semuanya kerana dia mahu kelihatan cantik di mata Riyaz. Dia tak mahu sesiapun menandingi kecantikannya termasuklah PUTERI AFYA ZAHYRA BINTI MUHAMMAD ZAHIN IRVAN yitu!
Tenangnya rasa. Suasana segar dengan tilam yang empuk. Tangan keduanya di atas perut dengan tubuh lurus terbaring di atas katil.
Malam yang sunyi. Tengku Juliana tersenyum sendiri. Riyaz, lelaki biasa dengan muka Pan-Asian, mata coklat jernih, agak kaku untuk sweet tapi dia suka. Riyaz ada aura yang menambat hati perempuannya.
Bunyi deringan telefon di sebelah menganggu angannya. Tengku Juliana mendecit perlahan. Dengan posisi masih sama, dia menggagau telefon di bantal sebelah. Menggunakan segala deria yang ada, dia mengalih butang hijau di screen.
"Siapakah gerangan yang berani mengganggu Tuan Putera yang sedang bermimpikan Pangeran Riyaz?" Garang suaranya.
"Bertuahnya hamba mendengar. Kebetulan Pangeran Riyaz juga merindui Tuan Puteri" Riyaz tergelak di hujung talian.
Tengku Juliana tersentak. "Riyaz!" Dia terus terbangun menjerit apabila mendengar suara Riyaz. Habis timun dan masker melepet jatuh.
"Ya saya, sedang apa itu wahai bunga yang cantik?"
Tengku Juliana menggeletis. Jarinya mencubit geram gebar tebal yang menutupi kakinya. Sweet aurm!
"Tengah mencantikkan diri untuk Tuan Hamba" Tengku Juliana menggigit bibir seronok. Tangan tergenggam sendiri akibat teruja. Punggung sudah melentok sendiri.
"Mahu cantikkan apa jika bunga sudah terlalu indah?"
Tengku Juliana menjerit perlahan. Suaranya ditahan ditekak. Kaki dah menendang cadar dengan tubuhnya berguling-guling di atas katil. Gigi menggigit hujung selimut.
"Siram, supaya bunga tak layu" Tengku Juliana cuba bermain bahasa, kemudian dia kembali menutup muka. Acah-acah malu.
Ok! Dia tarik balik katanya tadi bila Riyaz kaku untuk sweet. Sekarang Riyaz harus menjadi penyamun yang menceroboh jantungnya. Kena penjara seumur hidup dalam penjara rusuk.
"Begitu..bila si bunga akan mekar di taman rumah pangeran? Sudah lama menunggu.." Riyaz tenang tidur di sebelah kolam renang sambil melihat langit.
"Bila Pangeran mahu memetik? Si bunga sudah tak sabar untuk untuk menceriakan taman pangeran." Meliuk lentok tubuh Tengku Juliana di dalam bilik itu. Sekejap ke katil, meliuk pula ke pintu balkoni. Menari berpusing-pusing ke pintu walk in wardrobenya.
"Kalau begitu, izinkanlah hamba memetik si bunga untuk seminggu ke taman hamba"
Jari Tengku Juliana yang melukis-lukis di pintu itu terhenti. Tubuhnya yang gedik meliuk tadi kembali tegak. Keningnya terangkat.
"Maksud awak?"
Riyaz tergelak halus mendengar suara Tengku Juliana yang kembali normal.
"Saya nak pinjam awak seminggu untuk tinggal dengan nenek. Keluarga saya nak pergi bercuti tapi nenek tak nak ikut. Tak larat katanya. Jadi nak minta tolong awak temankan kejap, boleh?"
Tengku Juliana mengangguk. Dia kembali duduk di birai katil. Suasana kembali tenang seperti sedia kala.
"Boleh! Tapi saya nak minta izin ayah esok."
Riyaz mendecit sedikit. "Aishh..ni Riyaz la. Sebelum memetik, sudah minta izin dulu kepada si empunya. Saya dah minta izin ayah awak, ayah awak kasi"
Tengku Juliana tersenyum. Gentle aurm!
"Awak nak tidur bila ni?" Riyaz bersuara bila Tengku Juliana diam membisu.
Tengku Juliana tersedar dari kegedikannya. Dia berdehem mengawal perasaan. " Saya nak tidur dah tadi..hmm"
"Ouh..kalau macam tu, esok saya ambil awak eh?"
"Baik awak"
"Awak tidurlah. Sweetdream sweetheart"
Tengku Juliana mengacing gigi, seronok! Senyumannya ditahan "You too.."
Setelah panggilan diputuskan, Tengku Juliana jatuh melorot ke lantai. Telefon dicium puas sambil dia berguling di lantai. Arghhhh..cinta memang gila!
Tengku Juliana bangun berdiri tegak. Rambutnya dibetulkan. Habis berpeluh bertinju dengan telefon. Suasanaya biliknya diperhati. Bantal bersepah sana-sini, comforter sudah terlurut ke pintu balkoni. Cadar yang sudah terburai setengah.
Tengku Juliana tergelak sendiri. Dia menghempas tubuh ke atas katil.
Itulah cinta,
Ia dijadikan kata tanpa benda,
Tak terlihat,
Hanya terasa,
Tapi dahsyat.
***
"Jaga diri kat rumah orang." Tengku Aisya memeluk tubuh Tengku Juliana. Riyaz memasukkan bagasi Tengku Juliana di dalam bonet kereta. Beg besar gaya macam nak duduk setahun.
"Baik mama." Tengku Juliana menyalam Tengku Aisha dan Tengku Fadhil.
"Riyaz minta izin ye pa, ma" Riyaz menyalam tangan Tengku Fadhil. Tengku Fadhil hanya tersengih halus. Tengku Juliana sudah masuk ke dalam kereta.
Hon diberikan sebelum kereta itu meluncur laju keluar dari perkarangan rumah banglo 3 tingkat itu.
Tengku Aisha memeluk pinggang Tengku Fadhil dari tepi. "Suka tengok Juliana sekarang abang. Sejuk perut saya.."
Tengku Fadhil mengangguk. Dia tak harap perubahan yang mendadak dari anaknya. Cukuplah Tengku Juliana kini sudah tak seperti dulu. Dia sudah ada pengarang hati.
Tiba di rumah Riyaz, kelihatan keluarga Riyaz sedang riuh di ruang tamu.
"Jom.." Riyaz mematikan enjin dan membuka pintu.
"Juliana..anak ibu.." Puan Mariana dah melaung dari dalam. Wajahnya berseri-seri melihat wajah bakal menantunya.
"Ibu.." Tengku Juliana berpelukan dengan Puan Mariana. Adik kembar Riyaz yang sebelum ini berada di asrama turut berada di situ.
"Hai Fatiha, Fariha"
"Kak Jay Jay!" Dua orang itu juga seperti Afya. Sangat mengidolakan Tengku Juliana. Sempat mereka bersalam cara diva mereka sebelum berpelukan.
"Sorry kalau Juliana. Nenek nak Juliana yang temankan dia.."
"Eh takpe ibu..Juliana pun bukan ada kerja kat rumah."
Selesai mereka sekeluarga bersiap, Nek Habsah dan Tengku Juliana melambai mereka di pintu hadapan rumah. Riyaz menaiki kereta berlainan kerena dia mahu ada kursus di luar daerah.
"Bye.."
Hilang saja kereta dari pandangan, Tengku Juliana dan Nek Habsah masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup rapat oleh Tengku Juliana.
"Kamu betul tak de apa ni sepanjang seminggu?" Nek Habsah duduk di sofa memandang Tengku Juliana yang berdiri tegak di hadapannya.
"Tak de nek. Cuma esok malam Juliana kena pergi function. Tapi nanti Juliana suruh mama Juliana datang sini eh temankan nenek?" Tengku Juliana memberitahu sambil jari bermain kuku. Jujurnya walaupun kali pertama nenek melihatnya, Nek Habsah kelihatan seperti suka dengannya tapi dia tetap takut. Muka Nek Habsah macam bekas askar Wataniah. Garang!
"Kamu kenapa berpeluh-peluh ni?"
Tengku Juliana sengih kekok. "Panas sikit nek.." Tangannya pura-pura dikibas ke wajah.
Nek Habsah seperti mahu terburai ketawa melihat tingkah Tengku Juliana. Gementar macam hape lagi.
"Nenek memang saja nak suruh kamu teman nenek. Nak test sikit, layak ke tak layak jadi cucu menantu nenek." Nek Habsah bersuara selamba tapi seakan mengugut.
Tengku Juliana telan liur. "S-saya tak pandai masak. Saya pandai buat pancake je dengan buat maggi." Menunduk kepalanya. Aaaa..matilah. Mesti kena tarbiah habis-habisan ni. Umur 27 tak reti masak lagi!
"Sebab itulah nek panggil kamu. Nenek nak ajar la ni. Kamu ni takkan tak faham lagi? Belajar tinggi " Nek Habsah mengerling. Seronok dia kenakan si Tengku sorang ni.
Tengku Juliana menggaru belakang kepala. Apa kena mengena belajar tinggi dengan memahami sepotong ayat dari nenek yang berwajah komando ni?
Tengku Juliana patuh mengikut Nek Habsah ke dapur.
"Sebelum kamu, ramai dah cucu-cucu kawan nenek datang nakkan Riyaz tuh." Nenek memulakan cerita sambil mengeluarkan bahan dari peti ais. Bila Tengku Juliana mahu menolong, dia melarang. Dia hanya mahu Tengku Juliana duduk dan mendengar ceritanya.
"Yang cantik tapi bengap pun ada, yang bengap tapi tak cantik pun ada, yang cantik dan tak bengap pun ada."
Tengku Juliana diam mengangguk. Dia duduk di atas kerusi kitchen island itu menghadap Nek Habsah. Ramai perempuan nak Riyaz? Tidak boleh dibiarkan ni!
"Tapi nenek reject semua!" Nek Habsah mengetuk meja. Matanya bulat mencerlung Tengku Juliana. Terhinjut bahu Tengku Juliana. Air liur ditelan kemudian.
"Sebab diorang tu semua menggeletis..."
Tengku Juliana mula nak mengukir senyum.
"..macam kamu la.."
Terus kepalanya layu menekur tanah. Pangeran, bunga di sini sudah layu~
"Tapi takpe, nenek suka kamu"
Bagai disiram air, Tengku Juliana kembali mekar. "Betul ke nek?!" Bercahaya wajahnya.
"Aaa....nenek memang the best!" Tengku Juliana berlari memeluk Nek Habsah lalu dicium pipi wanita tua itu. Terloncat-loncat tubuhnya.
Nek Habsah ketawa. Dia suka dengan Tengku Juliana kerana perangainya serupa Mariana, menantunya. Dari nenek turun ke menantu ke menantu kepada menantu, semuanya sekepala. Sengal!
***
Petang dan malam, update for Aidan
Hey guys!
Tell me one joke.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top