Bab 8
"Ni bukan ke Puteri Afya, puteri Tuanku Zahin kan?" Afiq sedari tadi melihat si kecil Afya. Macam familiar sangat mukanya.
Riyas tergelak. "Iyelah tu. Saya gurau je. Ni Tengku Juliana, bakal tunang saya"
"Ohhh.." pegawai disitu mula tersengih sedikit. Mati-mati ingat dah ada anak. Tak tahu menahu pun selama ni.
"Saya Tengku Juliana." Tengku Juliana menghulurkan tangan kepada tiga pegawai perempuan termasuk Diana.
"Saya Nisa"
"Saya Nurin"
"Diana" Diana senyum nipis menyambut huluran Tengku Juliana. Nurin dan Nisa menggenggam tapak tangan mereka yang bersentuh dengan tangan Tengku Juliana. Lembut sangat! Macam satin.
"Dia sepupu Tuanku Zahin." Riyaz mencerita lagi. Afya hanya mendongak memerhati golongan dewasa. Alangkah baiknya kalau dia dah dewasa.
"Wahhhh.." 4 orang itu terkejut lagi. Sepupu Tuanku? Jadi Inspektor Riyaz bakal jadi keluarga DiRaja?
"Tak pernah nampak pun sebelum ni." Afiq melihat Tengku Juliana. Wajah yang baru dan tak pernah nampak di balai ini. Kalau dia bakal tunang, kenapa sebelum ni tak pernal muncul di balai?
"Dia baru habis Master di UK"
"Woaaa.." mereka bulat mata memandang Tengku Juliana. Beauty with brain. Diva with intelligant.
"Tengku pernah datang kan sini dulu?" Nurin bertanya. Tengku Juliana hanya mengangguk tersenyum.
"Bila?" Afiq angkat kening.
"Ada..lama dah. Kau belum masuk bertugas.
Afiq cuma terangguk. Ouhh..patutlah.
"Aaa..jom kita makan. Awak.." Tengku Juliana memaut lengan Riyaz. Segan dia apabila mereka melihat bagai mahu telan.
"Ya jom jom" Afiq bagai baru tersedar. Terkelip-kelip dia. Tangan menunjuk ke depan mempersilakan Tengku Juliana dan Riyaz.
"Jom Afya.." Riyaz mendukung Afya lalu mereka berjalan mendahului. Tengku Juliana jalan rapat di sebelah Riyaz.
"Awak..malu la awak cerita semua dekat diorang. Segan saya..." Tengku Juliana bersuara kecil. Riyaz tergelak perlahan.
"Sejak bila awak ni pemalu?" Riyaz mengangkat kening mengusik.
"Dengan awak tak malu, dengan diorang malu la.." Tengku Juliana mencebik. Tangannya memegang lengan Riyaz yang jelas berurat itu.
"Saja je.."
Tengku Juliana mendongak memandang Riyaz dengan kening sedikit terangkat.
"Saya nak bagitahu betapa bertuahnya saya dapat awak.." Riyaz senyum. Hati Tengku Juliana dah kembang kuncup. Bibir tak boleh ditahan dari melakar senyum.
Kening diangkat kepada Afya gaya pemenang. Mama menang! Werk!
Diana hanya memerhati dari belakang. Dari belakang pun sudah memberitahu berapa secocoknya pasangan tersebut.
***
Riyaz hanya memerhati Tengku Juliana dan Afya yang berkongsi ais krim itu. Comel pula melihat Afya mengelap tepi bibir.
"Saya ada kerja di luar daerah. Jadi saya tak da dekat sini untuk seminggu." Riyaz memberitahu sambil menyuapkan waffle ke mulutnya. Lunch date dengan budak Afya, ke tempat kanak-kanak la jawabnya.
"Ouh..saya tak boleh tengok awak seminggu la? Haihh.." Tengku Juliana menongkat dagu.
"Haih..." Afya turut menongkat dagu dan menggeleng perlahan.
Riyaz tergelak nipis mendengar keluhan dua orang teman wanitanya ini. Comel je dua-dua.
"Nanti saya balik la. Awak settle majlis tunang dulu. Saya balik nanti kita cari cincin "
Tengku Juliana mengangguk. Smoothie strawberry dihirup. Fuh..segarnya tekak. Matanya melilau ke sekitar pusat beli belah itu sehinggalah matanya tertancap ke pegawai polis wanita yang berada di food court luar Baskin Robbin itu. Diana segera memaling mata.
"Awak.."
"Ye?"
"Kenapa dia tu macam pandang-pandang sini je?"
Riyaz mengangkat kening. "Siapa?"
"Tu.." Tengku Juliana memuncung mulut ke arah Diana yang bersembang dengan pegawai polis yang lain.
Riyaz memaling kepalanya dengan kening terangkat sedikit. Bila dia berpaling, sekaligus pandangannya bersabung dengan Diana.
"Dia la pegawai baru yang saya cerita kelmarin dulu." Riyaz tersenyum sedikit.
Tengku Juliana mengangguk dengan bibirnya dijuih. Riyaz tak dapat mengawal senyum melihat muka Tengku Juliana yang dikira masuk ke dalam kategori 'orang sudah cemburu'.
"Tayah la tengok dah, tengok saya" Riyaz menolak dagu Tengku Juliana untuk mengalihkan perhatiannya dari Diana. Muka cemburu memang tak boleh sorok. Kerut je dagu.
"Awak tukar kerja balai lain la.." Tengku Juliana mencucuk-cucuk straw ke bekas minuman plastik itu. Riyaz mengajuk sebentar riak muka Tengku Juliana sebelum dialih tempat kerusinya menutupi pandang Tengku Juliana.
"Baiklah, Tuan Puteri kesayangan hamba"
Tengku Juliana senyum. Dia bukan ragu dengan kesetiaan Riyaz, dia cuma tak suka orang main-main dengan kepunyaannya.
Kening diangkat-angkat kepada Afya. Mama menang lagi!
Afya menjeling padu. Tahulah dia nak balas dendam.
***
Tengku Juliana memberhentikan keretanya di hadapan balai polis ibu negara yang besar mengalahkan rumahnya itu.
"Dah sampai.." Tengku Juliana menyandar ke kerusi sambil melihat Riyaz yang membuka tali pinggang keledar.
"Jumpa lagi awak..bye.." Tengku Juliana melambai Riyaz.
"Bye..see you soon.."
Riyaz paling ke belakang. Afya dah tersenyum di belakang. " Bye sayang, papa masuk kerja dulu." Riyaz mengusap kepala Afya.
"Bye papa" Afya mencium pipi Riyaz. Riyaz tersenyum dan turut mencium pipi mulus Afya. Tengku Juliana di tempat pemandu memandang Riyaz dan Afya. Kecik besar je aku tengok dua orang ni.
"Bye awak..drive safely.." Riyaz keluar dari kereta. Tengku Juliana senyum menghantar Riyaz masuk ke bangunan balai tersebut. Hilang saja Riyaz dari pandangannya gadis itu cepat memandang Afya.
Afya seronok mengangkat kening kepada Tengku Juliana. Werk! Afya menang!
"Huh!" Tengku Juliana mendengus. Dia memegang stereng kereta dan terus menekan minyak.
"This mean war, Afya!"
Riyaz senyum memerhati dari dalam balai melihat kereta merah gelap itu keluar dari pagar. Tengku Juliana, jenuh berbunga hati bila duduk dengan dia.
***
"Assalamualaikum.."
Ayra membuka mata apabila terdengar bunyi ketukan di pintu rumah. Matanya terkebil sebentar sebelum dia mengalih tangan Zahin di perutnya.
"Ermmm.." Zahin merengek. Dia menguatkan lagi pelukan di pinggang Ayra. Sempat dia mengusap perut bulat montel itu.
"Abang..Afya balik dah..bangun.." Ayra bangun dari baringnya. Baju yang tersangkut di kepala katil diambil. Zahin melentang tubuhnya. Kenapa la tak ambil lama-lama sikit si Afya tu?
"Bangun, mandi ye abang.." Ayra mencium nipis bibir Zahin sebelum dia keluar dari bilik.
"Assalamualaikum.." Tengku Juliana mengetuk lagi. Tangannya di silang sambil kakinya digedik perlahan. Ni mesti buat benda lain suami isteri ni..
"Assalamualaikummm..ibu.." Afya pula mengetuk. Namun genggam kecilnya mana berbunyi apa.
"Waalaikumussalam.." Ayra melaung dari dalam. Kainnya dibetulkan lalu dia berjalan laju ke pintu hadapan.
"Dah sampai dah.."
"Ibu.." Afya menyalam tangan Ayra.
"Akak jemput la masuk dulu" Ayra menjemput Tengku Juliana sementara Afya membuka kasutnya.
"Ha boleh jugak.." tak menolak, Tengku Juliana terus masuk. Nak bermalu-malu memang bukan Tengku Juliana. Cuma kat balai tadi je. Dia takut sebenarnya, sebab 4 orang tu pandang macam nak terkam!
Elok saja punggung Tengku Juliana mencecah sofa. Suara Zahin kedengaran.
"Hello beloved cousin!" Zahin turun dari tangga sampai mendepang tangan. Tengku Juliana memandang.
"Tuanku tersayang!" Tengku Juliana turut melayan perangai sengal Zahin. Afya dan Ayra mengekek ketawa.
"Apa khabar kau di sana?" Zahin yang masih ditangga menunjuk lurus Tengku Juliana di sofa.
"Hamba baik-baik saja, Tuanku.." Tengku Juliana meletak tangan di dada. Sedaya dia menahan gelak. Jijik betul rasanya. Nak backhand je rasa Tuanku sorang tu. Baru ku tahu perangai sengal Afya menurun dari mana.
"Baguslah..itu yang beta mahu dengar.."
Zahin segera berlari ke menuruni tangga. "Tengku Juliana, Tengku Juliana.."
Tengku Juliana mengangkat kening melihat Zahin yang terkocoh menghampirinya. Lagi terkebil apabila dia melihat Zahin berada di hadapannya.
"Sebenarnya beta ada hajat. Senanglah hati beta jika tuan hamba mahu menolong beta" Zahin membuat suara kasihan. Keningnya jatuh dan bahunya kendur. Tengku Juliana buat-buat prihatin.
"Hamba senang menolongnya. Ceritalah apa yang mengganggu fikiranmu Tuanku.."
"Sebenarnya macam ni.." Zahin dah kembali suara asal. "..aaaaa..aku nak minta tolong kau teman aku pergi fashion show H&M dekat Hotel Ferdei nanti.."
Tengku Juliana tergelak. "Ouh...baik bermakna. Patutlah sakan berbeta-beta tadi.."
"Alah..tolonglah..Ayra mengandung. Kesian dia ke hulu ke hilir bawa perut tu. Kau kan sihat sejahtera je tadi. Julianaaa..."
Tengku Juliana buat tak dengar. Ayra jenuh ketawa melihat dua sepupu ini. Macam-macam hal!
"Aku sponsor honeymoon kau dengan Riyaz ke Rome 6 hari 5 malam! Sumpah!" Zahin mengangkat tangan lurus.
"Betul?!" Tengku Juliana dah bulat mata. Wah wah wah! Bukan dia tak mampu tapi bila raja yang belanja, feel dia lain maciam!
"Betul!" Zahin mengangguk berkali.
"Setuju!"
"Yes!" Zahin menggengam tangan ke langit. "Kau lah sepupu paling aku sayang antara semua sepupu aku ada.."
Tengku Juliana menjuih. "Aip...ada kurang di situ.." Jari telunjuknya bergerak ke kiri dan kanan.
"Kau lah yang paling bijak, paling cantik dan paling diva di antara sepupu aku ada"
Tengku Juliana dah gelak dalam hati. Well, tengoklah siapa. Isteri Inspektor Riyaz yang paling kacak dan seksi sedunia. Aurm!
***
Akan diupdate bergilir dengan Mrs Aidan.
Rancangnya kedua-dua story nak habiskan by December.
So, lepas ni no more Mistress Series.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top