Bab 17
"Juliana, bangun.."
Tengku Juliana terpisat-pisat membuka mata. Berulang kali dia menutup dan mencelik mata melihat tubuh tegap di hadapannya ini.
"Tolong.." Tengku Juliana menghulur tangan malas. Riyaz tergelak. Tangan Tengku Juliana tak disambut malah dia tunduk sedikit sebelum menyeluk tangan ke celah ketiak Tengku Juliana. Mudah saja tubuh itu diangkat duduk.
"Mandi, solat subuh." Riyaz mengemas rambut Tengku Juliana yang berselerak. Duvet yang terlurut ditarik melindungi dada Tengku Juliana. Memang tak malu langsung. Kalau tak tarik, memang tak la dia nak tutup.
"Mengantuk.." Tengku Juliana menjatuhkan tubuhnya ke depan. Dahinya tepat jatuh di atas paha Riyaz.
"Bangun sayang, kejap lagi azan subuh dah."
Tengku Juliana mengelat. Matanya masih berat untuk terbuka. Mengenangkan Riyaz yang sudahpun berpakaian kemas untuk solat, gagah juga dia bangun.
"Tunggu tau.." Tengku Juliana menghulur kaki keluar dari duvet. Sebelum dia bangun, sempat dahinya disinggah ke bibir Riyaz lalu dengan bermalasan dia menuju ke tandas.
Terjatuh hujung kening Riyaz. Kepalanya digaru perlahan melihat Tengku Juliana yang selamba tak berpakaian apa-apa ke sana ke mari di dalam bilik. Aduh, nasib la..bini.
Riyaz berdiri menunggu di atas sejadah sambil memerhati Tengku Juliana memakai telekung. Wanita itu merapati Riyaz kemudian tersenyum lebar di hadapan suaminya.
"Jom solat!"
"Kejap. Sebelum tu, baca Al-Fatihah. Abang nak dengar. "
Tengku Juliana terkelip sekejap. Dia kemudian memperdengarkan bacaannya di hadapan Riyaz. Riyaz terangguk mendengar. Adakalanya dia menegur harakat dan dengung.
"InsyaAllah, al-Fatihah awak baik. Ingat yang mana abang tegur tadi. Al-Fatihah adalah rukun?" Riyaz dah serupa ustaz mengajar di sekolah. Tengku Juliana mengemam bibir.
Melihat Tengku Juliana yang tergagap-gagap, Riyaz kemudian bersuara kembali. "Al-Fatihah rukun qauli dalam solat. Bacaannya wajib jelas sehingga boleh didengari oleh telinga sendiri. Lafaz mesti jelas dan tepat."
Tengku Juliana mengangguk. "Faham" Dia tersenyum nipis. Riyaz membalas.
"Jom solat"
"Jom!"
Riyaz berpaling. Dia berdiri tegak dan berdehem. Tengku Juliana tersenyum di belakang. Riyaz sangat kacak dengan baju Melayu dan kain pelikat.
"Allahuakbar.."
Selesai salam kedua, Riyaz menyapu muka. Sempat dia berpaling memandang Tengku Juliana sambil bibirnya membaca wirid.
"Aminn.." dan sesungguhnya, pagi ini sangat menyenangkan. Tengku Juliana menyambut huluran tangan Riyaz. Cepat kepala Riyaz dipegang dan bibirnya berlabuh ke dahi Riyaz.
Cup!
Riyaz mengerut kening. Bibir dikemam sebelum...pap! Satu jentikan mengena di dahi Tengku Juliana. Bulat mata wanita itu.
"Abanggg!" Terkedu dia dibuatnya. Tapak tangan menekap penuh di dahi. Jahatnyaaaa! Suka jentik dahi orang!
"Lain kali jangan la ambil kerja abang.." Riyaz menarik kepala Tengku Juliana dan dia mencium sekilas dahi yang kemerahan akibat jentikannya tadi. Terkuat la pulak, huhuhu..
Tengku Juliana mencebik. Badannya diundur sebelum kepalanya dilabuhkan ke riba Riyaz. Hidungnya bergesel dengan paha Riyaz.
"Wanginya bau kain pelikat abang, abang guna sabun basuh baju sama dengan saya ke?" Tak cukup itu, dicium-cium kain itu. Riyaz tergelak. Pipi Tengku Juliana ditepuk perlahan
"Ni kain ayah awak la. Memang bau macam sabun basuh baju rumah awak."
"Ye ke? Hohoho.." Tengku Juliana berhenti. Dia mengubah badannya melentang. Kepala diselesakan di atas riba Riyaz. Tubuhnya masih lengkap berbalut telekung.
"Abang.."panggil Tengku Juliana dengan mata didongak menghadap Riyaz di atasnya.
"Ya.." Riyaz mengangkat kening. Tubuhnya dibongkok sedikit supaya wajahnya menghadap wajah Tengku Juliana.
Tengku Juliana terhenti. Matanya terkelip-kelip perlahan. "Dari sudut mana pun, kenapa abang sangat kacak?" Hujung jari telunjuknya dilalu ke rahang kemudian naik ke pipi Riyaz. Janggut tu..uhuks seksinyaaa..
Riyaz ketawa perlahan. Tangan Tengku Juliana diambil dan dijatuhkan ke sisi tubuh wanita itu. Dia tunduk mencium dahi Tengku Juliana. "Mengantuk la tu, cakap pun mamai.."
"Mana adaaa.."
"Tidur. Abang teman."
Tengku Juliana muncung. Riyaz ni, orang puji pun nak malu-malu.
"Nanti kejut saya tau"
"Ye sayang"
***
Sebelum buka mata lagi, bibirnya dah tersenyum. Entah kenapa semalam terasa begitu lama. Baru tangan mahu memeluk objek di sebelah, tangannya jatuh kembali ke tilam. Dahinya berkerut sambil tangan menggagau.
"Abang?" Sebelah mata tercelik. Kosong. Spontan matanya terbuka luas.
"Riyaz?" Tengku Juliana terkelip-kelip. Dia segera bangun duduk. Duvet diselak. Dia pakai baju! Riyaz takde!
Takkan...?
"Tengku Juliana, bangun!"
Suara mama.
Tengku Juliana menjatuhkan tubuh. Kaki digedik kuat dengan tangan menumbuk tilam. Arghhhh, takkan dia bermimpi?! Kenapa rasa dia sangat betul dan real?! Arghhhh! Tak boleh terimaaa...!
Tengku Juliana sebek. Rambut diramas kasar. Aishh!
" Ye ma.." Gaya malas dia buka pintu. Hilang terus semangat mimpinya semalam. Tak mungkin, ini semua tak mungkin! Nak kahwinn!
"Anak bertuahh.." Tengku Aisha mengetap gigi menarik telinga Tengku Juliana. Mengaduh anak perempuannya itu.
"Ma, apa ni? Aw.."
"Semalam mama pesan apa?"
Tengku Juliana berkerut. "Pe—"
"Kalau nak kahwin, ubah diri tu. Cuba bangun awal. Ni isteri apa ni biar suami masak sorang-sorang dekat bawah? Nasib baik ni rumah mama tau, kalau rumah mak mertua? Nak jawab—"
"Mama?" Tengku Juliana memotong. Matanya terkelip-kelip. "Mama cakap apa tadi?"
Tengku Aisha berkerut kening. "Cakap apa pulak?"
"Isteri tu Juliana ke?" Tengku Juliana menunjuk kepada dirinya.
Tengku Aisha melepaskan tangannya dari telinga Tengku Juliana. Pinggangnya dicekak. "Sudah tu siapa lagi? Takkan bibik kat bawah?"
Tengku Juliana membulat mata teruja. "Suami yang masak sorang-sorang dekat bawah tu Riyaz ke?"
"Apa kena dengan kamu ni Tengku Juliana?" Lagi jelas kerutan di dahi Tengku Aisha. Atas bawah saja dia pandang Tengku Juliana ni.
"Arghhh!" Tengku Juliana mengibas tangan gembira. Terloncat-loncat dia dibuatnya.
"Riyaz!" Tengku Juliana pantas berlari turun ke tingkat bawah. Oh bahagianya..serasa mahu terbang. Kaki bagai tak pijak lantai.
Melihat tubuh tegap yang sedang memecahkan telur ke dalam kuali itu buat hatinya berbunga. Ternyata dia tak bermimpi!
"Abanggg..!" Tak menunggu, terus dipeluk Riyaz dari tepi. Ahh, dia tak mimpi. Ini memang betul-betul, bukan cubaan.
"Hey, kenapa?" Riyaz mengangkat kening. Terangkat tangannya apabila Tengku Juliana tanpa amaran memeluk tubuhnya. Dah la tengah masak, kena minyak nanti tahulah dia mengaduh.
"Riyaz! Saya gembira sangat! Saya happy sampai saya rasa nak mati! Arghhh.." Tengku Juliana melepas pelukan sebelum leher Riyaz pula dipautnya.
Habis bergoyang tubuh Riyaz. Sebelah tangannya menahan pinggang Tengku Juliana manakala sebelah lagi memegang sudip.
"Ni memang awak kan?" Pipi Riyaz dicubit kemudian ditampar lembut. Diteleng kepala Riyaz ke kiri dan ke kanan.
"Abang la ni Juliana."
Tengku Juliana menghela nafas. Kepalanya disandar ke dada Riyaz. "Saya gembira sampai terlupa ingatan."
Riyaz tergelak. Apa-apa je la awak, Juliana..
"Kita betul-betul berasmara kan semalam?" Soalan polos Tengku Juliana membuat Riyaz tercekik air liur. Terbatuk kuat Riyaz. Kenapa Juliana ni jujur sangat?
"Ehem!" Tengku Aisha berdiri menyilang tangan. Anak siapa la tu tak malu betul.
"Cepat, ayah dah turun bawah."
"B-baik mama" Riyaz mengangguk. Tengku Aisha kemudian keluar dari dapur. Sempat renungan tajam diberikan kepada Tengku Juliana.
"Abang..kita buat betul-betul kan?" Tengku Juliana masih memeluk tubuhnya. Riyaz menghela nafas. Pinggang Tengku Juliana ditarik merapat.
"Nak abang buat macam mana bagi betul-betul? Semalam tak cukup betul-betul ke?"
Tengku Juliana senyum. Segala sistem gatal menjentik urat sarafnya. Rasa nak menggeletis! Miang sampai rasa macam nak masukkan kepala dalam kuali!
"Mari saya tolong abang masak." Tengku Juliana berpaling melihat kuali.
"Arhhh!"
Telur goreng dah hitam.
***
Arhhh!
Cincaaa??!!! Dah 20k?!
Hahaha, thank you for the endless support. Hari ni free sikit so boleh la update.
Sempena 20k ni saya nak kasi hadiah sikit.
Korang nak apa?
Answer: _________
***
KORANG KENA BACA!
Adakah Ini Yang Terbaik
by @chlmirasberryjb_
Saya dah baca, korang bila lagi? 😎
***
And yahh, sebelum lupa. Any wish untuk pengantin baru kita?
Ucapan terbaik akan dibaca di majlis perkahwinan si puteri dan polis kita!
Jom lekas!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top