Bab 27
"Sayang dia..." Tengku Juliana mundar-mandir mendukung anak kedua Zahin, Nawfal Izany. Putera kecil itu nyenyak ketiduran di atas bahu Tengku Juliana.
Dari jauh kelihatan Ayra berlari turun dari tangga lalu mendekati Tengku Juliana. Ibu muda itu sangat cantik dengan jubah simple dan shawl lilit.
"Akak, maaf lama. Afya buat perangai tak nak tidur. Kesian akak. " Nawfal beralih dari pegangan Tengku Juliana kepada Ayra. Sudah la Naufal badannya bersemangat betul. Paha berlipat tiga.
"Tak apa." Tengku Juliana tersenyum. Afya tu bila Darius minta diri untuk pulang, terus dia buat perangai nak ikut Darius tetapi dihalang oleh Zahin. Sudahnya, buat drama la puteri sorang tu. Merengek tak mahu tidur. Dasar gatal!
"Okey akak, Ayra minta diri dulu. Afya tu terjaga nanti susah. Buatnya tak mahu balik, jenuh pulak." Ayra bersalaman dengan Tengku Juliana sambil sebelah tangannya mendukung Nawfal.
"Alright." Hanya itu yang dibalasnya. Apabila Zahin dan Ayra pulang, maknanya dia harus masuk ke bilik. Dia masih takut mahu berhadapan dengan Riyaz. Mama, help me!
"Abang." Ayra memanggil sambil berjalan mendekati Zahin yang sedang berbual bersama Riyaz.
"Tolong ambil Afya kat bilik atas. Ayra tak larat nak angkat dia turun."
"Dah tidur dah?" Zahin mengangkat kening. Alhamdulillah tidur juga. Kalau tak bawa dia balik waktu dia tidur, memang menjerit nyaring dalam kereta.
"Okey, sayang tunggu dalam kereta." Zahin meminta diri sebelum naik ke atas dan mendukung Afya ke bawah. Habis serabai rambut yang pagi tadinya kemas bersama crown bunga. Mengamuk punya pasal.
"Minta diri dulu, selamat pengantin baru." Zahin bersalaman dengan Riyaz sebelum memasuki kereta. Sempat dia mengenyit kepada Tengku Juliana.
Kau balik je lah! Tak yah nak kenyit bagai! Tengku Juliana menjeling.
Kereta Zahin beredar keluar dari perkarangan rumah banglo milik keluarga Riyaz. Tengku Juliana mengemam bibir berdiri di sebelah Riyaz. Tangannya meramas-ramas hujung baju kurungnya.
"Jom." Dia mengajak tanpa perasaan dan bergerak masuk ke dalam rumah. Tengku Juliana laju mengikut langkah Riyaz yang ke hadapan. Hatinya berdebar-debar.
Masuk saja ke dalam bilik, Riyaz terus mencabut kotnya lalu dilemparkan kan atas katil. Tanpa suara, dia mencapai tuala kemudian masuk ke dalam bilik air.
Tengku Juliana duduk di birai katil. Tangannya langkau mengambil kot Riyaz yang tersadai diatas katil. Nafasnya dihela perlahan. Riyaz marah lagi ke?
Akalnya menyusun bait kata yang akan dicakap kepada Riyaz. Berhati-hati supaya tak mencetuskan amarah lelaki itu. Mama, takutnyaa! Riyaz garang! Nak balik, huwaaaaa! Kakinya menghentak lantai. Takut! Takut! Takut!
Tidak lama kemudian, pintu bilik air terbuka. Riyaz keluar bersama kain tuala yang terselit di pinggang. Tengku Juliana menahan air liurnya dari terjatuh. Seksi amat nih!
"Abang." Tengku Juliana memanggil
"Ya." Riyaz menjawab, namun langkahnya terus masuk ke dalam walk in wardrobe. Tengku Juliana menggaru kepalanya. Tangan menadah ke atas.
Ya Allah, bantu Tengku Juliana. Amin!
Segera disapu ke mukanya. Air liur ditelan kesat sebelum dia turun masuk mengikuti suaminya. Riyaz kelihatan sedang menyarung singlet hitam ke tubuhnya.
"Abang kenapa? Abang marah Ju ke?"
Riyaz menoleh memandang Tengku Juliana yang masih berbaju kurung. Sesaat kemudian dia memandang ke hadapan kembali. "Abang tak marah." ucapnya senada.
"Habis tu, abang senyap je."
Riyaz tak menjawab.
"Abang—"
"Diam Juliana, abang penat ni." Riyaz menghela nafas kasar. Dia melintas Tengku Juliana lalu menuju terus ke katil mereka dan melabuhkan badannya.
"Abang cemburu dengan Haydar?" Tengku Juliana merapat.
Riyaz mencengkam gigi. "Tolonglah jangan sebut nama dia." Nadanya masih lagi dikawal. Tak mahu tiba-tiba bersuara tinggi dengan Tengku Juliana.
"Haydar~" Tengku Juliana sengaja.
Riyaz memejam mata. Rahangnya bergerak-gerak. Dia bangun menghadap Tengku Juliana. "Ok fine! Abang jealous. Puas hati?"
Tengku Juliana kulum senyum. Dia mendekati katil sebelum duduk bersimpuh di belakang Riyaz.
"Kenapa nak cemburu abang? Saya pernah jumpa sekali je Haydar tu. Yang ni kali kedua. Haydar—"
"Haydar, Haydar, Haydar. Please la jangan sebut nama dia." Riyaz menggumam perlahan. Dia memejam mata dan memicit dahinya. Tak habis-habis dengan nama Haydar tu.
"Ok, ok saya tak sebut. Abang cemburu kenapa? Takkan sebab dia cakap dengan saya je abang nak cemburu macam ni?" Tengku Juliana mengurut lembut belakang leher Riyaz. Huhu, kakut! Mama~
"Damn it Juliana!" Keluar carutan dari bibir Riyaz. Dia mengangkat kepala.
"Dia bukan cakap je. Mata dia roaming all over your body! Tu awak cakap 'cakap je'. Ke memang suka jantan meleleh air liur tengok tubuh tu."
Tengku Juliana mengerut kening. Tangannya beralih dari leher Riyaz. Hatinya tiba-tiba terasa dengan perkataan si suami.
"Abang!"
Dia mengetap bibir. "Kenapa abang cakap macam tu? Memang selama ni abang anggap Ju macam tu ke? Sukakan perhatian lelaki? Guna tubuh Juliana untuk tarik perhatian lelaki?!"
"Memang dulu macam tu kan?" Riyaz membalas perlahan. Hampir berbisik namun jelas di telinga Tengku Juliana.
Tengku Juliana terlepas tawa kecil.
"Ouh..." Dia kehilangan kata. Memang selama ni dia saja yang tergila-gilakan Riyaz. Sedangkan lelaki itu? Cuma anggap dia perempuan yang hanya tahu menggoda lelaki.
Riyaz bangun dari katil. Tengku Juliana hanya melihat perlakuan lelaki itu yang membuka laci meja night stand itu kemudian mengeluarkan dompet dan kunci kereta.
"Nak pergi mana?"
"Keluar."
Dengan itu pintu bilik terhempas kuat.
Tengku Juliana membaling bantal ke arah pintu. Kau ingat kau je boleh keluar?!
***
Riyaz merebahkan tubuhnya ke tilam nipis itu. Punchbag yang bergoyang di atasnya ditahan dengan kaki. Dadanya berombak marah dan letih.
Macam mana kau ni Riyaz? Sedih betul. Riyaz meramas rambutnya kasar. Dah lama dia tak berperasaan begini, tiba-tiba jadi semula. Dia teringat kata-katanya terhadap Tengku Juliana tadi. Bodoh Riyaz!
Dia bangun menuju ke bilik persalinan. Jam tangannya dah menunjukkan waktu 1:36 pagi. Pasti isterinya itu telah tidur.
"Nak balik dah bos?" Seorang lelaki penjaga kaunter kelihatan mamai mengangkat tangan kepada Riyaz. Riyaz cuma tersenyum dan menyapa melalui tangan.
Keretanya meluncur ke jalan bandar Werland yang tak pernah sepi itu. Apabila dia masuk ke perkarangan, banglo itu sudah gelap. Dia menghendap tingkap biliknya. Masih cerah. Riyaz mengerut kening. Tak tidur lagi?
Dia segera masuk ke rumah dan naik ke biliknya. Risau juga kalau-kalau isterinya itu menangis teruk akibat kata-katanya tadi.
"Sayang?" Pintu dibuka. Riyaz menjengukkan kepala.
Kosong.
"Juliana?" Riyaz melangkah masuk ke dalam bilik. Dia mengintai ke tandas dan juga walk in wardrobe. Kosong. Sunyi saja bilik itu. Cadar kemas.
Jantung Riyaz berdetak. Dia menghampiri tingkap melihat ke garaj yang terletak memanjang di sebelah kiri perkarangan. Satu kereta tiada di situ.
Kereta Juliana.
***
Riyaz memberhentikan keretanya di belakang kereta mewah berwarna silver dihadapannya. Riyaz segera keluar dari kereta melihat tubuh yang sedang memeluk tubuh di tepi tasik itu.
"Jangan datang!" Bagaikan tahu siapa di belakang Tengku Juliana laju saja menghalang. Dah buat orang terasa, baru nak menyesal! Huh! Jangan ingat Princess Tengku Juliana akan jatuh ke tangan kau wahai Pangeran Riyaz!
"Juliana, abang minta maaf." Riyaz langsung tak mendengar amaran Tengku Juliana. Dia tetap langkah mendekat juga.
"Saya benci abang!" Tengku Juliana menjerit. Apabila dia tersedar kelancangan perkataannya, dia segera membetulkan. "Tak, saya tak benci abang. Saya suka abang."
"Tapi saya merajuk! Jangan dekat dengan saya. Saya tahu saya siapa. Saya tak layak untuk awak. Awak nak kata apa pun kata la. Saya sedar diri—arghhh!"
Tubuhnya melayang!
***
Ayokk
Juliana merajuk.
Actually, bab 27 ada dua scene. Satu gaduh, satu Riyaz pujuk Juliana. Tapi part gaduh panjang pulak. Jadi saya bahagikan dua.
***
Self Love QnA Part 1
1. A personality trait you love about yourself.
2. One thing you're really good at.
3. Something that makes you happy.
4. Someone who inspires you.
***
Jemput jawab semua. I love you!
***
Teaser Bab 28
"Kalau Juliana tak maafkan abang, abang terjun tasik ni."
"Terjun ha terjun!"
***
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top