Bab 35
"Nampaknya dia bukan kes'ekor'an!"
Mendengar ayat itu, Tengku Juliana terburai gelak. Siri Animasi Boboiboy Galaxy ini betul-betul menggeletek hatinya. Riyaz yang berada di belakang turut geli hati. Lama dia tak terhibur macam ni.
"Tadi Papa Zola ni macam berani sangat," komen Riyaz sambil menunjuk aksi kelakar Papa Zola di skrin telefonnya. Satu tangan memegang telefon, satu lagi memeluk pinggang Tengku Juliana yang duduk di atas ribanya.
Mereka berdua masing-masing mengekek dengan telatah kartun dari Malaysia itu.
"Tragedi fesyen!" Tengku Juliana menyandar ke dada Riyaz dan tergelak kuat. Perkataan yang digunakan betul-betul kelakar. Adui, siapa la buat skrip Boboiboy ni? Patut dapat Anugerah Orang Paling Kelakar Di Alam Semesta.
"Suka betul ye?" Riyaz memandang wajah Tengku Juliana yang tersadai di dadanya. Tubuh wanita itu bergetar akibat terlalu banyak gelak.
"Kelakar sangat. Saya geram nak cubit." Jarinya mencucuk skrin telefon Riyaz. Geram sangat!
Riyaz tergelak. Matanya mengerling jam dinding bulat yang tergantung di dinding hadapan katil. Jam sudah pun menunjukkan pukul 12:38 pagi.
"Esok kita tengok pulak ye? Dah lewat dah ni."
"Ok." Tengku Juliana mengangguk patuh.
Riyaz menutup telefon dan meletakkannya di meja night stand. Kemudian, matanya beralih ke sisi wajah Tengku Juliana. Dia tersenyum.
"Gelak sampai berpeluh." Jarinya menyelak rambut Tengku Juliana ke belakang untuk mendedahkan sekitar pelipis dan leher Tengku Juliana yang bermanik peluh sebelum mengelapnya dengan tapak tangan.
"Hurm, panas." Tengku Juliana berkeluh nipis dan turut menghilangkan sisa peluh yang dilap Riyaz tadi.
"Panas? Nak abang turunkan aircond?"
Tengku Juliana menggeleng. "Ok dah ni. Panas gelak banyak tadi."
Riyaz mengangguk mengerti. Kini, kedua-dua tangannya memeluk pinggang Tengku Juliana. Tapak tangan direhatkan di atas perut yang bulat dan keras itu.
"Doktor cakap apa pagi tadi?" Riyaz terkilan betul kerana dia selalu tak ada sewaktu doktor membuat pemeriksaan. Tangannya mengusap perut Tengku Juliana. Tak sabar rasanya untuk anak ini lahir.
"Doktor cuma nasihatkan saya untuk banyak berehat. Yang lain ok, cuma gula dalam darah saya kurang. Bacaan 4.9 je tadi."
"Macam mana nak naikkan? Doktor ada pesan makan apa-apa tak?" Kening Riyaz terangkat. Risau. Dengan keadaan Tengku Juliana begini, dia tak boleh terima apa-apa berita yang kurang senang.
"Nanti diorang bagi ubat lah. Jangan risau. Cuma saya kena stay banyak hari sikit lah kat sini." Tengku Juliana memuncung. Dia mendongak memandang Riyaz. Lelaki itu turut memandangnya.
"Tak pa, banyakkan rehat. Awak tu aktif je selalu. Ke sana ke sini." Riyaz menepuk pinggang Tengku Juliana. Menasihati sambil memberi amaran.
Tengku Juliana mengangguk. Mulutnya masih memuncung.
Melihat muncung Tengku Juliana yang tak turun-turun, Riyaz mengerut dahi. "Apa? Apa?" Sekali kepalanya terangkat sedikit semasa bertanya.
Wanita itu senyum dengan bibir masih berkeadaan yang sama. Makin sengaja dia mendekat dengan bibir yang sekejap dimuncung sekejap dikemam.
Riyaz ke belakang.
Makin dia ke belakang, makin Tengku Juliana mendekat.
Cup!
Jari telunjuk ditekap ke bibir Tengku Juliana. Kepala menggelang perlahan dengan mata dikecilkan. "No, no, no. Ibu mengandung dilarang menggatal."
Tengku Juliana mengecilkan mata. Dia membuka mulut dan ngap! Jari Riyaz digigit.
Riyaz membuat muka selamba. Takat gigi Tengku Juliana je manalah sakit. Dia pernah tergores dawai kawat, terhiris pisau sewaktu latihan. Itu belum masuk peluru yang terbenam di bahu.
Melihat tiada reaksi dari Riyaz, Tengku Juliana melepaskan jari seksi lagikan panjang suaminya itu. Dia mencebik.
"Siapa kata tak boleh?"
"Abang kata tak boleh."
Tengku Juliana menjuih. "Siapa 'abang'? Saya tak ada abang."
"Abang is Riyaz." Riyaz menjawab. Tak nak kalah.
"Siapa Riyaz?"
"Urm..." Riyaz berpura-pura memandang ke atas lagaknya berfikir. "Riyaz...anak Faiz Ramdan?"
Tengku Juliana senyum lebar. "Tet!" Dia menekan hidung mancung Riyaz.
"Salah! Riyaz is Juliana's husband!"
Riyaz tergelak. Ada saja perangai Tengku seorang ni.
"Sebagai denda, serangan ciuman kilat bertubi-tubi!" Mengikut intonasi Boboiboy, Tengku Juliana terus menyerang wajah Riyaz dengan bibirnya. Lelaki itu tergelak kuat.
Perangai betul.
***
Sudah dua bulan Tengku Juliana keluar dari hospital. Sebulan itu jugalah mesti terdengar suara Riyaz yang memekak tatkala dia berjalan ke sana sini. Overprotective betul!
"Yang, nak pergi mana tu?" Riyaz melaung dari dapur. Tengku Juliana yang baru bangun dari sofa itu berpusing tubuh. Riyaz yang tercegat di pintu dapur itu mencekak pinggang.
"Saya nak duduk situ, panjang sikit. Boleh baring." Telunjuknya lurus ke arah sofa tiga tempat duduk di hadapan. Matanya berkelip tak bersalah.
"Hati-hati jalan. Abang nak siap masak dah ni."
"Baik tuan!" Tangan dicondong menabik di kepala. Tubuhnya tegak bersama perut yang ke depan. Wajah serius.
Spontan Riyaz turut tegak membalas tabik. "Haip!" Dia kemudiannya ketawa dan menuju kembali ke dapur. Layankan je lah ibu mengandung seorang tu.
Berhati-hati Tengku Juliana melabuhkan punggung di atas sofa sebelum perlahan-lahan dia membaringkan tubuhnya. Bantal kecil dibawa melapik kepala.
Tangannya mengusap perut. Sedar tak sedar kandungannya sudah pun 30 minggu. Dia tersenyum seronok. Haih, tak sabar betul! Dia, Riyaz dan anak mereka. Aww! Anak! Anak dia dan Riyaz!
Riyaz! Crush tercinta sepanjang zaman!
Boleh menggelepar keseronokan macam ni.
Dalam dia asyik melayan kebahagiaan, matanya perlahan-lahan tertutup. Angin sejuk membuatkan matanya memberat. Tak lama kemudian, kegelapan menjemput.
"Sayang, jom makan." Riyaz yang baru sahaja selesai menyediakan makanan mendekati ruang sofa yang diduduki oleh Tengku Juliana. Menggeleng dia melihat Tengku Juliana yang terbaring menutup mata itu. Tidur pulak dia.
"Juliana, bangun." Riyaz menggoyangkan lengan isterinya.
Tengku Juliana yang sedikit terganggu itu merengus perlahan sebelum kembali hilang dalam tidurnya.
"Bangun, makan." Riyaz kali ini mengangkat kepala Tengku Juliana. Belum sempat dia bersuara lagi, matanya tertancap kepada kain Tengku Juliana yang basah.
Dahinya berkerut.
"Juliana, bangun. Awak terkencing ni." Bahu Tengku Juliana digoyang lagi. Dalam pada itu, dia juga pelik. Tengku Juliana tak pernah terkencing dalam tidur.
Tengku Juliana terpisat membuka mata. Dahinya berkerut dengan pernyataan Riyaz. Kencing?
"Saya tak kencinglah."
"Ni kain awak basah ni."
Tengku Juliana mengerut kening. Takkan dia kencing dalam tidur? Huwaaa! Jatuh imej divanya depan Riyaz. Mana nak sorok muka? Mana nak sorok muka? Afya! Bantuin mama!
Tengku Juliana membulat apabila terasa sekali lagi air terkeluar. Dia menepuk bahu Riyaz berkali-kali.
"Abang! Abang! Betul saya tak kencing! Dia macam terkeluar sendiri!" Dia sendiri kalut. Air apa yang keluar ni? Mama! Ibu! Nenek!
Riyaz mendekatkan hidungnya ke kain Tengku Juliana yang basah. Tak bau hancing pun. Dia menggaru pelipis dengan kening berkerut. "Dah nak beranak ke, yang?"
"Ta—tapi baby baru 30 minggu."
Tak ada pilihan, Riyaz terus mencempung Tengku Juliana.
"Kita pergi hospital."
***
"Puan Juliana dah sampai masa nak bersalin ni. Air ketuban dah pecah. Kemungkinan bayi yang akan dilahirkan bayi pra-matang."
"Maksud doktor, baby akan lahir tak cukup bulan?" Riyaz bertanya dan dijawab dengan anggukan oleh doktor perempuan bertag nama 'Syahidah' itu.
"Kita tunggu untuk bukaan sebab Puan Juliana tak ada bukaan lagi. Kalau bukaan dah besar, bayi boleh lahir secara normal. Kalau tak ada bukaan, kita terpaksa buat caesar. Buat sementara ni Puan Juliana kena berehat di wad dululah, ya?" Senyuman doktor tersebut ikhlas seperti cuba menenangkan perasaan bakal ibu bapa ini.
Tengku Juliana tersenyum nipis dan mengangguk.
Riyaz mengusap bahu Tengku Juliana. Sebagaimana resahnya wanita itu, dia juga turut merasakan demikian. Apatah lagi bayi ini berkemungkinan besar bayi terakhir mereka.
"Abang teman ya? Jangan takut."
"Baik abang."
***
Anda rasa penulisan saya semakin membaik atau tidak.
Berikan komen.
Thank you! ❤
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top