Bab 39

"Apa ni!"

Riyaz yang sedang menilik dress krim itu terkujat mendengar suara Tengku Juliana yang tiba-tiba meninggi. Dress di tangannya dirampas.

"Kenapa? Ada apa?"

"Haydar tak guna, tak guna, tak guna, tak guna," gumamnya geram sambil membelek baju itu depan belakang. Suaranya diperlahankan supaya anaknya yang cantik lagi comel it tidak mendengar perkataan yang tidak baik dari mamanya yang gorgeous ini.

"Awak kenapa ni? Cuba cerita dekat abang." Riyaz bersandar di kepala katil sambil memerhati Tengku Juliana yang sudah naik meroyan memerhati baju itu. Mukanya merah padam dengan hidung kembang kempis mendengus. Tapi cantik la. Isteri aku bila je tak cantik?

"Sama!" Dia melepaskan dress itu ke lantai sebelum terus menjatuhkan tubuhnya dan memeluk Riyaz. "Abang... sama..." Kakinya yang masih tersadai di lantai digedikkan. Tak suka! Tak suka! Tak suka!

"Iye..ye..apa yang sama..ma.." Tubuh Riyaz turut berkocak akibat Tengku Juliana bergerak-gerak di atasnya.

"Bencinya...tak suka! Meluat!" Tengku Juliana terus menghentak kaki. Wajah disodok ke dada Riyaz.

Tak mendapat jawapan dari Tengku Juliana, Riyaz menjarakkan sedikit tubuhnya sebelum menekup pipi Tengku Juliana dengan tangannya.

"Hey, sabar kejap. Cerita dengan abang." Rambut Tengku Juliana yang berserabai dibetulkan. Ibu jari mengelus halus pipi yang merah akibat geram itu.

"Kenapa ni? Hmm?" Suara Riyaz lembut dengan kening yang dinaikkan sedikit.

"Orang curi barang kita, kita boleh buat report kan, abang?"

Riyaz mengangguk. "Boleh."

"Jom buat report." Tengku Juliana menggosok mata. Rambutnya yang melekat di bibir dialih ke tepi.

Riyaz angkat kening. "Tu baju awak ke? Orang tu curi?" Bibirnya menunjuk kepada baju di lantai. Akalnya bermain. Tengku Juliana pernah pakai baju macam tu?

"Bukan." Tengku Juliana menggeleng laju. Tapi- " Eh baju saya lah." Dia mengangguk pula. Yelah, rekaan dia. Baju dia lah. Reka saja, tapi bukan milik dia. " Tak-tak, bukan baju saya."

Riyaz juga turut mengangguk geleng bersama Tengku Juliana. Keningnya berkerut. "Betul-betul lah, yang. Abang cium satgi."

Tengku Juliana menjuih. "Tak tahu, tapi saya nak cium." Bibir yang terjuih tadi berubah menjadi senyuman lebar. Keningnya terangkat. Dada Riyaz dikuis-kuis merenyam.

"Sebut cium je cepat ya." Riyaz menggeleng perlahan. Namun sempat juga dia singgahkan sekilas ciuman di dahi Tengku Juliana.

Tengku Juliana tersengih. Dia menjatuhkan kepalanya ke dada Riyaz. Tubuh sengaja dilembikkan supaya Riyaz memegangnya lebih erat. Matanya bersinar apabila tangan Riyaz memegang elok pinggangnya.

"Abang tahu kan saya selalu buat sketch yang lukis baju, dress semua tu?" Tengku Juliana tak mengangkat kepala. Dibiarkan saja kepalanya bersandar di dada Riyaz.

"Hmm...tahu."

"Baju tu..." Jari telunjuk lurus terarah kepada dress yang selonggok di lantai. Langsung tak memandang. Geramnya membuak-buak. Kurang didikan punya putera katak. Suka hati dia je! Dia ingat aku terharu. Yek!

" Ya, kenapa dengan baju tu?" Riyaz angkat kening.

"...salah satu daripada sketch saya. Saya tak tahu macam mana Haydar boleh dapat atau tengok sketch saya tu."

"Haydar?"

Tengku Juliana angkat kepala. Dia mengangguk kecil. "Haydar yang abang mengaku jealous bila saya sebut nama dia tu." Riak wajahnya nakal. Suka dia.

"Abang tahulah, jangan ingatkan." Riyaz memutar bola mata ke atas. Sengaja betul Tengku Juliana ni.

"Tapi ok la. Dia tolong buatkan sketch awak jadi kenyataan. Cantik lagi mengelip bersilau mata memandang ha." Riyaz sambung lagi, menyuarakan kepelikannya. Bukankah itu sesuatu yang bagus?

"Tapi dia ambik design saya."

"Lepas tu dia bagi balik kan?"

Tengku Juliana menjeling. Eey, Riyaz ni tak faham! "Habis kalau Haydar tu ambik saya, pastu bagi kat abang balik. Abang marah tak?"

"Uish, tu lain dah. Awak tu manusia. Mana boleh sama dengan lukisan."

"Sama! Abang kalau tanya penulis ke, pelukis ke, designer ke, jawapan dia sama, abang. Setiap yang kami hasilkan tu adalah dari jiwa kami. Orang tak boleh ambil macam tu je." Tengku Juliana mencebik.

"Saya kan jiwa abang. Mana boleh Haydar ambil macam tu je. Sama lah macam design saya. Mana boleh ambik, pastu bagi balik tanpa rssa bersalah. Saya tak suka." Habis ayat, dia menurunkan semula kepalanya. Tidur atas Riyaz sedap ni. Petang-petang macam ni pulak.

Riyaz mengangguk walaupun dia tak berapa faham dengan persamaan yang Tengku Juliana berikan. Dia mengeratkan pegangannya pada pinggang Tengku Juliana.

"Awak tahu tak, Luna pandang je kita dari tadi."

Tengku Juliana angkat kepala. Oh tidak! Macam mana dia boleh lupakan anaknya yang cantik itu?!

Kepala ditoleh.

Luna sedang meniarap dengan mata bulat memerhati si papa dan mama.

"Nana..naa..naa.."

Mama papa buat apa tu?

***

"Macam mana mama buat baby yang cantik macam ni?" Tangan kecil Afya mencuit dagu bayi perempuan tersebut. Dia bersila elok di sebelah Luna yang sedang meliar mata memerhati orang-orang yang berada dalam biliknya.

Tengku Juliana sudah mengibas tudung, bangga. "Yang tu rahsia la. Afya kahwin baru mama boleh cerita."

Afya mencebik. Mama kedekut ilmu.

"Akak semua ok kan? Jahitan semua tak ada masalah kan?" Puteri yang sedang mendukung Dania itu bertanya.

Tengku Juliana menggeleng. "Alhamdulillah, ok. Cuma ada la pedih-pedih sikit. Tapi ok je." Syukur sangat-sangat. Tak mahu dia selepas melihat Puteri yang terkoyak jahitan selepas melahirkan Dania. Melihat pun dah rasa sakit, belum rasa lagi.

"Eh, Puteri dulu pernah terkoyak jahitan kan?" Kali ini Ayra pula bertanya. Nawfal sudah tertidur di pangkuannya. Mood anak lelakinya hari ini tak baik. Tak nak ke semua orang termasuk Zahin sendiri. Selalu geng dengan babah dia je.

"Iye. Ya Allah, sakit sangat. Puteri sampai tak boleh cakap. Abang Darius duk tanya, tak boleh nak jawab. Sakit sangat."

Tengku Juliana sudah terkepit-kepit mendengar Puteri menceritakan pengalamannya. Macam mana nak tanggung dengan nanah lagi, pedih terkoyak lagi? Macam mana nak buang air? Aaa...sakitnya.

Si kecil Afya sudah terbaring di sebelah Luna. Dia menongkat kepala menyilang kaki mendengar tiga ibu bercerita. Ibu kata orang tua cakap tak boleh masuk campur, jadi dia hanya mendengar.

Tumpuannya terganggu apabila telefon di sebelah tilam bayi itu berbunyi. Melihat ibu dan ibu saudaranya masih rancak bersembang, Afya bangun dari pembaringan dan mencapai telefon tersebut.

Lengan Ayra dicuit.

"Ibu, Afya nak cakap boleh tak?"

Ayra menoleh. "Ya, nak cakap apa sayang?"

"Telefon mama bunyi dari tadi. Kesian baby cantik nak tidur." Afya menghulurkan telefon kepada Tengku Juliana.

Wanita itu menyambut. Dia mengerut kening melihat nombor yang tak dikenali. Siapa pulak yang berani mengacau mama yang georgous ini?

"Minta diri kejap ya."

Tengku Juliana berlalu dari bilik bayinya itu. Butang hijau ditekan. Dia membawa telefon ke telinga.

"Assalamualaikum."

"Dah dapat bungkusan yang saya bagi? Macam mana? Suka?"

Mendengar soalan itu, Tengku Juliana dah boleh agak siapa gerangan si pemanggil. Kau sedar tak suami aku tu polis kacak? Berani betul kau kacau isteri cantik polis yang seksi ini.

"Dah dapat. Macam tu lah. Tak suka." Satu-satu dia menjawab. Mendengar tawa di corong telefon buat telinganya bernanah.

"Kenapa? I suka baju tu."

"Apa yang awak cuba buat ni Haydar? Nak tunjuk jahitan awak bagus? Sulaman awak cantik? Macam tu?"

"I nak you tahu betapa bagusnya you, Tengku Juliana."

Tengku Juliana kerut kening. Eh, dah aku duk puji diri sendiri selama ni kau ingat aku tak bagus ke?

"Saya tahu lama dah yang saya ni bagus, Encik Haydar. Tak perlu awak nak bagitahu saya pun."

Haydar tergelak.

"Come on Tengku Juliana, you tahu apa yang i maksudkan."

Tengku Juliana dah naik rimas. Maksud apa pulak ni? Otak aku bukan cerdik sangat teka teki ni.

"Saya tak-"

"Rugi muka cantik, ada bakat tapi terkurung dalam rumah."

"Jangan-"

"You tak bahagia Tengku Juliana, i tahu."

***

Teaser 40

"Macam dengan definisi bahagia awak, Encik Haydar?"

***

How do you define 'happiness'?

Leave the answers.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top