Bab 25
Tengku Juliana menongkat dagu. Cawan yang berisi susu Dutch Lady full cream itu dimainnya. Jari panjangnya mengikut bentuk bulat mulut cawan tersebut.
"Anak?"
"Siapa yang nak beranak?"
Tengku Juliana terus mengangkat kepala. Nak luruh jantungnya apabila tiba-tiba disergah oleh Puan Mariana. Wanita separuh abad itu duduk berhadapan dengan Tengku Juliana di bar kecil itu.
"Tak ada siapa nak beranak ibu. Saja terfikir pasal anak."
Puan Mariana mendekatkan wajahnya. Kelihatan berminat. "Kamu mengandung ke?"
"Siapa mengandung?"
Kali ini Puan Mariana pula terkejut. Nek Habsah yang baru turun dari tangga itu mendekati menantu dan cucu menantunya. Duk bisik-bisik tu macam tengah bergosip aja.
"Tak ada siapa mengandung, nek. Ibu ni ha...saja je. Juliana terfikir pasal anak tadi." Jenuh Tengku Juliana menerangkan semula. Rasanya dia sebut anak je tadi, melalut sampai mengandung, beranak ni kenapa?
"Kamu fikir apa?" Kini Nek Habsah pula mengikuti perbincangan mereka.
"Tak, abang Riyaz ada cakap pasal anak semalam. Terkejut juga la tiba-tiba aja."
"Kenapa dia boleh cakap macam tu?" Puan Mariana bertanya.
Tengku Juliana menjungkit bahu. "Tak tahu. Juliana takut la ibu, nek. Macam mana kalau tiba-tiba Juliana tak boleh mengandung?" Tengku Juliana membuat wajah kasihan. Bibir dicebik.
"Ada pulak cakap macam tu? Doa banyak-banyak. Kau orang baru 8 bulan tau kahwin. Nenek dulu 2 tahun kahwin baru dapat anak." Nek Habsah semangat bercerita sampai jari jemarinya naik menunjuk nombor.
"Betul!" Puan Mariana menyokong. Mata Tengku Juliana beralih kepada ibu mertuanya pula. "Ibu dulu 1 tahun setengah baru boleh dekat Riyaz tu. Kamu tak payah fikir buruk-buruk."
Tengku Juliana naik tersenyum-senyum. Gusar hatinya tadi kian beransur pulih sebelum...
"Tapi kami ni dulu kahwin awal. Dua tahun kahwin pun nenek baru 21 tahun. Kuat lagi la. Kamu berapa? 27" Sengaja Nek Habsah menyakat.
"Betul!" Puan Mariana menyokong. Tengku Juliana menjuih. Semuanya dibetulkan oleh Puan Mariana. Cuba la cakap salah! Takda la dia menggelabah sangat.
Tengku Juliana sudah nak termenangis.
"Nenek jahat! Takutkan Juliana!" Tengku Juliana menggeleng-geleng kepala. Rambut diramas kasar. Arghhhh! Belum kahwin, stress fikir kahwin. Dah kahwin, stress fikir anak.
"Abang Riyaz tu! Juliana ajak kahwin awal tak nak. Nak jugak tunggu Juliana habis belajar. Tengok, kan dah tua Juliana dibuatnya." Tengku Juliana sudah merepek. Bila tak mengandung ni, automatic semuanya salah perempuan.
"Alah rilek la, nenek saja je kata. Kawan ibu 47 tahun pun ada yang mengandung lagi." Puan Mariana menenangkan Tengku Juliana. Muka risau betul tu.
"Tak boleh...Juliana takut. Juliana rasabmacam tubuh Juliana ni tak sihat je. Macam tak boleh mengandung. Dah la period pun tak datang lagi—" Tengku Juliana yang berkeriau teriak itu dipotong oleh ibu dan neneknya.
"Kamu kata apa?" Mereka berdua mendekat. Tengku Juliana serta merta senyap. Dia ada salah cakap ke?
"Err, tubuh Juliana tak sihat?"
"Lagi?" Mereka makin mendekat. Err, Riyaz, balik cepat! Kelihatannya ibu dan nenek mahu menyerang Tengku Juliana yang cantik dan vogue yini!
"Period Juliana tak datang lagi?" Tengku Juliana terangkat kening.
"Thats it!" Nek Habsah terbangun. Tengku Juliana membulat mata. Apa kena dengan nek Habsah ni? Selalu macam diva aja.
Puan Mariana yang awalnya tak memahami segera menangkap maksud Nek Habsah. Dia turut melompat.
"Yes!"
"Kenapa?"
"Ish dia ni clueless betul. Tak datang period tu antara tanda-tanda mengandung lah." Nek Habsah menerangkan apabila melihat wajah blur Tengku Juliana. Muka diva dah, tapi blur.
"Arghhhh!" Tengku Juliana melompat. Tangan dikibas gembira. Kakinya meloncat-loncat.
"Maknanya...maknanya...Juliana ada chance la mengandung ni?"
"Yes!" Puan Mariana mengangguk teruja.
"Oh my god!" Tengku Juliana menekup pipinya. Hangat, terharu, gembira.
"Kejap nenek nak ambil sesuatu." Nek Habsah segera menaiki tangga. Walaupun sudah berusia 76 tahun, tapi dia sangat cergas naik turun tangga. Macam orang muda.
Tidak lama kemudian, Nek Habsah turun dengan sesuatu di tangan sebelum dia serahkan kepada Tengku Juliana.
"Apa ni?" Tengku Juliana menyambut kotak putih kecil yang dihulur oleh Nek Habsah.
"Pregnancy test."
"Macam mana mak boleh ada benda ni?" Puan Mariana bertanya. Pelik pula tiba-tiba boleh ada. Dah lama orang dalam rumah ni tak mengandung.
"Betul tu." Tengku Juliana menyokong.
Nek Habsah menahan tangan seolah menepis setiap persoalan mereka. "Sekarang ni mana lebih penting, macam mana aku dapat benda ni ke, Juliana ni kemungkinan mengandung?"
"Dua-dua." Puan Mariana menjawab. Dia masih tak habis fikir macam mana pregnancy test boleh ada pada Nek Habsah.
Nek Habsah memutarkan bola matanya ke atas.
"Dah-dah, pi test cepat." Nek Habsah menolak tubuh Tengku Juliana ke tandas.
Tengku Juliana bergegas masuk ke dalam tandas. Puan Mariana dan Nek Habsah menunggu di luar.
"Nek!" Tengku Juliana melaung.
"Mengandung ke?" Cepat-cepat Nek Habsah bertanya. Dia sudah tidak sabar-sabar nak menimang cicit pertamanya.
"Ju tak rasa nak buang air lagi."
Nek Habsah menahan nafas mendengar jawapan lain. Bertuah punya cucu!
"Teran je lah macam mana pun sampai keluar."
Satu minit.
Dua minit.
Puan Mariana yang sudah tak sabar-sabar mengetuk pintu tandas. "Juliana, macam mana?"
Masih senyap.
"Juliana, kalau—"
"Nenek! Ibu!"
Puan Mariana dan Nek Habsah melekap ke pintu.
"I made it! I made a baby! Yeayy!
***
Senyum terukir manis.
Siap satu, dia beralih ke satu lagi kad. Dari tadi tangan itu setia menulis satu persatu nama tetamu yang dijemput ke majlis persandingan mereka nanti. Sengaja dia tak mahu mencetak nama. Biar tulis dengan tangan, lagi klasik dan ikhlas.
Krekk..
Tengku Juliana mendongak kepala melihat ke arah pintu. Tak sampai sesaat pintu terbuka, satu tubuh melangkah masuk. Hanya berbaju t-shirt nipis dan berkain pelikat. Rambut kusut masai dengan mata yang kuyu.
"Suka betul buat kerja pagi-pagi buta. Tak mengantuk ke?" rungut Riyaz perlahan.
Riyaz meraup mukanya. Dia mendekat sebelum duduk bersila di sebelah Tengku Juliana yang sedang meniarap di tengah-tengah bilik membaca itu.
"Tak sakit perut ke meniarap macam tu? Perut awak dah naik sikit tu. Tak jadi apa-apa ke?"
"Tapi saya selesa macam ni" Tengku Juliana memandang. Kening dikerut comel.
"Bangunlah, duduk betul-betul." Belakang pinggang Tengku Juliana diusap perlahan. Tak membantah, Tengku Juliana bangun bersila. Namun sedikit keluhan terkeluar dari bibir.
"Nanti terpenyek baby macam mana?" Riyaz mencium sekilas pelipis Tengku Juliana sambil tangan dilekap ke perut Tengku Juliana yang sedikit membuncit. Tak ketara, tapi sudah terlihat bentuk.
Tak dapat ditahan, terus senyuman terukir di bibir si isteri. Menci auww, tahulah kiss dia boleh menyejukkan benda yang panas.
"Abang.."
"Hmm.."
Tengku Juliana memusing tubuhnya. Tangan Riyaz diambil dan dinaikkan kepipinya. Dia meletak kepala. Sengaja ingin bermanja. Suka dia, tangan Riyaz hangat, kasar dan besar. Seksi.
"Perut saya dah besar, sanding kita lagi dua bulan, nanti orang perasan baby bump macam mana?"
"Biarlah. Kenapanya?" Riyaz mengerut kening.
Tengku Juliana mendekat. Dia kemudian berpusing membelakangi Riyaz dan menyandar badan ke dada bidang Riyaz. Tangan kekar itu dibawa melilit ke pinggangnya. Amboi, sedap dia.
"Iye lar, nanti orang kata. Kita kahwin tak bagitahu orang, 10 bulan kahwin baru nak bersanding. Nanti orang kata anak kita..." Tengku Juliana tak berkata habis. Dibiar tergantung bersama bibirnya yang digigit.
"Biarlah orang. Mulut orang mana kita boleh tutup. Lagipun nanti waktu interview Majalah Romantika tu kita bagitahulah kita dah kahwin 10 bulan awal. Benda boleh settle apa.."
Tengku Juliana tak merespon. Tangan Riyaz ditarik bagi mengeratkan lagi pelukan.
"Okay abang."
***
Update baru setelah sekian lama.
Yeay, bab 26 akan tiba malam atau pagi esok.
Vote cikit.
I love you, muah!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top