Bab 19
Tengku Juliana menutup mulut Riyaz yang semakin menghampiri kawasan lehernya. Dia ketawa melihat mata Riyaz yang terkebil-kebil.
"Nanti kerja tak siap la abang" Sengaja kepala Riyaz digosok sambil dia tergelak.
"Ala.." Riyaz bangun melutut dari menindih Tengku Juliana. Tangan mencekak pinggang sambil memerhati Tengku Juliana yang mengesot keluar.
"Tak lari gunung dikejar.." Tengku Juliana mengibas bajunya yang terkena habuk. Sikunya turut digosok. Melihat Riyaz yang memandangnya tak puas hati, Tengku Juliana tergelak.
"Takyah nak panjang sangat muncung tu.." Bibir Riyaz dicubit geram. Buat comel pulak!
"Meh tolong saya kemas rak ni." Tengku Juliana menghampiri rak yang terjatuh menimpa lantai itu, nasib baik rak sudah reput, tak da la susah-susah nak angkat balik. Buang saja terus.
Terlerai habis rak. Kayu rak itu ada yang sudah terpisah dari badannya. Habuk penuh memenuhi bilik kecil itu.
"Abang!" Tengku Juliana gelak besar melihat Riyaz yang masih tak berkutik. Bila masa gedik sangat ni suami aku?
Kakinya dibawa mendekati Riyaz dengan tawa yang masih bersisa. "Jomlahh.." Tangan kecilnya menarik lengan Riyaz. Mengadanya..cubit satgi!
"Ishh!" Riyaz membuat muka. Dia bangun melintasi Tengku Juliana. Tajam sekali jelingannya. Tengku Juliana mencebik sambil bibir menahan senyum.
Melihat gaya tubuh Riyaz yang memprotes itu, tak dapat dia menahan diri dari menampar 'bumper' seksi suaminya itu. "Jeling-jeling, saya terkam nanti." Sempat dia mengacau Riyaz lalu tertawa tak bersalah.
Riyaz mendengus. Nak kena budak ni.
***
Riyaz terjaga dari tidur apabila perutnya memulas. Berkerut keningnya sambil memegang perut, entah apa yang dia makan tadi.
Melihat sebelahnya kosong, Riyaz tercari-cari sebentar. Memandangkan tuntutan alamnya semakin menekan, terpaksa dia bergegas ke tandas. Cari Juliana, tuntutan kedua.
Selesai saja, Riyaz keluar dari tandas. Tengku Juliana masih belum di tempat tidur. Mana dia nak pergi malam-malam ni? Tahulah tak takut gelap pun.
"Juliana.." Riyaz memanggil dari dalam bilik. Dua tiga kali panggilan, ada sahutan dari luar. Riyaz mengerut kening.
Dengan berseluar pendek dan tak berbaju, Riyaz mengikut arah sahutan tersebut. Bibirnya tersenyum nipis melihat pintu mini library yang terbuka dan sedikit cahaya dari dalam bilik untuk yang menerangi.
"Buat apa ni sayang?" Riyaz menapak masuk ke dalam bilik dan mendekati Tengku Juliana yang sedang bersila itu. Satu ciuman dihadiahkan di pelipis isterinya itu.
"Saya tak boleh tidur, jadi saya susun buku la. " jawab Tengku Juliana. Tangannya sibuk memindahkan buku di dalam kotak ke rak buku baru yang sudah siap dipasang petang tadi.
"Tak mengantuk ke?" Dengan mamai Riyaz menyendeng di tepi Tengku Juliana. Sudah la penat tadi memberi nafkah kepada Tengku Juliana. Yang dia ni pun, tak penat ke? Boleh pulak susun buku pagi-pagi buta macam ni.
"Tak, abang pergi la masuk tidur."
Riyaz mengangguk malas. Satu bantal kecik yang melapik punggung Tengku Juliana ditarik.
"Abang, apa ni?" Terkejut dia apabila badannya tiba-tiba sahaja bergerak.
"Nak bantal"
"Nak buat apa?"
"Nak tidur la"
Terkerut dahi Tengku Juliana. "Masuk tidur dalam bilik, buat apa nak tidur sini? Sakit badan nanti."
"Amauu..nak tidur sini dengan awak" serak-serak basah suara Riyaz dengan tangan yang masih lagi menarik bantal kecil tersebut. Kepalanya sudah mahu terlentok ke lantai.
Terlepas tawa kecil Tengku Juliana, mengada ya amat. Kalau garang, garang nak mati!
"Bantal ni saya buat letak punggung la. Tunggu sini saya ambil bantal kat bilik."
Bangun sahaja Tengku Juliana, Riyaz menarik bantal tersebut dan terus meletak kepala. Segala bebelan Tengku Juliana dibiar saja. Lenyap.
Kembalinya Tengku Juliana ke perpustakaan kecil itu, Riyaz sudah berdengkur.
"Perangai jugak nak tidur sini. Orang suruh tidur dalam bilik tak nak." Tengku Juliana membebel perlahan sambil mengangkat kepala Riyaz dan dilapikkan bantal di bawahnya. Melihat Riyaz yang tak berbaju itu, Tengku Juliana membuka robe satinnya lalu diselimutkan ke tubuh suami.
Dia tersenyum kecil. Rambut Riyaz yang agak panjang dan sedikit messy itu dilurutnya. Boleh pulak polis ni rambut panjang eh, nak kena ni.
"Goodnight abang, i love you" Bibir Riyaz dicicip nipis. Sempat Tengku membelai pipi Riyaz sebelum dia kembali membuat kerja.
Sesaat.
Dua saat.
Tiga saat.
Riyaz melebar senyum dengan mata masih tertutup.
I love you too.
Keesokannya, Riyaz mencekak pinggang melihat Tengku Juliana yang terbongkang tidur di atas karpet. Gaun tidur nipisnya terselak sampai ke perut. Memang jelas segala apa yang berada di bawah.
"Nasib la abang ni kuat iman sayang. Kalau tak, habislah awak pagi ni." Giliran Riyaz pula mengomel. Tubuh panjang untuk dicempung ke bilik. Orang tidur, dia jaga. Orang jaga, dia membuta.
Riyaz kembali melihat perpustakaan kecil tersebut. Masih ada beberapa kotak buku yang belum siap dikemas. Dia menongkat dagu sambil memerhati sekeliling.
Tunggu sayang, abang ada suprise.
Ting!
***
Tatkala Tengku Juliana membuka mata, dia terus tercegat tegak. Matanya luas terbuka. Jam dinding di cari.
12:30 p.m.
Mati..
Tengku Juliana bingkas bangun. Rambut panjangnya disanggul kalut-kalut. Mati! Mati! Mati!
Riyaz mesti lapar dan dia belum masak apa-apa lagi. Oh my god, kaishan suaminya. Siap mengemas katil, dia bergegas hendak keluar. Mengingatkan dirinya yang masih belum mandi, serba salah jadinya.
Kalau dia keluar, nanti dia busuk Riyaz tak suka. Kalau dia mandi dulu, nanti Riyaz kelaparan.
Apa nak buat? Apa nak buat?!
Berlegar-legar dia di hadapan pintu. Kaki tangan semua tak duduk diam. Mandi dululah! Daripada berfikir, buang masa.
Terkocoh-kocoh Tengku Juliana mandi. Siap saja, terus baju disarung. Cepat-cepat dia hendak keluar dari bilik. Tiba di pintu, dia berpatah semula. Minyak wangi kegemaran Riyaz belum sembur, mana nak goda suami nanti. Ok done!
Jom!
Tengku Juliana berlari ke tingkat bawah. Lariannya semakin perlahan apabila ruang bawah terasa sunyi sepi. Dia menghendap ke dapur dan bilik air. Kosong. Cuma terdapat mangkuk dan gelas yang telah digunakan.
Kesian suami kita makan Honeystar je, huwaaaaaa.
Tengku Juliana membasuh dahulu mangkuk dan gelas tersebut. Dia membuka peti ais dan mengeluarkan ayam. Pili air dibuka dan air dibiar memenuhi bekas ayam tersebut.
"Aduh!" terus tercanak telinga Tengku Juliana. Otak cuba memproses dari arah mana datangnya bunyi tersebut. Kedengarannya seperti suara seksi abam polis titew.
"Abang?"
Tengku Juliana meliar matanya ke sana sini. Rumah ini bukan besar mana, senang nak mencari. Ruang bawah kelihatan kosong. Dekat atas ke?
Sambil kalinya melangkah ke atas, matanya menangkap tubuh Riyaz yang sedang memasang sesuatu di siling perpustakaannya.
Tengku Juliana terkelip-kelip memandang. Kotak bukunya yang bertimbun semua sudah tiada. Buku penuh di rak. Karpet baru sudah sedia terhampar. Beberapa buah pasu di susun di bawah tingkap.
"Abang.."
Riyaz menjenguk di sebalik lengannya yang sedang memasang lampu. "Sayang dah bangun?"
"Abang.." Tengku Juliana memanggil lagi. Melihat reaksi Tengku Juliana, Riyaz menggaru telinga. Alamak, dia tak suka ke?
Riyaz memandang Tengku Juliana. Anak mata itu sudah berkaca-kaca. Riyaz mengukir senyum nipis. Kakinya berhati menuruni tangga besi itu.
"Halah, halah..sian dia. Meh kat abang.." Riyaz membuka kedua lengannya. Muka mencebik Tengku Juliana betul-betul menggeletek hatinya.
Pantas saja Tengku Juliana sudah masuk ke pelukan Riyaz. Muka menyondol rapat ke dada suaminya.
"Thank you..isk isk.."
Riyaz tergelak. Rambut Tengku Juliana diusap kemudian pelipis gadisnya itu dicium. "Dah dah, tak yah nangis. Beremosi pulak tiba-tiba ye.."
"Abang laa.." Tengku Juliana mencakar manja belakang tubuh Riyaz yang tak berbaju. "Dah la buat saya terharu, lepas tu suka seksi-seksi depan saya, terkam nanti.." omel Tengku Juliana di dada Riyaz.
Riyaz tergelak kuat. Pelukan dilonggarkan kemudian telapak tangannya menekan pipi Tengku Juliana.
"Sebelum abang terkam awak dulu, pergi pakai tudung, baju elok-elok sikit. Kejap lagi ada orang nak hantar perabot."
"Perabot apa? "
"Untuk perpustakaan awak ni la sayang"
Tengku Juliana membulat mata. "Abanggg! Thank youuuuu..nak peluk lagii..." Baru dia mahu merangkul Riyaz lagi, dahinya sudah ditolak dengan telunjuk Riyaz.
"No, pergi siap-siap dulu. Nanti abang kiss. "
Bersinar bola mata Tengku Juliana. "Janji!"
"Iyaa.."
"Ok! 5 minit abang sayang! " terus dia berdesup hilang dari bilik tersebut. Riyaz tertawa. Senang je nak suruh budak ni, sogok kiss je.
***
"Cantiknya abang..thank you.." Kedua tangan Tengku Juliana terangkat ingin menggapai cahaya lampu kuning jingga di atasnya. Macam bintang.
"You like it?"
Tengku Juliana berpaling tubuh menghadap Riyaz. Mereka berdua berbaring di atas lantai yang beralaskan karpet. Kepalanya diselesakan di atas lengan Riyaz. "I love it..so much, thank you sayang."
"You're most welcome honey"
Tengku Juliana tersenyum.
Him.
His smile.
His voice.
His eyes.
His laugh.
His warmth.
His existence.
Him.
***
Yeay! I made it!
Saya berjaya update! Yes!!
Tapi..saya rasa chapter ni, Juliana is not Juliana, Riyaz is not Riyaz.
More to like me and my husband.
Hua hua huaaaaaa...
Tak2 gurau je..enjoy!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top