Bab 29
"Kembalikan anak-anak murid kebenaran!"
Riuh suara Papazola bersama suara Afya yang nyaring mengikut. Tangannya turut naik bersemangat seolah membanteras kejahatan.
Akmal hanya tersenyum mengerling anak kecil disebelahnya itu. Kakinya yang tidak sampai ke lantai bergodek comel.
"Abang, Afya rasa nak aish krim dekat situ la." suara pelat Afya berbunyi sambil jari pendeknya menunjuk ke gerai di hujung jalan.
Akmal mengerut kening melihat gerai menjual ais krim kon di tepi jalan.
"Afya nak yang tu?"
Kepala gadis kecil itu mengangguk laju.
"Sedap! Hari tu babah beli kat Afya."
"Ye ke?"
"Erm!" Gadis itu menganguk lagi. Barulah Akmal yakin untuk berhenti di sebelah gerai tersebut. Tidak seperti gerai sangat, cuma motor bersama tong aiskrim dan payung besar di atasnya.
"Betul Tuanku pernah beli dekat Afya?" Akmal bertanya lagi. Risau juga dia mahu membeli apa-apa untuk tuan puteri sulung DiRaja ini. Mahu jadi apa-apa, jenuh juga dia.
"Betul abang. Jom lah!" Afya sudah tak sabar-sabar untuk keluar. Siap saja Akmal membuka pintu untuknya, dia meloncat keluar dan terus berlari ke arah motor tersebut. Akmal turut berkejar mendekati Afya. Jangan buat hal, jatuh nanti dia juga yang kena.
"Hye pakcik!" Afya melambai ke arah penjual tersebut. Lima jarinya terbuka dihayun di hadapan lelaki separuh abad itu. Penjual itu tergelak besar.
"Ha, Afya nak ais krim apa?"
"Saya nak aish krim kebenaran tiga!" Afya tersengih mengangkat tiga jarinya teruja.
Lelaki tersebut terpinga-pinga. Ais krim kebenaran?
"Afya nak perisa apa?" Akmal bertanya semula kepada Afya. Ada dijawabnya ais krim kebenaran. Ingat dunia Boboiboy ke apa? Bagi makan biskut Yaya baru tahu.
"Nak coklat. Afya nak tiga." Bagitahunya kepada Akmal. Jenuh didongak kepalanya memandang Akmal.
"Aiskrim coklat tiga." pesan Akmal kepada penjual tersebut. Dia mengangguk faham dan segera membuat kerjanya.
"Banyaknya Afya makan. Sampai tiga."komen Akmal perlahan. Gadis kecil itu memuncung. Sampai hati abang handsome kata macam tu dekat Afya.
"Okey siap! Ais krim kebenaran untuk Afya is done~" Penjual lelaki itu lebar senyumannya tatkala memberikan aiskrim tersebut kepada Afya. Akibat tangannya yang kecil, Afya memberi satu aiskrim kepada Akmal.
"Nah untuk abang."
"Eh untuk abang?" Lambat-lambat Akmal menyambut.
"Ya lah. Nah!" Apabila Akmal menyambut ais krim tersebut, Afya tersengih lebar. Selesai membayar duit, gadis kecil itu berlari pula ke lorong kecil di antara dua bangunan hadapan mereka.
"Afya nak pergi mana tu?" Akmal memanggil sambil kakinya laju melangkah. Jangan pergi merata tuan puteri oi, habislah abang nanti.
Langkahnya terhenti apabila melihat Afya sedang menghulurkan aiskrim tersebut kepada seorang kanak-kanak perempuan bersama ibunya yang sedang duduk ditepi bangunan itu. Kelihatannya seperti peminta sedekah.
"Terima kasih Afya." ucap ibu tersebut. Jelas terpancar riak gembira di wajah sang ibu apabila melihat anak kecilnya itu enak menjilat aiskrim.
Afya mengangguk kemudian dia juga turut bersila di sebelah kanak-kanak perempuan itu dan menjilat ais krim penuh selera.
Akmal mengukir senyum nipis. Dia mendekati si ibu. Ais krim di tangannya dihulur. Wanita itu terkejut.
"Ambil lah, saya penjaga Afya."
Wanita itu tersenyum menyambut huluran aiskrim tersebut. Akmal merehatkan tubuhnya di sebelah Afya. Tangannya mengusap kepala gadis kecil yang bijak itu. Agaknya Afya sudah kerap datang ke sini sehingga penjual aiskrim itu dan dua beranak ini mengenalinya.
Dalam diam, Akmal mengagumi cara Tuanku Zahin mendidik anak gadisnya itu.
Afya tersenyum.
Abang handsome usap kepala!
***
Kali ini sudah tiga kali Riyaz menjenguk dari tingkap pejabatnya. Waktu tengah hari sudah pun hampir tamat tetapi bayang kereta silver milik Tengku Juliana masih juga belum terlihat di perkarangan.
Mendengar bunyi bising rakan sekerjanya, Riyaz kembali duduk di meja kerjanya.
"Tuan, tak pergi lunch?" Seorang anggota polis bertanya kepada Riyaz. Kelihatannya mereka sekumpulan baru kembali dari makan tengah hari.
"Saya puasa." Riyaz senyum nipis. Puasa pun puasalah. Padahal dah bantai 4 keping roti di rumah pagi tadi.
"Ouh, patut Tengku Juliana tak datang tengah hari ni. Tuan puasa rupanya." kata seorang lagi pegawai di meja hujung.
Riyaz terkelip-kelip. Maknanya Tengku Juliana memang tak datang tengah hari ini. Tapi kenapa? Tidakkah dia tahu suaminya kebuluran di sini? Selalu hari-hari pasti dia datang bersama mangkuk tingkat divanya itu.
Akalnya bermain. Takkan Tengku Juliana masih terasa dengan kata-katanya pada malam sanding mereka itu? Tapi baik saja isterinya itu melayan dia tiga hari ini.
Habis sahaja waktu kerja, Riyaz terus terkejar ke kedai bunga belakang bangunan ibu pejabat polis Werland itu. Sekali sekala hadiahkan bunga untuk Tengku Juliananya seorang itu. Bukan selalu.
"Assalamualaikum, selamat datang Encik. Nak beli bunga apa?" penjaga kaunter itu menyambut kedatangan Riyaz dengan senyuman.
"Erm...bunga apa sesuai untuk pujuk isteri?"
"Hah?" Penjaga kaunter itu mengangkat kening.
Riyaz menggaru belakang kepalanya sambil tersengih perlahan. Aduh, jangan tanya banyak. Habislah imej machonya.
Melihat Riyaz yang kelihatan agak malu, penjaga kaunter itu tersenyum. "Macam mana dengan bunga ros? Rasanya isteri encik suka tak?"
Riyaz mengerut kening berfikir. "Rasanya dia tak suka jenis macam tu. Bunga yang style elegant ada ke? Bunga warna putih kecik-kecik tu."
Penjaga kaunter itu kelihatan terpinga sebelum dia tersenyum dan mengangguk. "Ouh, baby's breath. Ada. Encik tunggu sekejap ya."
Riyaz mengangguk. Tidak lama kemudian penjaga kaunter tersebut keluar bersama bouquet bunga putih kecil yang dibalut bersama kertas coklat cerah itu.
Selesai membuat pembayaran, Riyaz keluar bersama senyuman. Bunga itu tidaklah seharum bunga mawar. Tapi melihat kepada warna putih dan hijau tangkai bunga itu, Riyaz tertarik. Sangat diva! Seperti isterinya.
Masuk ke dalam kereta, Riyaz terus memecut keretanya ke suatu tempat sebelum kembali ke rumah. Another suprise untuk Tengku Juliana.
Agak lewat petang, Riyaz tiba di rumah dua tingkatnya itu. Sunyi saja rumah. Tiada sambutan dari Tengku Juliana sewaktu dia masuk. Ruang bawah itu gelap.
Riyaz membawa kaki menaiki tangga ke tingkat atas. Bunga disorok ke belakang badannya. Belum sempat dia memasuki bilik, dia mendengar suara Tengku Juliana. Seakan berbual.
"Esok Fariha sibuk tak?"
Riyaz mengangkat kening. Kenapa Tengku Juliana telefon adiknya itu.
"Ingat nak ajak adik pergi shopping. Beli baju."
"Ouh, takpelah."
"Tak apa, akak tak kisahlah. "
"Ok, waalaikumussalam. Kirim salam ibu ayah."
Selesai mendengar perbualan Tengku Juliana, Riyaz memberi salam dan membuka pintu bilik. Isterinya itu terbangun dari birai katil. Segera Tengku Juliana merapatinya.
"Abang. Maaf Ju tak perasan abang dah balik." Tengku Juliana menyalami tangan Riyaz. Sempat ciuman diberi ke pipi suaminya itu.
Riyaz tersenyum. "Tak apa. Nah untuk awak." Riyaz mengeluarkan bouquet baby's breath. Mata Tengku Juliana bercahaya. Dia senyum lebar.
"Waa, sukanya! Thank you abang." Tengku Juliana menyambut. Setelah sekian lama! Kali kedua dia menerima bunga daripada Riyaz. Harus tulis di diari. Hari ini dalam sejarah!
"Untuk apa tu?" Riyaz menunjuk dua bungkusan besar di sebelah katil mereka itu.
"Baju Ju. Nak sedekah. Dah tak muat." Tengku Juliana menjawab sambil meletakkan bouquet bunga tersebut di atas katil.
"Tak muat?"
"Haah. Baju ni pun..." Tengku Juliana memegang baju t-shirt labuh putih yang dipakainya. "Abang tengok, ketat jugak kan? Saya cari baju tak jumpa tadi, semua ketat. Itu yang saya tak pergi balai abang."
Riyaz terkelip melihat baju di tubuh Tengku Juliana. Mana ketatnya? Tak adalah sampai ternampak bentuk badan. Masih ok di pandangannya.
"Awak kan mengandung. Memang badan naik sikit. Nanti kurus balik ok la tu."
Tengku Juliana senyum nipis. "Saya rasa nak pakai baju besar sikitlah." jawabnya perlahan.
Riyaz memandang Tengku Juliana yang sedang melipat baju itu. Keluhan halus keluar dari bibirnya. Dia mendekat sebelum tangannya merangkul tubuh Tengku Juliana dari belakang.
"Abang tahu awak terasa dengan kata-kata abang hari tu kan?" Riyaz merehatkan dagunya di bahu Tengku Juliana. Ciuman halus dihadiahkan di pipi isterinya itu.
"Tak adalah." nafi Tengku Juliana perlahan.
"Abang minta maaf. Sangat-sangat. Abang tak bermaksud apa pun. Abang cakap sebab abang cemburu."
"Hmm..." Suara Tengku Juliana berjauh hati.
Riyaz duduk di birai katil lalu menarik Tengku Juliana duduk di atasnya. Tengku Juliana menarik muncung. Suka hati je tarik orang. Tahu lah dia handsome.
"Kita pergi honeymoon nak?"
Tengku Juliana cuba menahan diri dari tersenyum. Honeymoon? Bulan madu? Memikirkan apa yang mereka akan buat semasa bulan madu buat darah Tengku Juliana berderu-deru teruja.
"Pergi mana?"
"Sayang nak pergi mana?"
Tengku Juliana tersenyum. Oh indahnya berhoneymoom bersama Abe Riyaz~
Mood gatalnya mula on. Jari meliar ke dada Riyaz. "Erm, sayang nak pergi Itali." Dia juga mula membahasakan dirinya 'sayang'.
"Ermm.." Riyaz berfikir. "Nope! Kita pergi Thailand."
Tengku Juliana berkerut. "Abang..." Kakinya digoyang laju tanda memprotes. Tadi tanya kita nak pergi mana, padahal dia dah buat keputusan. Menci!
Riyaz tergelak lucu. Dia menyeluk dompet sebelum satu kertas seakan tiket dikeluarkan dan dihulurkan kepada Tengku Juliana. Isterinya itu menyambut.
Melihat destinasi di tiket penerbangan itu ke Italy, Tengku Juliana terloncat gembira. "Betul-betul ke abang?"
"Betul lah. Takkan tak betul."
Tengku Juliana menutup mulutnya yang tersenyum-senyum dengan tiket tersebut. Akhirnya! Sengaja dia simpan keinginannya untuk ke Itali sepanjang 27 tahun hidupnya hanya untuk merasmikan negara itu dengan suami seksinya itu.
Riyaz senyum mengangkat kening.
"Tak ada hadiah untuk abang ke?"
***
Honeymoon~
Yuhuu...
Guys, adakah anda telah bersedia untuk konflik?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top