Bab 43
Mulut Tengku Juliana ternganga melihat kad hitam bersalut keemasan di tangannya. Namanya terangkai cantik di tengah kad.
“Kad apa ni abang? Siapa bagi?” Tengku Juliana melangut melihat Riyaz yang segak berdiri itu.
“Haydar.” Riyaz menjawab biasa.
“Haydar?” Terkujat Tengku Juliana. Kad dibelek depan belakang. Kad jemputan untuk pertunjukan fesyen. Tema perkahwinan. Baru Tengku Juliana perasan logo Haydar yang tertampal di depan kad.
“Abang izinkan ke?” Kening Tengku Juliana terangkat. Selalunya Riyaz meradang bila nama Haydar muncul.
“Izin, tapi macam abang cakap tadilah.”
Tengku Juliana kemam senyum. Alolo, nak menempel saja Abe Riyaz kita ni.
Kad diletakkan ke tepi. Tengku Juliana bangun lalu memeluk pinggang Riyaz dari depan. Kepala didongakkan lalu dagunya direhatkan di atas dada seksi Riyaz.
“Kenapa abang tiba-tiba bagi saya pergi event Haydar? Bukan abang tak suka ke benda-benda berkaitan Haydar?” Tengku Juliana mengangkat-angkat keningnya. Senyumnya dilebar, mengusik.
Riyaz hanya memandang sekali sebelum dia alihkan matanya ke tingkap. “Abang... abang tak suka Haydar, tapi kalau itu yang awak suka...” Kedua bahu dijongket. “Abang terima je,” balasnya dengan muka kosong. Sedaya upaya ditahan mata dari memandang makhluk cantik yang sedang memeluknya ini.
Tengku Juliana tersenyum-senyum. Tangan kirinya memegang pipi Riyaz sehingga wajah lelaki itu dialih mengadapnya. “Macam mana abang tahu saya suka fesyen?”
“Abang agak je.”
“Ye keee...” Tengku Juliana mengecilkan mata.
“Betuuul.” Tekan Riyaz meleret. Padahal semalaman semalam dia tak tidur membelek telefon Tengku Juliana sehingga ke dasar. Yang dia dapat simpulkan, Tengku Juliana suka...
Riyaz.
Itu yang pertama, sebab gambarnya penuh di galeri. Siap ada banyak album lagi. Hubs shirtless, hubs in uniform, hubs in shirt, hubs in towel, my lovely Riyaz, my sleepy boo, dan macam-macam lagi. Nasiblah Tengku Juliana tak sampai tahap menyimpan gambar bogelnya. Kalau tak, mahu kena bawa pergi berubat nanti.
Yang keduanya, isteri kesayangannya ini suka fashion. Kerana di board akaun Pinterest milik Tengku Juliana penuh dengan gambar-gambar sketch fashion. Dan Riyaz nampak, disebalik rasa tidak senang Tengku Juliana, dia tahu isterinya itu berbangga dengan hasil kerjanya yang sudah menjadi nyata.
Cuma Tengku Juliana tidak mahu menunjukkan rasa seronok tersebut disebabkan dia tidak menyenangi Haydar.
Riyaz tahu itu.
“Kenapa abang tiba-tiba ambil berat pasal apa yang saya suka?”
“Erm...” Riyaz mengerut dahi dengan mata memandang ke atas, gaya sedang berfikir. “Mungkin sebab abang makin sukakan awak kut.” Riyaz tersenyum dengan kening diangkat-angkat.
Tengku Juliana menggeletis di dalam hati. Senyumnya tak dapat ditahan lalu dia melompat memeluk leher Riyaz sehingga lelaki itu terpaksa menunduk. Pipi dan dahi Riyaz dicium berkali-kali. “Terima kasih, abang. Terima kasih, terima kasih, terima kasih!”
Riyaz juga tak dapat menyembunyikan senyumnya apabila Tengku Juliana dilihat terlalu bahagia. Jika teringat sebelum ini, Tengku Juliana banyak mengalah dengannya sehinggakan baju pengantin mereka pun Tengku Juliana mengikut kemahuannya.
Kali ini, biarlah Riyaz pula yang mengalah. Apalah salahnya sekali sekala kan?
Habis sesi mencium wajah suaminya, Tengku Juliana melonggarkan pelukan dan merenung wajah Riyaz. Tak tahulah kenapa, tapi pagi ini Riyqz terlihat berkali ganda, berdozen-dozen seksi dari sebelum ini. Rambut Riyaz yang sedikit berserabai dibetulkan.
Sedang membetulkan rambut Riyaz Tengku Juliana terperasan mata Riyaz yang merenungnya tak lepas. Aish, jangan begini abeku~ Tergoda saya yini...
“Jom,” ajak Riyaz tiba-tiba
Tengku Juliana terkebil dengan kening ternaik. Jom? Pergi mana?Wajahnya polos seketika sebelum hujung bibirnya tercebik-cebik naik. Dada Riyaz ditumbuk perlahan. “Abang ni... Pagi lagi.”
Riyaz tak membalas. Masih berterus-terus merenung si isteri.
“Okaylah... Ju tutup pintu.” Tengku Juliana menjeling manja. Ish, Riyaz ni! Pagi-pagi dah gatal. Humph!
Pelukan dilepaskan dan dia bergerak menutup pintu bilik mereka. Baru dia mahu berpusing, tubuhnya dirasa melayang ke atas. Sedar-sedar saja matanya sudah mengadap belakang badan Riyaz.
“Abang ajak nak pergi kerja, bukan nak bukan-bukan.” Dengan sebelah tangan menampung tubuh Tengku Juliana di bahu, sebelah tangan lagi membuka pintu bilik.
“Ala...” Tengku Juliana melembikkan sendinya sehingga sebelah bahu Riyaz terasa memberat. Tersalah tafsir ruoanya. Matanya memandang pintu bilik yang menjauh. Andwaeee!
Riyaz tergelak kecil melihat tingkah si isteri. “Comel," getusnya perlahan.
Namun masih dapat didengari oleh telinga lintah Tengku Juliana. Tubuhnya kembali bersemangat sehingga terteleng-teleng kepalanya memandang Riyaz. “Abang cakap saya comel?” Pipi ditekup. “ Saya dengan Luna siapa comel lagi?” Mata berkelip-kelip.
“Riyaz.” Riyaz menjawab tak bersalah.
“Tet! Salah! Abang handsome dan seksi!”
Tawa kecil Riyaz terkeluar. Mulutnya terasa lenguh akibat tersenyum.
Macam-macam!
***
Sikit saja.
Selamat kembali ke Mrs. Riyaz. 😆
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top