Bab 14
Dari kejauhan terlihat kereta mewah bersusun masuk ke perkarangan banglo tinga tingkat tersebut. Tengku Fadhil dan Tengku Aisha tersenyum menunggu kedatangan dari pihak sana.
"Alhamdulillah, sampai juga" Tengku Fadhil mengangguk.
Keluarlah beberapa orang yang serba berpakaian baju Melayu lengkap bersampin dan berbaju kurung berwarna hijau mint. Ruang perkarangan itu riuh dengan kedatangan ahli keluarga Riyaz.
5 dulang hantaran diletak bersusun dibalas 7 dulang hantaran dari pihak Tengku Juliana.
Ruang tamu bergema balasan pantun dari kedua-dua belah pihak.
Cerita pinang ceriti,
Cerana diatas papan,
Sirih kami sirih bererti,
Sukat makna barulah makan.
Saya tidak tahu berebana,
Selisih telunjuk bertelakan,
Saya tidak tahu akan makna,
Sirih diunjuk saya makan.
Rumah besar alangnya besar,
Hiasi rumah datuk menteri,
Kalau tidak hajat yang besar,
Kami tidak sampai kemari.
Sesi berbalas pantun disambut meriah dengan gelak riuh dari kedua belah pihak. Zahin juga turut mencemar duli menyertai majlis pertunangan tersebut.
Tengku Juliana menggenggam tangan. Dia masih berada di dalam biliknya sementara menunggu urusan dibawah selesai. Bibirnya terhias senyum yang tidak lekang dari tadi. Sengaja jarinya tidak dia cemarkan dengan lukisan inai supaya cincin tunangnya nanti tak tenggelam dek inai.
Ting!
Tengku Juliana pantas menyambar telefon. Dari tadi dia menunggu SMS atau panggilan daripada Riyaz.
Riyaz
I thought majlis tunang simple je.
Tengku Juliana mengangkat kening. Macam mana dia tahu? Dia ada ke? Tak mungkin. Majlis bertunang selalunya si lelaki tak datang.
Riyaz
Saya ada dekat luar ni. Mama tak kasi masuk.
Ohh, dekat luar. Ni mesti kes nak datang tapi tak boleh then dia buat ayat pujuk rayu sikit .
Me
Jangan marah ya, ibu yang nak
majlis tunang macam ni.
Nikah pun Riyaz mahu majlis simple saja. Lagikan tunang. Kalau boleh dia cuma nak buat upacara sarung cincin sahaja. Tapi atas desakan mama dan ibu, terpaksalah dibuat majlis bertunang penuh adat ini.
Riyaz
Tak marah la..
Saya curious je.
"Juliana!" Mendengar ada suara-suara bisikan memanggilnya, Tengku Juliana pantas mengangkat kepala. Tengku Aisha di hadapan pintu bilik tajam memberi isyarat. Hampir 3 saat dia bingung sebelum dia cepat-cepat menyelit telefon bawah pahanya.
"Assalamualaikum.." Puan Sri Mariana bersama beberapa wanita yang Tengku Juliana kira adik dan kakak Puan Sri Mariana masuk ke dalam bilik Tengku Juliana yang dihias indah.
"Waalaikumussalam" Tengku Juliana bangun menyalami Puan Sri Mariana dan lainnya. Rata-rata mereka memuji raut wajah Tengku Juliana yang kelihatan begitu anggun.
Upacara menyarung cincin disaksikan oleh ahli keluarga perempuan sahaja manakala para lelaki berada di tingkat bawah.
"Tahniah.." Nek Habsah mencium dahi Tengku Juliana sebelum menepuk perlahan bahu gadis itu. Tengku Juliana mengangguk dengan terima kasih yang tak terucap. Dia begitu bahagia.
Afya yang dikendong Ayra memeluk leher ibunya itu sambil kepala disandar ke bahu Ayra. Berkelip-kelip matanya menahan tangis. Mama cantik sangat!
" Congrats!" Puteri dan Ayra memeluk Tengku Juliana. Afya turut menyelit memeluk ibu saudaranya.
"Mama nanti kasi baby cantik macam mama tau."
Seisi bilik ketawa dengan kata-kata Afya. Baru tunang dia dah suruh bagi baby dah. Macam mana nak buat tu?
Tengku Juliana kemudian diiringi turun ke bawah. Langkahnya sangat terjaga. Senyuman cantik menghiasi wajah yang cuma disolek ringkas. Dia yang berdress labuh coklat cair menjadi perhatian kamera.
Riyaz bersilang tangan bersandar di kereta. Dia yang masih lagi beruniform polis ralit mengintai dari pintu utama yang terbuka itu. Tunangnya sangat cantik! Macam mana la dia nak tahan perasaan bila gadis itu dah jadi milik rasminya nanti?
***
Ruang rehat itu menjadi saksi dua keluarga berkumpul menunaikan solat asar berjemaah yang berimamkan Riyaz. Entah kenapa hati Tengku Juliana sangat terusik dengan suasana ini. Ramai berkumpul, bersujud dan berdoa pada Yang Satu.
Sujud terakhir agak lama. Memohon keberkatan dari dua buah keluarga yang bakal bersatu.
"Pergilah naik rehat, teruk sangat dah mata tu" Tengku Aisha menepuk bahu Tengku Juliana yang sedang membasuh pinggan itu. Tersengguk anak daranya itu. Nanti tak pasal kepala masuk dalam sinki.
"Kejap, tinggal cawan je lagi. Nanti Ju naik"
Tengku Juliana menyiapkan basuhannya sebelum dia naik ke atas. Selepas asar tadi baru keluarga Riyaz bertolak pulang. Bahagia tapi agak penat melayan tetamu. Nak dating dengan Riyaz pun tak sempat. Main-main mata je. Tiba di bilik, Tengku Juliana terus merebahkan tubuh. Segala sendi dan otot diregang puas, menggeliat sana sini.
Tangan di awang-awang ke udara. Cincin yang tersarung di jari kelihatan sangat cantik dan anggun. Sangat secocok dengan jari divanya. Telefon di sebelah diambil lalu...
Snap!
Thank you! Cantik sangat!
Tengku Juliana tersengih sendiri. Butang send ditekan sebelum dia meletakkan telefonnya ke sebelah. Bilik masih belum dikemas sepenuhnya. 5 dulang hantaran tunang tersusun dihadapan pelamin kecil dalam biliknya.
Riyaz yang sedang berehat di atas motor itu tersedar dari lamunan apabila telefon di dalam poket jaketnya berbunyi. Pantas dia menyeluk.
📷 Image
Terkedu Riyaz apabila dia membuka gambar yang dihantar oleh Tengku Juliana. Liur ditelan berkali. Allah, kenapa jari pun cantik ni? Aishh..
Dada yang berdebar cuba ditenangkan.
Riyaz
Haha..you're mine now, Mrs. Riyaz.
Tengku Juliana dah tergedik macam apa. Mrs. Riyaz! MRS. RIYAZ! Awww..bunyinya sangat lovable. Mrs. Riyaz, kepunyaan Riyaz. Melihat Riyaz yang sudah offline, mesej dibiar tak berbalas sebaliknya dia meniarap di atas karpet bulu-bulu lembut itu sambil merenung hantaran.
Sepasang kasut, jam, handbag, tudung dan satu dulang sirih junjung. Tengku Juliana bingkas bangkit meneliti hantaran tersebut. Semuanya barang berjenama.
Berkerut halus dahinya memikir sesuatu. Telefon kembali dicapai.
"Mama, can i sleep with you?" suara serak comel Afya kedengaran di muka pintu. Tengku Juliana tersengih.
"Sure, come sayang." Tengku Juliana menggamit dan menepuk disebelahnya tanda menyuruh Afya masuk.
Faham, budak kecil yang berbaju pyjama satin itu terkedek masuk dengan rambut yang dibiar lepas. Kaki pendeknya bersila comel di sebelah Tengku Juliana.
"Mama buat apa?"
Tengku Juliana yang tengah melayari Google Chrome itu menjawab "Mama tengah kira harga semua ni"
"Untuk apa?" Afya kerut dahi sambil mata kelipot kelipot layu memandang hantaran mewah itu. Tangan mengusap mata mengantuk.
"Yela, kalau putus nanti mama kena bayar balik tau semua ni" bagai tak sedar, lancar saja ayat itu meluncur dari bibir Tengku Juliana. Menyebabkan kerutan Afya semakin jelas di dahi.
"Memang kalau tunang kena putus ke, mama?" soal Afya yang dah pening-pening lalat campur mengantuk.
Tengku Juliana tersedar. Pantas telefon dilempar perlahan ke karpet. Dia terkebil-kebil. Kenapa dia boleh terfikir hal itu? Dan kenapa dia boleh buat macam ni? Why?
"Jom tidur sayang" Tengku Juliana berdiri lalu menarik Afya ke katil. Selesai menutup lampu, Tengku Juliana berbaring di atas katil. Tangan kecil Afya yang memeluk lengannya diusap perlahan.
Mungkin dia terlalu letih hari ini, itu sebab dia boleh terfikir yang bukan-bukan. Tengku Juliana memejam mata, cuba untuk tidur.
Sudah 2 pagi, tapi Tengku Juliana tak mampu melelapkan mata. Baru tunang hari pertama, dah bermacam fikiran buruk melintas di kepalanya.
Tambah pula dia dengar, waktu bertunang inilah macam-macam dugaan akan datang. Dia bukan tak percayakan Riyaz, dia cuma..
Tak percayakan diri sendiri.
Lama berfikir, Tengku Juliana bangun dari katil. Telefon dicapai.
Juliana
Awakkk, dah tidur ke?
Dalam 5 minit, mesej Riyaz masuk.
Riyaz
Belum, baru selesai tugas. Kenapa?
Juliana
Esok awak cuti tak?
Riyaz
Cuti la, esok Jumaat.
Mesej Riyaz ditinggalkan bluetick. Tengku Juliana keluar dari bilik dan menuju ke bilik ibu dan ayahnya.
"Ibu, ayah, dah tidur ke?" Tengku Juliana mengetuk pintu bilik Tengku Fadhil. Berkali-kali dan kedengaran agk mendesak. Dia tahu agak tak sopan dia berbuat begini tapi...
"Hah, Juliana? Kenapa?" Tengky Fadhil dengan muka masih mamai membuka pintu. Terkejut jugak melihat anak daranya mengetuk pintu bilik awal pagi begini.
Tengku Juliana buat muka simpati.
"Ayah, kalau esok akad nikah, aci tak?"
Aci tak aci guyss?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top