Bab 1

Tengku Juliana tidur pulas di atas katilnya.Lepas subuh tadi,terus dia naik semula ke atas katil dan tertidur dengan kain telekung.Letihnya usah dicakap,lebih 3 tahun dia berhempas pulas belajar dan kini masanya untuk dia tidur.

Krukk~

Tengku Juliana memegang perutnya.Aduh..lapar pulak.Tengku Juliana menggeliat sambil menguap besar.Malasnya makan..

Dengan telekung yang sempurna dipakai dan meleret-leret,Tengku Juliana terus keluar dari bilik.Kain telekung diangkat sikit supaya langkahnya mudah.

Semasa menuruni tangga,terdengar suara ibunya berbual..dengan seorang lelaki? Tengku Juliana mengerut kening.Dia mengendap ke dapur,lelaki itu membelakangi.

"Hah! Juliana mengendap apa tu?" Tengku Aisha menegur melihat anak daranya itu terkendap dari tadi.Tengku Juliana pantas membetulkan langkahnya.

"Tu! MasyaAllah...dengan kain telekung meleret-leret.Pergi tukar! Apa nak jadi anak aku nih?! Malu Riyaz tengok nih!" Tengku Aisha bercekak pinggang sambil membebel nyaring.Tengku Juliana mencebik tapi bila melihat lelaki tersebut berpusing, dia terus tersenyum lebar.

"Riyaz!" Cepat-cepat dia berlari masuk ke dalam dapur.Telekung yang mengerbang tak diendahkan.Riyaz yang tengah memegang cawan itu tersengih melihat wajah teruja Tengku Juliana.Dengan telekungnya..comel!

"Awak sampai bila?" Dia mengambil tempat di sebelah Riyaz yang tengah duduk di kitchen island itu.Laju dia melambai di hadapan Riyaz,gaya tak jumpa setahun.

"Tadi..pukul 8" jawab Riyaz sambil tersengih.Matanya memerhati Tengku Juliana,kenapa makin comel ni..tergugat aku!

"Awalnyaaa..." Tengku Juliana memuncung.

"Bukan dia awal..kamu tu bangun lambat!" Tengku Aisha mencelah.Tengku Juliana tersengih muka tak bersalah.

"Ni mama buat ke? Nak.." Tengku Juliana terus mengambil pancake di dalam pinggan di hadapan Riyaz.Terus pancake bercampur syrup coklat itu dimasukkan ke dalam mulut.

"Nyum.."

"Tu Riyaz punya! Ambil baru la..anak dara ni!" Tengku Aisha menepis tangan Juliana yang mencubit lagi pancake di dalam pinggan Riyaz.

"Eh takpe ma..Riyaz kenyang dah.Biar dia makan." Riyaz senyum kepada Tengku Aisha.Tengku Juliana makin lebar sengihnya bila Riyaz menyebelahinya.Tengku Aisha mendengus.

"Buat perangai elok-elok!" pesan Tengku Aisha tegas lalu berlalu untuk membalik pancake yang tengah digorengnya.Tengku Juliana senyum lalu mengangguk laju.

Riyaz tak lekang langsung dari senyuman.Dia menongkat kepala dengan tangan kirinya sambil wajahnya dihadap melihat Tengku Juliana yang tengah makan itu.

"Berus gigi belum?"

Tengku Juliana menggeleng,lalu dengan selamba dia memasukkan lagi pancake ke dalam mulutnya.

"Basuh muka?"

"Belum.." jawabnya dengan mulut yang masih mengunyah.

"Awak datang sini buat apa? Rindu saya ke?" Tanya Tengku Juliana sambil menjilat jarinya yang terlekat sisa syrup coklat.Tak cukup dengan itu,dijilat lagi bibirnya seluruh.Tak senonoh!

"Mama ajak breakfast kat sini..lagipun pagi ni keluar awal.Tak sempat breakfast kat rumah sana,mari breakfast rumah ni." Jawab Riyaz.Tisu diambil lalu dikesat hujung bibir Tengku Juliana.Tengku Juliana menjilat lagi bibirnya sambil mengelap tempat yang dikesat Riyaz.

"Ouh..kejap tau.Nak basuh tangan.." Tengku Juliana turun dari kerusi lalu dengan bersusah payah dia berlalu ke sinki.Riyaz mengangguk sambil matanya memerhati Tengku Juliana yang sedang membasuh tangan itu.Kalau di luar,orang takkan pernah jangka perangai Tengku Juliana macam ni.Di luar,dia lebih suka tonjolkan gaya feminimnya.

"Tukar dulu la telekung.Nanti kotor,pastu nak pakai solat lagi." tegur Riyaz apabila melihat Tengku Juliana yang berserabai dengan telekungnya.

"Awak tunggu kejap tau..jangan bergerak mana-mana" pesan Tengku Juliana sebelum dia memecut naik ke tingkat atas.Riyaz sengih sambil mnggeleng kepala.

"Juliana memang macam tu Riyaz.Tak senonoh sikit." Kata Tengku Aisha sambil meletak pancake yang masih panas di dalam pinggan.Riyaz mengangguk.

"Tahu..takpe dah biasa.."

"Siap!" Tengku Juliana menjerit dari atas.Dia terkocoh berlari turun dari tangga lalu mengambil tempat di sebelah Riyaz semula.Termengah-mengah dia dibuatnya.

"Cepatnyaa.." Tengku Aisha menggeleng melihat perangai anaknya.Riyaz mengangkat kening tak percaya.

"Alah..bukan buat apa pun.Buka telekung,sarung tudung.Siap!" Tengku Juliana meletak tangan ke pipinya lalu mata dikelip banyak kali.Dia dengan hanya pijama satin dan tudung sarung.Simple dan cantik!

Riyaz menjuih sambil mengangguk sikit."Nah.." Dia menolak pinggan pancake kepada Tengku Juliana.

"Dah kenyang..awak makanlah.." Tengku Juliana menolak semula pinggan kepada Riyaz.Riyaz pun tanpa banyak kata,terus mencubit pancake tersebut.

"Saya nak ikut pergi balai boleh tak?" Tengku Juliana bertanya sambil meleretkan jari di topi polis Riyaz.

"Nak pergi buat apa? Bukan best pun.."

"Hurmm.." Tengku Juliana memuncung.Topi polis Riyaz dikuis dengan jari telunjuk.Tengku Aisha sudah pun keluar dari dapur.Pagi-pagi macam ni,tengok pokok bunga dia la tu.

"Daripada ikut saya pergi balai,baik pergi rumah.Ibu dari semalam tanya bila awak nak datang." Riyaz menjilat sikit ibu jarinya.

Mata Tengku Juliana membulat."Ye ke? Yeayy..petang ni saya pergi rumah awak eh.."

"Hermm..." Riyaz menggumam.Dia masih lagi menyuap pancake.Tengku Juliana memerhati Riyaz yang sedang makan itu.Riak muka gatal memang tak boleh disembunyikan bila melihat Riyaz yang sedang mengunyah itu.Rahang dia bergerak-gerak,bibir dia merah..arghhh seksi!

"Saya nak pergi kerja dah ni" Riyaz menyudahkan kunyahannya.Jarinya dijilat sebelum dia berlalu ke sinki.

"Nak ikutt..." Tengku Juliana meleretkan suara.Dia mengambil pinggan bekas Riyaz lalu dibawa ke sinki.Dia berdiri disebelah Riyaz sambil jarinya menarik sikit baju seragam polis Riyaz.

"Orang nak pergi kerja la..bukan nak pergi shopping" Tak mengendahkan Tengku Juliana,Riyaz berjalan semula pergi ke kitchen island untuk mengambil topi polis,dompet dan kunci keretanya.

Tengku Juliana mengikut Riyaz ke sana ke mari.Mulutnya memuncung.

"Takyah nak muncung la.Cium kang! Mandi pun tak,nak ikut orang.." Riyaz mengambil barangnya dan keluar dari dapur.Dia menuju ke pintu utama.

"Nak ikutt.."

"Ya Allah! Nak ikut nak ikut..saya bawak motor je hari ni..awak tu nak ke naik motor.." Riyaz menyarung kasutnya.Seragamnya dibetulkan sikit.Melihat Tengku Juliana yang masam di muka pintu,Riyaz tak dapat menahan diri dari mencuit hidung mancung itu.

"Dah la..buat muka"

Tengku Juliana tersenyum-senyum.Hidungnya diusap perlahan.Dia melihat Riyaz yang sedang berjalan ke arah Tengku Aisha.Lelaki itu meminta diri sebelum berlalu ke motorsikalnya.

"I love you!"

Riyaz di atas motor itu terhenti.Dia tersengih sebentar sebelum menyarung helmet ke kepalanya.Haih..bakal bini..

Tengku Aisha menjeling melihat Tengku Juliana yang dah macam ulat beluncas di hadapan pintu itu.Tengku Juliana tersengih lalu mengelip mata laju sebelum dia berdesup masuk ke dalam.

×××

Riyaz menghirup air laici yang dipesannya sebelum dia mula mencapai sudu di sebelah pinggan.Nasi goreng tomyam ni buat perutnya lapar.

Sambil makan,Riyaz merenung ke luar.Waktu tengah hari begini,dia lebih suka makan di kantin balai polis.Nak keluar dia memang malas.Tambahan pula waktu tengah hari begini.Malas nak bersesak.

"Tuan,sorang je?"

Riyaz mengangkat kepala.

Wajah ayu di hadapannya membuat dia terkedu.

"Sorang,tapi berdua lebih baik.." Kata Riyaz.Perempuan itu ketawa perlahan.Dia melabuhkan punggung di hadapan Riyaz.Riyaz senyum melihat figura di hadapannya.

"Tapi orang kata,kalau berdua ada yang ketiga." Perempuan itu menarik minuman Riyaz lalu dihirup perlahan sambil mata memandang Riyaz.

"Kalau macam tu,halalkan" Riyaz sengih lalu mengenyit mata laju.

"Dah la Riyaz! Benci tau awak sweet sweet.Rasa nak bawak pergi lari ke Thailand!" Tengku Juliana menghempas cawan Riyaz sedikit kasar.Riyaz tergelak.

"Orang tak bagi datang balai,datang jugak.." Riyaz menyudu nasi lalu dibawa suap ke mulutnya.

"Tak..saya pergi rumah ibu tadi.Lepas tu,ibu kirim makanan.Tengok-tengok awak dah makan." Baru Riyaz perasan mangkuk tingkat yang dibawa Tengku Juliana.

"Oh ye ke? Nantilah..makan petang"

"Oke.." Tengku Juliana tersenyum.

"Awak jom nikah" Riyaz mengangkat kepala mendengar ayat yang keluar dari mulut Tengku Juliana.Dengan masih mengunyah,Riyaz memandang kiri kanan.

"Tak menyabar ehh..tengok la hujung minggu ni saya pergi dengan ibu."

"Ye ke!?" Tengku Juliana terjerit.Riyaz tersengih sambil memukul kepala Tengku Juliana lembut dengan topi polisnya.

"Perlahanlah..terjerit-jerit."

"Betul ke awak? Aaaaa..." Tengku Juliana menjerit perlahan sehingga keluar aaaa sahaja.Tangannya menepuk gembira.

"Betul.Dah,saya nak makan." Riyaz kawal bentuk senyumnya dengan mengunyah nasi.Bahagia tengok reaksi Tengku Juliana yang excited semacam.

"Tak sabar nak peluk awak! Yeayy.."

Erkk.

11 Februari 2018

Sekian lama menunggu.

Akhirnya,boleh juga aye update baru.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top