Bab 4
"Hah Juliana, boleh masuk ayam dah tu." Puan Mariana berkata kepada Tengku Juliana yang setia menunggu di hadapan minyak yang dipanaskan itu. Kelakar dia melihat tingkah bakal menantunya sorang ini.
"Yer ok" Tengku Juliana mengambil bekas ayam yang sudah siap digaul kunyit. Dengan bismillah, perlahan-lahan dia meletakkan ayam mentah tersebut ke dalam kuali.
"Ibu!" Menjerit Tengku Juliana apabila minyak di dalam kuali menyembur keluar. Dia segera berlari menjauh. Puan Mariana tergelak melihat Tengku Juliana.
"Tak da apalah. Memang macam tu pun. Dah-dah, pergi slow api tu sikit." Puan Mariana menolak Tengku Juliana.
"Tak kena tangan ke ibu?" Tanya Tengku Juliana dengan tangan masih memegang bekas ayam dan sudip. Mukanya berkerut.
"Kena sikit je. Tak teruk pun. Nanti nak masak macam mana untuk Riyaz. Riyaz suka ayam goreng" Puan Mariana mengumpan. Kelakarnya tak habis melihat muka serba salah Tengku Juliana.
Tengku Juliana menghampiri. Dia berhenti sejenak sebelum berpusing belakang semula. "Tak rosak kulit ke ibu?"
"Tak. Ni tengok tangan ibu.." Puan Mariana menyelak lengan bajunya menayang kulit putih tangannya " ada nampak tangan ibu buruk ke? Ibu goreng ayam lama dah."
Lambat-lambat dia menghampiri. Button ditekan untuk memperlahankan api.
Pop!
" Awwww..." Tengku Juliana menjerit apabila letusan minyak terkena tangannya. "Ibuu..." dengan wajah sebek Tengku Juliana meminta belas kepada Puan Mariana.
"Sikit je tu.." Puan Mariana menyapu tangan Tengku Juliana.
"Nanti tak cantik dah, lepas tu Riyaz tak nak."
Puan Mariana menjuling mata ke atas. " Ingat anak ibu tu pandang rupa ke? Ni Ju goreng ayam untuk dia, mesti dia terharu. Lagi bertambah cinta dia dekat Ju."
Tengku Juliana mengangguk. Demi Riyaz, dia sanggup biarkan minyak kena tangan dia yang cantik lagi halus.
"Baik ibu! Ju sanggup!" Dengan muka waja dan tangan digenggam, Tengku Juliana berucap tegas.
" Yer, kita perempuan, kita mesti kuat!"
"Yah!!" Tengku Juliana menguatkan lagi bara-bara semangat waja wanita mereka. Segera Tengku Juliana kembali menggoreng ayam.
Puan Mariana senyum. Nasiblah dapat menantu macam kau ni Juliana. Masuk air macam aku jugak. Hahahah.
×××
Riyaz menutup enjin motorsikalnya apabila tiba di perkarangan rumahnya. Helmet dibuka lalu dipeluk ke pinggang.
"Assalamualaikum."
Riyaz meletakkan kunci motorsikalnya di atas kabinet sebelum melangkah ke dapur. Sunyi je rumah.
Dapur juga kosong.
"Ibu.." Riyaz melaung dari dapur. Tudung saji diangkat. Ayam goreng, wow. Perutnya dah berkeroncong hebat.
"Ibu.." panggil Riyaz lagi. Dia kembali ke ruang tamu. Pinggangnya dicekak. Takkan ibu keluar? Pintu tak kunci.
×××
"Juliana tolong tengok dekat luar kejap. Riyaz dah balik kut rasanya."
"Ok kejap, Ju tengok" Tengku Juliana mengangguk lalu bangun dari duduknya.
"Awak.."
Riyaz berpaling bila terdengar suara seseorang. Terangkat keningnya apa melihat Tengku Juliana yang berjalan dengan penuh gemalai ke arahnya.
"Juliana, ibu mana?"
"Ibu ada dekat dalam" Tengku Juliana berpusing sekejap menunjuk bilik yang terletak agak hujung dari tempat mereka.
"Saya tengah buat special treatment dekat ibu. Belakang ibu, kaki, muka semua saya urut." Dia menggerakkan jemarinya yang agak berminyak. Riyaz mengangguk.
"Awak nak?" Tengku Juliana mengacah mendekati Riyaz.
"Uish.." Riyaz berginjak. Dia menelan liur. Tengku Juliana? Nak urut dia? Body dia? Fuhh..sesak nafas juga fikir.
Tengku Juliana membentuk senyum nakal.
"Fikir apa tu?" Tengku Juliana sengaja mengendap wajah Riyaz yang menunduk itu. Keningnya diangkat.
"Awak ni nakal betul." Riyaz mengetuk topi polisnya ke kepala Tengku Juliana. Mengekek gadis itu ketawa.
"Saya tak cakap apa pun. Awak yang nakal." Balas Tengku Juliana tak mengalah.
Riyaz meraup mukanya yang merah. Tengku Juliana tahan gelak. Abang polis ni, usik sikit dah malu.
"Gurau je lah.. awak pergilah makan. Saya, ibu dengan ayah dah makan. Ibu kata awak tak balik lunch tadi. Tu kitorang makan dulu."
"Haa ye lah.." Riyaz senyum kepada Tengku Juliana sebelum dia berpaling untuk ke dapur.
"Awak nak saya teman ke?"
Riyaz menoleh semula sebelum menggeleng. "Pergilah urut ibu tu."
"Oke awak. Hati-hati makan. Tercekik nanti, mati. Siapa nak kahwin dengan saya? Saya nak awak sorang je." Sakat Tengku Juliana melihat Riyaz yang melangkah ke dapur itu.
Senyum lebar Riyaz mendengar. Kepalanya digeleng sedikit. Macam-macam la sayang oi.
×××
Kedatangan keluarga Riyaz disambut oleh Tengku Fadhil sekeluarga. Zahin dan Darius juga turut hadir.
"Akak kenapa gementar sangat ni?" Ayra tergelak melihat Tengku Juliana yang bagai cacing kepanasan di dapur.
"Gaya macam nak akad nikah" sakat Puteri pula.
Tengku Juliana berpusing sana sini tanpa mengambil tahu apa yang dikatakan oleh mereka berdua.
"Puteri." Tengku Juliana merapati Puteri. Tangan Puteri yang sedang memotong kek itu dipegang.
"Masa Darius masuk minang Puteri haritu, Puteri rasa apa?" Berkerut muka Tengku Juliana. Air liurnya ditelan berkali.
Puteri tergelak.
"Mana nak rasa apa. Puteri mana nak tahu Darius nak masuk minang, tiba-tiba je"
Tengku Juliana menjuih. Dia kemudiannya duduk disebelah Afya yang tengah mengunyah kacang tanah rebus itu.
"Afya, mama takut.." Tengku Juliana meluahkan pula kepada Afya. Budak kecil itu bulat mata memandang Tengku Juliana.
"Mama takut apa? Bukan ke.. aaa.. mama yang nak kahwin?" Soal Afya sambil menyuap kacang je dalam mulutnya. Satu kagi dibuka lalu diberi kepada Dania, anak Darius yang berumur 3 tahun.
Tengku Juliana menjatuhkan kepala. Haih..Afya..kau buat aku lagi takut.
"Juliana, pergi hidang air." Tengku Aisha tiba di dapur. Tengku Juliana mengangkat kepala. Dia bukan apa, kalau ibu dan ayah Riyaz saja dia tak kisah tapi ada nenek dan atuk Riyaz sekali. Cuaknya alahai.
Tambah pula, dia menghendap tadi, muka nenek Riyaz agak garang. Mesti rigid orangnya. Kecut organ dalaman.
Tengku Juliana mengemas blaus dan tudungnya. Dia mengambil nafas nafas sebelum dihembus. Talam dipegang.
"Hati-hati mama, nanti jatuh." Pesan Afya, penuh prihatin dan tak bersalah. Mendengar pesan Afya, lagi dia kecut perut. Budak ni, aku suruh dia kahwin dengan Riyaz baru tahu!
Eh..mana boleh! Riyaz aku punya.
"Nilah dia anak dara kami." Tengku Fadhil menunjuk kepada Tengku Juliana yang sedang membawa talam itu.
Riyaz tahan senyum melihat cawan yang agak bergegar di atas talam itu. Gementar ke sayang? Hahahaha. Riyaz gelak jahat.
"Ummi, ni Tengku Juliana." Puan Mariana menunjuk Tengku Juliana kepada Habsah, nenek Riyaz.
Tengku Juliana senyum lalu menyalami nenek Riyaz. "Nek"
Nek Habsah mengangguk. Dia senyum melihat Tengku Juliana. Penampilan, baik. Tick.
"Lembut tangan." Komen Nek Habsah. Tengku Juliana senyum. Puji ke perli tu? Aiyoo..
"Pandai memasak tak?"
Riyaz mengangkat kening. Masak woi..
Tengku Juliana senyum ikhlas. "Tak pandai tapi saya tengah belajar dengan Puan Mariana dan saya akan pastikan saya pandai memasak sebelum kahwin" katanya yakin.
Nek Habsah mengangguk lalu senyum. Jujur. Tick. Berkeyakinan. Tick.
"Baguslah. Nanti lepas kahwin nenek boleh ajar lebih lagi."
"Aaaaa.." terkeluar jeritan Tengku Juliana mendengar kata-kata Nek Habsah. Riyaz membulat mata.
"Hihihihi..maaf nek. Terkeluar. Happy." Tengku Juliana menutup mulut sebelum dia mengenyit mata kepada Riyaz.
Nek Habsah sengih lucu.
Kelakar.
Tick.
Dan akhirnya..siap jugak.
Selamat berbuka sayang-sayang.
Saya ada buka perkhidmatan tutorial cover dan any advice dan tips untuk memulakan karya.
Contact me on whatsapp.
Dm me untuk nombor ok?
Saya tolong setakat yang mampu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top