Bab 21

"Welcome home!" Masuk saja ke pintu bilik, Tasnim dah disambut ketiga roommatenya. Tawa kecil terlepas.

"Terharu sangat"

Rania menjuling mata ke atas sebelum membalas pelukan Tasnim. Orang sambut balik pun nak feeling segala.

"Ok dah demam?" Hanis melekap tangan ke dahi Tasnim. Tasnim mengangguk laju dengan dia masih dalam dakapan Rania. Dalam semua roommatenya, dia lebih rapat dengan Rania. Mungkin kerana mereka sama jurusan dan kelas.

"Baik dah ler, jumpa family dia."

Tasnim senyum lebar. Tak tertahan gembira rasanya bila tiba-tiba wajah Aidan menghiasi ruang kepala. Aduhh, angau!

"Masuk bilik dulu" Tasnim meminta diri ke tempat tidurnya. Plastik makanan dan beg pakaian diletakkan di atas katil. Tangannya mencabut sarung kaki coklat yang dipakainya.

Tasnim segera baring dan mengangkat kaki. Gelang platinum cantik menghiasi pergelangan kakinya. Serius rasa nak menjerit di situ.

"Tasnim."

Tasnim yang baru keluar bilik air itu terpaku melihat Aidan yang garang memandangnya.

"Mari"

Air liur ditelan. Dalam dia melangkah, benaknya cuba memikir kelakuannya terhadap Aidan. Dalam dua tiga hari ini rasanya dia tak ada la buat sesuatu yang menyakitkan hati Aidan.

"Duduk"

Arahan satu-satu Aidan diturut patuh. Tasnim duduk di birai katil. Matanya kadang mengerling takut takut melihat Aidan yang bercekak pinggang itu.

Bila Aidan merendah tubuh, matanya turut mengikuy perbuatan lelaki itu. "Erkk!" Hampir dia terjatuh ke belakang apabila kakinya tiba-tiba ditarik Aidan.

"Ab-abang.." Tasnim terpaku melihat seutas gelang kaki melingkar cantik di kakinya. Dan tangan Aidan terlihat sangat kacak dimata Tasnim ketika memakaikan gelang tersebut di kakinya. Kulit tangan Aidan yang sedikit gelap bergabung dengan kaki putihnya yang halus. Kombinasi yang seksi!

"Jangan bagi mana-mana lelaki nampak selain abang" Usai sahaja, Aidan mencium kaki Tasnim. Tepat di mana gelang itu tersangkut.

"Abang.." Tasnim pantas menarik kaki. Terasa segan apabila Aidan duduk mencium kakinya seperti itu. Sepatutnya dia yang duduk dibawah dan mencium kaki Aidan. Suami, syurga dunia dan akhiratnya.

Tangan dibawa mengusap wajah Aidan. Tuhan, sungguh dia tiada sesiapa selain lelaki ini. Rasa sangat dan tersangat dilindungi apabila dia bersama Aidan. Perasaan yang tak pernah dia rasa sepanjang 19 tahun hidupnya melainkan bersama Aidan.

"Terima kasih" Bukan sahaja ditujukan kepada gelang kaki tersebut. "Terima kasih untuk semuanya.."

Terima kasih kerana selalu ada.

"Sama-sama..tapi ingat, gelang tu hanya abang saja boleh nampak. Lelaki lain tak boleh."

Tasnim kerut kening. "Kalau lelaki lain ternampak?" sengaja menyakat.

"Abang potong kaki Tasnim" selarnya tak berlapik. Tasnim membulat mata sebelum tergelak kecil. Sadisnya abang!

"Ya, Tasnim janji tiada seorang lelaki pun yang boleh nampak. Semua milik abang." Tasnim mengusap hujung bibir Aidan yang terbentuk. Suka la tu.

"Kaki Tasnim terlalu cantik, semua tentang Tasnim terlalu cantik. Tak betah abang melihat mata-mata lelaki melekat dekat Tasnim." Aidan mengusap tangan Tasnim. Matanya redup tapi berapi cemburu.

"Tasnim pun cemburu la abang. Sekurangnya Tasnim masih boleh tutup. Abang.." Tasnim mengangkat kepala.

"Ni.." Tasnim mencucuk lengan Aidan.

"Aduh!"

"Ni!" dicucuk pula dada Aidan.

"Aw! Tasnim!"

"Ni!" Kali ini di leher Aidan.

"Sayangg!"

Tasnim mengerut bibir. "Semua milik Tasnim abang tayang dekat orang, ingat kita tak jealous ke?"

Aidan gelak. "Habis takkan abang nak pakai tudung jugak?"

"Abang kena pakai purdah!"

***

Langkah Aidan longlai melangkah ke dalam bilik sementaranya di hospital. Bilik yang besar sedepa dari stor rumahnya yang menempatkan katil double sudah macam rumah keduanya. Disitu dia rehat, makan dan tukar baju. Tidur? Kau mimpi je la. Nak-nak pulak kau tu intern.

"Allah.." leganya apabila tubuh dah mencecah tilam. Kaki yang tersadai dari katil atas dipandangnya. Pak cik Ammar ni awal masuk rehat.

Aidan bernafas lelah bercampur lega. Tubuhnya sengal setelah 2 hari bekerja tanpa henti. Baju pun tak tersalin. Dua hari juga dia tak jejak lantai rumah langsung. Letih memang letih jadi doktor ni. Tapi bila minat tu, semua boleh harung.

Telefon yang berada di kocek kot putihnya dikeluarkan. Misscall dan beratus whatsapp message yang tak dibacanya. Terkilan hatinya melihat 36 mesej dari Tasnim.

Baby

Abang..

Abang sibuk ke tu?

Hmmm..

Nanti tak sibuk call saya ye.

Abang, rindu.

:(

Dan banyak lagi di bawahnya. Aidan segera menutup aplikasi whatsapp tersebut dan segera ke log panggilan. Harap-haraplah Tasnim masih belum tidur pukul 12:32 pagi ni.

Pertama, tak dijawab.

Kedua, masuk voicemail.

Ketiga, juga masuk voicemail.

Aidan mengeluh. Pasti dah tidur bidadarinya ini. Baru Aidan mahu meletak telefon, lagu babyshark nyaring berbunyi di telefon. Aidan terkelip memandang telefon. Pelik. Sejak bila lagu ni wujud dalam telefon dia?

Katil atas bergegar sedikit. Pasti Ammar mentertawakannya. Tak tidur lagi mamat ni.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Abang..maaf tadi Tasnim tertidur." suara serak Tasnim sudah cukup membuktikan. Aidan senyum sikit. Tubuh dikalih mengiring.

"Sorry abang telefon malam-malam ni. Tasnim nak tidur, tidurlah."

"Erm..rindu.."

Aidan sengih. Aishh..dugaan dapat isteri manja ni.

"Abang minta maaf ya, abang sibuk sikit dua tiga hari ni. Tu tak boleh mesej Tasnim"

"Tak pa, Tasnim pun sibuk jugak sikit-sikit. Exam nak dekat dah kan, assignment pun banyak tak siap lagi ni." Tasnim menongkat dagu di atas meja belajar itu. Tertidur dia tadi semasa membuat tugasan. Nasib baik Aidan menelefonnya. Kalau tak sampai ke pagi tidur dekat meja.

"Kesian sayang abang ni."

"Hurmm.." Tasnim menggumam manja. Pipi dah berlabuh di atas meja. Mata semakin layu.

"Sayang tidurlah. Pergi basuh kaki, selimut elok-elok. Jangan tidur dekat meja." Macam tahu-tahu saja.

"Abang tunggu kejap, Tasnim nak pergi bilik air. Jangan tutup lagi abang. Nak tidur dengan abang."

Aidan tergelak. "Ok, abang tunggu"

Tasnim bergegas ke bilik air. Tergesa dia menyarung selipar.

"Seronok je dia dengan isteri muda."

Aidan tak endah Ammar di atas. Siapa suruh tak kahwin? Gulpren ada dah! Bakal lawyer lagi.

Beberapa minit, suara tercungap Tasnim menyapa telinga. "Dah! Hah..hahh.."

"Ok now, baring atas katil" Tasnim patuh. Dengan telefon ditekap ditelinga, tubuhnya dibaring ke katil.

"Selimut badan." Selimut ditarik sehingga paras dada.

"Baca doa"

Aidan tergelak nipis mendengar suara Tasnim terkumat kamit membaca doa. Macam budak tadika.

"Pejam mata. Fikirkan abang." Tasnim menutup mata. Tak disuruh pun memang Aidan sahaja memenuhi ruang kepalanya.

Aidan makin hanyut mendengar helaan nafas Tasnim dihujung talian. Tenang, damai.

"Abang.." La...tak tidur lagi?

"Hmm.."

"Nak dengar suara abang."

Aidan senyum. "Nak abang nyanyi ke?"

"Nakk.." Tasnim bersuara separuh mengantuk. Lemah mendayu.

"Ok.." Aidan mendehem seketika.

"Tiada yang lebih terindah..
Selain kita, kau dan aku..tetap bersama.
Biarku sentuh dan rasa..
Kasih yang mesra..
Hanya kita yang tahu.."

Tasnim senyum. Kembali terlayar kenangan lama. Aidan yang selalu menidurkan dia.

"tenang memandang wajah yang sayu.."

"Abang..salah..wajah yang lena la.." Spoil betul abang! Baru nak feeling. "Ok ok" Aidan cepat menukar.

"Tenang memandang wajah yang lena..
Tuhan selalu dengan mu.."

Tasnim dah lentok kepala. Matanya sudah layu berkelip. Namun bibir masih segar mengukir senyum. Tak turun walau satu sentimeter.

"sayang
tidur saja sayang
lupakan saja yang semalam
tidurlah mimpi indah
owh
sayang
tidur saja sayang"

Suara Aidan perlahan menusuk. Mendamaikan malam Tasnim. Bagai bayu malam menyapa lembut. Sejuk dan tenang.

"setia disini ku menjaga
tidurlah
kaulah segalanya
sayang
kaulah segalanya
sayang"

Tasnim makin kuyu. Telefon dah terlepas dari tangan. Suara Aidan jelas bagai berada di sebelahnya. Terasa tangan Aidan menyapu lembut ubun-ubunnya.

"waktu dan usia berlalu
saksi padamu
dewasa dan sempurna
setiap air mata mu
hancur hatiku
mahu kau senyum selalu
biar luka diubat di waktu
Tuhan selalu dengan mu"

Walau dengkuran halus Tasnim sudah kedengaran, Aidan masih meneruskan nyanyian. Membuai Tasnim dengan suaranya yang tak selunak mana.

"selamanya kau bidadariku
takkan pudar senyumanmu yang pertama
selamanya tetap kau sempurna
sayang
sayang"

Aidan tersenyum menghabiskan nyanyian. Dia yakin Tasnim sudah tertidur. Nafas Tasnim lembut menampar telinga.

"Selamat malam sayang."

Baru dia mahu melelap mata bermimpi Tasnim..

"Emergency! Blue code, blue code."

Aidan celik mata. Dia bingkas bangun. Hailaaa..baru mahu lelap.

***

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top