Bab 26

"Afya! Afya!" Tengku Juliana berbisik di sebalik bukaan kecil pintu memanggil puteri kecil yang sedang lalu lalang di hadapan biliknya.

Afya yang memakai gaun krim bersama crown bunga itu terhenti memandang sekeliling apabila mendengar ada suara-suara memanggil namanya.

"Ni, sini!" Tengku Juliana berbisik keras. Tangan dilambai perlahan untuk menarik perhatian Afya. Tindakannya berjaya apabila Afya menoleh ke arahnya.

"Mama? What are you doing here?" Terkedek kanak-kanak 4 tahun itu mendekati pintu.

"Help me please, baby." Tengku Juliana membuka pintu seluas kepalanya boleh menjenguk. Afya tercengang melihat wajah Tengku Juliana yang cuma separas tingginya. Dia menggaru-garu kepala.

"Baby is Nawfal, I'm Afya."

Tengku Juliana mengeluh. Bajet-bajet cakap English pulak budak kecil ni.

"Yelah, yelah. Afya tolong mama boleh?" Tengku Juliana mengedip-kedipkan matanya. Sengaja mahu membeli jiwa puteri tersebut. Haraplah dia tak malas seperti hari-hari sebelum ni.

"Tolong apa?"

"Panggilkan papa." Tengku Juliana mengemam bibir melihat Afya yang lagaknya sedang berfikir.

Please Afya!

"Hmm..." Afya meletakkan jari ke dagunya. Tengku Juliana mengerutkan kening meminta belas.

"Please? Anak saudara mama yang paling cantik dan diva. Paling cantik diantara semua puteri-puteri yang mama pernah tengok. Bak bidadari kayangan yang turun dari la—"

"Lagi cantik dari mama?" Budak perempuan itu mengangkat kening. Tengku Juliana menjatuhkan kepala. Of course la mama lagi cantik! Tapi melihatkan hanya Afya seorang harapannya, terpaksalah dia.

"Afya lagi cantik dari mama." Pahit untuk dia telan. Anak kecil yini! Memang dia saja nak menang.

Afya tersengih gembira. Akhirnya mama mengaku jugak! Yes! "Okey. Panggil datang sini ke?"

Tengku Juliana mengangguk laju. Nasib baik la makan puji jugak anak Zahin sorang ni.

Baru sahaja Afya mahu pergi, Tengku Juliana menahan. "Bisik saja tau. Tepat ke telinga papa. Jangan kuat-kuat."

"Baik mama. Afya tahu apa nak buat." Sempat dia mem'flip' rambutnya yang telah dipotong pendek. Sebuah senyuman sinis diberikan. Tengku Juliana menjeling. Macam-macam la kau. Jangan cium laki aku sudah!

Tengku Juliana menjenguk Afya sehingga tubuh kecil itu hilang disebalik tangga besar di tengah ruang tamu itu. Dia mengesot ke belakang sebelum menutup pintu.

Tubuhnya yang hanya bertuala dijatuhkan ke lantai. Kaki dan tangan bertalu-talu menghentak lantai. Ini semua takkan terjadi. No! Never!

Dia menalakan pandangan ke arah katil. Sekali lagi suaranya berlagu tangisan. Huwaaa! Sungguh kejam! Sanggup kau membuat Tengku Juliana yang cantik lagikan rupawan ini sebegini.

Tubuhnya bingkas bangun sebelum kaki panjangnya berkeliaran dia dalam bilik sederhana besar itu. Sekejap dia masuk ke dalam bilik air, sekejap dia keluar, masuk pula ke walk in wardrobe. Kemudian keluar lagi. Setiap kali pandangannya melekat ke katil, setiap kali itulah dia meraung perlahan. Huarghh! 

Dia melompat geram. Tangannya digenggam kuat. Mana Riyaz ni? Lamanya. Tengku Juliana bersila di atas lantai sambil menekup muka. Abang, tolong Juliana, kekasih hati abang ni ditimpa masalah berat!

Ke budak Afya tu tak bagitahu? Siap dia nanti kalau dia tak bagitahu. Tak nak kawan 5 tahun! Masa tu baru dia tahu pahitnya kehilangan bestfriend seperti Tengku Juliana yang gorgeous ini. Humph!

" Juliana, abang ni." Suara seksi Riyaz kedengaran di luar. Tengku Juliana mengangkat muka. Penyelamatku!

Dia bingkas bangun dari duduknya kemudian berlari ke pintu. Bathrobenya dibetulkan sebelum dia menyelak pintu. Sedikit sahaja supaya mukanya kelihatan.

Riyaz yang segak memakai suit hitam itu berdiri tegak di hadapan pintu. Keningnya terangkat. "What's wrong?"

"Abang, tolong..." Tengku Juliana sebek. Tangannya menarik tangan Riyaz supaya masuk ke dalam bilik.

"Uish, sayang. Nanti orang nampak macam mana?" Riyaz berkeras di hadapan pintu. Tangan kirinya cuba merungkai pegangan tangan Tengku Juliana. Bahaya isteri aku ni!

Tengku Juliana mengendap ke kiri dan kanan. Line clear!

"Tak ada orang. Abang please. Ju janji tak buat apa-apa kat abang. Sumpah!" Sekali tangannya terangkat. Wajah kasihan tambah comel ditunjukkan.

Riyaz menelan liur. Tak yakin dengan Tengku Juliana, Riyaz melihat sekali lagi ke kiri dan kanan. Tak yakin lagi, belakangnya juga dipandang. Pandangannya dibawa ke wajah Tengku Juliana. Kesian pulak.

"Ok." Pintu bilik segera ditutup rapat setelah Riyaz melangkah masuk ke dalam. Sebagai langkah berjaga-jaga Riyaz melekap belakang badannya ke pintu—menjaga jaraknya dengan Tengku Juliana.

"Kenapa?"

"Tu." Dengan wajah masih menghadap Riyaz, jari telunjuk Tengku Juliana terarah kepada katil, tempat terdampar baju sandingnya.

Riyaz mengelip mata. "Y—yes, kenapa dengan baju awak?"

Mendengar itu terus wajah Tengky Juliana berubah sedih. Yang teramat! Kakinya dihentak perlahan ke lantai.

"Hey, kenapa ni?" Riyaz memegang lengan Tengku Juliana. Isterinya itu memandang wajahnya dengan mata bening.

"Baju tak muat."

Dahi Riyaz berkerut. "Tak muat?! Macam mana boleh tak muat?"

Mendengar soalan itu Tengku Juliana terus memeluk Riyaz. Hatinya sebal sekali. Sudah lah baju itu baju yang paling cantik pernah dilihatnya. Tak boleh pakai! Diva dah gemuk! Huwaaaaaa...

"Abang...macam mana ni?" Tengku Juliana mengharapkan penyelesaian dari Riyaz. Otaknya sudah tak boleh berfungsi. Baju sanding yang diidamkannya tak muat pada tubuhnya! Oh, mengapa dunia tidak adil?

Riyaz merehatkan dagunya di atas kepala Tengku Juliana sambil otaknya berlegar mencari penyelesaian.

"Sedihnya..." Tengku Juliana mengguman.

"Hmm, pakai baju lama aja lah."

Tengku Juliana mengangkat kepala lalu menggeleng laju. "Tak nak! Tak sama!"

"Habis tu? Nak buat macam mana?" Lembut Riyaz bertanya sambil membelai rambut Tengku Juliana. Waktu begini dia harus berlembut. Nanti makin sedih isterinya yang satu ini. Sudah lah baju tak muat. Hahaha!

"Abang belikan baru, boleh?" Mata Tengku Juliana terkelip-kelip. Tak kira! Dia kena pakai baju baru dan cantik untuk sandingnya.

"Abang tak pandai beli lah." Riyaz merungut perlahan.

"Abang tolonglah. Abang je boleh jadi hero saya. Please, please...baby, manja, kandaku..." Tengku Juliana memegang tangan Riyaz. Merayu-rayu kepada suami seksinya itu.

Riyaz mengerut keningnya. Aduh, tak nak beli nanti kesian.

"Ok, tapi abang beli apa nanti pakai je, jangan merungut. Boleh?"

"Boleh." Tengku Juliana pantas mengangguk.

Riyaz tersengih kecil. Macam-macam la Tengku sorang ni!

***

Majlis sanding dibuat sederhana pada malam hari di sebuah dewan hotel. Hanya ahli keluarga kerabat dan sahabat rapat sahaja dipanggil. Melihatkan kepada perutnya yang sudah menampakkan bentuk, Tengku Juliana meminta agar majlis dibuat sederhana sahaja. Tiada media, tiada orang awam!

Coklat lembut menjadi pilihan warna baju pengantin mereka. Sedaya Tengku Juliana berkepit dengan Riyaz supaya tiada siapa pun bertanya kenapa baju pengantinnya bertukar.

"Selesa tak?" Riyaz berbisik di telinga Tengku Juliana yang dibalut oleh tudung itu.

"Selesa. Thank you abang." Tengku Juliana senyum nipis. Rawan hatinya tak dapat memakai baju cantiknya itu. Tak kira lah, pakai baju kurung abang Riyaz beli pun dah cukup!

"Abang nak jumpa kawan kejap. Nak ikut?" Riyaz menunjuk rakan polisnya yang berada di sebelah kiri dewan. Tengku Juliana menggeleng. Malu sebenarnya. Kawan Riyaz semua kacak-kacak!

"Okey, abang pergi kejap aja."

"Okey abang."

Riyaz mengucup pelipis Tengku Juliana sekilas sebelum beredar. Tengku Juliana senyum. Suami siapa tu handsome bangat?!

Tidak lama kemudian, Tengku Juliana disapa seorang lelaki.

"Selamat pengantin baru."

Tengku Juliana lama memproses wajah dihadapannya. "Terima kasih." Lambat-lambat Tengku Juliana mengucapkan terima kasih. Masih tak dapat menangkap siapa di hadapannya.

"Haydar, Crown Prince of Guineve. Kita pernah jumpa di fashion show hari tu." Haydar menghulurkan tangannya.

Serta merta Tengku Juliana teringat. Dia lah pereka baju makhluk asing tu!

"Ouh, ya. Thank you datang majlis  saya yang sederhana ni." Tengku Juliana menunduk sedikit. Huluran tangan Haydar dibiarkan.

"It's okey. My pleasure. Majlis ini sangat nice, and you too..." Haydar memandang tubuh Tengku Juliana yang berbalut kurung kosong berwarna coklat cair itu "...look nice." senyuman sindir hinggap di bibirnya.

Tengku Juliana mengecil mata. Amboi! Nak kata taste abang seksi aku ni teruk? Damn you Haydar! Putera tak putera, laki aku lagi handsome!

Baru Tengku Juliana mahu membalas. Ada tangan menyelit di pinggangnya. Tengku Juliana mendongak pantas melihat tubuh yang melekat di sebelahnya.

"Saya Riyaz, suami Tengku Juliana." Riyaz menghulur tangan.

Dengan cengkaman yang kuat di pinggangnya, Tengku Juliana menelan liur.

***

Hello! How are you?

Salam maghrib semua.

Nampak cover terbaru Mrs. Riyaz? Oh my god, that girl was so like TJ in my imagination!

•••

Teaser Bab 27

“Damn it Juliana! Mata dia roaming all over your body! Suka sangat ke jantan meleleh air liur tengok tubuh tu?!"

"Abang!"

***

"Kalau abang boleh pukul kekasih abang dulu, kenapa abang tak boleh pukul saya?"

"I just can't, dont ask me why."

•••

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top