Bab 20

Dah 3 hari terbaring di atas katil, pagi ini Tasnim dah riuh di dapur. Bertemankan Puan Faridah dan Afina, Tasnim lincah bergerak mengambil itu ini. Memandangkan petang ini dia harus pulang ke kampus, jadi dia menawarkan diri untuk menyiapkan sarapan pagi.

"Cheese ni cuma kena letak macam tu je ke? Tak payah potong?" Afina mengangkat dua lapis cheese cheddar. Tasnim yang sedang membancuh hot chocolate itu menggeleng.

"Tak perlu. Nanti masuk microwave dia akan cair jugak."

Afina mengangguk. Dia meletakkan lapisan cheese kemudian ditindih dengan daging yang juga digelek nipis. Pagi-pagi lagi dah meriah makanannya.

Lapisan cheese dan daging tadi dilapik bergilir dengan kepingan tepung yang digoreng rangup dan nipis lalu dimasukkan ke dalam microwave selama 10 minit. Encik Fakhrul dah tersenyum menunggu di meja makan.

"Tiap-tiap pagi macam ni, boleh buncit perut ayah." Encik Fakhrul berseloroh. Hidungnya dah dipenuhi bauan dari sarapan istimewa Tasnim.

Tasnim cuma tersenyum nipis. Pagi yang indah tapi tak berseri. Kesayangannya masih belum pulang kerja. Sudah satu hari setengah Aidan tak pulang, mesti banyak kerja yang perlu diselesaikan. Hospital bukan ada cuti.

"Haa, mai makan." Puan Faridah memotong pai daging segar buatan Tasnim. Adunan bau cheese dan daging menusuk hidung. Afina menggosok tangan tak sabar.

"Makan semua!" Afina tarik dulu potongan pai tersebut. Terlihat benang cheese halus dari potongan pai yang ditarik Afina. Panas dan enak!

"Sedap!"

***

Tasnim masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Besen kain diletak di tepi mesin basuh. Tudung dicabut dan sangkut ke atas kerusi.

Siap menjemur kain, Tasnim meringkuk di atas sofa di ruang tamu. Dah pukul 10 tapi Aidan masih belum pulang. Encik Fakhrul dan Puan Faridah dah keluar bekerja. Afina, lepas makan dah lesap ke kelas.

Matanya merenung siling rumah. Kipas yang berputar direnung kosong. Walaupun rumah ini dilengkapi oleh penghawa dingin, Tasnim lebih selesa menggunakan kipas. Kulitnya agak sensitif jika terlalu sejuk.

Senyap.

Tasnim mengerut kening apabila telinganya menangkap bunyi. Matanya berkelip berkali sambil otak mencerna. Telefon!

Pantas Tasnim melompat bangun dari sofa. Bagai tak pijak lantai Tasnim bergegas ke atas. Ringtone babyshark yang dikhaskan untuk abang Aidan berbunyi kuat di dalam bilik.

"Abang..!" Tasnim menjerit nyaring. Terlompat dia dibuatnya. Butang hijau dialih.

"Abanggg!"

"Assalamualaikum.." lembut namun kedengaran menyindir di situ. Tasnim tersedar. Seronok sangat sampai lupa bagi salam.

"Waalaikumussalam..abang kat mana?"

"Tasnim dah masak?" Soalan Tasnim tak dijawab, malah dia pula menganjur soalan.

"Belum, tapi Tasnim dah rendam ikan dan sotong. Ingat nak buat sambal sotong. Abang nak makan apa? Tasnim buatkan."

"Tekak abang nak makan sambal kerang."

Wah wah! Favourite!

"Boleh!"

"Aik, kerang ada ke?"

"Masak luarlah.." Mereka tertawa. Kemudian terdengar Aidan mengeluh sedikit.

"Tasnim makan sendirilah. Abang tak balik." Terus kendur bahu Tasnim. Tubuhnya disandar ke kepala katil.

"Kenapa?"

"Banyak kerja tak beres lagi. Petang ni, abang usaha balik juga ye." Nada Aidan memujuk.


Tasnim bergerak ke tingkap. "Hurm..baik abang. Jangan tinggal isteri abang lama-lama, nanti—" belum sempat habiskan ayat, terasa ada tangan kekar memaut pinggangnya. Tasnim menoleh dan terjerit kecil. Hampir terlucut telefon dari tangannya.

"Abangg.." Tasnim bersuara lelah dan lega. Jantungnya berdebar kuat menghentak dada Aidan. Aidan tersenyum dan merapatkan wajahnya.

"Abang jangan buat macam tu lagi, Tasnim hampir mati." Panas desah nafas Tasnim mengena wajah Aidan.

"Hmm.." Aidan menggumam manja. Matanya terpejam dengan hidung menyapu hidung Tasnim. Tasnim gigit bibir bawah.

"I miss you.." Tangan Aidan menyapu lembut sepanjang lekuk belakangnya sehingga ke punggung. Dari reaksi tubuh Aidan, Tasnim malu sendiri.

Tangan naik melingkar ke leher Aidan. "I miss you too" bisikan halus mengena telinga Aidan sebelum bibir Tasnim melekap di situ.

Membenarkan semuanya.

***

"Kenapa masuk tak tutup pintu? Nasib baik abang masuk tau. Kalau orang jahat? Penyamun ke? Perogol ke?"

Tasnim diam mengacung bibir. Dah sedap-sedap lepas rindu, kena bebel pula.

"Tasnim terlupa. Maaf..abang jangan la marah"

Aidan mengeluh. Dia menggaru-garu kepala. Tasnim yang menunduk di birai katil itu didekati. "Abang tak marah. Abang risau. Tasnim sudah la sorang-sorang."

Tasnim senyap. Comforter yang hampir terlondeh ditarik naik melindungi dada.

"Merajuk?"

"Tak.." Geleng.

Hampir tertarik hujung bibir Aidan. Diam macam merajuk, tapi masih merespon. Tasnim sukar dijangka.

"Jom mandi."

"Hmm.." Tasnim bangun mengikut langkah Aidan ke bilik air. Tertarik comforter dari katil lalu melurut ke lantai mengikut Tasnim.

Aidan membuka pintu bilik air lalu dia bergerak ke tepi menyuruh Tasnim masuk dahulu. Kelakar melihat Tasnim dengan berbalut comforter masuk ke dalam bilik air. Sebelum dia masuk, sempat bibirnya mengukir senyum dan pintu ditutup rapat.

"Abang marah Tasnim, Tasnim tak marah balik ke?"

"Tak, betul la apa abang cakap. Kenapa Tasnim nak marah?"

Aidan mengangguk dan tersengih kecil. Berus gigi dia dan Tasnim diambil. Ubat gigi dipicit ke berus gigi Tasnim lalu diserahkan kepada isterinya yang masih berbalut itu.

Tasnim mencapai. Sambil dia memberus gigi, matanya kadang-kadang memandang Aidan dari pantulan cermin. Setelah selesai, Tasnim meluah buih ubat gigi dan berkumur.

"Tasnim sayangkan abang. Kalau Tasnim sakitkan abang dengan kata-kata Tasnim, Tasnim akan lebih sakit."

Aidan yang tengah memberus gigi itu terhenti mendengar ayat Tasnim. Dia cepat membasuh mulutnya lalu berpusing menghadap Tasnim.

"Tapi jangan selalu beralah dengan abang. Bila Tasnim rasa sesuatu yang Tasnim perlu tegakkan, Tasnim bersuaralah. Bosan jugak kadang-kadang asyik menang je."

Tasnim berdecit. Perasan!

Tangan membuka comforter lalu menarik Aidan masuk berkelubung dengannya. Tasnim tertawa riang. Buih yang tersisa dihujung bibir Aidan dikucupnya.

Jenuh tangan kecil Tasnim memaut tubuh Aidan. Aidan turut menarik Tasnim merapat. Selesa pula berkelubung macam ni.

"Abang.."

"Hmm.." Aidan tunduk merapatkan dahi mereka.

"Suatu hari nanti, jika abang diberi pilihan. Apapun pilihannya, pilihnya untuk terus perjuangkan adik."

Tak berkelip Aidan memerhati sinar mata bundar itu. Mencari sesuatu.

Tasnim tersenyum nipis. Dari kecil, hanya Aidan bersamanya. Dan selamanya Aidan akan tetap..

"..pertahankan Tasnim. Walau apapun yang berlaku."

Kerana, dia sudah tak punya sesiapa.

***

Pendek je..huhuhu..

Korang jangan la stop baca. Sedih tau banyak komen lepas tengok trailer taknak baca lagi. Sob sob..kalau korang tak baca siapa nak baca? cite saya dah la tak feymes.. *nangis menangis di dakapan suami* uhukss!

Saya janji happy ending!




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top