Bab 30

Tengku Juliana menunggu di luar pintu tandas lelaki. Langkahnya tak tetap. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Orang yang lalu lalang memandang pelik wanita cantik yang kelihatan seperti tidak betul itu.

Sekarang imejnya tidak penting. Yang penting Abe Riyaznya muntah! Arghh! Macam mana? Kesian dengan satu-satunya suami seksi dia itu. Kalau dia tahu Riyaz mabuk perjalanan, tidaklah dia paksa Riyaz terbang sehingga ke Italy ini.

Pukul 4 pagi, Lapangan Terbang Antarabangsa Marco Polo ini tak sunyi dari manusia yang datang dari pelbagai penjuru dunia. Tengku Juliana bercangkung menunggu di sebelah pintu tandas itu. Resah menunggu.

Setiap kali mendengar tapak kaki orang menghampiri pintu tandas Tengku Juliana cepat-cepat menoleh. Sudah beberapa orang keluar, namun Riyaz masih juga di dalam.

"Arh..." Mendengar suara yang amat dikenalinya, Tengku Juliana bingkas bangun. Nasib tak tersungkur tubuhnya akibat terlalu lama bercangkung.

"Abang!" Tak menghiraukan sesiapa, Tengku Juliana memegang kedua pipi Riyaz sehingga ternaik sedikit bibir lelaki itu dibuatkan. Rambut Riyaz yang terjuntai ke dahi diraup ke belakang. Perlakuannya kalut sekali.

"Abang ok?"

"Demam ke?"

"Abang mabuk lagi tak?"

Riyaz melepaskan tangan Tengku Juliana dari wajahnya. Dia bersandar di dinding dengan mata terpejam. Perutnya tak selesa, ditambah dengan rasa loya dan pedih yang menyucuk tekaknya. Dia berdehem cuba menghilangkan rasa pahit yang bermain di dalam mulutnya.

"Abang kenapa tak bagitahu abang mabuk?" Serba salah dibuatnya. Tak pasal-pasal mereka berhoneymoon di hospital nanti. Best tu best la jugak sebab ada Riyaz, tapi tak boleh berjalan.

"Abang tak mabuk la." Riyaz mengelap bibirnya yang basah. Pelik juga dia, sebelum-sebelum ini dia ke luar negara tak pernah pula muntah dan loya macam ni.

"Habis tu?" Tengku Juliana kerut kening.

"Abang alah kut." Jawab Riyaz. Dia cuba menyelesakan tubuhnya walaupun kepalanya terasa sedikit berpusing.

Tengku Juliana diam. Kasihan Riyaz. Sepanjang dia berbadan dua, hanya lelaki itu yang terkesan. Hormon cemburu menaik, demam panas, muntah. Lepas ni apa pulak?

Manja terlebih?

Woww! Memang itu yang diharapkan!

Memikirkan kemungkinan itu Tengku Juliana tersengih-sengih sendiri.

Riyaz mengangkat kening. Hujung tudung Tengku Juliana ditarik. "Sengih-sengih kenapa?" Orang tengah sakit dia boleh senyum, cuba tunjuk simpati sikit.

"Sorry, jom kita pergi hotel. Hari ni abang rehat je..." Tengku Juliana mendekatkan bibirnya ke telinga Riyaz, suaranya dilunakkan. "...saya bagi layanan VVIP punya dekat abang." Apabila dia menjauh satu kenyitan berkelajuan cahaya diberikan.

Riyaz menahan rasa teruja dalam diri. Riak wajahnya diketatkan tak mahu menunjuk bahawa godaan Tengku Juliana ternyata berkesan terhadap dirinya.

"Suka tak?" Tengku Juliana gigit bibir. Jari melukis-lukis dada Riyaz, mengusik. Riyaz masih menahan bibirnya daripada mengukir senyum. Seorang pahlawan takkan jatuh ke tangan seorang puteri dengan begitu mudah!

Riyaz menepis tangan Tengku Juliana. "Jangan mengarut. Jom cepat." Riyaz mendahulukan langkahnya. Bibirnya dikemam menahan senyum yang sudah mula terbentuk. Aish Tengku Juliana ni. Boleh tak jangan menggoda sangat?

"Tak sabar la tu." Tengku Juliana masih belum berhenti mengusik. Terkekek wanita itu dibelakang. Suka dia melihat telinga Riyaz yang memerah. Dah nak jadi bapak dah pun abang polis yang seksi, kenapa malu-malu lagi?

Riyaz berhenti. Tengku Juliana mengangkat kening beberapa kali dengan senyuman nakal di bibir. Riyaz menghalakan tangannya membiarkan wanita itu berjalan di hadapan.

"Awak jalan dulu." Tak boleh biar Tengku Juliana di belakang, nanti tak habis-habis dia mengusik.

Tengku Juliana senyum manis. Matanya dikenyit sebelum...

Mata Riyaz membulat!

Wanita itu segera berjalan laju dihadapan. Hampir putus nafas Riyaz di situ. Adakah tangan Tengku Juliana yang meramas bumpernya sebentar tadi? Adakah...adakah dia baru sahaja dicabul oleh isterinya sendiri?

"Abang, cepat! Saya pun tak sabar ni." Tengku Juliana melaung sekadar untuk sampai ke telinga Riyaz.

Riyaz terlepas tawa kecil. Kepalanya digeleng perlahan sebelum dia melangkah mendekati Tengku Juliana.

Siap kau!

***

"Twinkle twinkle little star..." Jari Tengku Juliana merayap di sekitar dada dan perut Riyaz yang terdedah sambil bibirnya berbisik menyanyikan lagu tidur kanak-kanak itu.

Riyaz yang memejam mata itu tersenyum lalu menangkap dua jari Tengku Juliana yang tak habis menceroboh kawasan dadanya. Gatal punya jari.

"Rise and shine...dah pukul 8 abang." Tengku Juliana melapik dagunya di atas dada kiri Riyaz. Lelaki itu hanya menderam dan membuka sebelah matanya.

"Good morning Juliana." Bibirnya dimuncungkan. Faham dengan isyarat itu, Tengku Juliana segera merapatkan dahinya ke bibir Riyaz. Cup! Dia tersenyum lebar. Riyaz mengusap belakang Tengku Juliana.

"Kita nak pergi mana hari ni?" Apabila matanya sudah terbiasa dengan cahaya matahari di luar, Riyaz membuka kedua matanya. Tangan kanan dibawa melapik kepala manakala tangan kiri masih melekap di belakang isterinya.

"Bukan ke hari ni kita nak duduk bilik je?" Tengku Juliana mengerling nakal. Riyaz tergelak. Dicuit hidung wanita cantik itu. 

"Abang dah dapat layanan terbaik punya tadi. Sekarang abang dah sihat."

"Kalau macam tu, hari ni kita naik gondola." beritahu Tengku Juliana ringkas.

Riyaz mengerut kening. Kepalanya terangkat sedikit. Itu saja? Dia punya la menyediakan telinganya untuk dihidangkan dengan pelbagai rancangan menarik honeymoon mereka di Venice, Italy ini.

"Yang tu je?"

Tengku Juliana mengangguk. "Haah."

"Abang rasa banyak je tempat best kat Italy ni, kenapa nak naik gondola je? Lepas tu nak buat apa?"

Wanita itu tergelak diva. "Saya teringin nak naik gondola je. Itu saja rancangan saya. Tempat lain kita tentukan sama-sama. It's our honeymoon abang, bukan saya je."

Riyaz mengangguk. Tak sangka dalam teruja Tengku Juliana itu, dia masih memikirkan persetujuan mereka bersama. Ini yang buat makin sayang ni!

"Okey, pukul berapa nak gerak?"

Tengku Juliana terus aktif mendengar pertanyaan itu. "Bila lagi, sekarang la! Now, abang!" Dia pantas bangun dan menarik tangan Riyaz supaya lelaki itu juga turut bangun.

"Awak mandi dulu, lepas tu abang mandi pulak." Riyaz memberi laluan kepada Tengku Juliana untuk bersiap dahulu. Macam la tak tahu perempuan, 2 jam diambil untuk mereka bersiap.

"No no no" Tengku Juliana menggerakkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan berulang kali. "Saya dah siapkan bubble untuk kita."

"Untuk apa bubble?" Riyaz mengerut kening.

"Bubble bath la abang. Checklist honeymoon goals saya. Jom abang, please." Tengku Juliana menarik lagi tangan Riyaz, tapi lelaki itu masih lagi di pembaringan. Sedikit pun tak berganjak.

"Erm, esok boleh." Riyaz mengukir senyum paksa. Sesungguhnya dia sangat penat dan mahukan rehat yang cukup di atas katil.

"Ala, yelah... " Tengku Juliana menghela nafas nipis. Dia melepaskan tangan tegap Riyaz. Lelaki itu tersenyum dan menyelesakan diri di atas katil.

Hidung Tengku Juliana sudah kembang kempis. Dia lagi sanggup mengulit katil daripada bersama dengannya dalam tab. Siap kau pangeran Riyaz! Akan ku goda kamu sehingga kau melutut menyerah jiwa ragamu yang seksi yitu!

Tengku Juliana berjalan ke arah pintu bilik air sambil membuka tali bathrobe satinnya. Senyumnya sinis sebelum dia membaling helaian pakaian itu ke atas wajah Riyaz.

Wajah Riyaz berkerut. Benda yang tiba-tiba sahaja jatuh di atas mukanya itu dialih. Dia membuka mata.

Gulp!

Tengku Juliana...

Bersama pakaian yang benar-benar meresahkan jiwa lelakinya.

"Kalau abang nak, tawaran masih dibuka." Tengku Juliana mengenyit mata. Menggoda. Riyaz terkebil.

Belum sampai tiga saat, dia sudah bingkas bangun.

Siap ber'bubble bath' bersama Tengku Juliana, Riyaz menyilang kaki menunggu isterinya itu bersiap. Entah apa yang dibeleknya lama sangat tu. Nak kata mekap tebal, rasanya Tengku Juliana lebih selesa mengenakan mekap nipis.

"Abang, ok tak?"

Riyaz mengangkat kepala. Tubuh Tengku Juliana yang tersarung blouse mengandung dan palazzo itu cukup ringkas dan menawan hatinya.

"Perfect!" Riyaz tersenyum.

Tengku Juliana menyorak dalam hati. Yeay, Riyaz suka dengan penampilannya. Perfect? Oh yes! Tengoklah siapa dia? Isteri Inspektor Riyaz yang terkacak seantero dunia!

"Dah siap?"

"Dah." Tengku Juliana mengangguk. Dia mengambil beg tangannya kemudian menghampiri Riyaz yang sudah berada di muka pintu suite mewah itu. 
.
"Jom!" Ajaknya teruja.

"Jom." Riyaz mengiya. Dengan senyum sebelah, tangannya merangkul pinggang Tengku Juliana sebelum...

Tengku Juliana terkejut dan matanya membulat.

Bumpernya dipicit!

Riyaz mengenyit dan berjalan mendahului. Dia bersiul nakal.

"Abang, gatal!" Tengku Juliana sudah merah muka. Kenapa harus Riyaz mencabulnya tanpa amaran?

Riyaz tergelak. "Awak yang buat dulu dekat abang."

"Tapi saya tak buat dengan muka gatal."

"Abang pun."

"Ye, abang buat!"

***

Kalau korang sedar, ini kali pertama hero dan heroin Fatiha pergi honeymoon.

Ahahaha.

Untung la TJ dengan Inspektor kita ni~

***

Group whatsapp batch ketiga

• In A Heart Beat •

Khas untuk sesiapa yang mengikuti perkembangan Mrs Series.

Link di bio saya!

Jom beramah mesra ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top