Bab 40

"You tak bahagia, Tengku Juliana. I tahu."

Tawa kecil terlepas dari mulut Tengku Juliana. Dia mencekak pinggang, mula ke hulu ke hilir menyejukkan hati.

"Saya bahagia. Saya ada suami saya, saya ada anak. Saya ada family. Saya dah cukup bahagia."

"Tipu."

Tengku Juliana menyirap. "Terpulang. Tak suruh percaya pun." Dia menjeling ke atas. Tak kuasa nak melayan lama. Baru sahaja jari hendak menekan butang untuk mematikan panggilan, suara Haydar muncul kembali di corong telefon.

"You ingat bahagia tu datang dengan hanya ada suami, anak dan family?" Suara Haydar tenang, tapi ada nada mengejek di hujung. Seakan Tengku Juliana yang terlalu naif dalam mendefinisikan bahagia.

"Jadi bagaimana dengan definisi bahagia awak, Encik Haydar?"

Beberapa ketika, Tengku Juliana mengangkat kening apabila tidak mendengar balasan dari hujung sana. Tak lama kemudian, terdengar dengusan perlahan seolah Haydar sedang ketawa tanpa suara sebelum satu jawapan meluncur dari bibirnya.

"Smile."

***

Riyaz membuka mata. Matanya layu mengelip akibat kantuk yang masih menguasai. Sunyi malam dipecahkan dengan suara nyaring bayi perempuan yang tersedu menangis. Lelaki tersebut melihat ke sebelah. Tengku Juliana nyenyak. Langsung tak terganggu dengan tangisan si anak.

Riyaz bangun mengambil baju t-shirt yang tergantung di kepala katil sebelum disarungkan ke tubuh. Rambutnya yang berselerak, dia kemaskan sementara kaki mula memijak lantai.

Langkah dibawa ke baby crib yang terletak di sebelah katil bersaiz king itu.

"Ya sayang. Kesian anak papa ni." Riyaz menunduk mengambil Luna yang teresak menangis itu. Rambut Luna yang halus diusap lembut dengan tangan kasarnya. Memujuk dengan membuai Luna di dukungannya.

"Shh..sayang dia." Luna dibawa keluar dari bilik, tak mahu mengejutkan Tengku Juliana yang sedang nyenyak. Sudahlah pukul 1 pagi baru isterinya itu boleh melelapkan mata akibat melayan si kecil Luna ni.

Tangisan Luna masih kedengaran walaupun tidak senyaring tadi. Usapan si ayah nyata memberikan ketenangan buat Luna. Mata terpejam kembali walaupun bibir masih melagu tangis.

Tidak lama kemudian, Luna diam. Bibir yang kecil itu seakan menguyah sebelum kembali dijemput lena.

Melihatkan itu, Riyaz menarik tangannya dari menepuk Luna. Tidak sampai beberapa saat, bayi tersebut membuka kembali mulutnya. Menangis.

"Shh..papa ada ni." Tangan kembali menepuk. Luna menggumam kecil sebelum kembali lena. Tangan kecilnya menggenggam jari kelingking Riyaz seolah tak membenarkan tangan si ayah menjauh.

Riyaz mula mengerti. Sekali lagi dia mengangkat tangan menunggu reaksi anaknya. Wajah yang tenang itu mula berkeriut hendak memulakan tangisan. Mana tangan papa?

Riyaz tersengih kecil. Ya Allah perangai betul budak ni.

"Kecik-kecik dah ikut perangai mama awak tu." Hidung kecil itu dicium halus. Dengan mata terpejam, bibir merah halus itu menguntum senyum sejemput. Senang dengan perlakuan ayahnya.

"Eceh, senyum pulak dia." Kembang setaman hati Riyaz melihat anak daranya yang sudah pandai memaniskan muka. Kalau besar ni mahu jadi rebutan orang.

Sementara mendodoi Luna, Riyaz melabuhkan punggung di atas sofa dan menekan alat kawalan jauh televisyen. Pagi-pagi macam ni bola je la ada.

"Abang, kenapa tak kejut saya?"

Mendengar suara muncul dari belakang, Riyaz menoleh. Tengku Juliana dengan rambut yang terbiar lepas melangkah malas ke arahnya. Tangan cantik itu menenyeh mata. Riyaz tergelak. Mama, anak, dua-dua comel.

"Nyenyak sangat tidur tu. Taknak kacau."

Tengku Juliana menggabungkan rambut sebelum menarik getah di tangan dan mengikatnya ala kadar. Muka diraup untuk menghilangkan kantuk.

"Abang nak air coklat tak? Saya buatkan." Mulut yang menguap ditutup dengan belakang tangan.

Riyaz menggeleng. Mengantuk pun tak hilang lagi, nak buatkan air. Nanti garam nampak gula. Naya! "Takpe, meh sini kat abang." Tangan dibuka untuk menyambut kedatangan Tengku Juliana ke pelukannya.

Ulat bulu dah naik daun. Tengku Juliana dah menggeliat sana sini. Dia berpusing-pusing sebelum tubuh dijatuhkan ke sebelah Riyaz. Cepat saja dia membenamkan muka ke tepi dada Riyaz.

"Uf!" Riyaz mendengus perlahan. Dia tergelak perlahan. Macam-macam perangai isterinya yang satu ini.

"Luna dah tidur? Awak bagi susu ke?" Sebelah tangan Tengku Juliana mengusap Luna yang berada dalam dukungan Riyaz.  Kaki kecil itu dipicit menahan geram. Semua benda kecik, argh!

"Tak pun. Abang tepuk-tepuk je, terus dia lena. Saja nak kita dukung agaknya," jawab Riyaz sambil merenung Luna. Sedap betul lena atas lengan ayahnya.

Tengku Juliana mencebik. "Saja la dia tu nak bermanja dengan suami mama kan?" Kali ini tangan anaknya pula dipicit.

Akibat gangguan tangan Tengku Juliana, Luna mula berkerut tak selesa.

"Isk..."

"Sayang, jangan la kacau dia." Riyaz mengalih tangan Tengku Juliana. Boleh duk picit-picit anak tu.

Tengku Juliana menjuih.

"Shh..sayang anak papa ni. Dah dah." Riyaz mengusap ubun ubun Luna. Anak daranya itu kembali tenang.

"Mengada!" Tengku Juliana membulat mata melihat betapa gediknya si anak dalam belaian Riyaz. Geram sungguh!

"Ey budak ni!" Tengan Tengku Juliana yang sekali lagi hendak mencubit Luna ditahan Riyaz.

Kedua tangan Tengku Juliana dipegang oleh Riyaz sebelum wajah Tengku Juliana dibenam ke celah ketiaknya, tak membenarkan isterinya itu mengacau anak dara kesayangannya.

Tengku Juliana ketawa. Dia dihimpit lengan Riyaz. Wajahnya yang hampir terbenam di ketiak Riyaz didongak seboleh mungkin. Kuat betul Riyaz menghentikan pergerakan badan dan tangannya dengan hanya satu tangan. Rambut yang diikatnya berserabai.

"Abang, lepaskan saya!"

"Jangan kacau Luna abang!"

***

"Macam mana persiapan?" Si lelaki bergaya masuk dengan kedua tangan berada dalam poket. Dia tersenyum lebar melihat manusia yang bertungkus lumus di hadapannya.

"Almost 60%, Tuan." Seorang pembantu disebelah menjawab.

Haydar mengangguk. "Great! Tak perlu rushing. Double check semua equipment, baju, list tetamu seminggu  sebelum event, ok?"

"Baik Tuan."

Haydar menepuk tangan, teringatkan sesuatu. "Ha, jangan lupa double confirm dengan model. Saya tak nak ada yang tak datang hari kejadian."

"Baik." Setiausaha itu mengangguk sebelum meminta diri.

Haydar melangkah menjelajah dewan besar dan mewah itu. Dengan kerlipan chandelier yang besar di tengah dewan, menaikkan lagi seri dewan itu. Dia menuju ke belakang pentas.

"Selamat datang, Tuan." Seorang perempuan yang sedang sibuk mengarah di dalam bilik itu terkejut melihat Haydar yang menyilang tangan di pintu.

"Jangan nak Tuan sangat." Hidung gadis itu dicuit.

Mia mengerut wajah. Hidung yang dicuit Haydar disapu.

"Baju dah sampai tengah hari tadi, you boleh lah check sekali lagi." Mia menghulurkan kertas list baju yang bakal diperagakan dalam fashion show edisi musim bunga yang bakal diadakan tiga minggu lagi.

Haydar bersandar di dinding sambil melihat senarai tersebut. Kaki disilang dengan tangan bermain-main di dagu. Dia mengangkat kening melihat nama satu baju yang berada dalam senarai terakhir.

Perlahan-lahan, bibir mengukir senyum.

"Mia."

"Ya?"

"Tambah satu lagi nama tetamu."

Mia mengangkat kening. Biar betul? "Tapi kad jemputan kita dah edar. Nak tambah satu lagi nama?"

"Ya, tak apa yang ni saya uruskan. Awak sediakan kad jemputan je."

Mia mengangguk.

"Boleh, sediakan atas nama siapa?"

"Tengku Juliana."

***

Teaser takde. Ehek 😜

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top