Bab 5

Tasnim membuka matanya. Dia masih mencerna apa yang terlihat di pandangannya. Mendengar bunyi-bunyi di luar, Tasnim mengalih tubuhnya. Jam locengnya menunjukkan jam 5:45 pagi. Pasti tok babah sudah mula mengejutkan isi rumah.

Tasnim menarik selimut ke paras dada. Matanya terkebil-kebil. Perlahan dia menunduk melihat ke bawah selimut. Masih bertutup.

"This is not right." Aidan mengangkat wajahnya. Kolar baju t-shirt Tasnim yang terlondeh sehingga menampakkan tali baju dalamnya dibetulkan. Aidan memejam mata sejenak, cuba meredakan nafsu yang mengasak ganas.

Tasnim merenung sayu dengan mata kabur dipenuhi air mata. Aidan menongkat tangannya, memgepung tubuh Tasnim di bawahnya.

"Adik akan jadi milik abang..tapi bukan sekarang masanya" Tapak tangan Aidan mengusap halus pipi Tasnim. Ibu jarinya menyentuh tubir mata Tasnim yang dah mengalir air.

Aidan mendekatkan wajah mereka sehingga dahi bertemu. Wajah merah Tasnim direnung dalam. Kalau mengingatkan nafsunya, pasti Tasnim sudah diratah sepuasnya.

"Jaga diri adik. Sampai waktunya abang akan datang. Jaga hati adik untuk abang, jangan pernah duakan abang." Bisik Aidan di hadapan wajah Tasnim. Tasnim menelan liur. Jantungnya mengepam laju. Renungan Aidan benar-benar melemahkannya, menuduk jauh ke dasar. Tanpa sedar, dia mengangguk perlahan.

"Abang..jangan tinggal adik." Serak suara Tasnim, sayu merayu. Aidan mengangguk.

"Jangan jadi milik yang lain selain saya"

"I'm promise, love"

Tasnim cuma membiarkan Aidan yang mencempung tubuhnya. Matanya terkelip memandang dada Aidan. Sampai di hadapan bilik Tasnim, Aidan menurunkan gadis itu.

Pelukan di leher Aidan belum dilepas. Sepintas itu, Tasnim menjengket dan mencium pelipis Aidan. Sebuah senyuman dihadiahkan sambil dia melepaskan lingkaran tangannya di leher Aidan.

"Good night" Aidan menggosok perlahan kepala Tasnim sebelum dahi licin itu dicium perlahan. "Abang sayang adik."

Tasnim senyum nipis. Dipandangnya Aidan yang sudah memasuki bilik. Tangannya menyentuh perlahan dada yang kencang berdegup.

"I love you abang.."

" Adik..tidur lagi ke? Dah subuh ni, bangun"

Ketukan di pintu kayu biliknya mengejutkan Tasnim. Baru dia perasan kakaknya sudah menghilang dari katil. Tasnim menyelak selimut. Dia duduk sebentar di birai katil sambil tangan meramas-ramas cadar. Nafasnya ditarik kemudian dihembus.

Buka sahaja pintu, semua sedang memandangnya dengan siap bertelekung dan berkopiah.

"Hah..ingatkan tak nak solat dah. Membuta la sampai pagi, mampus terus lagi ba---"

" Hisyam.." Tok babah bersuara amaran. Encik Hisyam diam lalu menoleh ke arah lain. Tasnim menunduk sambil bermain jarinya.

" Maaf" ucapnya sepatah kemudian dia cepat-cepat ke bilik air untuk mengambil wuduk.

"Maaf-maaf..tu je pandai!" Encik Hisyam menggumam.

Tasnim membuka tudungnya lalu disangkut di tempat penyangkut yang dilekat ke dinding. Getah rambutnya dibuka kemudian rambutnya dibetulkan.

Seluar tidurnya disenteng ke paras lutut dan lengan bajunya diselak ke atas. Dia berkumur-kumur sebelum memberus gigi.

Aidan keluar dari tandas. Oleh kerana tandas dan tempat mandi berada dalam satu bilik, terpaku dia melihat Tasnim yang sedang memberus gigi di bilik air. Pintu diperhati. Dia lupa kunci pintu ke tadi?

Aidan telan liur melihat tubuh genit Tasnim yang membelakanginya. Betis bunting padi itu dipandang tak berkelip. Dengan rambut perang asli yang beralun cantik diikat satu.

Aidan merapati perlahan Tasnim yang sedang menunduk berkumur itu. Dia lelaki. Dia ada keinginan. Dari kecil, hanya gadis ini yang menjadi tatapannya. Dan dia akan pastikan, sampai bila-bila gadis ini miliknya.

"Erm..!" Tegak sahaja tubuh, Tasnim tersentak bila pinggangnya dipaut kemas. Hembusan nafas kasar dilehernya meremang segala romanya. Tubuhnya kejung.

"Tasnim sayang abangkan?"

Tasnim melihat cermin di sebelah. Terlihat pantulan Aidan yang memeluk kemas tubuhnya. Kepala lelaki itu terbenam di ruang lehernya.

"S-sayang.."

"Tasnim milik abang kan?" Hilang terus panggilan adik. Tasnim mengangguk gugup. Kenapa abang? Merasa detak jantung Aidan laju di belakangnya. Tasnim turut berdebar.

"Petang ni ikut abang."

Tasnim menyentap bila bibir Aidan bermain di lehernya. Tangan digenggam kuat.

"Pergi mana?"

Aidan melonggarkan pelukan. Tasnim bingung mengikut Aidan yang membalikkan tubuhnya. Jemari Tasnim digenggam.

"Kita kahwin Tasnim. "

Tasnim terngadah. Jantung kuat menghentak dada. Wajah penuh harapan Aidan ditenung dalam. Bibirnya terketar-ketar. Kejap bibirnya digigit untuk mengurangnya ketaran.

"K-kita kahwin..abang takkan tinggalkan saya kan?" Suara Tasnim tersekat-sekat keluar. Aidan mengangguk pantas. Tasnim memandang Aidan, mencari kebenaran di balik mata itu. Tapi ahh..tatapannya melemahkan seluruh sendi.

"Okey" Tasnim mengangguk akhirnya. Aidan senyum. Wajah Tasnim direnung sebelum dia menunduk melekapkan bibir mereka berdua.

×××

"Ibu balik KL dulu lah nanti. Aidan ada tempat nak pergi, ada hal sikit" beritahu Aidan kepada ibunya. Roti gardenia bersalut coklat yang dihulur Tasnim diambil lalu digigit.

Tasnim diam tak berkutik di hadapan. Mee goreng dikunyah perlahan sambil matanya mengerling kepada Aidan. Bila mata mereka bersabung, Tasnim menjatuhkan pandangannya.

"Ayah.." panggil Tasnim perlahan. Encik Hisyam mengangkat mukanya. Gugup Tasnim melihat wajah bengis itu.

"Hari ni Tasnim nak pergi bermalam rumah kawan. Boleh tak?" Pinta Tasnim perlahan. Aidan memandang Tasnim, kasihan. Takut betul dengan ayah sendiri.

" Pergilah! Tak balik lagi bagus!"

Tasnim mengangguk perlahan. Mee disuap lagi ke mulut. Berpasir rasanya. Matanya terkelip menahan air mata yang bakal keluar. Tangan kiri digenggam kuat di bawah meja.

Ayah tak sayang adik.

"ABANG pergi settlekan borang. Adik tunggu sini. Nanti abang datang ambil" kata Aidan sebaik saja dia memberhentikan keretanya di hadapan rumah teman Tasnim.

Tasnim mengangguk.

"Passport, ic semua bawak?"

"Bawak.." jawab Tasnim perlahan.

Aidan menghela nafas perlahan. Tangan Tasnim yang bermain di riba dipandang. Dari bahasa tubuh Tasnim, tahulah Aidan bahawa gadis ini takut.

"Sayang.." Aidan mengalih wajah Tasnim menghadapnya. Bibir bawah  yang digigit Tasnim ditarik lembut ke bawah supaya dilepaskan. Pucat sangat bibir. Tasnim menelan liur.

"Jangan takut. Abang ada.."

Tasnim mengangguk.

"Adik keluar dulu"

Aidan mengangguk menghantar Tasnim yang keluar dari kereta. Dia memejam mata sambil tangan diletakkan ke dahi. Betul ke dia buat ni?

"Abang."

Aidan membuka mata bila tingkap keretanya diketuk. Tingkap diturunkan.

"Abang hati-hati. " kata Tasnim sambil tersenyum. Aidan mengangguk.

Setelah siap semua urusan, Aidan pulang mengambil Tasnim di rumah Lydia, kawannya. Sepanjang perjalanan, Tasnim senyap membisu. Hanya kedengaran bunyi radio yang menemani mereka.

Tiba di Bukit Kayu Hitam, ada beberapa orang lelaki menunggu mereka. Aidan keluar bersalaman dengan mereka dan berbual sedikit. Tasnim melihat dari dalam kereta, adakalanya Aidan menunjuk ke arahnya. Mungkin untuk memperkenalkan pasangannya.

Setelah agak lama, Aidan masuk pula ke dalam kereta. Tasnim memerhati Aidan.

"Siapa mereka abang?"

"Orang yang uruskan hal ni lah. " jawab Aidan sambil memakai seatbelt. Aidan menghembus nafasnya perlahan. Dia juga berdebar sebenarnya.

"Lepas ni kita ke Hat-Yai. Akad nikah di situ. Lepas tu, malam kita bermalam dekat hotel sana. Mereka ada sediakan."

Tasnim mengangguk. Dia menunduk memandang jemarinya yang terketar.

Semuanya baik-baik saja kan?

15 April 2017

Apahal sis pulak yang berdebar ni?

Hohoho..

How was your weekend guys?

Mine is super awesome!

With my beloved bed and my beloved novel☕📚

Sooo..

Nak diorang kahwin ke tak?  😏



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top