Bab 38

Alhamdulillah!

Dua bulan Tengku Juliana dan Riyaz menanti untuk membawa pulang anak perempuan sulung mereka dan sejurus matahari terbit tadi, khabar gembira menyapa.

Dah boleh pulang, yeay!

Cepat saja pasangan itu membawa 'lari' anak mereka. Teruja betul.

Luna Riyana, nama yang dipilih Riyaz sendiri. Tanpa ada kata putus, senyap-senyap saja suaminya itu pergi daftar nama anak. Mendengar nama Riyana, tak jadi dia hendak memberontak. Pandai Riyaz si seksi itu menggabungkan nama mereka. Dalam hati ada taman rupanya.

"Asyik tidur je, bila nak bangun main dengan mama?" Tengku Juliana mencuit pipi tembam Luna yang sedang nyenyak tidur. Dia menongkat dagu di penghadang baby coat tersebut sambil jari memicit pipi, hidung dan lengan anak daranya. Aih geram!

"Sampai bila nak mengulit anak tu?" Riyaz yang berbaring menongkat tangan itu memerhati Tengku Juliana yang tak berganjak langsung dari baby coat sejak Isyak tadi. Obses betul dengan anak sendiri.

"Comel, muka banyak ikut saya ni. Patut la comel semacam." Tengku Juliana sudah terkembang-kembang hidungnya. Kulit putih merah, bibir sejemput buat Tengku Juliana betul-betul geram dengan anaknya. Nak gigit!

Riyaz mengangkat kening. Amboi, masuk bakul angkat sendiri.

"Juliana, meh sini." Riyaz menepuk ruang kosong dihadapannya, mahu mengalih perhatian isterinya itu. Tenung anak macam nak telan.

"Abang tidurlah dulu. Saya nak tengok kejap je." Mata masih statik memandang Luna. Langsung tak tertarik dengan ajakan Riyaz.

"Tak apa la, baru ingat nak cium tadi."

Cium?!

Tengku Juliana angkat kepala.

Riyaz menukar posisi dari mengiring ke berbaring. Belakang tubuh bertemu tilam. Dia tersenyum-senyum mengerling Tengku Juliana yang seakan terpana. Matanya dibuat-buat pejam.

Tengku Juliana terkelip-kelip. Cium muach muach ke?

Bagai dijampi dengan perkataan cium, Tengku Juliana bangun dan mengundur perlahan-lahan menuju ke katil. Tak boleh bagi Riyaz nampak muka terujanya.

Setelah betisnya bertemu birai katil, Tengku Juliana terus menjatuhkan badan.

"Ark!"

Terbuntang mata Riyaz apabila kepala Tengku Juliana menghempap lengannya. Isterinya itu meligas pantas memeluk tubuh tegap Riyaz. Wajah didongak sambil membuat muka cantik.

"Abang cakap nak bagi apa tadi?"

Riyaz menggeleng. " Tak da apa-apa. Kenapa?"

"Tipu..." Tengku Juliana mengecilkan mata. " Abang cakap nak cium saya tadi kan? Cepatlah." Bibir dijuih sambil dia merapatkan mukanya ke muka Riyaz.

"Abang, pat pat." Dengan mulut muncung, Tengku Juliana bersuara. Jauh betul bibir nak sampai ke destinasi.

Lelaki itu ketawa, geli dengan hembusan nafas Tengku Juliana di lehernya. Menyenget kepalanya. Wajah si isteri ditekup dengan tapak tangan.

Riyaz mengiring semula menghadap Tengku Juliana. Tangan kanan menyelit ke bawah leher sebelum dia merangkul bahu perempuan itu dan mengusapnya lembut. Tangan yang menekup wajah tadi dialihkan.

Mereka berbalas pandangan sebelum Tengku Juliana bersuara. "Abang sengaja kan umpan saya dengan cium." Dagunya menongkat dada Riyaz.

Riyaz ketawa lagi. "Ye lah kut."

Tengku Juliana mencebik.

"Awak tu kena tidur awal sementara anak tak meragam. Rehat cukup-cukup."

"Saya tengah rehat la tu, sambil tengok dia." Tengku Juliana mengeratkan pelukan. Lama tak bermanja dengan suami seksinya ini.

"Rehat yang abang maksudkan ialah tidur. Awak tak cukup tidur masa Luna dalam NICU dulu. Kalau jadi apa-apa macam mana? Siapa nak jaga abang?" Riyaz menjuih sedih. Apalah nasib.

Tengku Juliana terlepas tawa perlahan. Mengada.

"Abangkan boleh jaga diri sendiri," balas Tengku Juliana, berbisik.

" Sejak ada awak, abang lupa dah macam mana nak jaga diri sendiri." Tona suara Riyaz juga menyamai suara Tengku Juliana. Berbisik sesama sendiri.

Tengku Juliana tahan senyum. Benci betul Riyaz ni! Suka buat jiwa perempuannya menari tango.

"Nifas awak dah habis?"

Tengku Juliana menggeleng perlahan.

"Belum." Hampir tak terkeluar suaranya. Lenguh pipi menahan senyum. Lain macam Riyaz malam ni!

Riyaz mengeluh perlahan sebelum mengangguk kecil.

"Abang tak sabar ke?"

"Mana ada."

Acece.

***

"Letak baby oil sikit."

Tengku Juliana berada pintu bilik air memerhati Riyaz yang sedang bercangkung menyiapkan air untuk mandikan Luna. Dengan seluar polis yang belum bertukar, tak menyempat betul dia nak mandikan anak. Dia cabut baju je. Cewi sungguh!

"Ok dah." Riyaz meletakkan bekas baby oil di tempat simpanan. Dia menggosok tangan tidak sabar untuk mandikan Luna buat kali pertama setelah beberapa permohonannya ditolak.

"Baik-baik." Tengku Juliana menyerahkan Luna kepada Riyaz. Berhati-hati lelaki itu menyambut. Sempat pipi merah itu diciumnya.

Setelah membuka pakaian bayi itu, dia meletakkan Luna ke dalam tab kecil yang disediakan. Adakala badan Luna bergerak-gerak membuatkan Riyaz sedikit gugup. 

"Satu tangan pegang kepala dia." Tengku Juliana memberi arahan di sebelah. Tingkah Riyaz yang kekok itu menggeletek hatinya. Kayu semacam.

"Gosok celah ketiak dia, ha...macam tu. Leher dia."

Riyaz mengikut saja apa yang diarahkan oleh Tengku Juliana. Tangannya menggosok sabun ke tubuh anak kecilnya. Perlahan dan berhati-hati. Cermat sekali.

"Tolong abang!" Riyaz terjerit perlahan apabila tubuh Luna melonjak ke belakang. Tengku Juliana ketawa. Tangannya memegang tangan Riyaz, menyokong kepala bayi mereka.

Mata silih ganti memandang Riyaz dan Luna. Aih, dua-dua comel ni. Nak gigit yang mana dulu?

"Yeay, dah wangi sayang papa ni." Selesai mandi, Riyaz membawa Luna ke katil. Segar bayi itu menguntum senyum kepada kedua ibu bapanya.

"Alah comel sangat dia senyum tu."

"Ba..ba..ba.."

Ting tong!

Riyaz yang baru sahaja mencapai minyak telon terhenti apabila mendengar bunyi loceng. Dahinya berkerut. Rasanya tak ada yang bagitahu nak datang hari ni.

Tengku Juliana yang baru bangun itu ditahan. "Awak pakaikan baju Luna, abang buka pintu." Dengan itu, minyak diserahkan kepada Tengku Juliana.

"Pakai baju tu bang." Sempat Tengku Juliana mengingatkan Riyaz. Nanti buatnya perempuan yang datang, tak ke rezeki dia tengok badan laki aku yang seksi dan meletup kebabom itu.

Riyaz melangkah menuruni tangga sambil menyarungkan t-shirt pagoda putih ke tubuhnya.

Pintu dibuka sebelum dia menuju ke pintu pagar. Terlihat seorang posmen bersama motornya menunggu disebalik pagar besi itu.

"Ya, encik."

"Ni rumah Tengku Juliana?"

"Ya betul."

Posmen itu mengangguk sebelum mengeluarkan bungkusan berwarna coklat muda dari kotak penyimpanan barang.

"Tulis nama, kad pengenalan dan sain di bawah ni ya."

Selesai saja, Riyaz menyambut bungkusan yang dihulurkan. Dia menunggu posmen itu bergerak pergi sebelum dia memasuki rumah dan menutup pintu. Bungkusan itu digoyang. Tak bunyi apa pun.

"Siapa, abang?"

Mendengar tapak kaki menuju ke bilik, Tengku Juliana terus bertanya tanpa menoleh.

"Ni, bungkusan untuk awak." Riyaz meletak bungkusan di atas katil. Tengku Juliana mengerut kening. Rasanya dia tak beli apa-apa.

"Buka kan jap, abang."

Riyaz melabuhkan punggung di birai katil. Dia tergelak sebentar melihat si anak yang sedang mengepal tangan itu. Tak dapat ditahan, dia mencubit perlahan tangan tersebut. Geram!

"Sempat lagi."

Riyaz tersenyum. Tangan kembali membuka bungkusan tersebut. Tengku Juliana yang bersila di lantai sambil tangan menongkat kepala itu memandang tak sabar.

Satu kotak dikeluar. Kad yang tergantung bersama reben merah itu dibuka. Riyaz mengangkat kening melihat isi kad tersebut. Kepalanya sekejap mendekat, sekejap menjauh. Dakwat habis ke apa?

"H?"

"H?" Tengku Juliana mengulang semula. H? H. J. K. L. M. N.

Riyaz merungkai reben merah tersebut sebelum mengangkat penutup kotak. Sesuatu yang berkilau menyapa mata.

"Wow, apa ni?" Riyaz mengangkat dress cream yang terlipat kemas di dalam kotak. Terkelip matanya melihat baju yang hanya bermula dari separas dada itu.

"Awak beli ke, yang? Nak pakai buat apa?"

Tengku Juliana menggeleng laju. "Tak, bukan."

Dia meneliti beberapa kali baju tersebut. Warna dan perincian baju tersebut sangat familiar. Beberapa saat merenung, satu gambar melintas kepala.

Baju ni salah satu daripada fashion sketch yang pernah dilukisnya dahulu. Tapi macam mana—

H.

Haydar.

***

Teaser Bab 39

"Dia curi pun, dia bagi awak balik apa."

"Kalau Haydar tu ambik saya dari abang, lepas tu dia bagi balik. Abang tak marah ke?

"Uish, tu lain dah."

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top