Bab 28
"Lepas! Arghhhhhh!" Tengku Juliana bergelut di atas cempungan Riyaz.
"Diam Juliana"
"Tak nak diam!" Tengku Juliana menjegilkan matanya sebelum menyambung jeritan. "Arghhhhhhhh." Kali ini sekali pakej kakinya digoyang laju ke atas dan ke bawah silih berganti.
"Okey, okey abang letak. Jangan jerit." Riyaz juga turut menguatkan suaranya supaya perkataan yang disebutnya kedengaran. Jeritan Tengku Juliana berlarutan selagi Riyaz tak meletakkan tubuhnya.
Jejak sahaja kaki Tengku Juliana ke tanah, automatik bibirnya terkatup. Terus dia menjeling dan kembali ke posisi asalnya. Bercangkung di tepi tasik. Riyaz menepuk kepala. Macam-macam hal.
"Merajuk betul la ni?"
Tengku Juliana memutar bola matanya ke atas. Nampak tak serius ke aku merajuk ni?
"Merajuk betul-betul la!" Nak sahaja dia menjerit macam orang gila di telinga Riyaz. Nasib baik otaknya masih waras mengingatkan Riyaz itu adalah suami yang patut dihormati walau dalam keadaan marah.
Ajaran Nek Habsah.
Riyaz menghela nafas. Dia mendekati Tengku Juliana sebelum turut sama mencangkung berhadapan dengan Tengku Juliana. Tangan isterinya itu dipegang dan dielus lembut.
Pertahanan Tengku Juliana semakin goyah. Usapan ibu jari Riyaz pada kekura tangannya sedikit sebanyak meretakkan tembok pertahanannya. Hidung Tengku Juliana kembang kempis. Ayuh Tengku Juliana! Jangan menyerah~ kerana Riyaz ajah~
"Abang minta maaf. Abang terlepas cakap. Awak bukan macam tu, dulu, kini dan selamanya. Maafkan abang, please...isteri abang yang cantik ni." Kini tangan Riyaz mengusap pula pipi Tengku Juliana yang lembut.
Untung cahaya samar-samar sahaja. Tidaklah Riyaz ternampak pipinya yang sudah berbahang malu. Bukan selalu Riyaz mahu memuji kecantikannya yang terlajak cantik dan gorgeous ini.
"Terlepas cakap maknanya sebelum ni memang tahan la nak cakap benda tu?" Tengku Juliana mengalihkan wajahnya dari terus-terusan dibelai oleh Riyaz. Nak belai tunggu dia tak merajuk, sekarang dia tengah merajuk!
Riyaz menggeleng laju. "Tak...tak...maksud abang, abang tak ada niat langsung apa yang abang cakap. Sumpah!" Riyaz mengangkat tangan tegak di tepi kepalanya. Tengku Juliana telan liur. MasyaAllah, seksinya ciptaan-Mu.
Menyedari dia hampir tersasar dari tujuan asalnya iaitu merajuk. Dia pantas melarikan anak matanya ke arah lain.
"Sayang..." Tak mendapat respon dari Tengku Juliana, Riyaz memegang lengan Tengku Juliana dan menggoyang halus meminta simpati.
Tengku Juliana menolak tangan Riyaz perlahan. "Pergi la abang. Ju tahu Ju bukan perempuan yang baik untuk abang." kata Tengku Juliana berjauh hati.
"No." Riyaz cepat menidakkan. "Awaklah yang paling layak sekali untuk abang. Abang tak nak siapa-siapa selain awak. Sayang, please? Maafkan abang. Abang teruk."
"Baliklah abang." Tengku Juliana mengesot ke belakang. Kali ini dia sudah serius merajuk.
"Awak tak maafkan abang la ni?"
"Tak." Cepat sahaja Tengku Juliana menjawab.
Riyaz mengangguk. "Ok, fine." Dia bangun dari cangkungnya lalu berdiri tegak dihadapan Tengku Juliana. Singlet hitamnya dibuka dan selamat helaian pakaian tersebut mendarat di kaki Tengku Juliana.
Wanita itu mengangkat kepala. Terbuntang melihat dada bogel Riyaz. Nak memujuk ke nak menggoda ni? Kalau goda, memang dia dah tergoda melihat tubuh seksi dihadapannya ini.
"Kalau Juliana tak nak maafkan abang, abang terjun tasik ni." Riyaz mengugut. Jarinya menunjuk lurus ke arah air tenang tasik tersebut.
Kejap awak kejap Juliana. "Ha terjun lah terjun." Tengku Juliana mencabar. Tasik macam tu dia pun pernah terjun.
Mendengar cabaran Tengku Juliana, Riyaz terus berlari dan terjun ke dalam tasik. Tengku Juliana melihat dengan mata yang terkebil-kebil. Biar kebenaran?
Tengku Juliana berdehem kekok. Dia cuba bertenang mengingatkan bahawa Riyaz adalah seorang polis dan dia juga pasti banyak asas untuk survive dalam keadaan sebegitu.
Lebih satu minit berlalu. Riyaz masih tak muncul di permukaan. Air kembali tenang seperti sedia kala. Seperti tiada apa di dalam. Tengku Juliana gelisah.
Ada buaya ke tak? Kalau ada buaya macam mana? Dia tak bersedia lagi kehilangan suaminya yang seksi itu.
"Riyaz!" Tengku Juliana bangun kalut-kalut. Kakinya panjangnya meloncat risau.
"Riyaz, jangan main-main dengan saya!"
Air masih tenang, langsung tak menunjukkan tanda-tanda Riyaz akan muncul. Tengku Juliana mula bergedik tidak senang. Dia mundar mandir di tepi tasik menunggu kemunculan Riyaz.
"Abang, saya maafkan abang! Keluarlah." Tengku Juliana sebek. Riyaz! Suami seksiku!
Tengku Juliana menunggu. Ini tak mungkin. Sudah terlalu lama Riyaz berada di dalam air. Tak menunggu lama, dia turut berlari terjun ke dalam tasik.
Splasshh!
"Abang!" Tengku Juliana menjerit. Dia berenang sehingga ke tengah tasik. Kalut dia berpusing di tengah tasik mencari kelibat suaminya.
"Riyaz, jangan main-main!" Dadanya sudah sesak. Masakan gurauannya berakhir begini. Masih terlalu baru usia perkahwinan mereka. Tak mungkin anaknya akan lahir tanpa—
"Baaaa!" Tak ada petanda, Riyaz muncul di hadapan wajah Tengku Juliana. Lelaki itu ketawa seperti tak ada apa-apa yang berlaku.
Wajah Tengku Juliana berkerut. Dia mengemam bibir dan buk! Satu tumbukan hinggap di dada Riyaz.
"Auch! Sakit sayang." Riyaz memegang dadanya.
"Benci!"
Baru Tengku Juliana mahu berenang ke tepi, pinggangnya dipaut oleh Riyaz sebelum lelaki itu memusingkan tubuh Tengku Juliana menghadapnya.
"Jangan marah abang lagi sayang. Abang betul-betul minta maaf." Riya menyatukan dahi mereka. Tengku Juliana tak menjawab.
"Sampai hati abang buat Ju takut." suara isterinya itu perlahan. Riyaz menguatkan pegangannya pada pinggang Tengku Juliana.
"Forgive me? Abang dah dapat balasan abang. Ikan-ikan dalam ni tadi semua tumbuk abang. Marah abang."
Kata-kata Riyaz mengundang senyuman diwajah Tengku Juliana. Dia tak dapat mengawal dirinya tadi membayangkan ikan-ikan kecil membelasah Riyaz.
"Maafkan abang kan?" Riyaz mendekatkan wajah mereka.
"Hmm..." Tengku Juliana membalas. Pandai je dia takutkan kita.
"Jom kita keluar, kesian baby sejuk."
***
"Abang pernah masuk pusat pemulihan?!" Tengku Juliana yang sedang menyandar pada tubuh Riyaz itu terbangun. Dahinya berkerut seribu.
"Iya, sebab abang tak boleh kawal baran abang. Mesti tangan nak naik. Bukan rosakkan harta benda saja, anak orang pun abang pukul"
Tengku Juliana mengelip tak percaya. Macam mana boleh jadi macam tu?
"Tapi abang dah berubah. Cuma semenjak dua menjak ni abang kuat cemburu." Riyaz kembali menarik Tengku Juliana ke pangkuan. Selimut di bawa meliputi tubuh mereka berdua.
"Jadi abang kena masuk pusat pemulihan sebab mak ayah bekas kekasih abang report polis pasal abang?"
"Iya." Riyaz mengangguk. Merasakan tak ada apa yang perlu disembunyikannya.
"Abang boleh pukul bekas kekasih abang, tapi abang tak pernah sakitkan saya. Kenapa?" Tengku Juliana menjenguk wajah Riyaz. Sempat bibirnya bergesel dengan rahang Riyaz.
"Sebab awak tak pernah menangis."
Tengku Juliana mengangkat kening. "Saya tak pernah menangis?"
"Sepanjang kita kenal, abang tak pernah nampak awak menangis. Awak perempuan paling independent dan kuat yang abang pernah jumpa." Riyaz membalas. Dagunya direhatkan atas kepala Tengku Juliana.
"Kenapa saya tak pernah menangis abang tak pukul saya?" Tengku Juliana masih pening lalat. Jari Riyaz yang berada di perutnya dimainkan.
"Tak best pukul orang tak menangis. Tak feel."
Jawapan Riyaz sekali lagi membuatkan badan Tengku Juliana tegak. "Seriously, abang?!"
Riyaz tergelak sehingga terlihat seluruh giginya. Tubuh Tengku Juliana kembali ditariknya. Orang nak peluk, dia duk lari.
"Gurau je..." Riyaz memeluk tubuh Tengku Juliana rapat. Kepalanya diletakkan di atas bahu isterinya itu.
"I just cant, dont ask me why." jawab Riyaz perlahan. Dia juga tak tahu jawapan dari persoalan Tengku Juliana. Ada sesuatu yang menghalangnya dari menyakiti gadis itu.
"Sebab abang cintakan saya?" Tengku Juliana membelai rambut Riyaz. Dia tak tahu, biar aku yang jawabkan.
"I love you so much..." Riyaz berbisik. "...more than the sun loves the moon."
***
"Bye semua!" Afya melambai kepada rakannya di dalam tadika itu. Sengaja Zahin menghantar anak gadisnya itu ke tadika biasa untuk memudahkan gadis itu bersosial. Di rumah, dia tak nak belajar. Nak cantik je.
"Abang kebenaran!" Afya menjerit merapati Akmal, pemandu yang selalu menghantarnya ke tadika. Kali ini lelaki itu menjemputnya.
Akmal menyambut beg sekolah Afya sebelum membuka pintu untuk gadis kecil tersebut. Tempat biasanya di tempat penumpang hadapan.
"Hari ni, Papazola kebenaran ada lagi ke abang?" Afya membetulkan duduknya sambil melihat lelaki itu masuk ke dalam kereta.
"Ada." Akmal tergelak perlahan. Dia mengambil telefon dari poketnya lalu membuka video Boboiboy yang di download untuk puteri kecil di hadapannya ini.
"Yeay!" Afya menjerit keriangan lalu menyambut telefon tersebut.
Akmal tergelak. Macam-macam.
***
Ok done!
Maafkan bab yang tak lengkap tadi.
Bab selepas ini akan ada Afya dan Akmal. Jangan ship diorang! Saya cuma nak jadikan mereka kawan.
Hahaha.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top