Bab 22
"Kalau satu hari nanti diorang tahu, apa kau nak buat?"
"Entahlah Mar, aku tak expect diorang tahu dalam masa terdekat ni. Nantilah aku fikirkan" Aidan memejam mata dengan kedua tangan di atas dada. Letih sangat sampai mata tak larat buka.
"Tok babah kau mesti tak terima, Aidan. Kau pulak kahwin lari, lagi parah." Ammar menjenguk kepala ke bawah, memandang Aidan yang berbaring keletihan itu.
Aidan membuka mata perlahan. "Kalau kau jadi aku, apa yang nak buat?"
"Kalau aku jadi kau, awal-awal lagi aku takkan kahwin lari. Perempuan banyak kut kat Malaysia ni. Memang la cinta, tapi kalau hidup tersorok macam tu tak bahagia jugak." Ammar melentang berbaring di katil atas. Lengan dilipat melapik kepala.
"Tapi dalam situasi kau ni, kalau aku, bawak lari je Tasnim tu. Jauhhh..dari keluarga. Bina bahagia korang sendiri, bina keluarga. Lahirkan anak yang banyak dan comel-comel. Happily ever after!" sambung Ammar. Aidan mengelip mata. Tangan kirinya diangkat. Cincin yang tersarung di jari manis direnung dalam.
"Semudah tu ke Mar?"
Ammar senyum nipis. "Tak..
"...tapi jalani apa yang ada. Jangan terlalu bergantung pada harapan. Buat apa yang kau rasa kau boleh bahagia...." Ammar menghela nafas.
"Kalau bagi kau Tasnim adalah bahagia, pertahankan dia"
***
Tasnim mengikat tali kasut sneakernya yang berwarna putih. Dengan beg galas di belakang, dia begitu bersemangat sekali. Shawl satin dibelit ringkas ke kepala.
"Aku tak harap la kau pergi sorang" Rania bersandar di pintu. Kalau bukan kerana group discussionnya, dah pasti dia boleh temankan Tasnim.
"Alah, takpe. Bukan pergi banyak tempat pun, hospital je. Naik Grab dah sampai." Tasnim membalas. Bersyukur Rania tak boleh menemaninya, boleh dia dating dengan Abang Aidan! Yippi yoo!
"Yelah, hati-hati." Rania menyambut tangan Tasnim. Selalu takut keluar sorang, ni terlebih semangat dah. Entah apa yang ada dekat Hospital Tengku Ampuan Afzan tu.
"Bye.." Tasnim melambai sambil menuruni tangga. Bibirnya tersenyum lebar.
Lagi lebar apabila bangunan hospital sudah tersergam indah di hadapan mata. Tambang Grab RM17 sanggup ku bayar untuk bertemu janji dengan abang Aidan. Mueheheh..
Tasnim melangkah masuk ke dalam hospital tersebut. Digagahkan juga dirinya walaupun dia agak tak menyukai bau hospital. Bau ubat!
Tasnim memandang keliling. Macam mana dia nak cari abang Aidan? Terkebil-kebil matanya. Mahu cari satu hospital? Boleh patah kakinya yang kurus dan santik yini.
Tangan menyeluk ke poket pantnya, telefon dikeluarkan. Seketika dia terhenti. Kalau dia bagitahu awal-awal, tak suprise la. Tasnim mengeluh lemah. Telefon dimasukkan kembali ke dalam poket.
Dia kemudian melangkah tanpa arah tuju. Hanya mengikut kata hati. Sambil itu, matanya meliar memerhati sekitar. Sayu hati melihat orang yang lemah berehat di atas kerusi roda yang ditolak oleh jururawat. Tangan dicucuk, muka pucat.
Tak mahu la diduga dengan kesakitan, nikmat sihat itu sangat-sangat berharga. Kesian melihat Aidan, Rania dan ibu menjaganya demam tempoh hari. Tambah pulak dia sangat beremosi masa tengah sakit.
"Nak pergi mana ni sorang-sorang?" Tasnim terjerit kecil apabila satu suara mengetuk gegendang telinganya. Dia pantas menoleh sambil menjarakkan diri.
"Cik adik ada sakit mana-mana ke? Meh abang tolong checkkan." Aidan tersengih. Dia menarik tangan Tasnim yang dah naik bersedia untuk memukul. Ganas! Tapi secotet je tangan. Huh!
"Abang.." Tasnim dengan gaya masih terpelihara, dia pantas memeluk lengan Aidan. Wajah disandar ke dada suaminya itu.
"Alah manjanya..jom gi cafe. Malu nanti orang tengok." Aidan mengusap seketika kepala Tasnim sebelum mereka beriringan ke cafe hospital.
"Kenapa datang sini? Tasnim sakit ke?"
"Tak"
"Habis tu?"
"Tasnim nak..sambut birthday abang. Esokkan birthday abang. Tasnim cuti 3 hari, boleh tidur rumah abang"
Aidan tergelak. Dia dah plan awal-awal dah.
" Abang baru ingat nak ambil Tasnim esok. Alang-alang Tasnim dah kat sini, abang ambil bawa balik rumah terus boleh?" Aidan senyum mengangkat kening. Tangan menarik satu kerusi dan dia menyuruh Tasnim duduk di situ.
"Boleh..memang itulah Tasnim nak."
Aidan tergelak nipis. Ey, geram je budak ni.
"Nak apa tak? Abang belikan."
"Nak mee goreng dan air sirap."
"Ok tunggu kejap."
Tasnim tersenyum memandang Aidan yang berjalan ke kaunter. Abang Aidan yang kacak, tinggi dan baik hati.
"Tadi datang sini makan tak?" Aidan menarik kerusi di sebelah Tasnim. Tangan melingkar di tempat penyandar kerusi Tasnim. Tak selesa duduk depan, tak leh sentuh. Hahaha..
"Tak, Tasnim tak selesa perut tadi. Malas nak makan." Adu Tasnim sambil mengusap di bahagian perut. Aidan pura pura terkejut.
"Ada baby kut sayang?"
"Haah, baby tendang" Tasnim turut melayan.
"Uishh, aktif boy abang ni."
"Macam ayah dia." Tasnim melagakan kepala ke pipi Aidan. Aidan turut tersenyum. Dia hanya melayan Tasnim yang mencakar manja kekura tangannya.
"Tapi abang nak girl banyak-banyak. Nak ada banyak girlfriend macam ibu diorang." Aidan menahan tangan di atas meja merenung Tasnim yang tersenyum malu.
"Saya nak boyfriend banyak-banyak jugak." Tasnim mendepakan jemarinya. Menunjuk 10 jari kepada Aidan.
"Kalau macam tu kena 14 orang lah. Boy 7, girl 7." Dia memasukkan jarinya ke celah-celah jari Tasnim lalu digenggam perlahan. Tasnim senyum lebar. Hidung dikerut manja. Nasib baik cafe legang pagi ini. Tak ada la mereka buat drama sweet tak bertempat.
"Mee goreng! Nasi goreng!" Mendengar makanan yang diorder tadi, Aidan segera ke kaunter untuk mengambil makanan.
"Sedapnya.." Dah terbau aroma mee goreng dari jauh.
"Terima kasih"
"Sama-sama. Jom makan. Kejap lagi abang ada kerja sikit. Petang kita balik."
Tasnim mengangguk sebelum mereka berdua senyap menikmati makanan. Makanan di hospital, biasalah..kurang minyak. Rasa pun sedang-sedang saja tapi berbaloi untuk isi perut.
"Tasnim tunggu lah dekat surau. Nak bawa masuk bilik rehat abang pun susah jugak sebab kat situ kadang ada doktor lelaki lain masuk."
Tasnim mengangguk sambil langkah di bawa mengikut Aidan. Dari tadi dia hanya menggenggam anak jari Aidan. Nak pegang tangan nampak keterlaluan sangat. Pegang anak jari kurang sikit. Hahahah..aci ke macam tu?
Tasnim mengangkat kening melihat suasana kecoh di hadapan. Jururawat bertungkus menolak katil yang menempatkan seorang lelaki yang berlumuran darah.
"Opss..aww!" Tasnim terkebelakang sekaligus terkejut apabila sesuatu yang pekat mengenai mukanya. Jururawat yang terlanggar Tasnim terus menutup kesan luka di kepala mangsa tersebut tanpa meminta maaf kepada Tasnim. Mereka terus menolak pantas katil tersebut.
"Kenapa ni?" Aidan berlari kecil menghampiri katil tersebut.
"Pesakit tercedera di kepala dan tak sedarkan diri. Tekanan darah 80/50, pulse 120." Jururawat itu menyerahkan laporan kepada Aidan.
[Infection Warning]
"What kind of infection?"
"Tak pasti, tapi dia pernah dirawat di sini"
Aidan segera menyerahkan laporng kepada jururawat wanita di sebelahnya. "Tolong check record pesakit ni."
"Baik."
Tasnim memerhati sahaja Aidan yang turut berlari bersama. Semakin lama semakin jauh. Dan akhirnya holang dari pandangan. Tasnim tersenyum nipis. Abang Aidan yang kacak, tinggi dan suka menjalankan tugas.
Dia melangkah sendiri. Tangan mengelap kesan darah lelaki yang terkena wajahnya tadi.
"Tolong panggil neurosurgeon sekarang" arah Aidan kepada jururawat tersebut. Tangannya menahan darah dari kepala lelaki tersebut.
Ammar berlari kepada jururawat yang memeriksa record pesakit tersebut.
"What kind of infection does he have?"
"Saya tak pasti, cuba doktor check" Jururawar bertag Fatiha itu menginjak ke sebelah. Ammar segera melihat skrin komputer.
"Creutzfeldt-Jacob Disease.." Ammar menyebut perlahan.
CJD satu penyakit kelainsn di otak yang boleh mematikan. Setakat ini, masih tiada penawar. Sekali terjangkit maka, it's fatal. Tak terjangkit melalui sentuhan dan udara tapi...
"Pesakit cedera di mana?"
"Di bahagian kepala"
Dari jaringan otak atau cecair sumsum.
"Aidan.." Ammar cepat tersedar. "Panggil neurosurgeon segera.." lalu dia bergegas ke bilik bedah.
"God, Ammar akhirnya ada orang. Puas aku tunggu takda sorang pun masuk." Aidan yang masih menutup luka itu mengeluh lega.
Ammar tanpa berkata apa, dia mengambil mask lalu disarungkan kepada Aidan.
"Dia dalam keadaan shock, we need to treat him for hypovolemia."
"Kena check pelvic fracture jugak" Ammar segera menyarungkan sarung tangan dan memakai mask.
"Dia tak sedarkan diri, should we do intubation first?" Aidan mengerut kening kepada Ammar. Ammar menggeleng.
"GSC dia bawah lapan, intubation tak perlu lagi"
"I 'll hold the bleeding, get ready for transfusion." Aidan mengangguk.
"Jangan sampai darah dia terpancut, pesakit ni ada CJD" Sempat Ammar memberi amaran. Tangan menyediakan peralatan.
Aidan angguk lagi. Seketika dia terkelip. "What did you say?"
"Pesakit ni ada infection CJD, kalau terinfeksi kita boleh mati."
Aidan terkelip-kelip. Darah lelaki ini dah terkena Tasnim!
"Mar, Mar tolong aku!"
"Apa?"
"Tasnim kena darah lelaki ni tadi, tolong pegang jap Mar. Aku kena cari bini aku jap" Aidan berpeluh sejuk. Tangannya sudah terketar.
"What?! Aku pegang, pergi cepat!"
Aidan keluar dari bilik kecemasan itu. Air iodin sempat disambar sebelum dia keluar. Matanya melilau merata.
"Tasnim!" Aidan memanggil kuat. Jantung berdetak laju. Jangan sampai Tasnim terjangkit.
"Tasnim!" Aidan berlari mencari Tasnim. Entah ke mana isterinya itu pergi. Dada kencang menyusun nafas.
"Tuhan.. Mana ni? Tasnim!"
Mata dia menangkap satu susuk yang sedang duduk diatas kerusi. Aidan laju menghampiri sebelum ditarik isteri kecilnya itu.
"Aww..abang?" Hampir terjelopok Tasnim mengikut langkah laju Aidan. Tiba di satu bilik, Aidan menolak Tasnim masuk lalu menghempas pintu tersebut.
"Kena—?" Tasnim meringis sakit apabila tangan Aidan kasar membuka tudungnya. Tanpa sempat dia berfikir apa-apa, wajahnya pula dijirus air dari botol yang dipegang Aidan.
"Ab—emphh!"
"Abang—aw!" Habis muka Tasnim digoyoh laju. Tangan Tasnim juga dicurah air iodin tersebut.
"Abang buat apa ni?" Tasnim termengah. Mukanya pedih digasak tangan Aidan. Habis bajunya basah.
Aidan tak berkata apa-apa. Tangan mencuci muka Tasnim sehingga hilang setitik pun kesan darah tersebut. Kepala Tasnim dicium dalam dan dibawa ke dada. Dia takut. Takut yang sesungguhnya. Tangannya masih lagi terketar.
"Abang..kenapa?" Tasnim masih terpinga namun lembut dia membalas pelukan Aidan. Tegang sungguh tubuh lelaki ini. Riak Aidan sangat risau.
"Pesakit tu ada penyakit. Tasnim terkena darah dia tadi, jadi Tasnim boleh terinfeksi. Penyakit tu tak ada penawar. Sekali kena, mati penyudahnya."
"Ouhh.." Tasnim mengangguk. Pelukan dieratkan lagi.
"Abang risaukan Tasnim ye?" Tasnim senyum.
"Abang takut."
Takut bila Tasnim tiada.
***
Setelah habis sesi mencurah tadi, Aidan masuk ke bilik bedah. Tasnim setia menunggu di kerusi luar bilik bedah.
Dari jam 1 menginjak ke jam 2 petang.
Setelah dia solat Zohor, dia kembali lagi. Pembedahan masih dijalankan. Tasnim menunggu lagi. Sambil itu hatinya berdoa untuk keselamatan Aidan dan lelaki tercedera tadi.
Waktu Asar juga telah berlalu. Tasnim masih setia menunggu di kerusi tersebut. Dia keluar untuk solat dan datang kembali. Masih belum selesai. Tasnim melabuhkan punggungnya. Plastik yang berisi roti dan air kotak yang dibeli tadi diletakkan di sebelah.
Azan Maghrib berkumandang. Dah lebih 6 jam pembedahan berjalan. Tasnim menghela nafas. Dia bangun lalu mengatur langkah ke surau.
Selesai solat, dia kembali. Wajah yang berkerut tadi mula tersenyum apabila terlihat figura yang tersandar letih di kerusi. Kakinya pantas menghampiri.
"Dah selesai?"
Aidan membuka mata dan mengangguk. "Alhamdulillah, berjaya"
"Alhamdulillah." Tasnim mengambil tempat di sebelah Aidan. Tangannya mengeluarkan roti dari plastik.
"Tasnim belikan roti untuk abang. Mesti abang lapar, 7 jam operation."
Aidan menggeleng. "Kejap lagi la, abang nak mandi, solat." Tangannya naik mengusap kepala Tasnim. "Lain kali, jangan tunggu abang. Operation memang lama. Kasihan isteri abang ni."
Tasnim mengerut kening. "Abang tahu?"
"Abang kenal Tasnim la. Abang tau yang jaga Tasnim dari tapak kaki Tasnim sebesar 2 jari je."
Tasnim ketawa perlahan. Sikunya lembut menyiku rusuk Aidan sebelum dia menyandar di dada Aidan. Tangan melingkar ke perut lelaki itu.
"Tasnim sangat bangga dengan abang!"
Aidan gelak. Hidung Tasnim dicuit. "Kalau bangga, kena bagi hadiah la malam ni."
"Nak apa?"
"Nak isteri baru...Awww!" Tangan kiri spontan menggosok perut yang ganas dicubit Tasnim.
"Gatal!"
"Gurau je lah. Sakit perut abang. Sebagai penawar Tasnim kena cium 99 kali" Aidan mula mengeluar auta.
"Huh! Tak nak!" Tasnim bingkas bangun dan meninggalkan Aidan. Aidan ketawa sambil mengusap perut. Pedih woo, kecik kecik cili padi!
"Tapi abang nak!"
"Tak nak!"
"Nak jugak!
"Tak. Nak."
"Nak. Nak. Nak. Nak Tasnim!" Aidan segera berlari mendapatkan Tasnim.
***
Haha..this chapter is new for me. Tak pernah lagi rasa serius masa menulis. Hahahaha.
This chapter got 1900+ something. Ok la tu qada yang tak update lama tu. Hehehe
Aci tak?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top