Bab 12

"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

Tengku Juliana terus menghempap telefon ke seat kereta. Duduknya gelisah tak tentu hala. Si pemandu segera memberhentikan kereta apabila mendengar Tengku Juliana menjerit tiba-tiba.

"Kenapa ni?" Zahin mengundur badannya melihat Tengku Juliana yang mengibas mukanya itu. Tak tentu arah Tengku Juliana. Tubuhnya berpusing ke sana ke mari.

"I love him!"

"Who?" Kening Zahin bertaut. Tetiba kenapa? Nasib baik I love him, kalau I love you? Boleh mati tercekik di dalam kereta tu.

"Riyaz!" Tengku Juliana genggam tangan lalu menerawang merata. Dia tak tahu macam mana nak menzahirkan kegembiraannya.

Panggilan masih belum tertutup. Walaupun screen gelap, Riyaz masih dapat mendengar perbualan mereka. Dia hanya tersenyum lebar memerhati screen gelap itu.

"Oh my god! Zahin! I love him so much!" Tengku Juliana tunduk merapati telefon di seat. Dia tak mahu Riyaz melihat mukanya sekarang. Mesti tak ubah seperti beruk dapat pisang. Telefon itu dicium-cium.

"I love you too Riyaz. I love you damn much!" Dan diulang kalimat itu beberapa kali. Riyaz cuma tersenyum nipis. Screen telefon dipandang dengan hati yang berbunga.

"Awak boleh jalan. Tak da apa pun." Zahin berkata kepada pemandu di hadapan. Pemandu tersebut mengangguk sebelum meneruskan perjalanan. Sempat dikerling kepada Tengku Juliana yang tengah ber'I love you' di telefon itu.

Riyaz tergelak nipis. Suara Tengku Juliana macam nak menangis pun ada. Teruk sangat ke penangan I love you dia?

Video call connecting..

Riyaz menaikkan bola mata memandang line. Dah sampai G dah. Tiba-tiba panggilan terputus sendiri. Riyaz masih menatap screen dengan senyuman nipis. Masih terngiang-ngiang suara Tengku Juliana mengucapkan kalimat berharga itu.

Telefon dijatuhkan rapat ke dadanya. Mata memandang langit malam dengan bintang bertaburan. Tanpa bintang, malam tak indah. Hatinya sejuk, bagai disirami air dari gunung. Tak sejuk sehingga menyakitkan. Sejuk yang..

Mendamaikan.

"Saya cintakan awak juga, Juliana" bisiknya ke langit malam. Dan kali ini, sungguh-sungguh.

***

Siren dibunyikan tanda ketibaan Tuanku Zahin. Wartawan dan kamera berebut menghampiri karpet merah yang disediakan untuk raja tersebut.

Belum lagi keluar, lampu dari kamera sudah berkelip-kelip. Tengku Juliana meramas tangannya. Sungguh dia tak biasa menghadapi orang ramai seperti ini. Siap dengan kamera besar di bahu. Tak lenguh ke?

"Juliana"

Tengku Juliana menoleh tatkala Zahin memanggilnya.

"Don't worry. You're gorgeous tonight" Sempat Zahin mengenyit mata. Tengku Juliana tersenyum nipis. Ya, dia cantik! Tak ada apa yang perlu dia takutkan. Come on Juliana, you're the most gorgeous diva! Kau isteri Inspektor Riyaz yang paling seksi dan hot di Werland! Eh..bakal isteri. Muehehehe..terperasan.

Pintu kereta dibuka oleh pengawal di luar. Tengku Juliana sedaya mengukir senyum. Saat dia pijak saja kaki ke karpet merah, laju kelipan kamera menangkap gambar. Baru kaki kut, diorang nak tangkap apa?

Riuh wartawan di situ melihat Tengku Juliana yang keluar dari kereta bersama Zahin. Zahin tersenyum nipis merapati Tengku Juliana sebelum mereka beriringan masuk ke dalam dewan. Para pengawal berjaga ketat di kiri dan kanan.

"Tak rimas ke hidup macam ni Zahin?" Tengku Juliana berbisik di sebelah Zahin senyum nipisnya. Tak boleh lebar sangat, nanti nampak excited.

"Aku dah biasa." Zahin menjawab selamba sambil menjungkit bahu sedikit. Tengku Juliana menjuih. Tak fun langsung. Tak bebas.

"Smile Juliana" Zahin di sebelah tersenyum kepada camera yang terarah kepada mereka. Sempat mereka bergambar di tempat seperti booth bergambar sebelum mereka meneruskan jalan masuk ke dalam dewan.

Seperti jangkaan Tengku Juliana, dia dan Zahin yang menjadi perhatian. Mungkin kerana Zahin adalah seorang raja dan dia juga boleh tahan hot. Raja kacaks! Atau mungkin dirinya terlalu cantik malam ini. Uhuk! Perasan lagi.

"Di sini Tuanku" seorang pengawal menunjuk mereka arah. Dan seperti biasa, Zahin dapat tempat duduk VVIP iaitu di tempat yang paling hadapan.

"Kau tak rasa ke diorang tengok pelik?" Duduk saja di atas kerusi, Tengku Juliana berbisik kepada kepada Zahin. Selendang putihnya dibetulkan sedikit.

"Hmm..sebab aku bawa kau instead of Ayra. Macam-macam spekulasi la dalam fikiran diorang tu."

Tengku Juliana memandang keliling dengan kening terangkat. Mata seakan memberi amaran jangan siapa berani ship aku dengan Zahin. Aku Riyaz punya!

Tidak lama kemudian, seorang lelaki berpakaian suit segak naik ke atas pentas. Tengku Juliana menyilang kaki memandang setiap model yang lalu lalang di pentas panjang itu.

Suasana bingit mengetuk gendang telinganya. Lagu dipasang kuat seiring dengan ayunan langkah kaki panjang si model. Nama pun fesyen untuk musim panas, semua pakaian model-model semuanya terdedah. Yang berbikini saja pun ada.

Tengku Juliana mengerut dahi, sanggupnya pakai macam tu. In front of lelaki-lelaki di dalam dewan ini. Malahan majoritinya lelaki di dalam dewan ini. Dia memandang Zahin di sebelah, lelaki itu memandang acuh tak acuh. Ayra lagi seksi.

Bila suasana menjadi tenang, tiba-tiba muzik kuat menerpa. Terhinjut Tengku Juliana dibuatnya. Keluar seorang model yang berkulit tanned dengan pakaian yang hanya kain putih berbalut seakan melilit. Perut dan pahanya terdedah.

Keluar model itu, yang lainnya mula berjalan mengikut di belakang. Tengku Juliana menjungkit bibir. Mungkin model yang pertama itu role utama. Tu pakaian dia macam makhluk asing pun ada.

"Gila la, semua fashion show kau datang macam ni ke? Takde sensor langsung.." Tengku Juliana mencicip air bikarbonat yang diberi oleh pelayan tadi. Dengan tak malunya Tengku Juliana melabuhkan punggung di tepi pentas. Gila ke apa diorang ni letak meja tak letak kerusi? Riyaz kata minum atau makan kena duduk. Boleh gila lama-lama aku duduk sini.

"Tak ada la semua. Kadang tu ada yang bertutup balut semua. Ikut tema la. Musim panas kan dah datang, so diorang buat fesyen musim panas la." Zahin juga turut menyandar di tepi pentas tersebut, memerhati tetamu yang hadir.

"King Irvan?"

Zahin menoleh tatkala namanya disebut.

"Oh, hai.. Prince Haydar" Zahin menyambut huluran tangan Haydar. Tengku Juliana di sebelah segera bangun tegak. Dia tersenyum kepada lelaki yang bernama Haydar itu.

"She's.." Haydar mengangkat kening sebelah melihat Tengku Juliana di belakang Zahin.

"Tengku Juliana, my cousin" Zahin memperkenalkan Tengku Juliana. Haydar mengangguk sambil memerhati Tengku Juliana atas ke bawah.

"Juliana, ni Prince Haydar. Crown Prince of Guineve dan dia pereka fesyen show tadi."

"Hai, I'm Haydar." Haydar menghulurkan tangan. Tengku Juliana tersenyum palsu sambil jari bermain di tudung memberi isyarat.

Haydar terangkat kening sedikit sebelum menjatuhkan tangan. "Oh..sorry.."

Tengku Juliana mengangguk. Dia ni la pereka baju alien tadi. Heh! Ada ke orang sado macam ni reka baju macam tu? Memalukan kaum lelaki. Jadi la macam suami aku, seksi dan macho. Aum aum aum!

"Hope you enjoyed the show"

Zahin dan Tengku Juliana tergelak perlahan dan mengangguk. Sangat palsu.

"Of course. Your model...cantik.." Tengku Juliana senyum. Haydar mengerut kening sedikit.

"My model?"

Tengku Juliana terkelip. Tersedar sesuatu. "Eh bukan..maksud saya rekaan awak..haa..cantik. Hot sangat.." Tengku Juliana dengan ketawa plastik memuji rekaan Haydar.

Haydar mengangguk. "Thank you so much. I'm blessed. Gadis cantik macam awak pulak yang puji. Tak lena tidur malam saya."

Zahin mengerut kening melihat dua orang yang ketawa sesama sendiri ini. Tengku Juliana tak habis dengan muka plastiknya. Nampak sangat tak rela dengan pujian Haydar.

"Ok, i got to go. Saya rasa bertuah sangat King Irvan sudi datang. And nice meeting you, Juliana." Haydar meminta diri. Sempat lagi dia mengenyit kepada Tengku Juliana.

"Geli siot. Kau nampak tak dia kenyit kat aku tadi. Rasa nak keluar balik air aku minum tadi. Tak selera betul!" Tengku Juliana merengus. Zahin cuma tergelak disebelah. Baginya Haydar mungkin lebih kacak dan bekerjaya berbanding Riyaz. Tapi, Tuan Puteri sebelah ini taste dia lain maciam! Jenis yang berparut, kulit tanned dan agak sado.

***

"

Woahhh..!" Semua orang menepuk tangan apabila seorang lelaki yang berpakaian santai askar itu menamatkan nyanyiannya.

Kem ini menggabungkan beberapa prnag polis dan askar. Objektifnya adalah untuk menyedarkan setiap anggota bahawa polis dan askar mempunyai wawasan yang sama. Melindungi negara.

Riyaz duduk bersila di atas tanah melihat rakannya yang bergelak ketawa di sekeliling unggun api itu. Hari ini malam terakhir kem, jadi wajiblah untuk mereka menghargai saat-saat terakhir ini.

"Cik Diana!" Semua bersorak apabila botol plastik mineral yang dipusingkan menghala kepada Diana. Gadis itu terkelip-kelip sendiri.

"Truth or dare?" Seorang lelaki di tepi Riyaz bertanya kepada Diana yang duduk bertentangan.

"Ermm..Dare" Diana tersenyum menjawab.

"I dare you eat this" seorang wanita menghulurkan setin makanan kepada Diana. Melihat saja tin makanan itu semua orang termasuk Riyaz mengeluh. Arghhhh..Natto!

"Ermmm.." Diana mengambil tin makanan itu dengan hidung berkerut. Natto sejenis makanan jepun yang berasaskan soya dan baunya agak tak menyenangkan.

"Bau stokin!" Afiq menutup hidungnya tatkala Diana membuka penutup tin tersebut. Gadis itu sendiri bagai mahu termuntah. Dengan sedayanya dia menahan nafas dan mengunyah makanan tersebut.

"Erghhh.." yang lainnya membuat muka jijik. Mereka semua pernah merasanya sewaktu latihan dijalankan. Riyaz mengerut kening. Urgh..daripada Natto, kau lebih rela makan tikus mati.

"Wowww!" Mereka bersorak apabila Diana selesai menelan makanan alah tersebut. Lekas-lekas dia minum air mineral yang disediakan.

"Ok next!" Giliran Diana pula memusingkan botol mineral tersebut. Beberapa kali terpusing dan botol itu berhenti.

"Inspektor Riyaz!" Kuat mereka bersorak. Riyaz menggaru kening. Ahh, sebolehnya dia tak mahu masuk dalam permainan ini.

"Tuan, truth or dare?"

"Truth" cepat Riyaz menjawab. Dia tak sanggup menelan Notta yang berbau seperti stokin busuk itu.

"Tell us the truth, about yourself" Diana melancarkan soalan. Riyaz yang sedikit menunduk mengangkat kepalanya memandang Diana. Kening terangkat.

"Pasal apa nak tahu? Banyak benda tentang diri saya."

Diana mengangkat bahu. "Anything, yang Tuan nak share, 2 at least. Your biggest secret"

Riyaz mengangguk. Nafasnya diambil sebelum dia membetulkan duduknya. Orang lain diam menunggu. Teringin nak tahu rahsia tentang Inspektor Riyaz.

"Saya tak suka gelap walaupun..yeahh..kita semua dilatih untuk sentiasa bergelap. Sepanjang latihan, saya cuba untuk tepis perasaan tak senang saya tu dan tak mudah. 5 tahun latihan tapi saya masih tidur buka lampu di rumah" Semua orang memandang tak percaya. Betulkah itu Inspektor Riyaz? Lelaki yang berpangkat tinggi dan boleh dikategori paling terkuat antara mereka.

"1 lagi?"

"Saya tak tahu dah nak cerita apa. Saya rasa tu je rahsia terbesar saya. Dan yang kedua..saya rasa semua dah tahu.."

Diana memandang tak sabar.

"I love my Juliana"

***

Ahahaha..

Mesti korang tak sabar gila nak diorang kahwin kan?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top