Bab 34
"Mama?"
Riyaz terus bangun menegak. Belakang kepala digaru bersama muka tak bersalah. Dia berpura-pura mengemas night stand di sebelah katil Tengku Juliana.
"Mama?" Anak kecil itu bersuara sekali lagi sambil tangan meraba-raba badan Tengku Juliana. Rasanya dia sudah membuka mata, tetapi kenapa gelap?
Tengku Juliana mengalih tangannya. Senyuman diukir buat si puteri.
Mata jernih Afya bulat memandang ibu saudaranya. Dia terkebil-kebil tak mengerti. "Tadi...Afya rasa gelap." Tangan kecil itu menyentuh mata lalu digosok perlahan.
Jangan-jangan ini tanda-tanda awal buta!
"Dah Afya tak buka mata, memanglah gelap." jawab Tengku Juliana. Dia mengusap bahu Afya yang jelas sedang menerawang berfikir. Gadis itu bergelisah tak senang.
"Afya buka, mama. Tapi gelap." Dia berkelip-kelip.
"Hah?" Tengku Juliana bersuara mengejut bersama mata membulat. Afya turut nenunggu bicara Tengku Juliana bersama mata beningnya yang berkaca-kaca.
"Jangan-jangan, mata Afya dah nak buta!"
"Namau..." Terus saja air mata mengalir ke pipi bulatnya. Mata memandang Riyaz mengharapkan lelaki itu menidakkan kata-kata Tengku Juliana. Bibir mencebik sedih. "Papa..."
Riyaz tergelak sambil menggeleng kepada Afya. Baru bibir mungil Afya mahu melepaskan senyuman, Tengku Juliana menyampuk. "Kalau tengok papa, nanti lagi cepat Afya tak nampak."
"Tipu!" Muka kembali tersebek.
"Betul. Mama tak nak tanggung." Tengku Juliana mengangkat bahu tak bersalah. Tubuhnya dijarakkan menjauhi Afya.
Si gadis kecil itu meraung sambil mendekati Tengku Juliana . "Mama!" Terus dia membenamkan muka ke lengan ibu saudaranya dan melepaskan tangisan di situ.
Dia takut. Tak nak buta, nanti tak boleh tengok fashion show. Huwaaaaaa!
Tengku Juliana tergelak dalam senyap. Suka betul dia mempermainkan kenaifan Afya Zahyra seorang ni. Diva la sangat! Menangis tak kira masa.
"Shh..tak apa. Kalau Afya tak tengok papa, mata Afya ok je. Malah bertambah terang." Tengku Juliana memujuk sambil tangan menepuk bahu Afya.
Riyaz mengecil mata memandang Tengku Juliana. Kepalanya digeleng perlahan. "Nakal!" bisiknya perlahan. Hidung Tengku Juliana dicuit sebelum dia kembali ke sofa.
Tengku Juliana tersengih. Matanya menyoroti Riyaz yang menjatuhkan tubuh ke atas sofa itu. Selesai menyelesakan tubuh, lelaki itu membawa tangan melapik kepala bersama mata yang merenung ke arahnya.
Mereka berbalas renungan sebelum mata masing-masing terkatup dijemput mimpi.
Tangisan Afya masih belum reda.
***
Seorang lelaki berpakaian kemas kemeja bersama suit yang kelihatan mahal dan berjenama masuk ke dalam pintu utama hospital. Di kiri dan kanannya terdapat tiga orang pengawal berpakaian hitam dari atas sehingga ke bawah.
Di tingkat satu hospital itu lif berhenti. Tingkat yang memuatkan suite mewah untuk pesakit yang berkemampuan.
Di bilik paling hujung, lelaki itu tersenyum melihat nama Tengku Juliana yang menjadi penghuni ward tersebut. Pintu dibuka.
"Tengku Juliana di sini ke?" tanyanya kepada jururawat yang sedang mengemas katil. Kelibat Tengku Juliana langsung tak kelihatan.
"Tengku Juliana sedang mandi. Encik ni siapa ya?"
"Saya kawan dia. " Haydar tersenyum cantik.
Jururawat itu mengangguk. "Encik duduk dululah. Sekejap lagi Tengku Juliana siap."
"Baik." Lelaki itu mengangguk lalu mengambil tempat di sofa empuk bersebelahan katil. Dia duduk bersilang kaki dengan siku menahan di penghadang sofa. Matanya menyoroti tubuh jururawat yang berlalu keluar dari bilik tersebut.
Bibir tersenyum sinis.
Mendengar suara dari luar, Tengku Juliana mengerut kening. Riyaz datang ke?
"Abang?" Pintu bilik air dibuka sedikit, cukup-cukup untuk matanya melilau memandang siapakah gerangan di dalam biliknya.
Haydar yang sedang duduk bersilang kaki itu mengangkat tangan dengan senyuman.
"Haydar?"
Haydar meletakkan tangan ke dada. "Satu penghormatan apabila Tengku Juliana mengenali saya, Prince Haydar."
Tengku Juliana mengukir senyum paksa.
Prince je pun! Berlagak bukan main lelaki jambu ni. Sepupu aku Raja la! Siap boleh main Jutaria dengan aku lagi. Kau apa tahu? Huh!
"Kejap ye." Tengku Juliana menutup pintu bilik air. Dia menggaru kepalanya. Tudung pula tak bawa masuk.
Lelaki tu pun tetiba je datang.
Takkan nak keluar macam tu je?
Atapun dia tunggu saja dalam bilik air sampai Riyaz balik?
Mampus dia kalau Riyaz tahu. Mengamuk lagi suaminya itu. Nak tak nak dia kena keluar dan layan Haydar supaya lelaki itu cepat-cepat nyah dari bilik itu dan hidupnya.
Dengan hanya tuala yang menyelubungi rambutnya, Tengku Juliana keluar dari bilik air. Senyuman diberikan kepada Haydar. Dia cepat-cepat merabut tudung sarung di atas katil dan kembali ke bilik air.
"Susah-susah je datang." Tengku Juliana yang keluar dari bilik air itu mendekat. Tudungnya dibetulkan menutupi dada.
"Tak susah pun." Haydar masih mengekalkam senyumannya. Dia memandang orang kanannya dan mengangguk mengisyarat sesuatu.
Orang kanannya patuh dan mendekati Tengku Juliana bersama sebakul buah-buahan yang dirias cantik.
"Terima kasih, cantik sangat. " Tengku Juliana menyambut. Orang kanan itu menunduk dan bergerak keluar dari bilik tersebut.
"Hanya yang cantik untuk orang secantik Tengku Juliana." Haydar yang tadinya bersandar kini duduk menahan siku di atas paha. Jemarinya bercantum dengan mata yang beriak nakal.
"Ouh..." Tengku Juliana mengangguk berkali dan tersenyum lebar. Dua jari membuka kad ucapan yang diselit di celah buah itu.
Get well soon.
Love, H.
Ergh, tolonglah! Geli! Bini orang yang mengandung ni pun kau nak try ke?
"Ni semua awak yang lukis ke?" Dengan selamba Haydar membuka buku fashion sketch Tengku Juliana. Dia mengangguk-angguk melihat lakaran.
"Ya, saja habiskan masa lapang." Tengku Juliana meletakkan bakul di meja sebelah katilnya dan berjalan ke arah sofa.
Dia mengambil tempat di hadapan Haydar.
"Awak patut ceburi bidang fashion ni dengan lebih dalam. Dengan idea yang macam ni..." Jari Haydar menggores halus lukisan Tengku Juliana. "...awak boleh pergi jauh."
Tengku Juliana gelak halus dengan kepala digeleng. "Saya buat dengan minat. Tak pernah terfikir nak dijadikan karrier. Lagipun suami saya tak bagi saya berkerja. "
Haydar mengangkat sebelah kening. Hujung bibirnya ternaik sinis. Dia menyandar dan bersilang tangan. Matanya memerhati Tengku Juliana.
"Dan dia nak sara awak dengan anak awak, hanya dengan gaji polis dia tu? Heh.."
Tengku Juliana sudah panas hati. Putera jambu ni! Ada je dia nak menghina suami aku! Hey, sekurangnya dia lagi handsome daripada kau yang putih melepak macam kulit paha aku ni!
Melihat Tengku Juliana yang mencerlungnya, Haydar terlepas gelak.
"Sorry, saya ada salah cakap ke?"
Tengku Juliana pantas mengubah riak wajahnya. Dia menggeleng dan tersenyum lebar.
"Saya tak kisah gaji kecil ke apa. Sebenarnya polis macam dia lah yang sangat berjasa. Fashion show pun panggil polis juga untuk berkawal." Tengku Juliana senyum suci. Dia mendekat. Suaranya diperlahankan.
"Dan kalau tak ada polis lah, awak ingat awak boleh berjalan masuk dalam ward saya dengan kaki bersilang awak dan senyum sinis di hadapan muka saya? "
Melihat wajah Haydar yang keruh, giliran Tengku Juliana mengukir senyum sinis. Dia kembali menegakkan badannya.
"Kenapa? Saya ada salah cakap ke?"
Haydar gelak. Kedengaran sangat palsu.
"Well, saya tak tahulah kenapa ibu mengandung yang sedang marah kelihatan sangat seksi?"
"Da—"
"Assalamualaikum." Pintu ward dibuka. Tubuh Riyaz yang masih berbalut seragam polis terpacak dihadapan pintu.
Tengku Juliana mengangkat kepala. Abang! Siap kau Haydar! Suami aku yang seksi dah balik!
"Putera Haydar dah nak balik. Terima kasih kerana datang." Sengaja Tengku Juliana menekankan perkataan Putera dengan muka yang disiniskan.
Haydar cuma menjungkit bahu dan tergelak perlahan. Dia bangun dari duduknya. "Semoga cepat sembuh Tengku Juliana." Dia menunduk kepalanya sedikit dan terus bergerak keluar dari ward tersebut tanpa memandang Riyaz.
Riyaz memandang Tengku Juliana tatkala pintu ditutup. Isterinya terkumat-kamit bercakap sendiri. Seolah meluah perasaan geram.
Dia mendekat.
"Kenapa ni, ok tak?" Riyaz menggosok bahu Tengku Juliana sebelum satu ciuman ringkas dihadiahkan di tepi kepala Tengku Juliana.
"Lelaki meroyan tu la. Mulut kurang ajar gila. Rasa nak koyak-koyak je mulut dia. Eeyy eyy eyy!" Tangan siap membuat gaya mengoyak. Bibir diketap geram! Erghh!
Riyaz tergelak. "Dah dah. Jangan marah. Nanti abang ajar dia cukup-cukup."
"Pukul dia sampai lumat! Janji?" Tengku Juliana menyua jari kelinkingnya.
"Janji sayang." Riyaz menyambut jari kelinking Tengku Juliana dengan jarinya. Dua anak jari itu bertaut.
Dahi Tengku Juliana dicium.
"Jom, abang download cerita cartoon kat awak. Malam ni kita tengok."
Tengku Juliana bersorak teruja. "Yeay! Cartoon apa?"
"Boboiboy."
***
Kebenaran.....!
(sila sambung)
Haha, malam ni ada update lagi.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top