Bab 22
Masuk ke dalam kereta, Tengku Juliana memasang tali pinggang keledar di tempat duduk Riyaz.
"Abang boleh buatlah.." Riyaz bersuara. Comel pula lihat Tengku Juliana yang kalut dari tadi.
"Takpe saya buat. Abang sandar betul-betul. Perut, tekak semua selesa? Tak ada rasa nak muntah ke apa?" Badannya di tempat pemandu dilangkau ke belakang mengambil bantal leher.
"Mual sikit la. Boleh perlahankan aircond? "
Tengku Juliana segera memperlahankan aircond. Bantal leher diselitkan ke celah leher Riyaz. Berbahang panas leher suaminya itu tatkala dia menyentuh. Tumpah perasaan kasihannya. 4 tahun mereka bercinta, jarang sekali lelaki ini sakit. Pening, sakit sikit-sikit adalah. Tapi tak sampai tahap demam panas macam ni.
"Abang nak asam ke apa? Saya turun beli kejap."
Mendengar perkataan asam, terus terkecur air liur dalam mulutnya. Seraya kepalanya diangguk. Dengan tekak tak selesa macam ni, hisap asam mesti sedap.
Tengku Juliana senyum nipis. "Tunggu kejap, saya beli. " Paha Riyaz ditepuk perlahan. Lelaki itu mengucap terima kasih tanpa suara. Matanya kuyu memerhati Tengku Juliana yang keluar dari kereta.
Bibir tersenyum nipis.
***
"Lepas tu, ramas-ramas je?" Kaki panjang itu berlari perlahan menuruni anak tangga.
Sudah jam 1:38 pagi, Tengku Juliana terjaga akibat gigilan tubuh Riyaz. Suaminya itu panas garing. Selimut habis dibalut ke tubuh suaminya. Dijelum berkali sehingga jam 3 pagi namun panasnya masih tak berkurang.
Pukul 3:30 pagi, dia mengambil keputusan menelefon ibu Riyaz. Nasib baik wanita itu juga tidak lena tidur kerana tidak sedap hati. Firasat seorang ibu memang tak pernah salah.
"Lepas tu, lendir dia tu sapu ke buat macam mana ibu?" Pagi-pagi buta Tengku Juliana keluar ke taman belakang untuk mengutip daun bunga raya yang dikatakan boleh menyejukkan badan.
"Ok, baik. Terima kasih ibu. Yaya, ok. Assalamualaikum." Panggilan telefon diputuskan sebelum dia menyelit telefon tersebut ke poket baju tidurnya. Rambut yang tidak terurus disanggul ala kadar.
Siap meramas daun bunga raya itu sehingga lendirnya keluar, Tengku Juliana naik semula ke bilik. Lelaki itu berada di dalam bilik air. Suara mengeram jelas kedengaran dari dalam bilik.
"Abang.." tangan halus menggosok badan lelaki itu. Sudah hari ketiga, Riyaz masih belum kebah. Malah makin teruk, muntahnya makin menjadi. Setiap malam lelaki itu menggigil sehingga terkancing kuat giginya. Bila diajak ke hospital, berkeras lelaki itu. Sedikitpun tak mahu berganjak.
"Tak nak ke hospital ke? Kesian abang." Tuala yang basah dibawa mengelap dahi dan leher Riyaz, air ramasan daun bunga raya itu disapu sekali.
"Sejuk.." adu lelaki itu perlahan.
"Sejuk takpe, buka selimut ya? Baru haba keluar dari badan abang." Tengku Juliana cuba menarik selimut dari badan Riyaz. Tahu lelaki itu kesejukan. Kuku dan bibirnya pucat lesi. Tapi itu saja cara untuk Riyaz cepat baik.
"Nanti abang sejuk, saya peluk abang" Tengku Juliana memujuk. Tuala basah dilap ke tubuh Riyaz. Terpejam-pejam mata Riyaz menahan kantuk dengan matanya yang pedih akibat dari kepanasan tubuhnya.
"Tidur ya, saya jaga."
Hampir pukul 5 pagi, barulah Tengku Juliana boleh merehatkan tubuhnya. Rambut Riyaz yang basah dilurutnya perlahan. Lelaki itu juga masih belum tidur.
"Tak boleh tidur ke?"
"Tak mengantuk.."jawab Riyaz perlahan. Atau secara jujurnya, dia kasihan melihat Tengku Juliana yang bersengkang mata deminya. Ditahan matanya dari terpejam supaya dia dapat menjaga Tengku Juliana sepanjang malam.
"Tidurlah, abang kan tak sihat."
"Abang nak tengok awak." jawapan Riyaz membuatkan hujung bibir Tengku ternaik.
"Kenapa?"
"Awak cantik" Kali ini Riyaz pula membelah senyum. Sudah beberapa kali dia terjatuh kerana senyuman itu. Garis senyum yang cantik, dengan pipinya yang merah, bersama mata yang berkilau itu. Setiap kali memandang, Riyaz merasakan dialah lelaki paling bertuah di muka bumi.
"Tidurlah, ada-ada je." Mata asyik Riyaz yang menjelajah raut mukanya itu, Tengku Juliana halang dengan tangannya. Tahu mana ada istilah malu dalam dirinya tapi apabila Riyaz dengan lurusnya memuji, tersipu juga dia dibuatnya. Crush puji iolss, boleh menggeletis sampai ke langit.
Tangan Tengku Juliana yang menutup matanya dipegang. Tangan itu dicium perlahan dan dibawa ke dada. Tak tahan dengan mata yang memberat, seperti malam sebelumnya, Riyaz terlena dalam kehangatan seorang isteri.
Tengku Juliana tersenyum nipis. Tulang pipi Riyaz diusap lembut sebelum satu ciuman singgah ke dahi suami. "Goodnight abang" .
Sambil merenung Riyaz, tersenyum kecil dia. Riyaz yang selama ini berlagak dingin, ego, tunjuk macho, degil serta merta menjadi manja, manja, dan manja. Mengada betul.
Tapi takpa, dia suka. Ihiks!
***
Selesai menyiapkan sarapan, Tengku Juliana naik ke bilik. Dahi Riyaz disentuh. Panas sikit. Kuku Riyaz pula dibelek. Dah berwarna merah jambu, tak lagi ungu macam semalam. Tidur Riyaz kelihatan lena, tak lagi tidur yang menahan sakit.
Senyum lega terus terukir. Abang Riyaz kita dah nak sembuh! Yeayyy!
Dia perlu mandi dah bersiap. Tengku Juliana dah siapkan jadual untuk hari persandingan mereka. Dan hari ini Tengku Juliana sudah perlu menempah kad undangan mereka.
"Nak pergi mana?" Tengku Juliana yang sedang membetulkan tudung itu menoleh ke belakang. Riyaz yang serabai dengan terlekat cebisan daun bunga raya di tubuh, rambut yang kering terjuntai itu duduk bersandar merenungnya.
"Saya nak keluar pergi tempah kad undangan. Hari ni janji temu."
"Tak cerita abang pun." suara Riyaz mendatar. Mukanya dingin.
"Saya ingatkan nak letak nota tadi, saya tak nak kejutkan abang. "Tengku Juliana memandang Riyaz. Tak mahu Riyaz menyangka dia mahu keluar tanpa memberitahu Riyaz.
"Kalau letak nota pun, keluar rumah tu abang tak tahu." suara Riyaz semakin dingin. Tengku Juliana gigit bibir.
"Sorry.. Abang boleh ke saya nak keluar? Hari ni ada temu janji untuk tempahan kad." Tengku Juliana seraya membetulkan semula keadaan. Tak sanggup duduk di ruang udara yang dingin dengan pandangan Riyaz.
"Baru nak minta?" Riyaz tak memberi jawapan. Dia membaringkan tubuhnya kemudian terus memejam mata. Tengku Juliana menghela nafas. Hanya kerana itu, Riyaz dingin. Lagipula, dia juga belum sempat keluar. Kenapa Riyaz perlu sampai macam tu?
"Abang, boleh ke saya pergi?" Tengku Juliana berdiri di belakang Riyaz. Riyaz mendiamkan diri. Tengku Juliana merapati Riyaz, tangan lelaki itu diambil dan diciumnya perlahan. Belum sempat dia hendak mencium dahi lelaki itu, Riyaz membalikkan tubuh membelakangi isterinya.
Tengku Juliana diam. Dia terkilan.
"Minta diri dulu abang"
Riyaz senyap tak membalas. Dalam hati, dia berharap sangat wanita itu memujuknya dan meminta maaf. Paling kurang, peluk sekali, cium pun takpe dah. Tapi bukan ke Tengku Juliana dah meminta maaf? Tapi dia tak pujuk. Dan dia tak kiss. Arggghhh, tak tahu!
Mendengar pintu bilik ditutup, Riyaz menendang selimut. Pujuklah!
***
Sorry guys, semalam balik PBAKL2019 terus terbongkang sampai subuh.
HAHAHAHA..
Cewi sikit.. Hewhewhew
🌺
New chapter is coming..
Suka ke tak suka, tekan vote dulu..hikss 🌹
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top