Bab 33
Riyaz membuka helmet dikepalanya. Beg kertas yang tersangkut di handle motor diambil. Langkah kakinya agak laju berjalan memasuki hospital swasta di Werland itu.
"Assalamualaikum."Riyaz membuka pintu suite dan menjenguk ke dalam. Kelihatan Tengku Juliana sedang menunduk melakar sesuatu di dalam buku kosong yang dibeli oleh Riyaz tengah hari kelmarin.
"Waalaikumussalam, abang!" Tengku Juliana meletak pensil mechanicalnya dan terus membuka tangan. Apabila Riyaz mendekat, dia mendakap tubuh lelaki itu seeratnya.
"Mandi lagi tak?" Kepala Tengku Juliana dicium nipis. Tangan Riyaz erat memeluk bahu Tengku Juliana dan diusap perlahan. Kesian dia kena tinggal seharian.
"Dah mandi dah." Tengku Juliana mengangguk. Pelukan dilepaskan dan dia beralih sedikit memberi ruang kepada Riyaz untuk duduk di sebelahnya. Tangan ditepuk di situ. Memahami isyarat tersebut, Riyaz melabuhkan punggungnya di sebelah Tengku Juliana.
"Mandi dah? Siapa mandikan?"
Dahi Tengku Juliana berkerut. Dia memandang Riyaz dengan wajah yang tidak percaya. "Diri sendiri la. Siapa lagi?"
"Habis tu tadi pagi suruh abang mandikan."
Terus terlepas sengihan tak bersalah Tengku Juliana. Dia mengelip-kelip mata dengan senyuman suci. Apabila tak mendapat reaksi dari Riyaz, bibirnya memuncung. Bahu jatuh.
"Ala, nak manja pun tak boleh. Garang gila," omelnya perlahan dengan jari menguis selimut. Bukan selalu abang seksi mandikan. Tu pun nak tunjuk muka garang seksi dia tu. Dah la seksi, bertambah seksi lagi adalah.
Riyaz mengecil mata. Senyumnya terbentuk. Belum sempat bibirnya mendarat ke pipi Tengku Juliana, suara kanak-kanak perempuan kedengaran dari jauh.
"Mama! Mama!"
Tengku Juliana membulat mata. Si budak Afya itu!
Tubuh Riyaz ditolak. "Abang! Kata saya tidur." Cepat-cepat dia membaringkan tubuhnya lalu selimut diangkat menyelubungi tubuh. Mata dipejam rapat.
"Mama!"
Drama princess sudah datang.
Afya berlari menghampiri katil Tengku Juliana. Tangan kecilnya menggoyang bahu ibu saudaranya itu.
"Mama...isk..are you okey?" suara Afya kecil bertanya Tengku Juliana. Melihat mamanya yang berselubung dan lemah itu membuatkan air matanya bila-bila saja boleh tumpah.
"Afya..uhuk uhuk..." Tangan Tengku Juliana terketar-ketar memegang pipi Afya. Batuk sengaja diulang beberapa kali. Bagi nampak menarik lakonannya. Mendengar Tengku Juliana melepaskan batuk, seraya itu air mata Afya gugur dari mata beningnya.
"Mama..isk isk..jangan tinggal Afya..isk isk..." Berlinangan air mata keluar ke pipi tembam itu. Rambut yang terlekat di wajahnya dialih berkali-kali dengan tangisan.
Dua orang lelaki yang melihat drama air mata itu berlapis-lapis dahi dibuatnya. Riyaz berkelip mata manakala Akmal yang menemani Afya tergelak nipis di sebelah Riyaz.
"Afya...uhuk...masa mama dah tak banyak..uhuk..." Tengku Juliana masih meneruskan lakonan walaupun dia sudah mahu ketawa besar melihat air mata Afya. Ratu menangis betul!
"Mama...huwaa..." Lengannya menutup mata dengan mulut ternganga menangis kuat. Hilang terus keayuan yang ditunjukkan selama ini. Tak mungkin dia akan kehilangan idola kecantikannya.
"Mama jangan pergi..isk...isk.." Nafasnya tersekat. Bahu terhinjut menahan tangis. Habis merah mukanya bersama rambut serabai yang tadinya terikat comel. Tangan kecilnya dibuka luas memeluk tubuh Tengku Juliana.
Tengku Juliana menahan senyum yang hampir terbentuk. Rasakan derita ini wahai Puteri Afya Zahyra. Muahaha!
"Mama takkan pergi..uhuk uhuk..kalau Afya janji dengan mama...uhuk uhuk uhuk." Makin menjadi-jadi lakonannya.
Afya mengangkat kepala. Tangisannya dilap dengan belakang tangan. "Janji apa...isk..."
"Jangan mengorat papa lagi..uhuk uhuk! " Biarkan budak ini menderita. Dia pernah memeriksa log panggilan Riyaz dan kebanyakkannya panggilan masuk dari anak kecil ini. Berani-beraninya kamu!
Jatuh rahang Riyaz. Isteri siapa ni, Ya Allah?! Memalukan betul. Dengan budak kecil pun menjadi sungguh perangai. Akmal menahan diri. Dia berpura menggosok bawah hidung menutup tawa kecilnya.
"Janji..Afya janji..isk.." Afya mengangguk laju sambil menghulur jari kelinking kecilnya itu kepada Tengku Juliana.
Terketar-ketar Tengku Juliana menyambut. Afya terus memeluk Tengku Juliana dan menyembamkan mukanya ke dada wanita itu.
Tak nak ganggu papa dah.
***
Tengku Juliana membuat muka sambil menepuk bahu Afya yang ketiduran di sebelahnya. Punya gadis kecil itu takut Tengku Juliana meninggalkannya sampai taknak balik! Tiba-tiba terasa menyesal pulak buat drama tadi.
"Abang." Tengku Juliana memanggil perlahan Riyaz yang sedang berbaring di atas sofa. Kasihan lelaki itu menjaganya dari petang tadi sehingga ke malam ini.
Riyaz mengangkat kepala mendengar panggilan isterinya.
"Kenapa sayang?"
"Abang nak balik, baliklah. Saya ok." Tengku Juliana tersenyum. Walaupun hatinya meronta-ronta tak mahu lelaki itu meninggalkannya.
"Abang ok je. Penatlah nak bawa motor balik." Riyaz mencipta alasan. Padahal mana sanggup dia tinggal Tengku Juliana berseorangan apabila mendengar bicara doktor petang tadi mengenai keadaan kandungan isterinya itu.
"Kalau tak nak balik, marilah sini. Saya rindu nak dekat-dekat dengan abang." Tengku Juliana sudah naik ulat bulu. Riyaz yang baru meletak kepala itu kembali mengangkat kepala dengan keningnya berkerut.
"Meh la abang." Tangan menepuk di sebelah.
Riyaz bangun dan menghampiri katil. Kerusi di sebelah katil tersebut didudukinya. Labuh saja punggung Riyaz ke kerusi, terus tangannya disambar oleh Tengku Juliana lalu dipegang erat dan dibawa ke pipinya.
Riyaz tersenyum nipis. Tangan kirinya menahan tubuh.
"Tak ada rasa nak buang air ke apa?" Ibu jari tangan kanan yang berada dalam genggaman Tengku Juliana mengusap halus pipi itu.
Tengku Juliana menggeleng. "Tak ada."
Riyaz mengangguk. Posisi ditukar dengan tangan kirinya menongkat kepala menghadap Tengku Juliana. Tangan kanan digerakkan mencuit hidung wanita itu. Sekadar bergurau.
Tengku Juliana terlepas tawa kecil. Hidungnya dikerutkan.
Riyaz tersenyum lebar.
"Abang takkan tinggalkan saya kan?" Tangan Riyaz dicium nipis. Berita yang disampaikan doktor petang tadi meresahkan hati perempuannya.
Riyaz pula mengalihkan tangan mereka yang bercantum itu ke bibirnya. Belakang tangan Tengku Juliana dicium lama.
"Awak tak percayakan abang ke?"
Mendapat soalan itu, Tengku Juliana terus menggeleng laju. Dia yakin dengan Riyaz. Walaupun lelaki itu jarang mengucapkan kata cinta, tapi dia tahu hati Riyaz bagaimana melalui layanannya.
"Saya percayakan abang, tapi..." Tengku Juliana menggigit bibir. Riyaz menunggu bersama tangan Tengku Juliana yang sengaja ditekap ke pipinya. "...ni mungkin baby terakhir kita."
Riyaz senyum biasa. Mendengar bahawa isterinya mungkin tidak boleh mengandung lagi selepas kelahiran anak pertama mereka, Riyaz rasa tamparannya lebih kuat kepada Tengku Juliana. Dia perempuan. Tapi gadis ini tak menangis. Hanya sembunyi sedih di sebalik mata jernihnya itu.
"Tak apa, kita akan besarkan dia sama-sama. Okey?" Tangan kiri Riyaz menekap di perut Tengku Juliana. Kata doktor, ajaib bila kandungan Tengku Juliana masih bertahan memandangkan keadaan rahim wanita itu yang lemah dan tidak kuat.
"Okey." Tengku Juliana mengangguk. Senyumnya melebar.
Suasana kembali sepi malam itu. Riyaz melayan perasaan mengusap perut yang membulat naik itu. Suka dengan rasa hangat dan keras perut itu, dia kadang-kadang terlepas tawa. Mungkin sedang membayangkan saat bahagia mereka.
Tengku Juliana memerhati. Apatah lagi apabila suaminya itu tersenyum sehingga kelihatan gigi. Oh, bolehkah kita jatuh cinta berkali-kali kepada seseorang? Entah ke berapa juta kali dia jatuh hati dengan senyuman Riyaz.
"Abang.." suara Tengku Juliana memecah sunyi.
Riyaz memandang. Dahinya berkerut melihat Tengku Juliana yang memuncung bibir itu. Dah kenapa pulak ni? Sakit bibir ke apa?
"Nak kiss." Bibirnya kembali dimuncung.
Riyaz tergelak.
"Afya nampak la. Awak ni tak senonoh." Riyaz mencekup muncung bibir Tengku Juliana. Agak-agak la, tercemar mata budak tu nanti. Dah la suka mengikut apa yang idola dia buat. Diciumnya budak lelaki kat tadika tu nanti. Parah.
Tangan Tengku Juliana yang berada di bahu Afya naik menekup mata yang memang sudah terpejam itu.
"Saya dah tutup dah."
Tengku Juliana senyum cantik. Walaupun badannya agak kembang tetapi tetapi tak menjejaskan kedivaannya. Diva takkan sesekali berhenti mengalir dalam darahnya.
Tak betah dengan kecantikan isterinya, Riyaz menggeleng kecil sebelum merapat mencantumkan bibir mereka. Tengku Juliana tersenyum dalam ciuman sambil tangan menarik leher Riyaz.
"Mama?"
***
Birthday shout out to
nuhushaz15 (2/8) , @Hazelllcee (2/8), nrakee (2/8), irah_caramia (3/8) dan semua yang hari lahirnya 2 dan 3 August.
May all happiness be with you.
I love you 3008!
***
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top